photo ef93ac41-7e14-4320-928d-91b5bc3c9fa2_zpsatvrexvb.jpg photo e060c7aa-289a-4fb5-81e8-57bc942c6816_zpsvadwbjpo.jpg photo 63178b93-664e-4428-b177-4c3fa07d87c8_zpswatcakhd.jpg photo ae7eeaf4-443d-4302-9c2a-0ecbab61913a_zpszzbgyncm.jpg photo 6220d561-308a-4ab4-94b7-bfdc904d172c_zpsg6qjzyyd.jpg

Tuesday, 16 December 2014

10 + 5v ( 4e-2e) -9 + 19u-18u = 1 10ve u

Bab 4...




‘’Ain ... Kau pula yang drive. Letihlah’’ rungut Ainaa Amirah. Muka dia memang dah ketara letih.  

 Nissan Skyline GTR dipandu perlahan apabila menyusuri Tol Jelapang , Perak . Ainaa Amirah dan aku segera keluar untuk bergilir-gilir  memandu. Kami dalam perjalanan menuju ke majlis perkahwinan sahabat seuniversitiku, Marcella Kayra.

Nama macam orang putih kan? Marcel memang orang putih pun . Dari Germen lagi. Marcel terus menetap di Malaysia apabila dapat tawaran belajar di UPM. Dah enam tahun menetap di Ipoh, perak. Fasih dah minah Germeny tu cakap bahasa Malaysia nak lagi loghat Perak. Bangga aku jadi kawan dia.                                                                                                                  
Haizatul, Nad dan Adib dah melayang ke dunia mimpi . Penat memandu bergilir –gilir dari Serdang ke Perak. Aku yang suruh diaorang teman aku pergi majlis Marcel. Nasib baiklah diaorang  duduk dekat area dengan  aku, dekat Serdang .Kiranya sama negerilah.  Adib dekat Kuala Lumpur. Nad dekat Putrajaya. Haizatul  dekat Sungai Buloh. Ainaa Amirah dekat Petaling Jaya. Aina dekat Shah Alam. Aina tak ikut sebab hari ini dia pindah Shah Alam. Uitm tawar dia lecture dekat situ.

Setelah menghabiskan masaberpusing-pusing di Bandar ipoh ini selama sejam baru jumpa Grand Kampar Hotel. Ikut GPS pun sesat. Hehehe!!!

Setelah kereta aku dipakirkan di tempat letak kereta yang dikhaskan, kami semua menuju ke Kampar Hall 4 yang menempatkan Majlis itu. Dah terbayang dah dewan yang besar. Kenapa aku kata besar? . Tengok hotellah.

Masuk aje pintu Kampar Hall 4, tekaan aku memang betul. Hall dia besar. Cantik pula tu. Dinding atas  hall digantung dengan gumpalan kapas putih macam awan. Keliling dewan wujud banyak pokok sakura dan pokok berwarna putih. Pelamin tak usah cakaplah. Cantik bangat!!!. Tepi pelamin ada banyak jenis bunga. Yang aku tahu Cuma Queen Ann .Suasana dewan sangat cantik. Cahaya malap menambahkan kemewahan perkahwinan itu.

‘’ Marcella Kayra Lawrence’’ jerit aku apabila ternampak dia.Gembira sangat. Dah tak ingat dah ada ramai orang dekat dalam dewan ini. Marcel mengenakan gaun labuh berwarna cream. Sangat cantik.Rambut perangnya  yang beralun dibiarkan lepas dan sesetengahnya disanggul tinggi. Macam princess dari kayangan pun ada.

‘’Nur’Ain Syafiqah binti Mohd Nor’’ Jerit Marcel. Hisy.. minah ni boleh pula dia jerit. Buat malu aje .  Semua orang pandang kami. Agaknya mereka fikir  Tarzan mana tah terlepas dari hutan.Terus dia mendapatkan aku. Kami berpelukan seketika. Lama dah tak jumpa. Last jumpa waktu konvoi kut.

‘’Lamanya tak jumpa kau.Kau macam mana sihat? ‘’ tanya Marcel dengan muka yang ceria.

‘’Alhamdulilah. Sihat . Cantiknya kau’’

‘’Thanks.. honey.Teman ingat kome tak incit ( aku ingat kau tak pergi ). Baru nak teroyok ( baru nak menangis)’’ Tu dia keluar dah loghat dia. Nasib baik aku faham. Kalau tak jadi minah indonlah gue. Dok krik...krik. Tercengang.  Haizatul dan lain-lain dah berkerut dahi masing-masing. Macam fikir masalah negara dah gayanya. Tak fahamlah tu . Kalau nenek tua duduk sebelah diorang, mesti orang lain pelik. Tak tahu mana satu yang dah tua. Patutkah aku rakam wajah masing-masing. Hehehehe

‘’Takkanlah awok dok incit. Majlis kawen awokkan. Takkanlah awok dok nokin ajer ( takkanlah aku tak pergi. Majlis kawan akukan. Takkanlah aku tak peduli aje)’’ Serius aku nak tergelak bila pandang muka kawan aku. Aku rasa aku patut rakam muka sorang-sorang .Then upload dalam youtube. Aku juga yang kaya nanti.

‘’Ehem.. ehem’’ .satu suara muncul sebelah Marcel. Siapa lagi hubby dialah.Handsome jugak mamat ni. Pandai kau, marcel cari hubby . Aku pun nak ikut jejak langkah dialah. Harus minta tip lebih ni.

‘’oh.. sorry , abang. Excited sangat jumpa Ain. Lama gila tak jumpa. Abang kenalkan ni kawan Kayra , Ain  masa satu university dulu. Dan tu semua kawan Ain’’ Beritahu Marcella kepada Hubbynya. Kami semua hanya tersenyum sahaja.

‘’Hai..’’ Sapa Hubbynya kepada kami. Beramah mesra.

‘’Hai .. ‘’balas kami serentak.

‘’Sayang.. Abang nak jumpa kawan abang kejap. Abang tinggalkan sayang dengan kawan sayang. Mesti banyak benda nak cakapkan’’beritahu Hubbynya kepada Marcel smbil menunjukkan kearah kawannya yang sedang melambai tangan di satu sudut dewan .

‘’Okey ..abang’’

‘’Saya minta diri dulu ye’’ Kata hubbynya kepada kitaorang

‘’Silakan’’

Selepas hubby si Marcella ni pergi , terus aku usik dia.

‘’ amboi... sweet gitu ‘’. Dia tersenyum malu. Selpas tu Marcella ajak kitaorang makan. Hampeh minah tu baru nak ajak kitaorang makan. Dah kebulur dah perut.

Waktu kitaorang bersembang dengan Marcella . Aku rasa diri aku diperhatikan. Aku tercari-cari tapi tak ada satu pun yang panadang aku.Mungkin perasaan aku kut. Kalau ye orang pandang , mesti diaorang pandang Si Marcel ni. Adoi.. kuatnya aku perasan

‘’Klik’’ satu flash camera merakam gambar kami.

‘’weh.. aku rasa macam artis popular dah ni’’

‘’memanglah . kau  duduk sebelah siapa? Marcella Kayra kan’’ ucap Marcel dengan bangga sebelum ketawa
‘’Yelah’’

Hari menganjak petang. Pukul empat , baru kami pulang.Sedih aku nak tinggalkan Marcel. Wah.. dah gaya macam mak si budak Marcel ni aje.

‘’Kalau datang Perak . Singgah rumah aku tau’’ ucap Marcella sebelum aku buka pintu kereta. Aku hanya mengangguk. Muka dia sedih .Sanggup dia cemar duli turun ke bawah semata-mata nak hantar aku ke  kereta. Padahal tetamu ramai dekat dalam dewan tu.

‘’Ada masa kita jumpa lagi’’ucap aku.

‘’Tapi aku nak, waktu  aku jumpa kau. Kau dah ada baby’’ Bisik aku kepadaya. Muka dia dah blushing. Terus dia cubit aku.

‘’Adoi. Sakitlah’’Ucapku sambil ketawa.

‘’Okeylah Marcella. Aku nak gerak dulu’’ Ucapku lagi sambil berpelukan dengannya.

‘’And you, Zahid. Jangan buat kawan saya sedih. Kalau tak you’ll be sorry’’ . kataku kepada hubby Marcella.

‘’I wan’t do that. I love her very much. Zillion times’’ ucap Zahid tanpa segan Marcella dah berbahang dah muka dia. Seganlah tu.

‘’bye’’

 kami melambai kepada pasangan bahagia itu.. Haizatul pula yang memandu  kereta menuju ke Seredang.

Petang itu adalah sangat indah. Kami gelak bersama. Bilalah saat macam ini akan muncul lagi. Rindunya aku.

No comments: