28/3/2015
Alhamdulillah selesai juga BBQ kita orang setelah lama sangat bertangguh. Asyik bertangguh je sebab semua orang busy. Apa-apa pun terima kasih kepada semua kerana kerjasama anda untuk menjayakan BBQ.
Entry kali ni aku nak kongsi satu resepi yang sesuai dan paling penting MUDAH untuk buat POTLUCK or BBQ.. Nama makanan ni ialah CHICKEN POCKET. Thanks to Ain for sharing this recipe.

Gambar atas tu Ain
SO.. BAHAN yang di perlukan..
1) Cendawan - dipotong kecil
2) Roti Gardenia-dibuang kerak ( Nak pakai roti jenama lain pun takpe)
3) Ayam hancur ( kalau tak de tu korang blander je ayam tu , senang cerita. Tapi si Ain ni guna sausage sebab tak jumpa ayam hancur tu)
Nampak tak tu.. HAHAHA..!!!
tengah cari ayam hancur tapi tak ada. Jadi Ain ambil sausage.
4) Kobis- dipotong halus
5) Telur- secukupnya
6) Bawang merah- 2 biji
7) Bawang putih- 2 ulas
8) Serbuk roti
9) Lada hitam- ditumbuk
10) Sos tiram
11) garam
12) mayonis
13) sos salad ( Thousands Island- Lady's Choice)
14) sos lada hitam
CARA BUAT..
1) Roti yang dibuang kerak dilenyekkan guna penggelek.
2) Kemudian roti tersebut di bentuk bulat ( roti ditekap dengan sesuatu yang berbentuk bulat macam bekas kole)
3) Roti tersebut dicelup ke dalam telur sebelum diselaputi serbuk roti ( roti + telur + serbuk roti )
4) Dah siap tu roti tersebut di goreng- nanti roti akan kembang macam bentuk ais cream goreng
6) Lepas itu tumis pula bawang merah dan bawang putih.
7) masukkan sedikit garam , sausage/ ayam hancur, lada hitam, sos tiram ( sikit je)- digaul sehingga masak.
8) masukkan kobis- gaul lagi.
Akan jadi macam atas tu..
Nad si tukang tumis..
9) Dah siap tu, angkat sausage , kemudian gaul dengan mayonis, sos lada hitam, sos salad, sos titam sikit
10) Roti yang disiap goreng itu dipotong tengah (akan jadi bentuk pocket Doremon)
11) masukkan sausage ke dalam roti.
siap..
.............................My Friends!!................................
( Aqilah, Adib, Haizatul, Ain, Shahira, Ainaa, Aina, Nad)
No comments:
Post a Comment