photo ef93ac41-7e14-4320-928d-91b5bc3c9fa2_zpsatvrexvb.jpg photo e060c7aa-289a-4fb5-81e8-57bc942c6816_zpsvadwbjpo.jpg photo 63178b93-664e-4428-b177-4c3fa07d87c8_zpswatcakhd.jpg photo ae7eeaf4-443d-4302-9c2a-0ecbab61913a_zpszzbgyncm.jpg photo 6220d561-308a-4ab4-94b7-bfdc904d172c_zpsg6qjzyyd.jpg

Tuesday, 9 December 2014

10 + 5v ( 4e-2e) -9 + 19u-18u = 1 10ve u

Bab 3...



‘’Doktor.. Rocky okey kan?’’ tanya Encik Safran pemilik ular jenis  King Cobra. Matanya sayu memandang  ular kesayangannya yang lemah  ketika dirawat olehku.

‘’Encik .. ular encik mengalami Respiratory Illness’’

‘’Apa tu doctor?’’

Aku berjalan mendekati kerusi empukku.Setelah duduk baru aku menjawab pertanyaannya.

‘’ Sebenarnya macam ini encik,  Rocky  susah bernafas. Ini disebabkan pemeliharaan atau keadaan persekitaran kurang bersih atau tidak baik. Encik ... lihat dekat sini. Aku menunjukan tanganku ke arah mulut  Rocky. Rocky terpaksa bernafas melalui mulut. Itu membuatkan mulutnya sentiasa terbuka . Keluar cecair dari hidung dan mulut dan nafas Rocky berbunyi dan lesu.Terang aku  panjang lebar kepadanya.

‘Apa tindakan yang perlu saya buat doctor?’’

‘’ Encik Safran perlu ubah pola makanan Rocky dan pastikan Rocky  diasingkan dari ular-ular yang lain kerana penyakit sebegini akan merebak kepada ular-ular yang lain melalui udara. ‘’

‘’Baiklah doctor, saya akan pantau Rocky  setiap masa’’ Encik Safran bersungguh-sungguh. Tekad.

Aku hanya senyum sahaja. Dalam hati berkata  ialah tu, tak akanlah kau tak tidur. Karang seminggu kau tak tidur mahu kau jadi hantu ular berijazah . Dengan mata merahnya. Lingkaran hitamnya. Hehehe.

Ain.. Sabar... sabar. Jangan gelak lagi. Lepas patient ni keluar , kau gelaklah sampai tercabut usus pun. Aku pujuk diriku supaya tidak terlepas gelak. Bibirku ketapkan. Tahan gelak

‘’ saya akan beri  satu suntikan untuk cergah daripada melarat dan ubat antibiotik serta vitamin’’ beritahu aku  tersekat-sekat.

‘’Apa lagi yang patut saya buat?’’ tanya Encik Safran lagi.

‘’Macam yang saya beritahu tadi. Asingkan Rocky dari ular-ular yang lain. Bersihkan tempat Rocky. Bagi Rocky selesa ditempatnya . Pastikan tempat Rocky bersuhu 30 darjah celsius’’

‘’ Terima kasih doktor’’ ucap Encik Safran  sebelum angkat punggung dari kerusi. Selepas pintu bilik ditutup, terus aku gelak . Sakit saraf mulut aku tahan gelak. Yang dia ni pun satu hal. Kenapalah tak nak keluar cepat-cepat.. Aduii...

Tulah bahayanya bila aku dah imagine. Pernah satu hari itu , satu patient ni. Aku pun tak ingat nama dia dah. Tapi yang pasti dia cuba nak dapatkan anak kucing yang dikacukkan itu dalam masa setahun. Mak cik tu kacukan kucing bulu tompok hitam dengan kucing perang bulu lebat.Setahun mak cik tu tunggu tapi tak dapat juga anak kucing. Aku pun checklah. Memanglah tak dapat anak. Sebab dua-dua ekor tu jantan. Lepas tu makcik tu kata lagi ke salah satu kucing tu ada masalah kelamin?.

Aku pun teruslah bayangkan. Masalah kelamin.! Kucing !!!. Serious tak pernah pula aku dengar. Biasanya manusia aje. Dahtu kalau kucing tu ada masalah kelamin. Kucing tu mati pucuk ke ? tak pun monapus?. Tapi takkanlah kucing tu monapus. Dua-dua jantan kut. Agak-agaklah.

Lepas bayang  macam itu  terus aku gelak seolah-olah patient tu ghaib depan aku. Hahaha... lawak betul. Mataku yang sepet bertambah sepet bila aku gelak. Nak menangis rasanya. Kalau langsuir lalu, sure mesti dia segan dengan aku.

Aku tiba-tiba tersedar ketika gelak yang sebenarnya patient tu ada lagi dekat depan aku. Bila aku tengok bahu mak cik tu dah menari.terhinjut-hinjut. Ke atas ke bawah.. ke atas ke bawah.  Al maklumlah bilik aku ini kedap bunyi. So memang kuatlah gema itu.

Bila aku nampak mak cik tu terhinjut-hinjut bahu dia. Makin bertambahlah aku gelak. Boleh pula mak cik tu ikut rentak aku gelak. Mata dia  dah terkelip-kelip pandang aku.

Yang buat aku tiba-tiba berhenti dari gelak apabila aku nampak mak cik tu ucap ‘’Allahuakbar!!’’ masa letak tangan dia dekat dada.lepas tu terus pengsan terkulai atas kerusi. Aku dah mula cuak.. Adoii..

Terus aku tolak kerusi mak cik yang pengsan tu berhampiran katil panjang. Alah... katil hospital. Jangan main-main, Klinik  haiwan UPM  ni dah gaya mengalahkan hospital kerajan.Aku pun angkatlah mak cik tu, baring  atas katil. Terus aku check nadi dia. Nasib baik berdenyut lagi. Kalau tak ... mahu aku masuk  penjara  atas tuduhan membunuh secara halus. Huhuhu.. seramnya!!!.

Aku balut tangan mak cik tu dengan mesin pengukur tekanan darah automatik . Hah!!. Patutlah pengsan. Tekanan darah turun . Humm...  agaknya salur darah kecut kut dengar aku gelak.

‘’weh.. kenapa dengan mak cik tu’.’ satu suara muncul semasa aku check mak cik malang tu.Aku pun pusing belakang Aina baru tutup pintu . Minah tu bukan makan saman! Takdanya dia nak bagi salam ke? Ketuk pintu ke? Apa ke?. Terus selamba aje serebu!

‘’Mak cik ni tiba-tiba pengsan’’ . Aku menangalkan alat pengukur tekanan darah daripada lengan mak cik itu. Aina angkat sebelah kening dia . Pelik kut sebab tiba-tiba mak cik tu pengsan. Dia pun terus menuju ke katil yang menempatkan mak cik pengsan itu. Aina periksa mak cik tu. Haa... lupa pula nak cakap, Aina ni dah jadi pensyarah bidang perubatan manusia. Dulu dia cakap ‘’ matilah aku kena tahu segala tok nenek pasal perubatan manusia’’. Last-last sekali, dia punya lecture kalah doktor kat hospital. Dia punya students pun dah surrender dengar  Aina bila  lecture dekat depan .Aku tahu pun selepas korek rahsia daripada one of her students . hehehe.

Aina buat benda yang sama macam aku bua mula-mula tadi. Check nadi. Tekanan darah. Tak sia-sia aku tahan  dengar bebelan Doktor Haliza dekat university dulu. Hahaha.

‘’macam mana mak cik ni boleh pengsan ?’’ soal Aina

Aku pun ceritalah dari A hingga Z. Tak habis cerita lagi , Aina dah bantai gelak. Sampai dia tekan-tekan perut. Geli hati tahap infiniti dah tu

‘’. Mahu mak cik tu tak pengsan. Kalau kau gelak kalah jembalng. Dahlah gelak tak ingat dunia!’’. Aina sambung lagi .’’ Agaknya mak cik tu nampak tak perkataan HAHAHA....!!! keluar dari mulut kau’’


Aku tergelak apabila mengingati kisah lucu tesebut. Itulah kisah waktu aku mula practical dekat UPM ni.Rupanya mak cik tu salah masuk klinik.Klinik haiwan biasa bertentangan dengan klinik haiwan hidupan liar.Mak cik tu masuk klinik haiwan hidupan liar.Lepas jadi macam tu, teruk aku kena bebel dengan Doktor Haliza.   Alahai... apa dah jadi dengan mak cik tu agaknya yek??. Entah-entah dia dah tobat tak nak pergi klink ni lagi.Serik!!!. Hehehe.

ILU_03

No comments: