photo ef93ac41-7e14-4320-928d-91b5bc3c9fa2_zpsatvrexvb.jpg photo e060c7aa-289a-4fb5-81e8-57bc942c6816_zpsvadwbjpo.jpg photo 63178b93-664e-4428-b177-4c3fa07d87c8_zpswatcakhd.jpg photo ae7eeaf4-443d-4302-9c2a-0ecbab61913a_zpszzbgyncm.jpg photo 6220d561-308a-4ab4-94b7-bfdc904d172c_zpsg6qjzyyd.jpg

Tuesday, 17 March 2015

Cinta Ustaz To be


          "Ladies and gentlemen, welcome onboard Flight 4B7 with service from Indonesia to Malaysia. We are currently third in line for take-off and are expected to be in the air in approximately seven minutes time. We ask that you please fasten your seatbelts at this time and secure all baggage underneath your seat or in the overhead compartments. We also ask that your seats and table trays are in the upright position for take-off. Please turn off all personal electronic devices, including laptops and cell phones. Smoking is prohibited for the duration of the flight. Thank you for choosing Air Asia. Enjoy your flight." Pengumuman bahawa flight akan berlepas dari landasan membuatkan Wan mula rindu akan kenangannya semasa belajar di Lombok.

          Selama 10 tahun berada di negara seberang akhirnya dia berjaya menggenggam sebuah ijazah. Kapal terbang sedikit bergegar apabila melanggar awan putih. Dia membuangkan pandangan ke  luar tingkap kapal terbang. Kelihatan langit membiru ,tenang sekali . Awan persis gula kapas yang terapung di udara menambahkan keindahan dan kehebatan ciptaan Allah .Dirinya yang berada di awangan itu memaksa kenangan di Garut, Jawa Barat Indonesia bermain semula difikirannya.

Garut, Jawa Barat Indonesia..
8 tahun yang lepas...

"Tiara.. esok saya pulang ke Malaysia?"-wan
"Tiara boleh tak awak jumpa saya esok sebelum saya balik?"-wan
"Tiara..awak dekat mana?"-wan
"Tiara.. flight saya nak berlepas dah..awak dekat mana?"

Wan membaca kembali mesej yang dihantar kepada Neng Tiara Syahida. Namun tiada satu pun mesejnya dibalas oleh Tiara. Pangilan yang dibuat juga tidak dijawab oleh Tiara. Berkali-kali dia menelefon Tiara untuk memberitahu dia akan pulang ke Malaysia dan tidak lagi menjejaki kaki disitu kerana tempohnya untuk belajar disana sudah tamat tetapi hampa menyelubungi diri apabila pangilannya tidak berjawab.Pengumuman bahawa pesawat sedia berlepas meninggalkan lapngan terbang membuatkan Wan sedikit hampa.


          Telefonnya bergetar di seluar menandakan mesej masuk. Tertera satu mesej belum dibaca.

"Maaf..saya sibuk. Saya tengah uruskan majlis pernikahan sepupu saya.Maaf ya Wan.. ada masa kita jumpa lagi"-Tiara

         Saya tak boleh jumpa awak lagi dah.Gumam hatinya sendirian. Percintaan jarak jauh agar sukar bagi dirinya yang berada di Malaysia. Bila-bila masa sahaja Tiara boleh disunting oleh jejaka disitu.Neng Tiara Syahida, gadis Garut yang berjaya mencuri pandangannya.

          Gadis yang sangat cantik, lemah lembut, sopan dan pandai menjaga diri. Walaupun mereka bercinta tetapi batasan pergaulan tetap dijaga sepenuh hati. Dengan berat Wan membalas mesejnya

"Hari ini saya balik Malaysia dan tak akan menjejaki situ lagi. Maaf..tempoh saya berada untuk belajar disitu telah tamat.. jaga diri awak. Selamat tinggal."-wan.

Tiara.. there's a difference between goodbye and letting go. Goodbye is "I'll see you again when I'm ready to hold your hand and when you ready to hold mine". Letting go is " I'll miss your hand. I realized it's not mine to hold and I will never hold it again".Ucap Wan perlahan.Mesej dihantar. Telefonnya dimatikan.

          Tiara.. gadis yang dia kenali di Garut.Pertemuan mereka berlaku apabila Tiara melintas untuk ke kedai semasa Wan dan Haslim sedang berbual dengan ayah Tiara ,Encik Syapaei. Kelembutan yang ada pada gadis Garut itu membuatkan dirinya ingin mengenali Tiara. Semakin mengenali gadis itu, dirinya senang dengan kehadiran Tiara. Dan semakin lama terjalinlah satu hubungan yang lebih rapat. Walaupun rapat sebagai kekasih, pergaulan antara muhrim tetap dijaga.

Dalam perut pesawat...

          "Tuan-tuan dan puan-puan , kita telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Bagi tujuan keselamatan anda dikehendaki berada di tempat duduk sehingga isyarat pasangkan tali keledar dipadamkan dan pesawat berhenti sepenuhnya. Berhati-hati ketika membuka ruang penyimpanan diatas. Anda dibenarkan memasang telefon bimbit selepas tanda isyarat pasangkan tali keledar dipadamkan. Waktu tempatan sekarang adalah 9.45 pagi. Kepada warganegara, kami mengucapkan selamat pulang dan kepada pelawat kami mengucapkan selamat datang ke Malaysia. Kapten Amri dan anak-anak kapal mengucapkan terima kasih kerana memilih Air Asia."

         "Ladies and gentlemen , we has landed at the International Airport KL . For security purposes you must remain seated until the signal pairs seatbelt off and the plane stopped completely . Be careful when opening the storage space above . You may use the mobile phone after the signal  seatbelts switched down. Local time now is 9:45 AM . To the citizens , we wish you a safe journey home and to our visitors welcome to Malaysia . Thank you for choosing Air Asia" pengumuman dibuat menyedarkan Wan dari tidur. Orang ramai berpusu-pusu keluar dari perut pesawat. Setelah melalui pintu antarbangsa , Wan mencari seseorang yang dikenalinya.

                   "Wan... kat sini"Laung satu suara yang sedang berdiri bertentangan dengan Wan.Wan segera mendapatkan pemuda itu." Abang sihat?"ucapnya terdahulu.

          "Alhamdulilah , sihat.Wan macam mana?.fligh okay tak?.Mata sembab aja ni. Menangis ke?" Tanya abang Kamil bertalu-talu. 

         "Alhamdulillah ..sihat juga. Flight okay cuma delay sekejap. Patutnya fly pukul 5.30 pagi. Ni pukul 8 baru fly. Tu yang sampai lambat. Menangis.. tak lah. Tadi tidur . Tak cukup tidur ni" Terang Wan sambil tergelak. Perjalanan selama 3 jam membelah awan tidak membuatkan dirinya berasa penat, fikirannya asyik mengingati sebaris nama yang sangat dia rindui.Kamil hanya mengangguk mendengar penjelasan adiknya itu.

          "Jom ..kita gerak . Yang lain dah tunggu Wan dekat rumah" Beritahu Kamil kepada adiknya.

          "Okay" Bag ditarik menuju ke kereta BMW 4 Series. 


..................................
    
          Wan melangkah keluar dari kereta memasuki KLCC. Hari minggu tak payah cakap dalam KLCC lagu mana. Memang sesaklah. Nak lagi dekat musim perayaan. Segera dia mengeluarkan telefonnya untuk mendail nombor sesorang. Setelah jumpa . Nombor adik sepupunya ditekan. 

         " Irah dekat mana ni" jeritnya sedikit. Suasana yang bising dengan lagu perayaan dan manusia yang ada disitu menyusahkan dirinya untuk bercakap di telefon.

          "Irah dekat McD. Abang Wan jalan-jalanlah dulu. Dah siap nanti Irah call abang"Beritahu Syahirah.
Sememangnya hari ini dia akan pulang bersama Wan. Dia sedang cuti semester , dek kerana tiket bus untuk pulang ke gombak tiada. Irah meminta tolong abang sepupunya untuk mengambil dia di Kuala Lumpur. Keluarga Syahirah tidak dapat mengambilnya kerana mereka menziarahi orang sakit di Kelantan.

          "Humm.. Okaylah kalau macam tu. Abang Wan tunggu kat MBS" Talian dimatikan.Tak ada kerja dia nak jalan-jalan waktu orang tengah sesak ni. Kaki terus melangkah menuju ke MBS. Lama sudah dia tidak ke sini. Banyak perubahan yang berlaku. Dalam MBS pun tidak kurang sesaknya.Dirinya berjalan menyusuri rak buku di situ.  Sedang asyik menyusuri rak buku di situ, buku berjudul Nikmatnya Bercinta  Selepas Bernikah menarik perhatiannya. Buku itu dicapainya. Tiba-tiba kedengaran bunyi buku jatuh berhampiran dirinya. Tak lama selepas itu kedengaran suara seorang perempuan mengaduh kesakitan.

         "Auch..sakitnya.Kenapa tinggi sangat letak buku tu. Tak pasal-pasal buku jatuh atas kepala" Bebelnya sendirian sambil mengusap kepalanya. Wan segera mengutip buku yang bertaburan itu sebelum menghulurkan kepada gadis itu.

          " Awak okay tak? " Tanya Wan perihatin . Senyuman menghiasi wajahnya. Gadis itu mendongak memandangnya dan sedikit terkejut kerana orang yang dicarinya berada depan mata.

Dirinya kaku seketika. Pandangannya menyapu wajah bersih itu sedikt sebanyak menghilangkan rindu yang berbuku dihati.Sekian lama dia mencari si dia. Akhirnya kini baru dia jumpai.

          "Awak okay tak?" Tanya Wan lagi. Pelik dia tengok gadis depan dia ni. Takkan mereng kut sebab buku jatuh atas kepala. Asyik pandang dia aja. Lama menunggu jawapan gadis itu. Dia mula perasan. Hisy.. tahu lah aku ni handsome. Tapi agak-agaklah nak pandang aku pun. Aku ni yang naik segan.Wan memetik jarinya kuat dihadapan muka gadis itu untuk menyedarkannya.

         " Humm.. maaf. Saya tak sengaja. " ucap gadis itu. Mukanya menunduk . Malu menyelubungi diri. 

        "Oh.. takpelah.Hal kecil aja"  

         " kat sini pun abang. Jomlah Irah dah siap" Beritahu Syahirah sambil menarik tangan Wan untuk meninggalkan tempat itu.

         " Okay.. jom " Wan berjalan meninggalkan MBS. Gadis itu hanya menghantar pemergian si dia dari jauh. Suara gadis yang memanggil si dia itu abang membuatkan dirinya sedikit terkejut. Mesra sekali ibarat pasangan suami isteri. Dirinya runsing memikirkan itu semua. Adakah betul lelaki itu si dia? 

        " Sayang.. dah ke belum" suara seseorang menyentak lamunanya.

       "Oh.. sudah.. jom bayar"

........................................


Tiara keluar dari kereta handak menuju ke tandas masjid. Sedang dia memasuki kunci kereta kedalam  beg tangan, sesorang telah menegurnya. Tiara segera mencari suara yang menegurnya. 

        "Eh.. kita jumpa lagi. "Ramah Wan menegur gadis yang tidak diketahui namanya itu.Tiara sedikt terkerjut. Tidak menyangka dirinya bakal bertemu lagi dengan si dia.

       " Saya ..Wan Abdul Rahman. Nama awak siapa?" ucap Wan mengenali dirinya tanpa dipinta oleh gadis itu. Tiara sedikt tersentak. Ternyata betul lelaki itu si dia.Melihat lelaki itu tertunggu-tunggu jawapan darinya. Dia segera mengenalkan dirinya.

        " Saya.. Tiara" Beritahunya lambat. Dia perasan riak wajah lelaki itu sedikt berubah.

       "Tiara..Tiara what?"soal Wan kembali. Dia sedikit berdebar untuk mengetahui nama penuh gadis itu.

       "Neng Tiara Syahida" Tiara perasan riak tergamam lelaki di hadapannya ini. Sudah tentu lelaki itu mengenali dirinya. Kalau tak masakan mukanya terkedu apabila mendengar nama penuh Tiara.

       "Awak Tiara. Macam mana boleh ada dekat sini?.Awak ingat saya lagi tak?"soalnya bertalu-talu.Tiara hanya mendiamkan diri. Anggukan dari Tiara menyebabkan Wan tersenyum lebar.

       "Sayang.. kenapa ada dekat luar ni?" Suara seseorang menegur Tiara. Lelaki itu berdiri rapat dengan Tiara.Wan terkedu seketika. Panggilan sayang itu melemahkan dirinya.

        "Oh.. nak pergi tandas lepas tu terserempak dengan kawan Tiara" Tiara memandang muka Wan. Tahulah dia bahawa Wan pasti terluka.

         "Oh.. maaf. Saya Naj, suami Tiara" Naj menghulurkan tangan untuk bersalam .Huluran bersambut.
  
        "Saya Wan, kawan Tiara . Tak sangka boleh jumpa Tiara dekat sini.Tak tahu pulak Tiara dah kahwin. Lama tak balik Malaysia". Wan beramah mesra dengan Naj. Walaupun hatinya sakit melihat orang yang dirindui telah berkahwin, tidak bermakna dia perlu berdendam dengan Tiara. Silapnya juga kerana tidak menghubungi Tiara selepas pulang ke Malaysia 8 tahun yang lepas.

"Lama tak balik Malaysia Pergi mana?" Tanya Naj. Soalan daripada Naj itu berjaya menarik wajah Tiara supaya menatap wajah Wan. Dia menanti-nanti jawapan yang keluar dari mulut Wan.

       "Saya sambung belajar di Lombok. Baru aja sampai Malaysia." Wan tersenyum hambar.

      "Tak lambat lagi kan kalau saya kata selamat pulang "soal Naj. Wan hanya ketawa.

       "Saya minta diri dulu ya. Nak balik Gombak ni" Dirinya tidak betah berdiri dihadapan Tiara. Ingin sahaja dia bertanya banyak kepada Tiara tapi mengenangkan Naj turut berada disitu. Dia mematikan niatnya untuk bertanya. Selepas bersalaman dengan Naj. Naj menghulurkan sampul putih kepadanya.

        " Jemput datang .Saya ada buat majlis sikit" beritahu Naj.

        " Insyaallah saya datang" Wan berjalan menghampiri keretanya. Dia sedar bahawa Tiara bukan miliknya .Dia lihat Naj seorang lelaki yang baik. Tentu Tiara senang bersama suaminya itu. Apabila sedikit tenang. Dia mula memandu keluar dari kawasan masjid. Sempat dia membunyikan hon kereta kepada pasangan itu. Syahirah disebelah hanya senyap , menunduk membaca novel. Selawat  dan zikir dimainkan dibibir membuang gusar di hati. Patah hatinya.

         Tiara segera menuju ke tandas. Air mata mengalir dipipi dibiarkan. Tersedu sedan dia menagis di tandas. Dirinya tidak kuat menghadap Wan lagi. Naj, suaminya yang dia kahwini baru 7 bulan,Tiara berasa bersalah terhadap suaminya. Walaupun sudah berkahwin dia tetap juga memikirkan soal Wan. Dia tahu berdosa baginya memikirkan lelaki lain selain suaminya. Tetapi apakah daya yang dia ada. Perkahwinan yang dirancang oleh keluarganya sendiri. Terpaksa dia menurut.  Dia tidak mahu peristiwa maknya dibuang keluarga sendiri berlaku lagi  hanya kerana tidak mengikut kehendak keluarga. Naj .. suaminya yang sangat baik. Tak tergamak dia melukakan suaminya. Dia tahu suaminya sudah lama terluka dengannya. Selalu permintaan suaminya ditolak olehnya. Dirinya tidak mampu mencintai Naj.

Bukan dia tidak cuba menghadirkan rasa cinta itu kepada Naj. Semakin dia cuba , semakin dia mengingati Wan.

        "Ya Allah.. maafkan aku . Aku tak kuat Ya Allah. Naj.. maafkan saya. Saya berdosa dengan awak. Saya tak layak untuk awak.Wan.. saya minta maaf" Rintih Tiara perlahan.

........................................

        "Wan.. mari sini, minum petang dengan mama" Gamit Puan Syadah apabila ternampak anak terunanya itu menghampiri pintu gelangsar. Wan melangkah perlahan mendekati Puan Syadah. Puan Syadah menghulurkan minuman kepada anaknya itu. Cawan berisi air nescafe dicicip perlahan. Aroma nescafe dihidu. Hisyy.. macam nak buat iklan nescafe aja gayanya. 

        "Pak usu.. nak duduk atas" ucap Haikal yang berusia 4 tahun, anak abang longnya, Kamil. Jari telunjuk menunjuk atas ribanya. Wan mengangkat Haikal duduk atas ribanya. Sekali-kali rambut anak kecil itu diusap lembut. Tak cukup itu Haikal di gomol .Geram melihat Haikal yang tembam itu.

       "Nak tu" Kuih karipap ditunjuk  oleh Haikal. Wan mengambil satu kuih karipap itu lalu disua kepada Haikal .

       "Wan.. start kerja bila?" Puan Syadah bertanya kepada anaknya itu. Tangannya mencubit pipi montel Haikal. Geram dia tengok. Haikal  menyeringai kesakitan.

        "Start kerja kat syarikat minggu depan. Tapi tadi, baru jap tadi dapat call dari UIA. UIA tawar part-time mengajar .Sabtu dan Ahad" Beritahu Wan sambil tangannya membersihkan mulut Haikal. Comot tapi comel.

       "Wan terima ma.. lapor diri Sabtu ni"Terang Wan lagi. Puan Syadah hanya mengangguk.


..........................................


    Keputusan sudah dibuat, Wan mengagahkan dirinya untuk bertandang ke rumah Naj . Mungkin ini adalah harapan yang terakhirnya dia boleh melihat Tiara . Selepas ini nama Tiara akan dilupakan. Berdosa baginya kerana memikir isteri orang. Berulang kali kad ditangan dibaca. Memastikan betulkah dia berada di alamat yang betul. Setelah memastikannya, Wan segera keluar dari kereta  dan menuju ke rumah banglo dua tingkat itu. Kelihatan semua tetamu berpakaian sopan, ruang tamu penuh dengan tetamu yang bertandang . Dia juga mendengar alunan surah Al-Quran beralun di dalam rumah. Wan menghampiri seorang lelaki tua untuk bersalaman.usianya lebih kurang ayahnya juga.

       "Asalamualikum,Pak cik"Wan memberi salam lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Huluran tangan bersambut.

      "Walaikumussalam"Ucapnya. Wan ingin meleraikan huluran salam tetapi sedari tadi pak cik itu memandangnya dengan muka yang sayu."Wan tak kenal pak cik dah ke?"soalnya . Muka Wan dipandang sayu. Wan cuba mengingati wajah pak cik dihadapannya ini. Ingatannya kabur, mata dipejam buat seketika, zikir dialunkan dibibir. Alhamdulillah , dia dapat mengecam wajah pak cik dihadapnnya ini.

       "Pak cik Syapaei". Soalnya. Anggukan dari pak cik itu meyebabkan dia tersenyum puas. Tidak semena tubuhnya ditarik ke dalam rangkulan Encik Syapaei itu. Buat seketika dia merasakan bahunya basah . Belakang tubuh Encik Syapaei ditepuk lembut untuk menghilangkan gusar dihati tua itu. Setelah lega , pelukan diuraikan. Wan berasa pelik sejak  dia menapak masuk dalam perkarangan rumah banglo mewah itu. Langsung dia bertanya kepada Encik Syapaei .

      "Pak cik.. ada buat majlis apa sebenarnya ni?" Soalnya lurus. Jemputan kad yang diberi oleh Naj hanya tertulis majlis doa selamat. Tapi yang menghairankan dirinya kenapa dari tadi tetamu kelihatan sayu sahaja . Terdengar juga perkataan arwah.

        "Arwah Naj dah pergi"ucap Encik Syapaei sayu. Mukanya keruh seperti menahan sesuatu ."Sekarang tengah tunggu jenazah dibawa ke sini" beritahunya lagi. Wan tergumam .Tidak menyangka pertemuan pertama dua minggu lepas adalah pertemuannya yang terakhir dengan arwah Naj.

     "Inna lillahi wa inna ilahi rojiun"Kalimah itu diucap oleh Wan. Hatinya mula turut sayu dengan pemergian arwah Naj. Walaupun hanya jumpa buat seketika , dia pasti arwah Naj seorang yang sangat baik. Untungnya, dia dipanggil sekarang oleh Allah. Allah sangat menyayangi dirinya. MasyaAllah.

       "Allahummaghfirlahuwarhamhu. Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.” Doa dititip untuk arwah Naj." Pak cik.. ada apa-apa yang saya boleh bantu?"Wan menawarkan pertolongan. Sebaik sahaja dia berkata begitu, van jenazah sudah sampai di perkarangan rumah. Ramai pemuda mengerumuni van itu, menawarkan pertolongan. "Tolong Pak cik uruskan jenazah arwah Naj".Wan segera mengangguk. Dia berjalan menghampiri van jenazah. Wan turut bersama-sama pemuda yang lain mengusung jenazah arwah Naj masuk ke dalam rumah.

Dari mandikan jenazah sehingga pengebumian jenazah, Wan uruskan tanpa banyak soal. Sememangnya Encik Syapaei tidak mampu menguruskan seorang diri dek kerana keuzurannya. Semasa menguruskan jenazah arwah Naj, Wan tidak dapat menggambarkan perasaannya. Wajah arwah Naj sangat tenang. Cerah sahaja, ibarat bayi yang baru dilahirkan. Sewaktu mengerjakan solat jenazah, ruang tamu penuh dengan kaum muslimin yang turut menunaikan solat jenazah.

       " Barang siapa yang disembahyangkan oleh tiga baris kaum muslimin, maka telah diwajibkan jenazah itu masuk syurga.
(Riwayat Abu Daud)"

      Ahli masjid kian berundur selepas majlis tahlil. Wan mencari Encik Syapaei untuk bersalaman sebelum beredar. Seharian dia berada di rumah Encik Syapaei dari pagi hingga petang menguruskan jenazah arwah Wan. Baju pun, wan hanya pinjam baju arwah Naj disebabkan bajunya kotor. Setelah menjumpai Encik Syapaei , dia meluahkan hasratnya.

      "Pak cik.. saya minta diri dulu ya"ucapnya lembut. Tangan dihulurkan.

         "Oh... terima kasih banyak-banyak ya Wan. Kalau tak ada Wan. Pak cik tak tahu apa nak jadi" huluran bersambut lalu tubuh Wan didakapnya.

       "Sama-sama. Tak ada masalah Pak cik. Yang mana saya boleh tolong, saya tolong. Takziah ya Pak cik. Sabar" Nasihat Wan. Belakang Encik Syapaei ditepuk perlahan memberi semangat.

       "Kirim salam saya kepada Tiara. Takziah untuk dia" pinta Wan selepas pelukkan di uraikan.

      "Wan.. tak nak jumpa dia ke?" Wan memandang Tiara yang duduk di sofa. Penat mungkin . Wajahnya sayu sekali. Terkesan dengan peninggalan arwah Naj. Bukan dia tak nak berjumpa Tiara tetapi dengan keadaan begini, rasanya tidak sesuai sama sekali. Pandangan dipalingkan semula menghadap wajah tua Pak cik Sypaei. Wan tersenyum seketika.

       "Takpelah pak cik. Lain kali sahaja. Sampaikan salam saya pada dia ya. Suruh dia banyakkan bersabar. "Pinta Wan sebelum melangkah mendekati kereta. Encik Syapaei menghantar pemergian Wan dengan satu harapan.

       Disebalik kesedihan yang melanda keluarga itu, terbit satu senyuman puas. Selendang dikepala dibetulkan. Rimas dia, dari tadi asyik berpakaian sopan. Panas!!. Disebabkan ingin memastikan perkara ini berlaku, dia sendiri menghadiri tahlil itu.

       "Hummm.. puas hati aku. Aku tak dapat, jangan haraplah kau dapat. Biar adil. Sama-sama tak dapat" senyman sinis tersemat dibibir apabila terpandangkan Tiara yang lesu dan muram di sofa.

     Dia mengaduh kesakitan apabila bahunya disadung kuat oleh bahu lelaki di sebelahnya" Jom balik" kata lelaki itu dengan tegas. 

         "Jomlah Zali. Rimas aku lama-lama dekat sini" Mereka berjalan melolong meninggalkan perkarangan rumah itu.

...........................................

Satu tahun kemudian...

       Telefon bimbit di kocek seluar bergetar. Tertera nama Hazwan , segera Wan mengangkat panggilan itu. 

      "Hello Wan..nanti jumpa Anis , abang dah bincang dengan dia , Wan cuma booking kan untuk abang je" Beritahu Hazwan tidak menyempat.

      "Assalamualaikum"Sindir Wan. Tersengih dia seketika. Biasanya dia aja yang kena sindir oleh abang ngahnya . Kali ini biar abang ngahnya pula kena sindir.

      "Walaikumussalam. Hehehe..sorry sorry. " Jawab Hazwan lalu ketawa kecil."Dengar tak abang kata apa?"soalnya kembali.

       "Dengarlah abang, jumpa Anis. Wan just booking kan untuk abang aja."Ulang Wan apa yang dikatakan oleh Hazwan.

      "Bagus.Bagus. Abang tak boleh balik lagi ni. Minggu depan baru balik." Adunya kepada Wan. Kalau ikutkan dia tak nak pergi meeting di Singapura sebab banyak lagi persiapan yang perlu dilakukan. Tapi memandangkan ayahnya tak boleh pergi terpaksa dia ganti ayahnya.

       "Iya .. sabarlah. Tak menyempat-nyempat. Wan sekarang nak jumpa Anislah. Nak suruh Wan buatkan video conference ke?". Tanyanya. Kaki melangkah menuju ke kaunter pertanyaan. Wan melemparkan senyuman kepada pekerja bertugas sebelum memberitahu untuk berjumpa dengan Anis.

       "Cik saya nak jumpa Anis Haliza "Beritahunya kepada pekerja yang mamakai tag nama Amirah.

         "Memang nak suruh Wan buat. Tapi tak bolehlah. Abang nak masuk meeting dah ni. Takpelah Wan uruskan dengan Anis. Dah siap tu bagitahu abang. Abang nak letak dah ni. Assalamualikum" Hazwan memberi salam sebelum talian dimatikan.

      "Walaikumussalam" Balas Wan lalu telefon dimasukkan ke dalam seluar.Pandangan di alihkan menghadap Amirah.

      "Hmm.. encik boleh tunggu disana"ucap Amirah . Tangan ditunjukkan ke arah satu meja kopi di sudut tepi ruang lobi itu. 
  
        "Terima Kasih"ucap Wan lalu melangkah ke tempat yang dimaksudkan Amirah.

       Urusan berkaitan dewan sudah selamat di uruskan. Tak menyempat-nyempat abangnya itu.Majlis resepsi lambat lagi. Tapi yalah. Tempah awal-awal senang sikit. Setelah perbincangan selesai, Wan ingin mengundurkan diri, tetapi satu suara yang tengah memberikan arahan memaku pergerakan dirinya.

      "Anis, esok saya nak adakan meeting pukul 10 pagi. Bawa semua file bulan ini"arahnya kepada Anis.

        "Baik .. cik Syahida" Balasnya pantas. Cacatan ditulis didalam suatu buku. 

       "Tiara"Tanpa sedar Wan memanggil Tiara. Tergamam dia apabila melihat Tiara tiba-tiba ada di dihadapannya. Anggun sekali penampilan Tiara dengan persalinan koprat. 

      Tiara mendongak memandang orang yang memanggil namanya itu. Tiada siapa yang boleh memanggil namanya yang satu itu melainkan orang terdekat sahaja. Apabila pandangannya bertemu Wan, dirinya turut tergamam. Setelah sekian lama tidak berjumpa , tidak menyangka hari ini dia bakal berjumpa sekali lagi dengan Wan.

     "Wan"ucapnya sepatah sebelum menekur pandangan kebawah. Wan menghampiri Tiara. 

     "Awak free tak sekarang?. Saya nak jumpa awak sekejap" pinta Wan . Tiara mendongak lalu mengangguk .

.................................................

                Saya terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut itu. Tangan digoncang perlahan. “ Macam mana , sah” soal Encik Syapaei.

“ Sah..” Kata saksi yang menghadiri majlis pernikahan itu. Dengan sekali lafaz sahaja Neng Tiara Syahida sudah berubah status sebagai isteri orang.

“ Alhamdulilah..” serentak mereka bersuara. Doa dibaca bagi mensyukuri sebuah masjid yang baru dibina. Menangis syaitan kerana tidak dapat menggagalkan umat Nabi Muhammad daripada melakukan zina serta maksiat. Menitis air mata Tiara kerana diberi peluang sekali lagi menjadi seorang isteri. Puan Syadah dan Puan Haslina, memeluk Tiara. Solat sunat nikah dibuat diruang tamu. Apabila selesai, Wan mendapatkan Tiara untuk bersalaman.

Terpegun dia melihat Tiara yang cantik dengan jubah warna putih Kristal. Wan duduk dihadapan Tiara. Tiara mendongak memandang suaminya. Senyuman kecil diberikan kepada Wan . Tangan dihulurkan untuk bersalaman. Saat hidung mancung Tiara bertemu hangat tangan Wan, menitis lagi air matanya. Bukan kerana terpaksa tetapi kerana kegembiraan. Selepas itu mereka bersalaman dengan seluruh ahli keluarga serta tetamu yang menghadiri majlis itu. Tidak henti-henti mereka menerima ucapan tahniah serta menjadi model untuk merakam gambar majlis pernikahan mereka.
...........................................................

Resepsi majlis Wan dan Tiara dibuat serentak dengan resepsi majlis Hazwan dan Julia. Dewan ditaja sepenuhnya oleh Tiara. Tetamu mula membanjiri ruang legar dewan yang besar itu. Sebaik sahaja Pintu utama dewan terbuka tersembul wajah empat pengantin yang berjalan ayu melangkah kearah pelamin dihadapan mereka.keempat-empat mereka melakar senyuman yang menawan. Konsep garden diirhamkan dalam majlis perkahwinan mereka. Seluruh dewan dihias dengan bunga hidup, langit dewan pula dihias dengan bunga yang menjalar. Keindahan awan yang bergerak dapat dilihat kerana bumbung dewan diperbuat daripada kaca jernih. Hazwan dan Julia mengenakan persalinan berwarna pich manakala Wan dan Tiara mengenakan persalian warna cream white. Kombinasi dua warna itu menambahkan kemewahan majlis itu. Selesai sahaja makan beradab, mereka turun berjumpa tetamu untuk bersalaman. Majlis pada malam itu berjalan dengan lancar.
....................................................................

            Wan dan Tiara melangkah ke bilik esekutif di Hotel tempat mereka mengadakan majlis. Kedua-duanya hanya senayap sepanjang perjalanan ke sana. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka Wan melepaskan tangan Tiara. “ Tiara pergi mandi dulu, kita solat Isyak sama-sama” Tiara angguk , langkah dibawa ke almari untuk mengambil pakaian sebelum memboloskan diri ke kamar mandi. Setelah selesai, langkah dibawa ke ruang bilik. Kelibat Wan tiada disitu, bunyi air jatuh memahamkan Tiara bahawa Wan berada dalam bilik air . Laju dia menyarung telekung dan menghamparkan sejadah.

          “ Dah siap” tanya Wan sepatah

          “ Sudah” balasnya pendek.Wan mengalunkan bacaan Al-Fatihah. Lunak sekali suaranya, Tiara tenang mendengar bacaan itu. Hatinya damai. Solat Isyak Tiara diimamkan oleh suaminya, Wan Abdul Rahman bin Rasyid. Solat Syukur di lakukan oleh mereka selepas solat Isyak. Setelah itu, mereka menadah tangan dan doa dipohon kepada Allah.

           “Ya Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.Engkau anugerahkanlah padaku isteri yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami.

         Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada kami. Kurniakanlah kami ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.

         Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.Allahu lateefun biAAibadihiyarzuqu man yashao wahuwa alqawiyyu alAAazeez.Amiin Ya Rabbal A’lamin”
Lancar sekali bacaan doa Wan. Tiara turut menitiskan air mata sekali lagi . Sungguh dia terharu mendengar doa suaminya itu.

        Wan memusing badannya menghadap Tiara,isterinya yang dinikahi baru sahaja tadi. Senyuman diberikan kepada Tiara. Tangan yang dihulurkan disambut lembut oleh Tiara . Tiara menunduk mencium tangan Wan. Lama dia berkeadaan begitu. Setelah itu senyuman manis turut diberikan kepada suaminya. Wajahnya basah dek air mata yang menitis keluar oleh dua belah kelopak mata.

         “ Kenapa menagis ini. Humm..” tanya Wan lembut. Tangan sasanya mula menyeka air mata yang keluar dari kelopak mata isterinya. Tiara memandang lembut muka suaminya, hanya gelenggan diberikan. Lidahnya tidak mampu mengucapkan kata-kata. Makin menjadi- jadi titisan air mata Tiara keluar mengalir ke pipi mulusnya. Segera Wan mengucup kedua belah kelopak mata Tiara. “Tiara Ikut Wan kata ya” Arahnya kepada Tiara. Tiara hanya mengangguk. Tangan sasa Wan mengusap tangan lembut Tiara . Umpama memujuk anak kecil.

        “Ya Allah, aku mohon daripada-Mu jiwa yang tenang, yang beriman dengan pertemuan dengan-Mu, reda dengan ketentuan-Mu, dan berasa cukup dengan pemberian-Mu. Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu” Doa Wan yang turut diikuti oleh Tiara. Setelah merasakan tiada esakan kecil dari Tiara. Wan melepaskan kucupan pada kelopak mata Tiara. Tangannya menyeka sekali lagi air mata yang mengalir dipipi isterinya. Setelah Tiara tenang sedikit. Wan meletakkan tapak tangannya di atas kepala Tiara lalu berdoa kepada Allah.

       “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikannya yang Dikau ciptakan padanya. Dan daku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan dari keburukannya yang Dikau ciptakan pada dirinya” Lantas ubun-ubun Tiara dikucupnya lama. Dalam majlis akad nikah tadi Wan tidak mengucup dahi Tiara, segan dia dengan orang yang memandang. Yang sekarang ini kiranya bayar baliklah acara batal air sembahyang tu. Tiara hanya diam tak berkutik. Matanya terpejam saat Wan mengucup ubun-ubunnya.

........................

 Wan menyelak langsir yang tergantung cantik di ruang tidur bilik esekutif itu. Terbentang luas keindahan malam di kota Kuala Lumpur. Sudah satu pagi, namun bandar itu tidak sunyi. Jalannya sentiasa ada kereta yang menyusur pergi ke sana ke sini. Tiara mendekati Wan yang asyik dengan pemandangan itu.

            “ Wan, air awak” Ucapnya lalu menghulurkan cawan yang berisi air nescefe. Wan mencicip sedikit air tesebut lantas cawan itu diletakkan diatas meja kecil disisi katil. Wan menyandar di birai katil. Tangannya mengamit Tiara agar duduk disebelahannya . Tanpa banyak soal, Tiara hanya menurut sahaja. Wajah manis Tiara dipandang, lidahnya  menyusun  rangka soalan yang akan diutarakan kepada Tiara. Sememangnya banyak solan yang berlegar di fikirannya.

`           “ Emm.. Tiara , Wan ada banyak soalan nak tanya sejak kita jumpa di masjid tahun lepas” Mukadimah Wan .

            “ Apa dia Wan” soalnya.  Tangan menarik comforter berwarna kelabu menyelimut kakinya yang kesejukan. Wan yang perasan isterinya yang kesejukan itu segera mencapai remote untuk meninggikan suhu pedingin hawa.

            “ Macam mana Tiara boleh ada dekat Malaysia?” Soal Wan. Banyak soalan yang ingin ditanya. Tapi soalan ini tersangat penting baginya. Wan memandang Tiara, menunggu bibir kecil itu mengulumkan jawapan.

            “ emm.. Tiara memang asal sini.” Balasnya pendek. Wan terangkat keningnya. Tidak terduga Tiara adalah warganegara Malaysia. Patutlah urusan perkahwinannya dengan Tiara mudah.
           
            “ Yang Tiara duduk dekat Garut itu. Bukannya warganegara sana” Soalnya kembali.

          “ Sebenarnya macam ini.” Tiara berjeda seketika. Menyusun ayat . “ Emm.. mak kena buang keluarga sebab berkahwin dengan ayah. Atuk nak mak kahwin dengan anak kawan dia. Tapi mak tak nak sebab anak kawan atuk tu jahat, perempuan keliling pinggang, terlibat dengan dadah dan judi. Jadi mak memang tak nak berkahwin dengan dia. Siapa yang nak berkahwin dengan orang macam itu”

            “ Mak tak beritahu atuk ke?” pintas Wan. Bersungguh dia mendengar cerita Tiara.

          “ Mak dah beritahu pada atuk dah, tapi atuk tak percaya. Sebab dia tu pandai berlakon. Depan family dia dan atuk dia sangat alim. Belakang diaorang macam lanun. Tapi atuk tetap nak mak kahwin dengan dia. Mak beritahu ayah pasal tu. Ayah pun bawa mak pergi Siam. Mereka kahwin dekat sana. Mereka tahu salah tapi dah tak ada masa sebab tarikh kahwin mak dengan dia dekat sangat. Lepas sebulan mereka kahwin , mereka jumpa atuk . Masa itu , atuk memang marah sangat-sangat. Macam-macam dia kata dekat mak. Anak yang tak gunalah. Derhakalah.”

            “ nenek mana? Tak tenangkan atuk” Wan mengubah posisi kedudukan, kepala diletakkan diatas riba Tiara. Tiara sedikit tersentak, tetapi Wan pandai mengawal keadaan supaya Tiara tidak segan dengannya.

            “ emm.. nenek dah lama meninggal” Sayu mula menerjah ke hati Tiara. “ lepas itu atuk kata mak bukan anak dia lagi. Atuk tak mengaku mak anak dia. Mak sedih sangat waktu tu , tapi Allah beri mak kegembiraan , mak mengandungkan Tiara. Lepas Tiara dilahirkan. Ayah bawa mak ke Garut. Dekat sana Tiara membesar. Lepas itu, kita pun jumpa kan Wan. Tapi sekejap je Wan ada dekat Garut” Lirih suara itu bersuara.

            “ Tiara sayang, masa Wan dekat sana dah tamat. Kalau Wan dekat sana lagi jawabnya lokaplah tempat tinggal Wan. ” Wan ketawa seketika, lucu mengenagkan dirinya dilokap . Tiara turut ketawa. “ sebab itu, Wan suruh Tiara jumpaWan, Wan mesej , call Tiara. Tapi Tiara tak angakat”

            “emm.. maaf, Tiara sibuk uruskan masjlis kahwin sepupu Tiara . Tapi kenapa Wan tak hubungi Tiara masa dekat Malaysia?. Setiap hari Tiara tunggu Wan telefon. Tapi tak ada pun sekali Wan telefon Tiara. Tiara call Wan. Tapi nombor Wan tiada dalam perkhidmatan.”

            “ Maaf ya sayang .. Wan terpaksa buang nombor itu. Wan tak nak kenangan kita menggangu Wan . Jauh sayang Malaysia dan Garut itu. Apa-apa boleh terjadi pada Wan dan Tiara. Wan terpaksa buang juga, tak nak hati Wan lemah. Wan akan cari Tiara lepas Wan dah dapat apa yang Wan inginkan. Sebab itu mesej terakhir, Wan taip Selamat Tinggalkan. Wan tak taip Wan lepaskan sayang”

            “Sayang.. there's a difference between goodbye and letting go. Goodbye is "I'll see you again when I'm ready to hold your hand and when you ready to hold mine". Letting go is " I'll miss your hand. I realized it's not mine to hold and I will never hold it again". Terang Wan lagi. Tiara tersipu malu, kali ini sudah masuk lima kali Wan memanggil dirinya sayang.

            “ Abang confuse lagi ni” Bahasa Wan sudah bertukar. Tiara hanya tersenyum kecil. Pandai Wan mengubahnya secara perlahan-lahan. Wan berjeda seketika , menunggu reaksi si isteri. Sekian lama mennggu, Tiara terus bertanya kepadanya.

            “ Abang confuse apa?” soalnya pendek. Bibir Wan mengulum senyuman panjang. Sengaja dia bercakap separuh. Hendak mendengar Tiara mengucapkan kata itu. Abang kedengaran lagi sweet berbanding Wan. Tiara memalingkan mukanya kearah lain. Berpura-pura memandang televisyen  LED 70 inci yang tertampal kemas pada dinding. Mukanya merah menahan malu. Apa tidaknya sebaik perkataan ‘Abang’ itu terluncut dari bibirnya , Wan tidak putus-putus tersenyum lebar memandang mukanya. Rambut perang coklat yang beralun lepas di bahu di gulung kecil lalu disanggul di kepala. Rimas dia berambut panjang tapi sayang hendak dipotong. Teringat dia sebaik sahaja telekung dicabut, terkejut bukan kepalang apabila Wan mengusap rambut panjangnya itu lalu dihidu olehnya. “ Wangi” itulah perkataan pertama Wan  yang terlucut keluar sebaik sahaja rambut Tiara dimainkan dihidungnya. Lepas itu Wan kata lagi “ Jangan potong rambut. Saya suka rambut awak”. Tiara hanya mengangguk.

            “ Macam mana Sayang boleh kembali menetap dekat Malaysia?”Soal Wan dengan musykil . Rambut Wan dimainkan oleh Tiara. Wan senang dimajakan begitu.

            “ emm... nenek Salmah yang cari mak sampai Garut. Dia merayu pada mak suruh jumpa atuk. Waktu itu atuk sakit tenat. Tapi mak enggan pergi sebab atuk dah buang mak tapi berkat kepandaian ayah pujuk mak. Akhirnya mak pergi juga melawat atuk. Cerita itu mengingatkan Tiara kepada ibunya sewaktu didatangi oleh nenek Salmah, nenek tiri Tiara.

            “ Lina , mak merayu pada Lina . Pulanglah jenguk abah . Abah sakit sayang. Dia nak jumpa sayang.”

            “ Tapi mak, abah dah buang Lina , mak. Dia haramkan kaki Lina langkah rumah tu. Dia haramkan kaki Lina jengguk dia bila dia dah meninggal.” Sayu Puan Haslina menuturkan itu .Teringat wajah bengis Encik Ahmad ketika memakinya dan menghalaunya dari rumah mereka. Bahunya terhinjut-hijut menahan tangisan yang keluar dari kelopak matanya. Salmah menedekati anak tirinya lalu menepuk belakang Haslina lembut.

            “ Lina, abah tak sengaja kata begitu sayang. Abah cakap dalam keadaan marah. Jadi abah tak dapat berfikir dengan baik . Emosi abah terganggu. Abah tak dapat terima kenyataan yang Lina tidak ikut perancangannya. Mak minta maaf pada Lina, mak tak mampu nak tenagkan hati abah. Mak sendiri terkejut bila abah mengamuk besar waktu itu. Selepas Lina pergi, mak pujuk abah suruh tarik balik kata abah pada Lina. Tapi abah tak hiraukan mak. Dia maki mak pula” Terang Puan Salmah jujur.

            “ Selepas itu, abah dapat tahu yang Farhan tu jahat. Itu pun abah nampak depan mata sendiri si Farhan itu usung perempuan masuk bilik. Abah pun mengamuk besar sekali lagi. Tapi dia tidak cerita pada mak. Mak dapat tahu pun sebab Puan Arina beritahu mak , dia minta maaf pasal anaknya itu. Selama ini mereka tertipu dengan perangai alim Farhan.” Puan Haslina terdiam mendengar penjelasan mak tirinya itu.

            “Mak terdengar yang abah suruh orang mengintip di mana Lina tinggal. Walupun abah marah sangat dengan Lina, Tapi abah sebenarnya sayang pada Lina. Sebab itu mak boleh ada dekat sini. Abah suruh mak datang pujuk Lina. Abah nak sangat Lina jumpa dia. Abah nak minta maaf pada Lina dan Hassan.” Puan Salmah memandang Hassan yang tenang duduk di sofa mendengar penjelasan mak mertua tirinya .

            “ Sayang...uhuuu.. dah sampai mana ni?”Wan melambaikan tangannya dihadapan muka Tiara. Pelik dia , tiba-tiba Tiara diam lama. Rupanya mengelamun. Tiara tersedar sebaik sahaja tangannya digoncang lembut oleh Wan.

            “ Maaf abang, Tiara mengelamun. Teringat kisah masa nenek pujuk mak” jujur Tiara berkata.Wan hanya mengangguk.

            “ Mak ambil keputusan untuk jumpa atuk. Tu pun ayah dah puas pujuk mak. Sampai sana , semua sayu tengok atuk. Atuk dah tenat sangat. Mak bincang dengan ayah, yang mak nak jaga atuk. Ayah setuju, jadi kami menetap dekat Malaysia sampai sekarang.” Terang Tiara tanpa disuruh.

            “ kebun ayah dekat sana . ayah jual ke?” sememangnya Wan tahu Pak Syapaei mempunyai kebun yang luas kerana selalu dia menolong Pak Syapaei dikebun.

            “ Humm.. taklah ayah uruskan dari jauh. Setiap bulan ayah turun sana pergi jenguk kebun dia.  Lepas atuk meninggal, peguam bacakan amanatkan atuk. Dalam amanat itu Tiara yang uruskan hotel ini. Lagi dua dekat Kelantan dan Johor. Dalam amanat itu juga Tiara kena berkahwin dengan arwah Naj” Sayu dia berkata dihujung ayat. Wan yang perasan riak Tiara berubah terus mengubah posisinya kepada duduk .

            “ Tiara kita sedekahkan Al-Fatihah pada arwah Naj ya” Tiara mengangguk. Wan mengetuai bacaan Al-fatihah itu. Selepas selesai Tiara menyambung kembali ceritanya.

            “ Tiara tak boleh buat apa. Tiara terpaksa berkahwin dengan arwah Naj. Tiara rasa bersalah sangat pada arwah Naj. Tiara kesal. Tiara cuba untuk terima dia tapi Tiara tak boleh.” Ucapnya lirih. Nafas ditarik sedalamnya membuang beban yang tersemat didada. Air mata kian menitis tapi sempat diseka laju oleh Wan. Hari ini banyak sungguh kilang air matanya keluar.

            “Tiara.. Tiara tahu tak, hari ini banyak Tiara menitiskan air mata . Tak elok sayang” Pujuk Wan lembut.

            “ Tiara tak tahu. Dia tiba-tiba nak keluar” ucap Tiara spontan. Wan ketawa mendengar ayat Tiara itu. Bunyi guruh yang kuat memaksakan Tiara memeluk kemas badan Wan. Dia ketakutan. Wan yang terkejut dengan tindakan Tiara berasa sedikit lega seketika. Ingatkan apalah rupanya takut guruh.  Badan Tiara mengiggil. Baju Wan basah dek air mata Tiara yang keluar.

            “ Tiara sayang.. kenapa ni?” kalut Wan bertanya kepada Tiara. Tiba-tiba menangis. Hairan menguasai diri. Wan menjarakkan tubuh Tiara dari badannya , tetapi enggan dilepaskan Tiara. Kepalanya menggeleng di badan Wan.

            “ Abang jangan tinggal Tiara. Tiara takut.” Pintanya pada Wan. Tangan Tiara mengenggam kuat baju dibadan Wan. Seperti ada benda yang menganggu jiwa Tiara. Wan menepuk perlahan belakang Tiara. Memujuknya supaya tenang.

            “Tiara selamat dengan abang. Abang tak tinggalkan sayang.” Pujuk Wan. Belakang Tiara ditepuk berulang kali untuk membuangkan gusar dihati isterinya . Lantas  Wan membaringkan Tiara. Comforter ditarik menyelimuti tubuh mereka berdua. Tepukan dibelakang tidak dihentikan . Wan membaca ayat pelindung diri, lalu meniupnya dikepala Tiara.Muka Tiara elok di dada Wan. Dari tadi dia tidak melepaskan baju Wan. Semakin Wan menjarakkannya, semakin kuat tangannya mengenggam baju yang dipakai oleh Wan.

            Dengkuran halus didengari oleh Wan. Baju yang basah dek air mata Tiara kering sebaik sahaja hembusan panas nafas Tiara menampar badannya. Tangan Tiara yang menggengam bajunya diuraikan. Kepala Tiara  diletakkan keatas bantal. Kesan tangisan dipipi isterinya diseka lembut. Kepalanya mengeleng melihat keadaan Tiara. Adakah Tiara mempunyai trauma. Tangisan tadi bukan dibuat-buat. Sepertinya ada perkara yangTiara tidak ceritakan kepadanya lagi. Wan bangun menghampiri dinding kaca yang menampakkan pemandangan luar. Seperti biasa walaupun jam menunjukkan hampir pukul  tiga pagi, jalan raya tetap dilalui oleh kereta. Berdesup lajunya.  Langsir ditutup kemas. Lampu dimalapkan. Selepas itu, Wan menghampiri bilik air untuk mengambil wuduk.

            Solat sunat hajat didirikan oleh Wan. Dia memohon agar Tiara sentiasa tenang, jauh dari gangguan manusia ataupun makhluk halus. Sesudah dia mengaminkan doanya, Tiara merengek memanggil dirinya. Lantas sejadah dilipat lalu diletakkan diatas meja kopi. Wan menghampiri Tiara . Tubuh Tiara dipeluknya sampai pagi menjelma.
           
..................................................


Ruang Cafe D’Hot lengang. Kelihatan pertugas disitu sedang menghidangkan makanan. Puan Mirza selaku pengurus disitu tersenyum hormat apabila terpandang kelibat Tiara. Tiara membalas semula senyumannya. Wan dan Tiara menunggu ahli keluarganya yang lain di sebuah meja menghadap dinding kaca. Kelihatan taman hijau yang dipernuhi tumbuhan serta haiwan kecil seperti arnab menambahkan kecantikan suasana. Sesekali ternampak dua ekor arnab berebut sebatang lobak. Comel sekali. Setelah beberapa minit kemudian, ahli keluarganya mula menunjukkan muka. Mereka mula mengambil tempat.

            “ Yang lain mana?” soal Wan sebaik sahaja Kamil duduk berhadapan dengannya.

            “ Jap lagi turunlah, Hazwan on the way” Haikal diletakkan di atas kerusi bersebelahan dengannya. “ awal pengantin baru tunjuk muka hari ini?” Usik Kamil. Senyuman nakal terbit dibibirnya.

            “ Mana ada awal. Korang yang lambat”bidas Wan. “ tengok abang ngah pun lambat. Sekarang siapa yang temati masa ni?” soal Wan kembali. Wajah Kamil dipandang menagih jawapan.

            “ Kenapa pula nama abang naik sekali ni”soal Hazwan apabila menyedari namanya dikaitkan dalam perbualan dua beradik itu.

            “ Tiara, jom kita ambil makanan dulu. Diaorang ni kalau berdebat alamatnya laparlah kita”beritahu Sofia, isterinya Kamil. Kamil hanya tersengih memandang isterinya.

            “jom Tiara” tangan Tiara ditarik oleh Julia. Tiara hanya mengikut.

            “ Kal nak ikut mama” pinta Haikal yang sedang turun dari kerusi.Berlari dia mendapatkan ibunya.

            “ Boleh sayang, jom kita ambil makanan ya”Mereka berempat menuju ke meja buffet yang tersedia di situ.  Hidangan sarapan depan mata membuka selera masing-masing.

..........................................................

            Bunyi hon dari kereta Hazwan semakin menjauh, mereka dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang untuk menghadiri suatu majlis yang bertempat di sana.

            “ Wan ..semua dah ada. Tak ada yang tertinggal barang” Puan Syadah bertanya.

            “ rasanya tak ada ma” Wan mengangkat bagasi sederhana besar ke dalam kereta.

            “ Wan berapa hari dekat sana?”Puan Syadah bertanya lagi.

            “ Tiga hari aja ma.. papa bagi tiga hari je sebab lepas tu ada meeting lagi. Tiara pun ada meeting ”Beritahu Wan.Puan Syadah hanya mengangguk.

            “ ye lah. Guna masa itu baik-baik. Lepas ini sibuk memanjang. Nasib ada alas an kukuh. Kalau tak mama suruh papa tambah lagi cuti. Memang meeting tu tak boleh postpone ke?”Puan Syadah tidak berpuas hati. Pendek sangat cuti mereka.  

            “Puan Syadah sayang oii.. banyak kali dah postpone. Mahu lingkup syarikat saya sayang. Pelabur sana dah mengeluh, postpone aja”Bidas Encik Tajri. Encik Syapaei dan Puan Haslina hanya ketawa mendengar perbualan mereka suami isteri. Puan Syadah tersenggih sahaja.

            “Mak , ayah, mama, papa.. kitaorang gerak dulu ya” Pamit Wan selepas bersalaman dengan orang tuanya.

            “ Ialah.. baik-baik ya”pesan Puan Haslina.

            “bawa kereta jangan laju sangat”pesan Puan Syadah.

            “Baik mama, mak” balas Wan lalu tersenggih. Wan berjalan mendekati kereta. sesampainya di pintu pemandu lehernya dipeluk oleh abang longnya. Kamil membisikkan sesuatu.

            “Wan.. balik itu pastikan abang dapat anak saudara ya” kening Kamil dijongketkan berulang kali. Bibir melakar senyuman.

            “Insya Allah. Akan diusahakan. Doakan sekali”jawab Wan melayan pertanyaan abangnya. Abang-abangnya semuanya senggal berlaka. Jawapan Wan membuatkan kamil ketawa kuat tak cukup itu bahu Wan ditepuk kuat. Menyeringai hamba Allah yang satu itu, lenguh bahunya kena tepuk macam itu sekali. Orang tua mereka hanya tersenyum melihat mereka.

             Wan dan Tiara masuk ke dalam kereta, perjalannan mereka mengambil masa dua belas jam. Pulau Langkawi menjadi destinasi bulan madu mereka. Tingkap diturunkan sedikit di sebelah Tiara.
            “Ingat akak pesan apa tadi” pesan Sofia. Tiara menunduk mukanya ke bawah .Segan nak pandang sifu. Kepala diangguk berulang kali . Mukanya memerah. Malu menyelubungi diri.

            “akak pesan apa dekat Tiara. Merah muka dia?” soal Wan kehairanan. Muka Tiara ditilik . Merah pink, tak payah pakai blusher tak apa.Tiara tersipu malu.

            “Adalah, girl talks” balas Sofia pendek.Wan memandang Sofia tajam. Sofia hanya ketawa kecil. Sofia ingin mengusik lagi Tiara tapi kasihan menerjah tangkai hati. Melihat Tiara tersipu malu. Kalau usik lagi agaknya biru terus muka.

             Wan memandang Kamil di sebalik tingkap kereta. Tidak habis lagi keningnya dijongket-jongket. Dah gaya ulat bulu aja. Tahulah kening cantik. Muka masam yang dibuat-buat ditunjukkan kepada Kamil. Kamil ketawa besar tak cukup dengan itu Haikal yang didukung oleh ayahnya juga ketawa. Lucu melihat wajah pak usunya berangkali.Sama aja anak beranak ni gumamnya sendirian.

            Hon kereta dibunyikan, kereta Wan meninggalkan Hotel Empayar Royal.

“Akak sofia kata apa?” soal Wan ingin tahu.

“emm... adalah. Akak kata girl talks” balas Tiara pendek . tak sanggup dia nak beritahu Wan apa yang akaknya itu pesan. Mahu biru muka dia tak cukup darah. Wan hanya mengangguk . Tiara yang perasan riak Wan berubah terus mengambil tindakan. Lengan Wan dipegang olehnya. Sofia pesan kalau suami merajuk, bila dia tenang sedikit, terus peluk dia, minta maaf kalau itu salah kita terang padanya. Kata-kata Sofia bermain di minda Tiara. Tapi tak akan Tiara nak peluk Wan waktu macam ni, mahu dua-dua masuk ICU.

“ Abang marahkan Tiara ke?” soalnya lembut. Wan memandang sekilas. Pandangan ditalakan ke atas jalan raya.

“ Taklah sayang. Tak marah pun”

“Betul.”Tiara inginkan kepastian

“ Betul.” Wan mengangguk.

“Abang .. kalau Tiara buat kerja ofis  sikit boleh tak? Ada e-mail yang masuk perlukan persetujuan Tiara” Terangnya lagi.

“Boleh sayang.Buatlah” Wan bersuara.

“ Terima kasih ya Abang. Kalau abang nak cakap dengan Tiara . Abang cakap aja ya”pesannya lembut. Wan senyum kepada Tiara. Syukur dia kerana diberi isteri yang solehah. Ipad di dikeluarkan dari handbag. Jari runcing Tiara mula bermain di dada skrin kaca itu. Sesekali dahinya berkerut membaca e-mail yang panjang berjela.

Wan teringat akan pesanan Puan Haslina semasa dia mengambil sarapan di meja buffet tadi.
“Wan.. semalam guruhkan? Tiara macam mana?” soal Puan Haslina. Risau menyapa diri apabila guruh kedengaran kuat semalam. Biasanya Tiara akan ketakutan dan menagis keseorangan. Trauma yang dihadapi tidak baik sepenuhnya.

“ Tiara takut mak.. seperti ada yang menganggu minda dia. Ada apa-apa yang berlaku pada Tiara ke sebelum ni?” soal Wan .Makanan sudah penuh diisi di dalam pinggan.

“Iya .. Tiara ada trauma. Dia memang takut guruh. Bila guruh aja, mak mesti berlari dapatkan dia. Kalau tak pujuk dia , pagi esok demam panaslah”

“ Trauma . Kenapa mak?” Tanya Wan lagi.

“ Dulu dia kena culik, Ada orang nak bunuh dia. Tapi dengan kecekapan polis , Tiara dapat diselamatkan. Pembunuh tu dah ditangkap.” Cerita Puan Haslina lagi.

“ Waktu Tiara hampir dibunuh , hujan ke” soal Wan ingin tahu. Anggukan Puan Haslina menjawab persoalan di mindanya sejak semalam.

“ Mak minta pada Wan jaga Tiara . Dia dalam Trauma lagi walaupun perkara itu dah lama berlaku. Pujuk dia bila guruh” pesan Puan Haslina lagi.

“ Baik mak. Tiara dah jadi tanggungjawab saya sekarang ini”

“ Mak berharap pada kamu, Wan. Tolong dia hindari rasa takut apabila guruh. Hilangkan Truama dia ya” 

“ Baik mak. Wan akan usahakan”

“Abang.. Abang” Wan memandang Tiara disebelah.

“kenapa”

“ Tiara nak pergi tandas” pintanya.


“ Okay” kereta membelok memasuki stesen minyak Petronas.



..............................................................

10 bulan kemudian...

            Wan mencari kelibat isterinya, bau harum di dapur membuatkan Wan menuju ke dapur. Kelihatan Tiara sedang memasak. Gambar muffin di tengah apron yang dipakai oleh Tiara nampak comel. Isterinya itu pakai apa sahaja tetap comel. Nak lagi tummynya yang semakin membulat. Tampak lagi comel. Rambut perangnya disanggul tinggi dan beberapa helaian rambut dilepas jatuh ke bahu. Anggun sekali walaupun berbadan dua. Wan menghampiri Tiara lalu memeluk belakng Tiara. Tiara sedikit tersentak.

          “astaghfirullah”istighfar sekejap Tiara dengan kelakuan suaminya.

           

            “ Abang, terkejut Tiara. Nasib baik Tiara tak ketuk abang dengan sudip ni. Kalau tak benjol  dahi abang. Bagilah salam dulu” marahnya manja. Tiara mengangkat ayam goreng lalu diletakan kedalam pinggan. Api dapur dipadamkan. Kerja memasaknya sudah selesai.

 

            “ Abang dah bagi salamlah sayang.Anak papa lasak tak hari ini. Buli mama tak?” Ucap Wan sambil tangannya mengusap lembut benjolan besar di perut Tiara.

           

            “waalaikumsalam. Tak dengarlah. Maaf” Tiara kegelian apabila tangan sasa Wan mengusap lembut perutnya.” Hum.. anak papa hari ni baik. Dia tak nakal. Dia faham mama sibuk . kan sayang” Ucap Tiara tersenyum, tangannya mengusap perutnya. Wan menggeselkan hidungnya pada leher jinjang Tiara. Putih melepak. Tiara kegelian lalu ketawa kecil.

 

            “ Abang.. jangan gatal eh. Nak berbuka dah ni” Tiara mengingatnya. Tapi Wan tidak mengendahkannaya.

 

            “ Abang.. batal puasa nanti” Suara Tiara sedikit tegas.

           

            “astaghfirullah hal’azim”istighfar Wan.

 

            “ Sayang ni bahaya betullah sikit lagi nak batal puasa abang” usik Wan lalu melepaskan Tiara.Tiara membulatkan matanya. Tangan bercekak dipingangnya gaya memerahi anak kecil. Wan lantas mencubit pipi tembam Tiara.

           

            “comelnya” kata Wan sedikit geram.

           

            “Abang sakitlah” menyeringai Tiara dek cubitan Wan Abdul Rahman.

“ Abang naik atas dulu ya sayang . Nak mandi. Kejap lagi abang turun. Ke sayang nak teman abang mandi. bagus juga tu” pelawa Wan sambil mengusik Tiara. Tiara buat muka geram dengan Wan. Wan ketawa kuat lalu menghilangkan diri ke tingkat atas. Tiara menggeleng kepala melihat telatah suaminya. Semakin hari semakin manja. Penat macam ini kalau baby sudah keluar kena layan perangai manja Wan dan anak mereka .Tiara memandang kalendar, puasa hanya tinggal tiga hari lagi. Sedih kerana dia kurang mengerjakan solat sunat tarawih dek keadaan yang tidak mengizinkan

 

.................................................................

 

            “Mizah jemput sayang pukul berapa” Tanya Wan. Risau dia membiarkan isterinya berjalan tanpa dia disisi.

 

            “pukul 10” jawab Tiara tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan Wan. Selepas bersalaman Wan bertanya lagi.

 

            “balik pukul berapa ni. Kalau sempat abang teman sekali”

 

            “ sebelum pukul dua. Nanti nak pergi dan balik Tiara call abang” beritahunya. Wan mengangguk tanda faham. Tapi berat sekali hatinya membenarkan Tiara keluar tanpa dia. Dah sarat sangat takut berlaku apa-apa . Mulanya dia tidak mengizinkan tapi Tiara pandai cairkan dia. Tiara buat muka comel aja atau menangis  dia dah mula lembut hati.

 

            “ Risau abang” ucap Wan sepatah.

 

            “Abang jangan risau Mizah ada. Insya Allah tidak berlaku apa-apa. Lagi pun due date bulan depan abang.” Tiara memeluk Wan agar risau dihati Wan hilang.

 

            “Iyalah sayang. Hati-hati tau. Nanti abang pesan dekat Mizah.” Wan mengucup ubun-ubun Tiara. Tiara ketawa senang.

 

.....................................................................

 

Deringan telefon tidak putus-putus sejak tadi. Hamizah mendegus geram. Dia tengah sakit perut nak pergi tandas, ada pula orang yang mengacau. Telefon diatas katil disambar lalu didekatkan ditelinganya.

 

            “ Mizah.. Tiara..Tiara mana?” tanya seseorang dengan kuat dan cemas. Hamizah menjarakkan telefon dari telinganya. Sempat dia mengutuk seketika.“ tak reti cakap slow ke? Mahu pekak telinga aku” . Skrin telefon dipandang tertera nama Wan.

 

            “kenapa ni?” tanyanya lurus.

 

            “Engkau ni tak dengar ke aku tanya Tiara dekat mana?” soal Wan tegas.

           

            “lah.. dekat rumahlah. Aku yang hantar dia masuk rumah siap lambai-lambai tangan lagi” terang Hamizah . “kenapa ni” soalnya lagi.

 

            “ Tiara tak ada sekarang ni tahu. Aku sampai aja , pintu rumah dah terbuka. Aku cari dia seluruh rumah , dia tak ada juga” cemas Wan memberitahu.

 

            “ call lah dia” suruh Hamizah. Pelik dia. Tadi dialah yang hantar Tiara masuk dalam rumah. Siap dipastikan lagi Tiara tu kunci pintu utama.

           

            “aku dah call banyak kali, tak berangkat telefon dia” Wan mundar-mandir di ruang tamu.

 

            “ Macam ini lah.kau tunggu je kat rumah. Kalau dia tak balik lagi dalam masa 24 jam. Report polis ya. Bye, aku ada panggilan ni” Sebaik sahaja berkata begitu perut Hamizah mengulas. Telefon segera dicampak ke sisi. Bilik air diterjahnya pantas.

 

........................................................

 

            “Aku nak kau jaga dia. Jangan sampai dia terlepas. Kau tahu kan nasib kau macam mana”

 

            “faham.. boss” Suara yang kuat itu membuatkan Tiara sedikit terjaga. Kepalanya pening. Ingatannya mula menerjah saat dia hendak buang sampah diluar, dia di pengsankan lalu pandangan menjadi hitam. Erangan kecil Tiara membuatkan orang itu mendekatinya. Lalu jarum yang mengandungi sejenis cecair disuntik pada lengan Tiara. Orang itu tersenyum sinis sebelum Tiara melelapkan matanya.

 

.........................................................

 

            “Mak.. Wan nak buat laporan polis” beritahu Wan , kunci kereta di ambil lalu melangkah keluar menghampiri keretanya.

 

            “ ayah ikut Wan” beritahu Encik Syapaei. Wan mengangguk. Kereta dipecut laju meninggalkan perkarangan rumah.

 

            “Mak rasa kes kali ini berkait dengan kes hari itu. Mak harap tak ada apa-apa yang terjadi”Puan Salmah mengeluh. Walaupun pembunuh tempoh hari dapat di berkas tetapi dalang kes itu masih dalam siasatan polis. Licik sungguh orang itu.

 

            “Harap-harap begitulah mak. Kita doakan supaya tiada apa-apa berlaku pada Tiara” Puan Haslina bersuara. Jam menunjukkan angka 3 pagi. Tiara masih belum ditemui lagi.

 

            Terkejutnya bukan kepalang apabila Wan menelefonnya menyatakan bahawa Tiara hilang. Hampir lurut jantungnya. Telefon yang dipegang jatuh ke bawah. Mujur suaminya ada bersama. Encik Syapaei lah yang berurusan dengan Wan.

 

            “Assalamualaikum..” Suara dari luar memberi salam. Puan Haslina segera mendapatkan besannya.

 

            “ Lina.. ”Ucap Puan Syadah lalu menerpa mendapatkan Puan Haslina. Raut wajahnya risau memikirkan menantu dan cucunya itu.

 


..........................................................

"Oii.. bangun, bangun"jerkah satu suara .Tak cukup itu tubuh Tiara disirami air. Tiara terpinga-pinga sendirian. Dia basah kuyup. Pergelangan tangannya sakit diikat kuat. Kakinya diikat pada kaki kerusi. 

Tiara mencari suara yang ketawa itu, kedengaran suara perempuan. Sebaik sahaja pandangan matanya memandang orang itu, betapa terkejutnya dia.

"Mak ngah" terpacul perkataan dari mulut Tiara.

"Aku bukan mak ngah kau" bidasnya . Senyuman sinis tersumbing dibibir.

"Mak ngah kan. Tiara ingat ni mak ngah. Tapi kenapa.." suaranya separuh. Setahunya anak nenek Salmah sudah meninggal dunia , tapi kenapa mak ngahnya ada disini.

"Kenapa?.kau ingat aku dah mati?"soalnya sebelum ketawa kuat. Tiara hanya diam, menanti ucapan yang bakal keluar dari mulut Nadia.

"Bodoh "

"Kenapa mak ngah buat macam ni dekat Tiara"Lirih suara Tiara menanyakan. Tiara memandang muka mak ngahnya.

"Kau tanya aku kenapa?"soalnya. Pipi Tiara ditampar kuat. Darah mengalir keluar dari hidung.Tiara menyeringai kesakitan."Sebab kau aku jadi macam ni . Tahu!!!"jerkahnya kuat. Terhinjut kedua-dua bahu Tiara.

"Kalau kau tak jumpa daddy aku. Dah semestinya hotel tu aku yang uruskan" Nadia bercakap tanpa memandang Tiara . Kesempatan itu diguna Tiara untuk menghidupkan telefonnya. Kurang cerdik juga orang yang mengikatnya ini. Tangannya tidak diikat di belakang kerusi, tetapi diikat dihadapan.

"Sebab kau juga aku bunuh daddy aku." Nadia menerpa ke arah Tiara. "Kau nak tahu.. suami kau juga aku bunuh.Aku tak boleh biarkan kau hidup bahagia" jerit Nadia tiba-tiba. Kewarasannya sudah hilang. Sudah dua kali dia membunuh orang. Tiara mula menitiskan air mata.

"Dah lama aku tunggu saat ini. Kau. Aku nak bunuh kau pula. Biar puas hati aku . Aku tak dapat, kau tak boleh dapat jugak. Faham"wajah Nadia bengis memandang Tiara.

"Mak ngah nak apa?.mak ngah nak syarikat. Tiara boleh bagi semua pada mak ngah. Mak ngah ambil lah semuanya. Tiara mohon mak ngah lepaskan Tiara" rayu Tiara

 

"Bodoh.. kau ingat aku percaya" pistol dikeluarkan dari poket seluarnya."Hummm... memandangkan kau ada baby.Apa kata bagi aku main dengan baby kau dulu" Nadia ketawa kuat. Tiara terpana.
"Mak ngah boleh buat apa saja pada Tiara tapi bukan baby"Tiara bersuara tegas.

"Aku peduli apa?" Jawab Nadia lancar.

"Mak ngah, Tiara mohon jangan usik baby Tiara. Tolong" jerit Tiara.

Nadia ketawa besar."bodoh punya orang. Tak ada siapa dengar jeritan kaulah. Bongok!"Marahnya.

Nadia mengangkat pistol , menghala tepat ke perut Tiara. Tiara menagis disitu. “ Ya Allah selamatkan baby aku. Wan tolong saya” doanya.

Saat pincu pistol dibuka.Tiara mengucap dan beristighfar. “ Ya Allah selamatkan aku” doanya dalam tersedu-sedan.

 Kedengaran pincu pistol ditarik lalu sedas tembakkan mengenai bahu Tiara. Cecair likat mula mengalir keluar. Baju Tiara  mula dibasahi oleh darah. Tiara mengerang kesakitan.

“ Bawa mangsa keluar” arah satu suara. Kepalanya mula pening, Tiara terkulai dalam pelukan paramedik.

...............................................................

Tiara sudah sedar, wan dicarinya.

“Sayang.. ”Wan mendapatkan Tiara yang masih lemah.

‘Abang..” ucap Tiara lalu menagis di dalam pelukan Wan.

“ Tiara selamat sekarang.” Pujuk Wan . Belakang Tiara diusap perlahan.

“ Abang .. baby” Soal Tiara pendek. Tangannya dibawa ke perut. Wajahnya berubah kerana perutnya kempis . Wajah Wan dicari.

“ Abang.. baby mana?” soalnya . Air mata mula mengalir di pipi. Wan segera menyeka air mata itu.

            “Baby ada. Tiara dah selamat lahirkan baby boy..sayang. Baby lahir tak cukup bulan. Sekarang baby ada dalam rumah kaca.” Terang Wan.

            “Abang, Tiara nak jumpa baby.” Pintanya.

Tiara mengusap rumah kaca yang menempatkan bayinya. Bayinya lahir tidak cukup bulan. Kecil sahaja bentuknya, mukanya merah pekat. Sayu Tiara melihat keadaan bayinya.

“Sayang.. baby selamat.” Ucap Wan sepatah. Tiara mengangguk lalu melakar senyuman kepada Wan. Sayup-sayup takbir raya mula kedengaran, Ramadhan sudah pergi meninggalkan mereka.

“ Sayang.. Selamat Hari Raya”  Wan mengucup ubun-ubun Tiara.

“Selamat Hari Raya .. abang” Ucapnya sebelum tersenyum manis.

.............................................................

“Taqif Rayyan.. papa kata apa?”tanya Wan sebaik sahaja memasuki bilik anak lelakinya. Bersepah.

“ kena kemas bilik tidur lepas bangun” petah Taqif berkata

“So” Wan soal pendek. Memandang anak terunanya yang sorang itu, teringat dia pada Tiara. Bibir yang munggil serta rambut berwarna perang mengikut gen isterinya.

“ Baik papa” balas Taqif lalu mula mengemas biliknya yang bersepah.

“ lepas tu cepat siap. Kita nak jumpa uncle” arah Wan sebelum menghilangkan diri dari bilik anaknya itu.

....................................

Kubur arwah Naj dipandang dari jauh. Kelihatan Wan dan Taqif sedang berdoa. Senyuman manis terukir dibibir. “ Terima kasih Naj. Awak sangat baik. Semoga Allah menempatkan awak dikalangan orang yang patuh akan suruhannya. Amin” Doa Tiara pendek.

“ Papa lepas ni pergi mana?”Lurus anak kecil itu bertanya. Wan meletakkan jari telunjuknya dibibir. Memikir agaknya.

“ kita beraya rumah nenek dulu ya” Wan meminpin anaknya itu menuju ke kereta

“ yes.. dapat main dengan abang Haikal” soraknya kegembiraan. Tersenyum Tiara melihat gelagat Taqif Rayyan Bin Wan Abdul Rahman.

“ Ya Allah terima kasih kerana kau melengkapkan keluarga ini dengan kehadiran Taqif” Doa Tiara perlahan.
“ Lepas tu papa?” soal anaknya tidak henti.

“ Kita ziarah Tok Nadia ” Wan memandang Tiara. Tiara tersenyum bahagia. Sememangnya Nadia ditempatkan di Hospital Sakit Mental .  selepas kejadian itu , Semuanya terbongkar. Rupanya Nadia  mengalami sakit mental selepas arwah Encik Ahmad meninggal ditangannya. Kejadian bunuh yang dihadapi Tiara berkait rapat dengan kejadian tahun lepas. Nadia ingin membunuh Tiara kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa Encik Ahmad menyerahkan semua urusan syarikat kepada Tiara.Disebabkan harta Nadia membunuh dua orang yang tak bersalah. Salahnya juga kerana suka memboros sehinggakan syarikat dibawah pimpinan Nadia lingkup. Encik Ahmad tidak mempercayai Nadia lagi.

            "sayang ..abang rasa Taqif nak adiklah"Wan memberitahu Tiara semasa dia berada dalam kereta.Enjin kereta dihidupkan meninggalkan perkarangan perkuburan.

            "Taqif, do you want a baby"Wan bertanya kepada Taqif. Taqif yang berada diatas pangkuan Tiara tersenggih menampakkan gigi putih memanadang Wan. Wan mengusap kepala anaknya itu.

             "Yes..i want it. I can play with baby. so i did not lonely at home" Lancar bibir kecil itu berkata.

              "Baby boy or girl"soal Wan lagi.Wan menjeling lembut Tiara disebelah.

             "Humm.. i want baby girl. Can i get soon papa"tanya Taqif polos. Wan memandang Tiara.

             "Can  we"tanya Wan pada Tiara. Tiara mengucup kepala Taqif. 

             "Akan dipertimbangkan"Tiara tersenggih anggun.

 Wan tersenyum bahagia.. hidupnya sudah lengkap. "Terima kasih Ya Allah" bisiknya dalam hati

                                                             -Tamat-

p/s: Maaf ending yang tak berapa menarik.
    : please left comment , so i can improve my  skill.
    : thanks for reading my work.


 

 

 

 


 


No comments: