BAB 1 |
SEMERBAK bau nasi goreng
tomato memenuhi ruang dapur. Nasi goreng yang berada di atas pan di letakkan ke
dalam mangkuk berbunga kecil. Usai mencuci peralatan memasak, aku bergegas menuju ke bilik. “ Saf.. nasi goreng
atas meja makan. Before 8’ o clock aku balik rumah tau” laungku sebelum pintu
bilik ditutup rapat.
Jam pada
dinding dikerling sekilas oleh Safrina, tepat jarum panjang dan pendek menghala
ke nombor 12. “Thank you, bik. Ni sayang kau lebih hehehe” jerit Safrina dari
ruang tamu. Suaranya terpaksa dikuatkan supaya tidak tengelam dengan bunyi dari
televisyen yang terpasang. Tumpuan Safrina kembali pada Korean variety show, 2
Days 1 Night. Memikirkan dirinya yang kemungkinan besar akan bosan apabila aku
keluar berjumpa Dr. Hariz, terus dia melayan cerita yang boleh membuatkan dia
gelak guling-guling. Bukan dirinya tidak mahu menemani aku menemui kekasih
hati, Safrina berasa malas mahu keluar kerana dia baru sahaja pulang ke tanah
air sehari yang lepas dari penebangannya ke Dubai.
“Cantik tak aku, saf?” aku bertanya selepas
berpusing-pusing beberapa kali di depan Safrina. Mahu pusing kepala aku. Sempat
aku menayang gigi putih yang tersusun rapi minta si Safrina ini puji aku
melambung-lambung. Aku mengenakan blouse biru muda bercorak abstrak dipadankan
dengan palazzo putih serta shawl putih. Safrina meneliti penampilan aku melalui
focus sign dari tangannya, gaya focus macam dalam kamera. Selesai berpuas hati
dengan penampilan aku , terus Safrina bertepuk tangan memberi sokongan dan
berpuas hati.
“Bravo..bravo.. kau la bibik paling cantik di alam semesta ini” jawab Safrina
Bersama gelakkan, makin bergema suara Safrina apabila melihat aku yang tak puas
hati dengan kutukan itu. Apa lagi, hati tengah panas tengok kera dok ketawa
atas sofa, terus aku capai bantal kecil yang berada berdekatan dengan ku lalu
membaling tepat ke muka Safrina.
“Pap”
berhenti sesat ketawa Safrina. Tepat sasaran aku. Bantal kecil itu terguling di
atas lantai.
“Eww
geramnya aku, tak sabar nak tunggu hari besok! Our contract will end, and I
don’t have to be your bibik. Penat tahu tak jadi bibik kau ni, No wonder kau
punya bibik asyik bertukar orang jer” keluhku bersambut dengan ketawa si
majikan bernama Safrina. Mana tak
penatnya, species Safrina ni kalau bershopping masuk shopping complex masa
cuaca yang terang bederang and last sekali keluar dari tempat tu tengok-tengok
dah gelap! Safrina ni bukan species majikan kuku besi yang suka-suka mengarah
orang macam dalam drama, tapi kuku besi dia boleh tahanlah time nak bershopping
tuh. Mahu tercabut segala tendon yang melekat dekat tulang!
“Kau sure
ni tak nak ikut aku, nanti bosan duduk rumah sorang-sorang.”
“100% Sure.
Aku rela bosan duduk rumah dari ikut korang berdating. Anyway, kau jumpa Hariz
dekat mana?” betih jagung yang penuh ditangan disua ke dalam mulut. Matanya
menghala ke skrin besar bertentangan dengannya.
“Dekat Pavilion.
Kau ada apa-apa tak yang nak dikirim. Aku nak gerak dah ni”
“So far tak
ada, kalau ada apa yang aku nak nanti aku rojer-rojer kau okey. Enjoy your date”
lambai safrina lalu menghantar aku ke muka pintu.
“Alright
then. Thank you” aku turut melambai.
“Drive safe
tau. Ingat contract kau belum berakhir lagi” Pesan safrina mengingatkan aku.
“Ampun tuanku,
beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Patik mahu mengundurkan diri
bertemu sang jejaka hati. Titah perintah tuanku terjunjung di atas bahu jemala
patik.” Sembah taat setia aku kepada Safrina, gaya laksamana bertemu sultan di
dalam istana. Ceh!
“Baiklah,
beta perkenankan permintaan laksamana menemui sang jejaka hati. Akan tetapi
beta mahu mengingatkan laksamana agar tutup dulu pintu gate selepas
mengundurkan kenderaan. Beta khuatir penderhaka-penderhaka mencerobohi istana
beta” Titah Permaisuri Safrina.
“Patik akan
melaksanakan segala titah tuanku dengan segera” usai berkata begitu, tersembur
ketawa kami bedua. Berdekah-dekah ketawa masing-masing, geli hati melihat
lakonan sendiri.
Pak Manaf
yang memerhatikan kami sedari tadi turut sama-sama ketawa. Semput nafasnya!. Pada
zaman sekarang ni, ramai sudah melupakan Bahasa istana. Hanya digunakan di
istana sahaja.
“Cut.. Take
2, Action!” laung Pak Manaf selaku director drama tak berbayar di sebalik pagar
dawai hijau yang memisahkan rumah dua tingkat itu. Aku dan Safrina yang mendengar
arahan tersebut terus menjiwai watak masing-masing.
“Wahai tuan
hamba, tuan hamba dari mana nak ke mana? Patik lihat banyak sekali
juadah-juadah di tangan tuan hamba” tersengih-sengih aku melihat Pak Manaf yang
berusia tetapi wajahnya tetap tak dimamah usia, orang kata awet mudalah
katakan.
“Patik mahu
menyerahkan juadah-juadah ni kepada laksamana untuk di santap bersama
permaisuri Safrina. Juadah ini di siapkan oleh isteri patik. Katanya permaisuri
Safrina berkenan menyantap juadah ini.” Pingan yang dipenuhi juadah bertukar
tangan.
“Juadah
apakah ini wahai tuan hamba?”
“Juadah ini
namanya soto Johor. Enak di santap semasa masih panas.”
“Terima
kasih wahai Pak Manaf, Beta akan bersantap dengan hati yang gembira” gembira
Safrina kerana hajatnya untuk melatak soto johor sudah di penuhi oleh Pak Manaf
dan isterinya Mak Munah.
“Yalah,
kamu ni nak ke Mana Amira oii. Cantik-cantik macam ni?” perihatin Pak Manaf
terhadap jiran yang dianggap seperti anaknya sendiri. Lama sudah kami berjiran.
“Pak
Manaf Mira je ke cantik, Saf cantik tak?” Gurau Safrina.
“Kamu tu
bau busuk tahu tak, Jonney kat belakang rumah Pak Manaf lagi wangi.” Selamba
Pak Manaf berkata begitu niat untuk mengenakan si Safrina. Muka Safrina dah
cemberut seribu. Aku di sebelahnya menahan ketawanya. Jaga hati kawan baik.
Geli hati membayangkan Jonney si kambing hitam tu lagi cantik dari Safrina. Buat
rugi Safrina je beli make-up bertaraf artis international. Couple awet muda ni
memang suka kenakan kitaorang. Maklumlah anak-anak sudah besar, ada yang masih
belajar, bekerja dan menetap jauh. Kepada aku dan Safrina sahajalah mereka
menumpang kasih.
“Kau ni
kalau nak tahan ketawa pun agak-agaklah, muka dah merah menyala. Aku tak nak
bertanggungjawab kalau kau sembelit seminggu.” Nada tak puas hati Safrina
berkata. Mendengar green light dari Safrina terus aku menghemburkan segala
ketawa. Tak cukup dengan tu! pagar berjaring besar itu ditepuk-tepuk beberapa
kali. Pak Manaf yang melihat anak-anak gadis didepannya seorang cemberut
sampai-sampai telinga mengeluarkan asap warning, seorang lagi ketawa dah macam
takda suara. Pening kepala Pak Manaf mahu melayan teletah kami berdua.
“Pak Manaf
ni ada samakan Saf dengan si Jonney tu. Jonney
tu lain saf lain laa Pak Manaf” renggek Safrina sambal mengelip-gelipkan mata
minta simpati. Suruh Pak Manaf back-up dirinya yang tak sampai 5 minit sudah di
cop busuk mengalahkan Jonney kesayangan Pak Manaf.
“Apa yang
lainnya, kamu tu tak mandi lagi kan dah tengah hari buta ni nak oii, si Jonney
kesayangan Pak Manaf tu dah mandi pagi-pagi lagi tahu tak!” teka Pak Manaf.
Anak muda sekarang ni kalau belum masuk tengah hari memang kerjanya membuta
macam burung hantu!.
“Nanti Saf
mandi Pak Manaf bukannya Saf tak mandi terus” Safrina menyakinkan Pak Manaf.
“Yalah Saf,
eh kamu ni Amira kata nak keluar?” Sedari tadi kitaorang bersembang sampai tak
mengingat tujuan asal.
“Ha’ah la
si Jonney punya pasal ni habis lupa nak keluar dengan Hariz.” Aku menyalahkan
Jonney yang sedap makan rumput di belakang rumah Pak Manaf.
“Lah, Hariz
balik dah ke? Bila Balik dari UK. Nanti kirim salam pada Dr. tu ya. Lama sudah
tak berjumpa dengannya.” Pesan Pak Manaf.
“Baru balik
Malaysia semalam Pak Manaf. InsyaAllah nanti Mira sampaikan salam Pak Manaf
pada Hariz. Mira pergi dula ya Pak Manaf.” Pamit aku kepada mereka berdua.
“Baiklah,
hati-hati memandu”
“DALISA graduate from university of Italy. Major in
Culinary and currently working as a chef at exclusive restaurant in Italy had
been 4 years. After this, Lisa akan berkerja di hotel ini as a Top Chef. Aunty tak
nak Lisa kerja dekat oversea, nanti aunty sunyi. Husband aunty asyik outstation.
Kalau korang dah kahwin nanti, you all duduk dengan aunty je. Household semua
bibik yang buat. Dari kecil lagi aunty tak bagi Lisa buat kerja rumah, nanti
kasar kulit dia. You know she is my only precious daughter.”
Rayqal
sudah tak ambil pusing apa yang wanita itu katakan. Lagi tadi asyik memuji
anaknya. Ini kalau tak kerana mama yang beria-ria memujuknya supaya berjumpa
dengan Dalisa, jangan harap dia nak pergi, baik dia lunch bersama Azhan.
Kenyang pun, kenyang. Sudah hampir sejam, dia makan tiga jenis hidangan. Yang
pertama, Cucumber Cups with Dill Cream and Smoke Salmon. Allahhu, Rayqal dahlah
seorang yang anti dengan segala jenis cucumber. Terpaksa jugak dia telan timun
2 biji tu masuk tekak. Nak loya dibuatnya. Hidangan yang kedua Asparagi bianchi
e Verdi (asparagus). Sampai je hidangan ke dua mahu menangis Raqyal dibuatnya.
Hidangan yang last ni lagi haru biru, Panzanella lebih kurang salad la. Banyak
gila kot timun dalam tu dia letak! ALLAHU mengucap panjang Rayqal dibuatnya.
Aunty Bizah disebelahnya tak habis-habis puji masakan
Dalisa. Katanya pandai Dalisa masak untung Rayqal kalau beristerikan Dalisa.
Untuk pengetahuan semua. Hidangan pelik-pelik ni semua Dalisa yang masak! Gadis
disebelah wantia itu diteliti, rambut panjang berwana coklat pekat, kulit mulus
tanpa cacat cela macam yang di claim oleh maknya, Dalisa tak dibenarkan buat
kerja rumah. Dress pendek yang dikenakan oleh Dalisa nampak elegant. Elegant
tak elegant, kalau bawa jumpa Tuan Amirul, mahu bernanah telinga Dalisa. Haih
tak boleh jadi ni! Panas punggung Rayqal. Lapar tak usah cakaplah.
“Aunty, Rayqal rasa, Rayqal tak layak untuk Dalisa.
Dalisa seorang yang elegant and cantik. She deserves someone better who truly
love her. And one more thing, for your information I hate Cucumber! I think,
boleh kurus Rayqal kalau makan hidangan lebih kurang macam ni setiap hari. You
know I love Malaysian food. Tempoyak, Budu and Cincalok are the best.” Tak
berkelip mata dua beranak tu. Terpaku dengan kata-kata pedas dari Rayqal.
“Anyway, I have an urgent meeting and gotta go. Thank you for the lunch.” Rayqal meninggalkan
mereka semua di VVIP ROOM. Bergegas dia keluar dari hotel itu. Perut sudah
bekeroncong, menyesal skip breakfast tadi!
“Qal .. tunggu aunty kejap!!” laung aunty Bizah yang
termengah-mengah mengejar langkah Rayqal.
“Kenapa Qal kata macam tu kat diaorang. Malu la aunty
kalau macam ni. Tak baik tau buat orang tersinggung dengan kata-kata. Lagi pun
Rayqal mana makan segala tempoyak budu semua tu. Before this, aunty dah kata
pada Qal watch your mouth but Qal still sesedap cencaluk je hembur apa-apa yang
Qal tak suka!” Marah aunty Bizah. Lelah dia melihat perangai si Rayqal. Penat
sudah dia memberi amaran supaya Rayqal jaga mulut tapi tetap juga mulut anak
kawan baiknya ini tak reti-reti nak beli insurance.
“Aunty Bizah tak nampak ke mak Dalisa tu tadi cakap apa
kat Qal. Dalisa tak dibenarkan buat kerja rumah. Everything will be done by bibik.
Kalau Tok Ma tahu lunyai Dalisa tu dikejakan. Lagi yang buat Qal tak puas hati
dengan aunty Bizah kenapa tadi beria-ria puji masakan Dalisa. Dok sedap..sedap
tapi muka bekerut-kerut! You know kalau makan macam tu, habis tak lawa laa shape
Rayqal. Lagi ditabur timun banyak-banyak macam cheese atas pizza buat apa. Nak
menangis Rayqal rasa. Nak Loya. Seriously I hate cucumber!” Tegas Rayqal. Aunty
Bizah Cuma tersenggih. Part timun tadi memang dia tak boleh buat apa-apa. Dalam
hati hanya beristighfar supaya Rayqal tak meletuskan lava gunung berapi.
“Qal on the way ke sini kan, tadi aunty ada nampak
restoran. Kita pergi sana eh. Aunty lapar juga bukan Qal seorang je yang lapar.
Pasal Dalisa anuty dah beres kan. Nanti aunty cari calon yang lain okey.” Pujuk
aunty Bizah. Lapar sungguh perut dia, nak dekat habis waktu lunch nasib dia tak
ada gastric.
“On tak on” aunty Bizah main kedua-dua keningnya untuk provoke
Rayqal.
“ON!”
“Aik tadi kata ada urgent meeting” Sindir aunty Bizah.
“Urgent meeting dengan makanan la aunty” dua-dua
meletuskan ketawa.
“HOW’s your blind date
man?” terjah Azhan tanpa ketukan di pintu. Sebaik sahaja pintu kayu itu
ditolak, terpampang wajah mengcuka Rayqal yang baru sahaja selesai bercakap dengan
seseorang melalui telefon. WRONG TIMING WOO! Orang kata masuk kandang kambing
mengembik, masuk kandang kerbau menguak lah kalau tak nak kena ceramah sejam. Azhan
duduk di hadapan Rayqal, berterabur kertas project di atas meja.
“Kau ni main masuk je kan. Tak adanya nak bagi salam dulu
ke ketuk pintu dulu ke. Tangan dah patah ke?” sinis Rayqan.
ROUND 1! Kan
dah kata WRONG TIMING! Muka selamba tetap ditayang depan Rayqal. Semangat ingin
tahu berkobar-kobar. Kena sinis tu apalah sangat. Tumpuan Rayqal kembali pada
kertas project di Dubai.
“Cerita lah
bro, tak sabar nak dengar ni. Aku rasa Dalisa tu calon ke dua belas untuk tahun
ni. Jadi ke tak jadi ni?”
“kau ingat
pilih calon isteri macam beli baju dekat mall ke? kalau tersalah beli saiz
boleh tukar?” Sinis Rayqal lagi. Kali ini tumpuan Rayqal beralih kepada Azhan.
ROUND 2!.
Tak boleh jadi ni. Kalau asyik kena counter-strike dengan si Rayqal mahu rosak ear
drum Azhan. Tak pasal-pasal nanti Azhan jadi OCB! Orang Cacat Baru.
“Relax
brother, jangan marah-marah. Ni kalau bapak singa tengok kau ni, dia pun boleh
lari masuk gua balik. Seram!” komen Azhan.
“Mama kau
bebel kan apa lagi. Nasib baik Rayyan dekat Russia tau. Selamat budak tu dari
kena membebel pasal bila mama nak dapat menantu?” ajuk Azhan. Rayqan mengurut
kepalanya. Pening kepala memikirkan bila lah masalah ni nak berakhir.
“Macam
biasalah, bila mama nak dapat menantu kalau setiap kali blind date asyik reject.
Lagi satu kau ingat Yan tu selamat ke? Setiap kali Skype, isu mama nak menantu
tu muncullah. Sampai budak tu tak nak Skype dah dengan mama. Kau tahu mama dah
siap buat list tau untuk Yan. Haaa hebat tak mama aku tu?” sekarang ni kepala
Rayqal tengah serabut, nak fikir project pastu nak kena fikir mama nak menantu
lagi.
“Weh, aku rasa nak balik UK, sesak kepala aku setiap hari
isu mama nak menantu” Rayqal panggung kepalanya. Putus asa.
“Kau jangan cari pasal. Kau yang deal dengan syarikat
dekat Dubai tahu tak. Jangan nak mengada-gada suruh aku yang handle. Project
yang sedia ada ni pun dah buat aku lelah nak kejar submission date.” Tak boleh bayangkan kalau Rayqal buat kerja
gila. Cukuplah sekali tu je Azhan tolong Rayqal mahu naik menyampah dia dengan client
mat saleh celup tu. Cerewet nak mampus! Sampai sekarang genjatan senjata tak
surut-surut lagi. Nampak je kertas project client tu, terus si Azhan pangkah
besar-besar. Memang tak lah dia nak deal dengan species yang cerewet.
“Kau pun satu hal juga. Workaholic terlebih buat apa. Cer
contohi aku ni. Slow and steady. Kerja siap on time jugak. Lagi pun mama kau tu
sunyi. Kalau ada menantu, hilang la sunyi dia. Boleh mama kau heret isteri kau
pergi spa, salon, shopping ke.” Azhan memberi pendapat.
“Sebelum aku terlupa, aku nak inform kau ni, Dato Mahamud
outstation sebulan, dia nak aku ingatkan kau untuk next week, IR dari Norwek
Consultant akan kerja dekat sini sampai projek kita berjaya. Lastly, he hopes
everything will goes as planned.”
“Noted, thanks bro”
“Lupakan pasal kerja sekejap, Aku nak tahu kenapa kau
reject Dalisa?” soal Azhan teruja.
Dengar sahaja nama
Dalisa, mengeluh sekejap Rayqal dibuatnya. Kawan dia yang sorang ni, memang
pantang kalau dapat tahu Rayqal keluar blind date. Ada sahaja sifat menyibuk
nak tahu.
“Timun weh.” Rayqal buat muka. Azhan didepannya dah bantal
gelak dulu sebelum Rayqal mula bercerita.
Sesi Pak cik membawang bermula!
No comments:
Post a Comment