photo ef93ac41-7e14-4320-928d-91b5bc3c9fa2_zpsatvrexvb.jpg photo e060c7aa-289a-4fb5-81e8-57bc942c6816_zpsvadwbjpo.jpg photo 63178b93-664e-4428-b177-4c3fa07d87c8_zpswatcakhd.jpg photo ae7eeaf4-443d-4302-9c2a-0ecbab61913a_zpszzbgyncm.jpg photo 6220d561-308a-4ab4-94b7-bfdc904d172c_zpsg6qjzyyd.jpg

Friday, 13 March 2015

10 + 5v ( 4e-2e) -9 + 19u-18u = 1 10ve u

Bab 10



Hari kedua di Pulau Perhentian. Pagi-pagi mereka keluar untuk melihat matahari terbit. Sangat cantik sinaran keemasan mewarnai langit putih. Deruan angin yang kuat dari laut menyebabkan ombak memukul pantai. Nyaman sekali. Keindahan suasana dirakam sebaik mungkin. Mereka berjalan di sepanjang pantai. Sesekali ombak memukul kaki masing-masing. Sejuknya terasa.

                Menjelang petang pula, selepas Asar mereka turun ke pantai untuk aktiviti snorkeling. Pantai penuh dengan aktiviti. Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang bermain bola pantai, snorkeling, skuba, dan bermain di gigi air.
               
            Selepas membuat bayaran di kaunter snorkeling, mereka diberikan peralatan menyelam, jaket keselamatan, snorkel, fin dan masker. Arahan akan diberikan diatas bot.

                “ Betul korang tak nak ikut ni?” Atiqah Aina memandang Nadzirah dan Haizatul meminta penjelasan.

                “ Tak nak lah. Aku tak sedap badan nak snorkeling.” Terang Nadzirah. Sememangnya dia lenguh badan.

                “ Awak .. Aizat kenapa?” Atiqah Aina menunggu jawapan dari Haizatul.

                “ Saya malaslah. Sorry” Ucap Haizatul.

                “ Sayanglah korang tak join. ” ucap Aqilah.

                “ Alah.. sorrylah. Esok kitaorang join okay” Pujuk Nazirah.

                “ Okeylah .. kalau macam tu. Kita orang pergi dulu tau” Ucap Aqilah sebelum dia dan Aina mendekati yang lain di atas bot.

                “ Jom Nad. Kita lepak dekat sana.” Tunjuk Haizatul kearah sebuah batu sederhana besar. Mereka lepak disitu sambil menunggu yang lain siap bersnorkeling. Pelbagai topik dijadikan perbualan. Sementara itu, Ain , Ainaa , Adib , Aqilah dan Aina berada di bawah  permukaan air . Bermain dengan ikan-ikan yang comel. Penyu yang besar Kecantikan bawah permukaan air ditambah lagi dengan warna warni batu karang, tiada sampah yang mencemari laut itu. Airnya yang sejuk, nyaman dan jernih. Pelbagai gambar dirakam.




“ Emm.. Nad, saya pergi tandas jap eh. Sakit perutlah” Beritahu Haizatul sebelum memanjangkan langkahnya ke tandas berhampiran. Nadzirah kini berseorangan memerhati air jernih yang tenang. Ombak yang memukul pantai dengan lembut menarik perhatiannya.

“ Bestnya kalau berenang sekejap” gumamnya sendirian. Matanya sempat memerhati dua orang gadis berenang berhampiran pantai. Seronok pula dia  melihat ramai orang bermain air.  Dia berjalan mendekati pantai, Habis basah seluar dek pukulan ombak.Apabila sampai di tempat dalam sedikit. Dia mula berenang. Kelihatan ikan comel mengerumuni dirinya. Sedang asyik membelai ikan. Tiba-tiba kakinya kebas. Suasana cemas itu tidak membenarkan dia bernafas dengan baik. Habis oksigen ditahannya . Air berlumba-lumba memasuki mulut dan hidung. Dirinya sendiri tidak berdaya meminta tolong, Dalam kepala hanya memikirkan dirinya menjadi arwah. Tangannya terkapai-kapai di permukaan air. Malangnya tiada siapa yang nampak. Suasana gelap gelita mengakhiri pandangannya.








“ Imran..ada orang lemaslah” Kalut Hazim Aqif memberitahu sahabatnya.

“ Mana?” soal Muhammad Imran.

“ Tu haa” tunjuk Hazim kearah tangan yang semakin lemah. Tanpa berlengah Imran memanjangkan langkahnya menyelamtkan nyawa . Dia berenang laju kearah Nadzirah. Setelah sampai tubuh itu ditangkap dari arah belakang di bahagian bawah lengan.




Sesampainya di pantai. Tubuh itu dicepung . Nadzirah dibaringkan diatas pasir. Bibirnya  pucat tak berdarah. Mukanya lesu dan biru. Imran mendekatkan jari telunjuknya menghampiri hidung Nadzirah. Merasai nafas, malangnya tiada hembusan dirasai.






“ Hazim.. nafas dia tak ada” cemas dia berkata kepada sahabatnya itu.

“ Satu cara sahaja paling selamat.” Ucap Hazim.

“ CPR” Ucap Imran laju. Anggukan dari Hazim membuatkan dirinya mengingati langkah-langkah itu.

Tudung dikepala ditarik. Imran segera bersimpuh disisi Nadzirah.Tapak tangan diletakkan  pada tengah dada Nadzirah.Tekanan pada dada dibuat sebanyak 30 kali.Selepas itu, kepala Nadzirah segera didonggakkan dan mulutnya dibuka untuk menyenangkan udara memasuki salur pernafasan.Hidung Nadzirah dipicit. Hembusan nafas melalui mulut dilakukan. Seketika kemudian, Nadzirah terbatuk.Dirinya melihat seorang lelaki berada dekat dimukanya. Tanpa sebarang salam, tanganya menampar kuat pipi lelaki itu. Imran terkejut akan tindakan gadis dihadapanya ini. Iyalah tiba-tiba kena lempang. Hazim di sudut tepi tergamam.

Ainaa dan yang lain turut tergamam. Haizatul yang hendak melangkah kearahnya juga turut tergamam.Segera mereka berlari kearah Nadzirah.

“ Kau okay?” Tanya mereka serentak. Nadzirah terbatuk ditempatnya.


“ Tak” jawabnya lemah. 

“ takpa .. kau selamat. Relax dulu” ucap Ain dengan risau.   
      
“ Awak okay tak?” Tanya Ain kepada Imran. Jelas kesan tamparan dipipi putihnya . Mesti kuat tu.

“ Okay .. just terkejut aja” Hazim menghampiri sahabatnya yang menahan kesakitan.  Dalam hati memanjat kesyukuran. Nasib dia tak buat CPR . Tak pasal-pasal dapat penampar free. Hehehe.


ILU_10

No comments: