photo ef93ac41-7e14-4320-928d-91b5bc3c9fa2_zpsatvrexvb.jpg photo e060c7aa-289a-4fb5-81e8-57bc942c6816_zpsvadwbjpo.jpg photo 63178b93-664e-4428-b177-4c3fa07d87c8_zpswatcakhd.jpg photo ae7eeaf4-443d-4302-9c2a-0ecbab61913a_zpszzbgyncm.jpg photo 6220d561-308a-4ab4-94b7-bfdc904d172c_zpsg6qjzyyd.jpg

Friday, 13 February 2015

10 + 5v ( 4e-2e) -9 + 19u-18u = 1 10ve u

Bab 7...






Nametage pada tangan di belek-belek. Kenangan lama mula terimbau di fikiran. Ingatannya mula merawang mengingati kisah 10 tahun yang lepas. Mengingati kata-katanya pada si dia. Sudah lebih tiga tahun mereka tidak berhubung antara satu sama lain kerana kedua-duanya sibuk mengejar cita-cita. Asus zenfone 5 di sebelahnya di sambar. Dia turun dari katil dan menuju ke balkoni luar. Tiupan angin yang damai membuatkan jiwanya yang resah kembali tenang. Dia bersandar di dinding , memerhati keindahan langit yang gelap.

          “ Awak dah berpunya ke?. Awak ingat saya lagi tak?” Persoalan itu hanya berlegar difikirannya. Nombor sesorang ditekan. Tut..tut.. .Tak lama kemudian panggilannya dijawab.

          “ Asalamualaikum.. ” dia memulakan bicara.

           “ Waalaikumussalam”

           “ Ayah dengan mak sihat”

           “ Alhamdulilah. Sihat. Iqmal macam mana dekat sana?” soal si Ayah.

           “ Sihat ayah.Ayah buat apa? Tak tidur lagi tu?” soal Iqmal

          “ tengok bola dekat warung Pak cik Alias. MU lawan Baca. Tu yang riuh. Suara budak muda aja yang riuh dari tadi. ” Bicara Encik Shariff. Hati tuanya seronok memerhati gelagat remaja muda. Semangat kesukanan. Maklumlah sekarang musim Liga Perdana

           “Iqmal ada sesuatu nak beritahu ayah”

           “ Apa dia” soal si ayah. Encik Shariff mencari mengalihkan pandangannya dari layar lebar. Daripada suara anaknya itu , dia tahu pasti ada perkara penting yang ingin dibicarakan oleh anaknya itu.


          “ oh .. macam tu. Iqmal pulang tak cuti sekolah ni?.”

           “ tak pastilah ayah. Iqmal kena tengok keadaan dulu” ucapnya sedikit hampa. Kerjayanya sebagai doktor perubatan di hospital Serdang membuatkan kehidupannya sentiasa sibuk. Masa untuk dirinya juga tiada. Beginilah kalau berkerja sebagai doktor. Siang malam hidupnya sentiasa di hospital. Kadang-kadang pukul 3 pagi dia masih bekerja.

           “ Okaylah. Kalau ada cuti , Iqmal pulanglah. Kita bincang” pujuk Encik Shariff. Dia faham benar tugas anaknya itu. Nyawa manusia lebih penting.

          “ Ayah. Kita bersembang lain kali eh. Ada panggilan masuk”

         “ okay. Iqmal .. kerja.kerja juga. Kesihatan jaga ye .” Ujar Encik Shariff. Perihatin akan anaknya itu.

         “ okay ayah. Terima kasih. Asalamualaikum”

         “ waalaikumussalam. “ .

Iqmal melihat nama panggilan yang tertera di screen telefonnya. Dr. Farah.panggilan dijawab

         “ yes.. Farah “

         “ Free tak sekarang?”

         “ sekarang.. hummm.. Freelah jugak. Kenapa?”

         “ Tolong saya boleh tak? Tayar saya pancit dekat traffic light . Area kubur Cina. Saya tak tahu nak minta tolong siapa. Saya takut” Bicara Tengku Farah Alisha dalam ketakutan. Matanya tidak berani memandang ke sebelah kanan. Jiwanya kacau.

           “ Okay.. relax .jangan pergi mana-mana. Jangan keluar pun. Saya datang” talian diputuskan..

          Kunci kereta di atas meja disambar dengan cepat. Range Rover dipecut laju meninggalkan kediamannya. Keretanya menyusur laju membelah kepekatan malam. Matanya dikerling sekilas kearah jam , 1.45 pagi.

ILU_07

No comments: