Bab 8...
Kalendar di atas meja diteliti. Cuti pertengahan tahun bakal menjelma. Tinggal beberapa hari saja lagi. Pastinya pelajar akan berseronok menikmati cuti panjang itu.Bulan ini butik Dlaraisyah semakin mendapat sambutan sehinggakan perlu menolak permintaan pelanggan.
"Humm..untung banyak bulan ini. Buat reunion boleh juga. Tahun lepas tak sempat buat sebab masing-masing sibuk."Ain segera menaip dalam Group HAANAAA menyatakan cadangannya kepada rakan kongsinya yang lain.
Aqilah, Aizat, Aina, Adib, Ainaa dan Nad..aku rasa nak buat holidaylah. Lama dah tak jumpa korang.untung butik bulan ni banyak juga.kita buat percutian di Pulau perhentian nak tak?. Setelah berpuas hati keyboard yang tertera perkataan send itu di tekan.
..........................
Haizatul masuk ke beliknya. Penat dia hari ini. Sampai sahaja hospital terus dia bergegas menemui pesakitnya yang telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3kg. Bayinya bermata bulat, putih,tembam,anak mata warna biru maklumlah emaknya pure Eroupe. Rasa geram pulak dia tengok bayi itu. Rasa nak cubit-cubit . Gomol-gomol bayi itu. Untung bayi itu dapat mata cantik.
Sara Qatryen cantik nama yang di pilih oleh maknya , Aisyah Qatryen. Aisyah berkahwin dengan lelaki berbangsa Arab. Mereka menetap di Malaysia kerana suaminya berkerja sebagai pensyarah di International Islamic University Malaysia, Gombak. Sempat dia beramah mesra dengan Aisyah. Hampir dua jam jugalah dia berbual dengan Aisyah.
Selepas itu dia mendapat panggilan kecemasan . Lebih kurang dua jam juga dia berperang dengan persakit dalam wad bersalin. Bayi pesakit itu berada dalam kedudukan songsang. Haizatul mengunakan External Cephalie Version (ECV) untuk mengubah kedudukan bayi kepada normal. ECV dilakukan dengan tangan secara manual. EVC berjaya dilakukan dengen cekap . Selepas itu suara erangan pesakit tidak putus mengucapkan kalimah Allah. Aizat tidak penat memberikan kata semangat kepada pesakitnya itu.
Erangannya tiba-tiba terhenti apabila kedengaran suara bayi menagis. Nafas lega ditarik sedalamnya . Selamat melahirkan seorang umat islam didunia ini. Peluh yang membasahi baju serta muka tidak dihiraukan. Kesakitan yang ditanggung tanda seaorang wanita yang berjihad di jalan Allah. Sejak masuk ke dalam wad bersalin lidahnya tidak putus dibasahi dengan zikrullah. Wanita itu terbaring lesu dan senyumannya menemani saat ajalnya ditarik oleh malaikat Izrael. Aizat pantas melakukan tugasnya menyelamatkan satu nyawa tetapi Allah lebih sayangkan wanita itu . Matinya seorang wanita yang cekal hatinya untuk melahirkan umat Nabi Muhammad S.A.W. Inalilahi wainalilahi rojiun. Syurga menantimu ucap aizat. Kain putih diangkat tinggi meyelimutkan mukanya.
ILU_08

No comments:
Post a Comment