“ Kring...Kring....”
“ Makhluk manalah yang kacau aku beradu ni .. Ya Allah!!!”.
Dengan malasnya Nuratul Balqis
mengangkat juga telefon Sony
Xperia L pemberian kakaknya .
“ Hoi
!!! kau dekat mana ni... kau tahu tak
dah kemutu punggung aku terconggok kat sini. Qis kenapa diam ,kau bisu eh ...
‘’ jerit Amira Ainaa dalam talian. Tanpa
salam dia terus menyerbu Balqis dengan
soalannya. Tahap bengangnya sudah mencecah susunan oktet .
‘’Eii...sakiitlah telinga aku !!!, minah ni memanglah. Aku
tahu la dulu kau hero kampung tapi tak
payahlah jerit kat telefon ni ... binggitlah.Tak kesian langsung pada cik
eardrum aku. Rungut Balqis setelah menjawab panggilan sahabat baiknya dunia
akhirat.
‘’ Asalamualaikum ... kau sihat, apa hal kau
telefon aku pagi buta ni.. aku menggantuklah...” Balqis menjawab pertanyaan sahabatnya walaupun
dia masih mengantuk.Waarhh !!!. Sempat Balqis mengguap.
“ Waalaikummussalam warohmatullah
hibawarakatuh ‘’jawab Amira Ainaa dengan
perasaan geram. Amboi dia sadapnye mi kari je buat tahi mata . Dia tak tahu aku dah macam orang gila tunggu dia kat
Big Apple ni . Sampai boleh buat aktiviti tenung-menenung mata dah dengan mamat bangla tu. Bangla pun
banglalah asal ade iras Shah Rukhan.HEHEHE
“ Geram betul aku dengan kau ni. Cuba kau bukak mata kau besak- besak tengok jam dinding kau , kepala
hotak hang pagi buta, kau tahu tak sekarang ni burung tengah sedawa ‘‘eaark.... eaark’’ kat atas pokok tu, kau
masih boleh cakap subuh dinosor. Huii ,kalaulah aku ada kat situ mahu aku cepuk
kepala kau masuk dalam lubang tandas biar buat pekasam kau tahu tak sekarang ni
aku kat mana... bla...bla..bla..’’
Balqis menjahukan telefon dari telinganya.’’ Adui mahu
bernanah telinga aku kalau nenek ni start membebel. Patutnya dia dah boleh dah pegang tittle
granny. Kalau granny aku
dengak ni mahu dia letak jawatan terus
serta merta tanpa syarat. Hahahaha!!!’’ .... Balqis tergelak dengan
pemikirannya.
“ Oii
yang kau gelak apekehal.. aku ade buat lawak Jozan ke , kau dengar tak aku cakap
apa?”marah Amira Ainaa yang sudah bengang tahap 7 petala langit.
‘’Aaa ....sudah! dia cakap apa mana aku dengar , cakap macam
peluru ,kuat pulak tu. Kalau komunis dengar grenti
dia orang lari dulu sebelum
bertempur. Terpaksa la bohong, kalau aku cakap repeat mesti dia merajuk.
Tak sanggup den kalau minah ni merajuk mahu hilang sahabat dunia akhirat aku.
Bohong
sunatlah, bukan dia tahu. ‘’ Aku dengarlah.. bagi aku masa 40 minit. 40 minit 35 saat gereti aku ade terpacak kat depan kau.”
‘’35
saat tu kira jugak ke ??” soal Amira
‘’
mestilah , banyak cekadak pulak kau ni , nak suruh aku datang ke tidak ?’’
‘’ Yelah..
yelah.. cepat sikit tau. ‘’.
“ Okey” . Talian diputuskan.
Emm.. penatnya. Dahlah semalam
aku tanda tesis lewat malam. Pasrahlah .. dalam cinema aku
sambung tidor.. hehehe. Patut la minah
tu menjerit macam babun . Eh.. aku pernah dengar babun menjerit ke ? lantak la.
Rupanya dah pukul 11 pagi. Aku janji dengan dia pukul 10.
Balqis mengambil tualanya yang tergantung di belakang pintu
dan mula bersiap..
................................
‘’Mana pulak parking ni, time getir macam nilah
takde. Selalunya ada.. ‘’ rungut Balqis
Selepas beberapa minit mencari parking, akhir dia menghentikan kereta volkwegen polo GTI yang dipandunya di
tempat pakir. Kakinya laju memencari lokasi Big Apple.
‘’ Leceh
betullah.. mana pulak Big Apple ‘’ dia menrungut sambil tanggannya mengaru kepalanya yang
dilitupi oleh selendang jenama
Aryanni. Matanya melihat ramai
orang yang lalu lalang di dalam shopping mall tersebut . Tanpa membuang masa
dia mengeluarkan telefonnya dan menelefon Amira. Tanpa salam dia
bertanyakan tingkat berapa lokasi Big Apple.
Qisya memasuki restoran Big Apple dan terus
duduk di kerusi yang bertentanggan
dengan Amira. “ uh.. penatnya aku cari kau’’ beritahu Qisya kepada
Amira.
‘’ Amboi..amboi .. cantiknya bahasa cik kak.. kau tahu aku
lagi penat tunggu kau, kau ikut jam mane ni. Jam Afrika eh..’’ sindir Amira..
‘’ Apalah kau ni kau tanya soalan, kau yang
jawab, aku ikut jam Antartika..’’ Balas Balqis yang berniat hendak mengenakan
sahabatnya itu.
‘’ Poyolah kau ni’’.
‘’Eh eleh dah kau tanya aku jawablah’’
balas Balqis sambil menyuap donat ke dalam mulutnya.Humm..yammy.
‘’Qis jomlah pergi cinema ,aku
dah beli dah tiket citer tu ,start pukul
12’’ .
‘’Tak menyempat betul kau ni, bagi la aku rehat jap letih pandu
kereta . Tak pun bagi lah aku chance
cuci mata jap tengok jejaka-jejaka handsome tu ‘’ Balqis menrundingkan jarinya
kearah kumpulan lelaki kacak tersebut.
Alahai sekali tengok
macam jejaka boys over flowes lah pulak. Seorang daripada kumpulan lelaki tersebut
mengeyit matanya kepada Qisya sambil melayang senyuman yang menawan. wow.. mahu gugur iman makcik- makcik janda
kat luar sana kut kalau lihat senyuman
macam Kim Bum.. Halolo... handsomenye ..bisik hati kecilnya.
Selepas dia menghirup
kopi panas Amira, dia mengikut sahabatnya menuju ke cinema. ‘’ Kau nak tengok
movie ape’’ tanya Balqis’’ Movie hantu . kawan aku siap recoment lagi suruh
tengok citer ni’’.
‘’ Qis ... kau masuk dulu ,aku nak beli popcorn ‘’ beritahu Amira
dengan nada yang ceria.Mana taknya, dia sudah lama mengajak Balqis menonton
bersama, tapi baru sekarang dapat menonton di sebabkan kekangan masa yang tidak
diizini.
‘’ Humm..okey’’ balas Qisya
.............................................
‘’Jom
teman aku pergi makan jap. ‘’ Balqis mengajak Amira untuk menemannya
makan. Dia sudah kelaparan.Makan donut
untuk lunch, mana kenyang. Masa dalam cinema tadi , orang sibuk dok menjerit,
perut dia sibuk buat karoke. Pakcik sebelah siap boleh pandang lagi. Mungkin
pakcik itu ingat ada gempa bumi dan yang membuatkan Balqis macam nak pinjam
pintu doremon untuk pergi dari cinema itu adalah pakcik itu siap buat pesan
penaja lagi suruh pergi makan !! bertapa malunya disitu.
‘’aku boleh aje. Kau
belanja’’balas Amira pantas dengan cadangan bernas Balqis. Dia kalau
dengar perkataan orang nak belanja, mata terus jadi macam encik krab. Daripada
mengantuk, terus jadi segar bugar. Balqis menarik tangan Amira menuju ke food
court berhampiran. Selepas mendapat makanan dan minuman yang dipesan tadi,
mereka mencari tempat duduk yang jauh
daripada orang. Tanpa menunggu Amira , Balqis terus menikmati makanan .
‘’Engkau ni tak menyempat, bacalah
doa dulu. Ini tidak terus serbu gaya macam orang tak makan seminggu’’ tegur Amira .
’’wei.. aku bacalah, taknak aku
kongsi makanan dengan syaitan, aku beli makanan tapi kena kongsi dengan benda
alah itu. Hisssh ... minta dijauhkan.Lagipun dia sudah dilatih sejak kecil
untuk membaca doa sebelum makan, mahu kena pelangkung dengan Puan Wardina kalau
tak baca. Huhuhu’’ Balas Balqis setelah menelan makanan yang tengah dicernakan
oleh enzim amilise.
‘’Balqis....!!!’’ Panggil Amira secara meleret. Balqis hanya memandang sekilas
sahabatnya dan menyambung makan semula . Dia tahu, kalau panggil meleret itu ,
adalah benda yang tidak kena. Makan lagi sedap.. Yummy.
Sedang asyik menikmati makanan.
Fuuf...!! dia tersembur makanan yang belum selesai dikunyahnya apabila
mendengar ayat statik yang dikatakan oleh Amira ‘’ Aku dah nak kahwin dua bulan depan!!’’Dalam
sekelip mata aje mee goreng yang dimakan
oleh Balqis sudah terbang ke muka Amira . Tepat pulak tu mendarat atas dahi.
hahaha !!!.
‘’ uhuk..uhuk.... ‘’ Balqis batuk.
Dia tidak menyangka Ainaa akan
memberitahunya perkara yang luar syllabus. Biasanya hal yang remeh- temeh sahaja yang menjadi
perbualan mereka. Balqis segera mencapai minumannya.
‘’Baru lega ‘’ telah Balqis
setelah meminum air teh o’ ais. Suasana di food court itu sejuk tapi yang
peliknya kenapa dia rasa tempatnya bebahang? Dan kenapa Ainaa tiba-tiba senyap
tertelan kasut ke? Biasanya dia tak
pernah tak berhenti bercakap. Balqis segera memandang Ainaa, takut jugak apa
yang difikirkan itu betul!.
Muka Ainaa macam cicak makan belacan saja
gayanya. Muka tahan marah! Kulit yang tadinya putih mulus terus berubah menjadi
merah siap ada asap lagi dekat celah lubang telinga. Matanya mencerung
memandang Balqis. Balqis yang melihatnya sedikit gerun, tetapi dia cuba berlagak
selamba.
‘’Wei...
yang kau pergi lancarkan peluru mee tu dekat aku kenapa hah?’’ marah Ainaa
sambil membuang mee yang mendarat atas dahinya. Dia berasa bengek dengan
Balqis. Dia tidak menyangka bahawa reaksi Balqis sebegitu sekali. Menyesal pula
rasanya memberitahu waktu Balqis tengah
makan.
‘’Hahaha.
Gelak Balqis. Kesian kau kena ’ tembak’
dengan aku!,. Sorrylah bro, aku tak sengaja.Tindakan luar kawal ,so aku
tak boleh nak kawal.siapa suruh kau beritahu aku secara mengejut’’beritahu Balqis.’’Bila
kau bertunang? Tak ajak aku pun! Sampai hati kau.Sedih arr.’’ bicara Balqis
yang berjauh hati terhadap sikap Ainaa yang tidak memberitahunya.
‘’ Sorrylah aku bukannya tak nak
beritahu . sebenarnya aku pun tak tahu
pun pasal bertunang ni. Minggu lepas mak aku call aku suruh balik kampung,
katanya urgent . aku pun baliklah.. alih-alih kena bertunang’’
‘’ Dah
tu kau tak terkejut ke pasal tu? Kau
terima la pinangan tu , tak ada bantahan ‘’ tanya Balqis lagi sambil memandang
muka Ainaa yang berseri itu. Maklumlah seri pengantin la katakan.Patutlah tadi
dia seraya ingin bertanya tentang inai
yang dipakai dijari Ainaa. Tetapi mulutnya terkunci disebabkan lapar yang
menggila. Mana tak gilanya, semalam dinner makan maggi Arron Aziz aje. Pastu breakfast makan sebiji
donut Ainaa . Mana cukup!!!.
‘’Tak.
lelaki tu pilihan parent aku, lagipun aku tengok mak ayah lelaki tu dari
keturunan baik -baik. So of course la anak dia pun baik.’’
Balqis
mengangguk-anggukkan kepalanya sambil
mendengar penjelasan kawannya yang berwajah bujur kulit putih dan bertubuh
kecil ‘’Apa-apa je lah , aku doakan yang terbaik untuk kau. And tahniah
daripada aku’’ balas Balqis
‘’
thank tau. ‘’
‘’Hurmm...’’ .
‘’ Nanti balik aku tumpang kau
eh. kereta aku, my friend borrow’’ beritahu Ainaa.
‘’ okey ‘’ pintas Ainaa laju. ‘’
Citerlah lagi pasal your tunang tu? Ada gambar dia tak?’’ tanya Balqis tidak sabar .Dia tidak sabar untuk
mengetahui cerita Ainaa. Mereka berbual rancak , sampai ada sepasang mata hazel
mendengar dan memerhatikan mereka.
..........................................................................................
‘’Kau letak kereta dekat mana? ‘’kata Amira. ‘’Depan tu aje, nampak kereta hitam
tu.’’ balas Balqis. Tak lama selepas itu tiba-tiba handbagnya di tarik dengan
kasar oleh seseorang. Balqis jatuh terduduk apabila peragut itu menolak dia.
Amira terkejut dengan situasi tersebut . Dia menjerit meminta tolong daripada
orang ramai sambil cuba mengejar dua orang peragut yang menunggang motosikal.Orang
ramailah sangat. Padahal sunyi aje tempat parking itu!.
‘’Eeekkkkk Bum !!!’’ bunyi tayar yang bergesel
kuat dengan lantai itu menggamamkan
Balqis dan Amira yang menjerit meminta tolong.Bunyi tersebut berjaya mendiamkan mereka kerana
mereka melihat kemalangan yang berlaku depan mata. Tanpa berlengah mereka
berlari ke arah tempat kejadian.
‘’ Adui... rosak kereta aku ’’
dengus Mubalak Daniel yang ternyata marah.
‘’ Kau tak nampak ke motor tu tadi’’ balas
Iskandar dengan terkejut
‘’Tadi mana ada apa-apa waktu aku
undur kereta ’’ marah Daniel sambil
keluar dari perut kereta BMW X6 untuk melihat keretanya yang kemek. Sakit hatinya kerana
motor tersebut telah melarikan diri
‘’Balqis tengok peragut yang
ragut handbag kau ni, padan muka dia. Allah tu Maha Adil sekali buat jahat je
terus dia bagi cash. Padan muka kau ‘’ marah Ainaa kepada peragut yang sedang mengerang
kesakitan. Kawannya lari lintang – pukang mendapatkan motorsikal yang terbalik dan menyelamatkan dirinya
daripada ditangkap oleh orang ramai.’’ Kau tengok itu kawan kau lari ..
bukannya nak tolong kawan. Ini ke namanya kawan.Kalau senang bersama,kalau
susah di tinggalnya kawan ini’’ kata Ainaa dengan perasaan tak puas hati kepada
pergut itu.Sempat Ainaa memberi ceramah kepada peragut bawah umur itu. Balqis
segera mengambil handbagnya yang tidak jauh dari situ. ‘’Habis handbag aku’’
gumam hati Balqis.
‘’Niel kenapa minah tu mengamuk’’ tanya
Iskandar sambil merunding jarinya ke arah Ainaa. Suara Ainaa boleh mencecah
satu oktaf, manalah orang tak dengar. Kalau tak dengar jugak confirm orang itu
pekak kuasa dua!
.’’ Mana la aku tahu ‘’ balas
Daniel yang ternyata tidak puas hati terhadap apa yang berlaku. ‘’Dahlah
kereta ni baru ambil, aku tak puas lagi
pakai,tiba-tiba jadi macam ni ‘’dengus Daniel yang mukanya berkerut seribu
memikirkan keretanya.’’ Kalau aku hantar mechanic ,mahu dia hentam beribu
kereta aku ni’’ kata Mubarak Daniel sendirian.
Iskandar menuju ke tempat di mana
Ainaa menyemburkan kemarahannya. ‘’Excuse me, may i know what had happened ‘’ kata Iskandar
yang tiba-tiba mendekati Ainaa yang tengah shok sangat memberi ceramah free
dekat peragut itu.
‘’ ni hah budak ni ragut handbag kawan saya’’ balas Ainaa.
‘’ Are you okey miss’’ tanya Iskandar
perihatin kepada Balqis.
‘’ I’m okey’’ balas Balqis dengan
melayangkan senyuman. Orang kata apa, Orang berbudi kita berbahasa .
Comel jugak budak ni, muka bujur sirih , kulit
cerah, tinggi, cantik ...lengkap kiranya complete pakej la, bisik hati Iskandar
apabila terpandang Balqis.
‘’ Dar tolong aku cari workshop
mana nak baiki kereta ni’’kata Daniel kepada Iskandar..’’ Dar kau dengar tak
aku cakap apa ni !’’ kata Daniel yang benggang kerana Iskandar tidak mejawab
soalannya.Daniel memandang ke sebelah .’’mana pulak mamat sorang ni’’ katanya
lagi. Matanya terlihat Iskandar yang sedang berbual dengan dua orang
perempuan.’’ Huii... mamat ni pantang nampak prempuan cantik ,mula la nak test
market.Dasar ulat bulu naik daun’’ kutuk Daniel kepada kawannya itu ketika
berjalan kearah mereka.
‘’Pap..!!!’’ . Daniel menepuk kuat
bahu rakannya itu.’’ Sakitlah sengal .Yang kau tepuk aku kenapa?’’ balas Iskandar
yang berang terhadap Daniel.
Kata-kata Iskandar dibiarkan berlalu.’’ Kenapa
ni ‘’kata Daniel kepada Iskandar.’’
Budak ni ragut handbag and dialah yang kemekkan kau punya kereta’’
balas Iskandar. Daniel memandang budak yang sedang terduduk di lantai persisi seperti persalah yang hendak di jatuhkan hukuman.
’’ Jadi awaklah yang langgar kereta saya tu tadi’’ soal
Daniel kepada budak itu.Budak itu hanya diam membisu. Budak itu mengigil ketakutan.
Balqis tampak kasihan , lalu mengeluarkan
sebotol air mineral lalu diberikan kepada budak tersebut
.’’Balqis kau ni baik sangatlah,
budak ni kan dah ragut handbag kau.’’ Soal Ainaa kepada Qisya.
’’ Hei.. kau ni janganlah marah
sangat nanti cepat berkedut. Dia ragut handbag aku mesti ada sebab!!’’ balas
Balqis dengan wajah yang tenang. Ainaa mencuka mukanya kerana sakit hati
terhadap Balqis yang sentisa berfikiran
positif. Sikap spontan Balqis itu menarik perhatian Mubarak Daniel. Entah kenapa matanya seakan
-akan tertarik untuk melihat Balqis.
’’ Aduh..!!’’ Daniel mengaduh
kecil kerana tiba-tiba Iskandar menyiku perutnya. ‘’ Kalau tertarik pun
agak-agaklah, kawal lah sikit mata tu, ni tengok macam tak pernah jumpa
perempuan’’ bisik Iskandar ke telinga Daniel agar percakapnnya tidak didengari
oleh Balqis dan Ainaa. Daniel terus melarikan anak matanya daripada terusan
menatap wajah comel milik Balqis. Mukanya merah menahan malu tetapi sempat
dikawalnya.
‘’Adik
dah okey ‘’ tanya Balqis lembut. Balqis mencangkung
supaya dia dapat melihat wajah budak itu.’’Adik ada cedera dekat mana-mana
tak?’’ tanya Balqis yang perihatin . Budak itu memandangnya dengan wajah yang
sayu.
‘’ Akak ,kalau akak nak bawak
saya dekat polis akak berilah saya peluang untuk beli ubat mak saya. Mak saya
sakit tenat,’’ balas Adik itu kemudian mukanya tunduk semula memandang lantai
..’’
‘’Ainaa see, kan aku dah kata dia
tak akan buat jenayah ni kalau keadaan tidak memaksa’’ kata Balqis kepada
Amira. Ainaa bertindak mendiamkan diri.
’’Nama adik siapa?’’kata Balqis
lagi
. ‘’Saya Amir’’ balas budak
tersebut. Daniel dan Iskandar membiarkan Balqis menyoal Amir dahulu.
‘’ Ayah Amir mana ?. Ibu bapa Amir tahu tak
Amir buat kerja macam ni?’’ tanya Balqis lagi.
‘’Ayah saya dah lama meninggal
dunia kak. Mak saya tak tahu pun saya buat kerja macam ni.’’
‘’ Amir cuba bayangkan apa perasaan mak Amir
bila tahu Amir buat kerja macam ni semata-mata nak beli ubat dia. Mesti dia
terluka.. Lagipun Amir, wang yang Amir
dapat ,buat beli ubat mak haram tau. Allah tak suka kita buat macam tu.’’.
‘’Saya tahu kak, tapi saya
terpaksa, saya mesti teruskan kehidupan
walau apapun caranya. Saya tak nak mak tinggalkan saya macam adik saya .
Dia mati kelaparan’’ balas Amir dengan
wajah yang sayu. Amir tidak menangis ,mungkin dia penat menangis telah
Balqis. Balqis jatuh simpati terhadap
Amir.
’’ Kenapa Amir tak cuba cari
kerja?’’ tanya Amira yang terasa bersalah kerana tidak memberi peluang kepada
Amir untuk berterus terang sebaliknya memburukkannya . ‘’ takde siapa nak
terima saya bekerja kak. Sijil SPM pun saya tak ada’’ kata Amir.
‘’Macam ni lah Amir ,esok awak
pergi kat alamat ni tepat pukul 9 pagi’’ kata Daniel yang tiba-tiba bersuara,
dia menundukkan sedikit badannya untuk memberi kad tersebut kepada Amir.
‘’ Kenapa pulak saya kena pergi kat alamat ni bang’’.
Esok saya akan terangkan, tugas
awak pagi esok ,tepat pukul 9 pagi kena ada kat alamat ni. Faham’’tegas Daniel
lagi . Amir mengangguk-angguk kepalanya tanda faham.
‘’Abang..akak , saya minta maaf
sangat-sangat.saya tak mampu bayar kerosakkan
kereta tu bang. ‘’kata Amir yang bernada sayu.
‘’takpe... takpe yang tu awak tak payah
risau.Awak tak payah bayar. Saya maafkan awak.’’ Balas Daniel. Mata Ainaa dan Iskandar segera memandang Daniel yang
seakan-akan tidak percaya .
‘’ehh..... budak Daniel ni biar
betul, tadi kemain bengangnya sebab kereta,.tup..tup boleh jadi baik
gini.pelik...pelik,bisik hati Iskandar.
‘’ Amir nah ,awak ambil duit ni beli ubat
dengan makanan. Lepas tu , awak balik rumah terangkan keadaan sebenar dekat mak.
Minta ampun dekat dia ,faham.Kata Iskandar sambil menghulur beberapa duit not
50 kepada Amir. Amir menerima duit tersebut dan menganggukkan kepalanya . ‘’
Terima kasih akak .. abang sebab bantu saya dan tak bawa saya dekat polis.’’
Kata Amir berterima kasih sebelum beredar .
‘’Baik
pula kau kali ni.. tadi bukan main marah lagi pasal kereta ‘’ kata Iskandar.
‘’Aku kesianlah, si Amir tu takkan buat
kerja jenayah kalau keadaan tak memaksa dia kan.betul tak awak!’’ Kata Daniel kepada
Balqis.
‘’ betul tu. Kereta awak macam mana’’ tanya
Balqis kepada Daniel.
‘’ Hai... macam tu lah, besar jugak kemek
tu.’’ Balas Daniel .
‘’ Takpelah Niel nanti aku call machenic suruh
repair kereta tu.’’ Kata Iskandar yang ingin memujuk sahabatnya itu..
‘’ Kalau macam tu kami beredar
dulu ye’’ kata Amira kepada jejaka dua orang itu. Mereka mengagguk tanda
meniyakan .
‘’ Terima kasih ye sebab awak
bantu Amir tadi’’ kata Balqis kepada Daniel dan Iskandar
.’’ No big deal lah’’ balas
Iskandar cepat. Sahaja aje dia membalas cepat pertanyaan Balqis kerana tidak
mahu memberi peluang kepada Daniel untuk
berbicara dengan Balqis. Muka Daniel masam mencuka .
’’ Dia ni selalulah macam ni ,
kalau ade awek cun tak langsung beri aku peluang nak bercakap. Kalau si
Angelina tahu mahu kau kena cincang 14
dengan dia’’ kata Daniel dalam hati.
‘’
Kurang asam jawa extra betul la kau ni. Kenapa kau pintas percakapan aku dengan
gadis tadi’’ marah Daniel kapada
Iskandar yang terang –terangan tak puas hati .
’’Eik.. pesal kau tiba-tiba marah ni. Biasanya kalau aku
pintas percakapan kau dengan awek cun .kau buat derk je. Jangan –jangan kau
jatuh hati kat budak tu tak?’’ balas Iskandar. ‘’ betul tak. Biasanya serkap
jerkang aku selalu tepat’’ balas Iskandar apabila Daniel bertindak mendiamkan
diri tanpa menjawab soalanya tadi .’’
‘’mana ada. Kau kan tahu aku susah sikit nak jatuh hati’’.
Hisshh... pasallah aku tak boleh menipu dengan dia. Mana boleh bagi tahu yang
aku dah terarik dekat gadis tadi mahu si Dar ni gelakkan aku... bisik hati
Daniel.
Eleh Niel , kau tak payahlah nak
sembunyi perasaan kau tu, aku dah tahu kau tengah tangkap cintan dengan budak tadi.
Dengan orang lain bolehlah kau tipu, dengan aku jangan haraplah. Tengok muka
pun dah tahu hati tengah bunga-bunga. Hai.. untung budak itu ,bisik hati
Iskandar.
.......................................................................
Makan
tak kenyang, mandi tak basah, itulah yang terjadi pada diri Daniel. Sejak
sebulan peristiwa tersebut berlaku Daniel
masih tidak menjumpai Balqis .Hidupnya seperti tiada apa-apa. Kosong.
Macam lagu Najwa Latif, KOSONG.. KOSONG..KOSONG!!. Wajahnya tidak seceria hari-hari sebelum
peristiwa tersebut. Adakah ini di namakan cinta pandang pertama??.
Kekusutan wajah Mubarak Daniel merisaukan Puan Haryati,
mamanya Daniel. Hati tuanya amat membimbangkan apa yang telah terjadi terhadap anaknya.
‘’ Kenapa Niel tak turun makan bang?.’’tanya Puan Haryati
‘’ Lah manalah saya tahu, muka dia kusut aje sejak
kebelakangan ni. Awak tak tanya masalah dia ke?’’ balas Encik Nazri
‘’ dah tanya tapi dia jawab tak ada apa-apa, penat aje. Tapi
tak akanlah tiap-tiap hari penat. Muka macam orang putus cinta aje’’
‘’ awak tak tanya Dar ke?. Lama dah tak nampak mereka
keluar. Biasa hujung minggu lesap’’ balas si suami.
‘’ saya tak tanya pulak!!. Takpalah lepas makan saya telefon
si Dar ’
Encik Nazri dan Puan Haryati menikmat makanan yang yang
dihidangkan. Rumah banglo dua tingkat ini sunyi apabila dia dan suaminya sahaja
yang berada didalamnya. Mereka
dikurniakan dua orang anak sahaja kerana rahim Puan Haryati tidak kuat untuk
menampung baby. Walaupun begitu kasih sayang Encik Nazri terhadap isteri
tercintanya tidak pernah berbelah bahagi. Dia tidak akan menduakan isterinya
apatah lagi main kayu tiga dibelakang isterinya kerana cintanya terlalu kuat
terhadap Puan Haryati.
‘’
Asalamualiakum .. ‘’ Puan Haryati memulakan bicara di telefon selepas makan
malam bersama suaminya. Daniel tidak turut
serta . Asyik terperap dalam bilik macam perempuan!.
‘’Walalaikummusalam. Kenapa makcik telefon Dar’’ balas
Iskandar apabila mendengar telefon rumahnya berdering minta diangkat.
‘’ Hai.. makcik tak boleh telefon ke?. Makcik ganggu Dar
eh’’
‘’ eh.. takdelah makcik. Dar tengah tengok tv ni. Bosan
pulak malam ni tak buat apa-apa’’
‘’ Ooo.. ingat makcik ganggu Dar. Makcik telefon ni nak
tanya something’’
Amboi makcik speaking nampak, ucap Iskandar dalam menahan
gelak. ‘’ Something ape tu makcik’’. Balas Iskandar yang turut mengusik mama
Daniel.
‘’ Kenapa Niel sejak
kebelakangan ni asik murung aje . nak kata bercinta, hai...hati punya liat’’
Hissh makcik ni boleh pulak mengutuk Niel. Boleh jadi geng
aku ni. Hahaha... ,gelak Iskandar dalam hati. ‘’ saya tak tahulah pulak masalah
dia. Saya lama dah tak keluar dengan dia
makcik. Saya ajak dia keluar tapi alasan dia penat aje. Last keluar waktu
kereta dia kena langgar’’
‘’ Siapa yang langgar
kereta dia. Perempuan ke?. Sebabnya lepas Niel hantar kereta kat Workshop, dia
punya muka punyalah happy gila.. Macam menang cabutan bertuah aje . Sengih
memanjang. Orang kereta rosak susah hati tapi dia terbalik. Perempuan ke yang
langgar kereta dia , biasa dalam telemovie,macam tulah’’ balas wanita tua itu
dengan suara yang lembut.
‘’ lelaki yang
langgar kereta dia makcik. Makcik ni mesti banyak tengok telemovie ni’’ giat
Iskandar mengenakan Puan Haryati.
‘’ Hisyy.. kamu ni Dar , takkan tak tahu hobi makcik pukul
tiga. Tengok citer Temptation of wife lah. Hero dia handsome. Nak lagi Niagel’’
‘’ makcik kalau Niagel dengan saya ,saya menanglah makcik.
Tapi kalau si hero tu dengan Niel confrim lah Niagel tu menang.’’ Usik Iskandar
sambil gelak. Sahaja je mahu menggutuk Daniel.
‘’ ha’ ah kan , Kalau si Niel tu handsome mesti sekarang ni
dia dah ade buah hati. Tapi hampas pun tadak. Kemampunlah makcik nak menantu’’
balas Puan Haryati yang turut mengiakan serta mengenagkan nasib anaknya
Hahaha..... kan aku
dah cakap aku dengan mama si Niel ni boleh jadi geng. Tahu dek Niel ni mampus
aku kena pelengkung dengan dia.’’ Hisyy.. makcik ni tak baik tau cakap Niel
macam tu. Dia bukannya tak laku, tapi memilih sangat. Perempuan beratur nak kat
dia. Dia kan makcik siap boleh pass perempuan yang minat dia kat saya . Tahu
dek Angelin mampus saya makcik’’ ujar Iskandar mengingati Majlis makan malam di Hotel Hilton .
‘’ Dar kau nak tak Hana tu?’’
pelawa Niel kepada Iskandar dengan muka yang serius.
‘’ Gila kau, cakap tu biar
bertapis sikit ye aku dah ada Angelin. Taknak lah aku’’ balas Iskandar.
‘’ Dar ceritalah apa yang jadi waktu langgar kereta tu’’
percakapan Puan Haryati mematikan lamunan Iskandar
‘’ Gini makcik , hari tu Niel tengah undur
kereta, tiba-tiba motor entah cerut mana tah datang lepas tu langgarlah
keretanya Niel tu . Motor tu laju sangat bawaknya tak sempat berhenti, itulah
makcik kerajaan Malaysia ada mencipta pepatah ‘pandu cermat jiwa selamat’ .
betul tak makcik?’’
‘’Then’’ sambung Puan
Haryati memintas percakapan Iskandar.
‘’ Citer dia panjang makcik. Pagi esok baru abis’’
‘’ dah tu , kamu summary je lah’’
‘’ haah betulah tu
makcik summary. Hahaha’’ gelak Iskandar dalam corong telefon. Kalau layan mak
Niel ni memang tak kering gusi. Hilang
stess aku!!!.
‘’ eleh .. kamu ni jeales sokmo kalau makcik speaking orang
putih’’
‘’ citer dia gini , yang langgar kereta Niel tu peragut
bawah umur. Waktu nak buat pertimbangan dengan budak tu lah.. kita orang jumpa dua
awek cun. Tapi yang sadisnya ,kitaorang tak tahu nama dua-dua awek cun tu..sorang
daripada awek cun tu yang handel dulu masalah dia dengan budak tu sebab budak
tu ragut handbag dia’’ terang Iskandar lagi.
Iskandar meminum air fresh oren sebelum menyambung
perbualannya.’’ Waktu budak itu selesaikan masalah dia , mata Niel aysik
pandang je muka cute budak tu, Dar ada tanya yang dia jatuh hati dekat her or not , but his respon makcik tahu-tahu jelah. Dar rasa anak makcik merangkap kawan baik Dar tu tengah dilanda
angin asmara rindu kat that girl .
Dengan orang lain dia boleh tipu makcik, tapi dengan Dar sorry to saylah’’
‘’ Gitu .. citernya. Barulah hati makcik tenang sikit.
Ingatkan ade big problem. Tapi tak
besak mana pun. Okeylah Dar terima kasih ye bagi info kat makcik. Kalau suruh
Niel cerita jenuhlah sampai musang bertanduk tiganya dulu baru dia nak storynya
’’
‘’ hahaha’’ Iskandar tumpang sekaki mengelakkan kawan
baiknya. Hari raya ,harus aku kena minta maaf kat dia, bisk hati Iskandar.’’
Okaylah Dar makcik nak letak ni. Terima kasih ye’’.
’’ Sama-sama’’ ucapan dibalas. Talian dimatikan.
‘’ Kenapa muka senyum ni. Kalau
cakap dengan Dar ,suami kat sebelah tak dipandangnya’’ kata Encik Nazri berjauh
hati. Sebenarnya sahaja aje mahu mengusik isterinya.
‘’Hisyy.. abang ni dah tua Bangka
pun nak merajuk lagi ke?. Saya anggap Dar tu dah macam anak saya sendiri pun.
Eh... abang nak tahu tak anak kita tu dilanda angin asmara rindu tau’’ kata
isterinya.
Encik Nazri segera memhentikan pembacaannya. Isu ni lebih
menarik hati tuanya.’’ Apa dia awak cakap, Niel kena angin kembung’’.
Eh... orang tua ni , tak korek
telinga agaknya.!! Orang kata angin asmara rindu,dia boleh pulak kata angin
kembung ,kata Puan Haryati dalam diam.’’ Apa abang ni, siapa pulak yang
kembung.Yati kata anak kita tengah jatuh cinta..’’
‘’ ye dok’’ tanya Encik Nazri
seperti tidak percaya.
‘’ yelah abangnya’’. Balas Puan
Haryati dengan lembut. Dia sentiasa sabar dalam melayani tingkah suaminya. Puan
Haryati mengulangkan cerita yang diberitahu oleh Dar kepada suaminya dari A-Z.
‘’ tak lama impian kita jadi
kenyataanlah ye ‘’ kata Encik Nazri kepada isterinya. Dia akan membantu anaknya
menemui cintanya.
............................................
‘’Makan
kat mana?’’ tanya Daniel sebaik sahaja Iskandar mencecah punggungnya di dalam
kereta.
‘’ lubang hidung’’ Iskandar
menjawab selamba pertanyaan Daniel. Daniel hanya mencebik sebaik sahaja
mendengar jawapan Iskandar . Iskandar sengaja menyuruh Daniel mengambilnya di
mahkamah kerana dia malas nak memandu kereta. Lagipun lama sudah tidak melatak
bersama sahabatnya itu.
Iskandar memasang radio Hot fm untuk menghilangkan rasa
penat.
Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita
Iskandar memandang pelik ke
arah Daniel. Daniel hanya menayangkan
muka selamba dan memyambung kembali menyanyi. Bibir Iskandar mengukir senyuman.’’mesti
teringat dekat his angel ni‘’telah Iskandar.
Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku
Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa
Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati
Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan ku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Dari Darjah Satu
Aku suka kamu
‘’Bravo!! Jerit Iskandar sambil menepuk tangan, sejak bila
kau pandai menyanyi lagu macam ni’’Daniel hanya senyum , tak mampu nak membalas
.Dia letih memandu dari pejabatnya hingga makamah untuk mengambil Iskandar.
Bila ditanya kenapa tak nak jumpa kat restoran biasa. Jawapan Iskandar senang,
aku malas nak drive.
’’ Wei, jawab lah bila kau pandai nyanyi lagu macam tu
hah.’’ desak Iskandar
‘’ sejak....’’
‘’ sejak jumpa your angel , Am i right?’’ pintas Iskandar laju.
‘’ mana ada , aku nak cakap sejak tadi ..’’ Daniel tetap
menafikan bahawa hatinya sudah terpaut dengan gadis itu.
‘’yelah tu.. ingat aku percaya’’
Macam mana aku nak kantoikan dia yek,fikir Iskandar sejenak.
Beberapa saat seketika terdapat mentol yang menyala di atas kepala Iskandar.
‘’kau nak tahu tak, pagi tadi . waktu aku nak breakfast
dengan Angelin. I see her with one guy.
They seem like couple’’
Terteleng wajah Daniel daripada memandu, memandang Iskanadar meminta
penjelasan.
‘’ kalau ye pun nak tahu , mata kau silalah pandang depan,
aku tak nak mati awal , kemampun nak berbini karang’’
Daniel segera menfokuskan pandangannya kehadapan. Hati Daniel
seolah-olah dikisar dengan blander setelah ,mengetahui perkara tersebut.
‘’ kau jumpa kat mana?. Mungkin that guy abang dia kot. Kita
mana tahu apa-apa.’’ Balas Daniel sekadar menyedapkan rasa hatinya yang tengah
dilanda angin rebut.
Balasan Daniel telah
membuatkan dua tanduk muncul atas kepala Iskandar. Dia mengapi-apikan lagi
keadaan . ‘’ Takkanlah abang dia , mesra sangat macam husband dia je’’balas
iskandar yang ingin memanaskan lagi hati Daniel.
‘’Tak mungkinlah’’ balas Daniel perlahan.
‘’kau cakap macam kau tahu je siapa lelaki itu pada dia.kau
cakap jelah terus terang dengan aku ,yang kau suka si budak tu.buat ape nak
malu.perkara baik ni. Nanti kau naïf-nafikan , budak tu kena sambar dek orang
lain. Baru tahu menyesal tak sudah nanti.’’
Muka Daniel dah berubah. ‘’ya aku mengaku I’m fall in love
with her’’ balas Daniel setelah beberapa minit mendengar nasihat Iskandar.Takut
jugak dia kalau Balqis disambar orang lain!
Iskandar mengukir senyuman . ‘’ mengaku pun kau eh’’ tanya
Iskandar yang sedang menaikkan sebelah keningnya.
‘’ betul ke kau nampak Budak tu dengan lelaki tu mesra
sangat?’’ Daniel seperti tidak puas hati.
‘’hahahahaha’’ Iskandar gelak kuat.’’ Sorry beb .Aku tipu
kau. Saje je nak test kau . rupanya kau mengaku jugak’’ Iskandar tersenyum
menampakkan giginya yang putih tersusun.
Muka Daniel berubah masam. Teruk punya kawan ,telah Daniel.
Iskandar memandang Daniel ,Daniel hanya masam dan membisu tanda dia tengah
bengang. hehe.. kejap lagi okeylah tu, kata hati Iskandar.
.......................................................
‘’Kita pergi bank jap,aku nak bank-in duit Aqilah’’ Daniel
memberitahu Iskandar semasa mereka dalam perjalanan menuju ke kereta selepas
menjamu selera di restoran Nasi Ayam .
‘’Okey .. tapi lepas
tu hantar aku kat makamah balik, aku ada kes yang nak diselesaikan’’ujar
Iskandar setelah melihat jam yang dipakainya.‘’ Bila Qilah balik ?’’ tanya Iskandar
‘’ empat bulan lagi then, dia terus kerja dengan
kitaorang’’. Iskandar hanya menganguk. Dia terasa bangga terhadap Daniel.
Muda-muda dah jadi Ceo.
‘’kau pun ape kurangnya, muda-muda dah jadi pegawai
majestrit’’Daniel bersuara tiba-tiba.
Iskandar terkejut.’’ Macam mana kau boleh baca fikiran
aku’’ujar Iskandar
‘’ kita kawan berapa lama?, semua perangai kau ade dalam
kocek seluar aku ‘’. Iskandar hanya menganguk.Daniel
memberhentikan kereta Audinya di petak
parking.
‘’Tunggu jap eh . kejap je ni’’. Kata Daniel sebelum menutup
pintu keretanya. Dia tergesa-gesa menghampiri pintu bank.Iskandar
memandang Daniel yang terkejar-kejar seperti tidak sabar untuk
masuk ke dalam bank. Agaknya kalau dia masuk cepat , gayanya macam jumpa aja
budak tu. Iskandar juga melihat seorang perempuan tergesa-gesa sama seperti
Daniel. Dia memerhati perempuan tersebut, macam that girl , telah Iskandar. Dia memerhati dengan
perempuan tersebut dengan khusyuk . Eh
betullah.. kata Iskandar sendirian. Untung kau Daniel . Budak tu jodoh kau ,kata Iskandar lagi.
Sementara itu , Balqis mencepatkan langkahnya mendekati
pintu bank. Hari ini dia akan belanja sakan kerana semua kakitangan kerajaan
akan mendapat gaji. Dalam pada itu , dia sedang merancang ke pasaraya untuk membeli bahan basah.
Tangan Balqis menolak pintu kaca bank tersebut,kemudian dia
terpandang ada lagi satu tangan disebelahnya melakukan perkara yang sama. Wah
cantiknya kuku dia... Kuku gelas kau. Kuku aku pun kuku gelas tapi tak secantik
dia, bisik hati Balqis .sempat dia memuji tangan itu. Dia memandang muka tuan milik tangan itu, dan hatinya berdegup
lain macam. Mata comel Balqis bertembung
dengan mata hazel milik Daniel.. Setelah beberapa minit.. Balqis tersedar dan
terus memalingkan mukanya. . ’’ adui ...
malunya aku. Mesti lelaki tu kata aku miang tak ingat dunia..’’ mukanya mula
memerah.
Daniel pula selepas bertentang mata dengan Balqis.
Dia seperti hendak melompat saja. Sempat dia berterima kasih kepada Allah
kerana memakbulkan doanya. Tak sia-sia dia bermunajat kepada Allah tengah-tengah malam. Wajahnya berubah gembira
serta merta.
Balqis cepat-cepat
menolak pintu kaca bank tesebut untuk menyembunyikan wajahnya yang tengah
blushing. Tetapi pergerakannya terhenti apabila Daniel bertindak memanggilnya .
‘’Awak Gadis yang kena ragut handbag tempoh hari tu kan?’’
soal Daniel dengan muka berharap agar gadis dihadapannya ini adalah Budak itu .Dia
cam sangat muka Balqis, sebabnya dia ada
menyimpan satu photo Balqis. Dia
terserempak dua kali dengan Balqis. First dekat food court. Second dekat
parking kereta. Anggugkan gadis itu membuatkan hati Daniel gembira.
‘’ Ye sayalah tu.Macam
mana encik tahu ye’’ . Balqis memandang muka Daniel. Muka Daniel nampak
familiar.
‘’ awak tak ingat saya?’’ tanya Daniel
‘’sorry saya tak ingat, tapi awak nampak familiar’’
‘’ sebulan lepas ada budak ragut handbag awakkan?. Nama
budak tu Amir’’ terang Daniel ,berharap Balqis dapat meningatinya.
‘’oh.. saya ingat , kereta encik yang kemekkan?’’ tanya Balqis
‘’ha’ah.. tapi kereta tu dah okey dah. Anyway saya Daniel‘’
Balqis hanya mengangguk Tak kan nak salam, kesian bakal suami aku. Dapat yang
second-hand.
‘’ Saya Balqis’’
‘’eh .. jomlah masuk, kita berdiri depan pintu pulak’’ kata Daneil kepada Balqis. Daniel membuka pintu untuk Balqis ,menyuruh
Balqis masuk dahulu.
‘’ thank’’ ucap Balqis kepada Daniel kerana memberinya masuk
dahulu ke dalam bank.
Selepas mengambil wang ,Balqis ingin melangkah keluar dari
bank tersebut tetapi langkahnya terhenti sekali lagi kerana Daniel bertindak memanggilnya.
‘’ Balqis...’’ Balqis menoleh kearah Niel.
‘’umm.....’’ eh apa aku nak cakap ni. Pantas dia memikir
idea supaya berpeluang bertemu dengan Balqis lagi.setelah beberapa minit ,baru dia mendapat idea.
‘’Balqis.. sebenarnya Amir cari awak’’ maaf Amir, abang
terpaksa petik nama Amir.
‘’ kenapa ye?’’ tanya Balqis.
‘’yang tu saya tak tahu pulak, macam nilah awak bagi nombor
phone, nanti saya beri kat Amir’’
‘’ Okeylah kalau macam tu’’. Mereka berpisah setelah Balqisa
memberi contactnya kepada Daniel..
Sebaik sahaja Daniel memasuki kereta. Iskandar terus
mengusiknya.‘’ hum... aku bau nasi minyaklah.’’Daniel hanya tersenyum. Malas
nak layan Iskandar.
‘’ Kau tanya apa tadi dekat budak tu?.kau orang tenung tadi
macam drama kabi qussi kabi gam dah aku tengok. Silapnya Cuma takde lagu
Hindustan je.hahaha ‘’ Kata Iskandar sambil gelak.Daniel tumpang gelak
sekali.Dia menghantar Iskandar ke mahkamah sambil mencerita kembali
pertemuannya dengan Balqis.
Sebaik sampai di mahkamah. Iskandar berterima kasih kepada
Daniel membelanjanya makan.’’ Daniel.. pandu kereta elok-elok tau,jangan ingat
pasal Balqis masa memandu ,kalau tak memang kau masuk gaunglah jawabnya’’
nasihat Iskandar.
‘’ haha... kat KL mana ada gaung. loya buruk sungguh kau ni’’.Balas
Daniel sebelum Iskandar menutup pintu
kereta. Daniel memandu keretanya menuju ke Citra Holding. ‘’ Ya Allah, jika Balqis
Itu jodoh Daniel ,kau permudahlah urusan
mereka’’ Doa Iskandar.
........................................................
‘’Memandangkan Cuti semester minggu depan, prof nak kamu
semua buat assiment dan cari katak yang bersaiz besar. Kita akan buat
experiment, naik cuti semseter .’’ kata Balqis kepada mahasiswa dan
mahasisiwinya.
‘’Prof ..satu kumpulan berapa orang’’ laung Asraf yang duduk
di barisan keenam.
‘’bentukkan tujuh kempulan memandangkan kamu semua ada 42
orang. So .. satu kumpulan ada satu katak.’’
‘’alah.. prof kenapa tak suruh kita orang cari sorang satu.
Baru best sikit. ’’ Kata Amran sambil mengusik Aleya dan Haziqah yang dah
kegelian.
‘’ Hisyy kau ni, okeylah tu prof suruh cari satu kumpulan
satu katak. Kau tahu tak sekarang ni katak sedang mengalami kepupusan.’’ Kata
Haziqah sambil menahan muka yang
kegelian. Dia memang anti dengar nama
binatang tu.
‘’ Prof ... tak payahlah buat experiment, kita orangkan dah
buat waktu form 4. ‘’ pujuk Suraya supaya Balqis berubah fikiran.
‘’ Prof ... tak payah dengar kata Sue. Kita orang dah lupa
dah cara kendalikan experiment itu’’ kata Amran yang sedang memintas kata Sue.
‘’ Heh kau ..jangan nak mengada ye.. menipu sangat tak
ingat’’ balas Sue yang ternya tak puasa hati.
‘’ dah-dah jangan nak bergaduh, prof akan buat juga
experiment ini kerana ini merupakan
pointer kamu then lepas itu kamu semua akan duduki exam. Kalau tak buat nanti
kamu semua salahkan prof pulak kalau dapat pointer rendah’’ balas Balqis kepada
pelajarnya.
‘’Yess.... ‘’ bergema dewan kuliah itu dengan suara mahasiwa
lelaki. Mahasiswa perempuan hanya kedengaran mengeluh.
‘’Okey.. masa dah tamat .kelas sambung naik semester . Kalau
ada apa-apa masalah hubungi atau e-mail dekat prof. And one more thing don’t
forget to finish your assiment.
‘’ thank prof’’
ucap pelajarnya .Balqis teringat kisahnya
semasa membedah katak.
‘’Qis berani kau pegang katak . budak perempuan lain semua
geli’’ tanya Irfaan Aqil yang pelik dengan sikap Balqis.
‘’ aku dengan katak okey je. aku tak ngam dengan cicak je’’
balas Balqis selamba.
Irfaan mengambil katak dari tangan Balqis dan mula menyuntik ubat
penenang kepada katak.
‘’lepas suntik katak itu,kamu semua ambil tali ikat dekat
kaki katak’’ terang Cikgu Hasmah.
‘’ Hisyy .. Irfaan kau
buatlah pulak.’’ Kata Balqis kepada Irfaan. Dia mula menjauhkan diri
daripada katak dan duduk dekat bersama dengan sahabat baiknya Amira. Muka Amira
dah pucat sebab dia memang anti dengan binatang itu.
‘’ jom Zaf.. kita
mulakan experiment.’’ Gamit Irfaan yang sedang memandang Zaf.
‘’ Eii.. tak nak lah aku. Aku geli...’’. balas Zaf.
‘’ Hisyy.. marilah ,tolong aku buat . tak kan aku sorang’’
kata Irfaan yang sedang menarik tangan Zaf.Zaf menarik tangannya daripda
pegangan kemas Irfaan. ‘’Kau kan dah tahu aku tak suka binatang yang berlendir
‘’ marah Zaf.
‘’ Irfaan dah lah tu kau usik si Zaf ni,mahu pengsan dia karang. Dia
trauma lagilah kut.’’ Pujuk Balqis.
Irfaan segera melepaskan pegangannya .tak mahu peristiwa
lama kembali. Bebirat badan dia kena pukul dengan abah sebab kacau Zaf.
‘’Apalah kau ni Zaf, dengan katak pun takut.tak macho
langsung’’ Sindir Amira
‘’ eleh.. kau pun apa kurangnya, belum apa-apa muka dah
pucat’’ balas Zaf
‘’eh. Aku perempuan, lainlah kalau takut dengan katak, orang
tak heran. Ni kau .. harap je badan ketul-ketul. Tapi penakut.hahaha’’ balas
Amira. Balqis bertindak mendiamkan diri. Malas nak layan mereka yang tengah
gaduh.
‘’ Zaf, Amira berhenti bergaduh. Perkara kecil pun nak
gaduh. Buat experiment tu’’ tegur Cikgu Hasmah. Mereka mula mendekati meja
makmal dan melihat Irfaan membedah katak. Hisyy.. gelinya,balas mereka
serentak. Balqis hanya ketawa.
‘’Kita
buat apa kat belakang ni’’ kata Irfaan . dia hendak pulang ke rumah dengan
cepat tetapi zaf menyuruhnya tunggu di
belakang makmal setelah ekperimen itu selesai.
‘’aku dah korek lubang, sekarang kau tanam bangkai katak itu
ye memandangkan kau bedah dia’’ kata Zaf.
‘’ hah.. apsal pulak kena tanam?
Buang ajelah dalam tong sampah apa susah’’ balas Irfaan
‘’ Tak boleh, katak ni makluk
Allah jugak.kau tak kesian kat dia ke?’’ balas Zaf. Amira dan Balqis hanya
ketawa sahaja mendengar penjelasan
Zaf.tanpa membuang masa ,Irfaan mengambil katak tersebut dan menanamnya.
‘’Eh.. kau tak nak
sedekahkan Al-Fatihah dekat katak ni ke?’’ balas Irfaan yang tengah
menyindir Zaf.
‘’ Aku doakan supaya katak ni hidup aman. Amin’’ kata Zaf
selamba. Balqis dan Amira bantai gelak aja.
‘’Bongoklah kau ni.’’ kata Irfaan
Balqis tersenyum mengingati peristiwa tersebut. Sudah lama
dia tidak berjumpa dengan Zaf dan Irfaan. Lamunannya terhenti apabila terdengar
Sara Paxton menyanyi sebagai nada deringnya.
‘’ Waalaikummussalam..sihat mak,’’
‘’Ha’ah.. Balqis balik Esok, Bye mak. Sayang mak’’talian
dimatikan
‘’Hai.. Qis , tak balik lagi’’ tanya Taufik,rakan sekerja Balqis
‘’Nak balik lah ni Fik’’ balas Balqis
‘’ pakwe call ye tadi. ‘’
‘’ Hisyy .. Qis mana ada pakwe’’
‘’kalau macam tu bolehlah Fik masuk minang’’
‘’ hah. Boleh jugakkan . nanti Qis boleh bermadu dengan Zaharah. Kejap eh Qis nak telefon Zaharah jap
nak beritahu Fik nak masuk minang’’
‘’Eh,.. janganlah Qis, Tadi Fik main-main aje. Jangan cerita
dekat Hara ye,kalau tak nanti Fik tidur luarlah nampaknya’’ sungguh-sungguh
Taufik menghalang Balqis daripda
menelefon Isterinya.
‘’ tahu takut.’’
‘’ Okeylah Balqis , Fik balik dulu ye, ni hah ada buah
tangan daripada Hara’’ beritahu Taufik
‘’Okey cakap dekat Zaharah,terima kasih tau’’. Taufik hanya
mengangguk.
.............................................
‘’Mak ayah mana’’ ,Balqis bertanya kepada Puan
Wardina setelah menyalami tangan tua wanita tersebut .Dia baru sampai ke
Permatang badak, Kuantan. Jangan tanya kenapa tempatnya dinamakan begitu, maybe
dulu banyak badak kut.
‘’Ayah kamu keluar jap pergi beli
barang’’
‘’kak long dengan abang long tak sampai lagi ke mak’’ tanya
Aiman. Dia balik bersama Balqis memandangkan tempat kerjanya tidaklah jauh
sangat dengan kakaknya. Dia malas memandu sebenarnya nak berjimat petrol dan
tol. Hampas punya budak!..
‘’Dah. Keluar kejap beli barang.
Kamu berdua pergi berehat. Malam karang ada orang nak datang rumah’’ Puan
Wardina memberi arahan.
‘’ Mak,
mana Harazz?’’ tanya Balqis setelah mengetahui kak longnya juga pulang ke rumah
Puan Wardina. Dia sudah lama tidak peluk Harazz .
‘’ Ada
dekat depan tu. tengah main’’ balas puan Wardina
Tanpa berlengah, Balqis berlari menuju ke ruang tamu. Dia
tidak sabar untuk menggomol anak kak longnya yang berumur 2 tahun. Rindu
rasanya pada budak kenek itu, maklumlah lama tak jumpa. Puan Wardina hanya
mengelengkan kepala. Masak sudah dia dengan perangai anaknya yang sorang itu. Umur sudah mencecah 26 tahun. Tapi tak nak
kahwin lagi. Anak gadis luar sana ramai sudah kahwin lepas habis graduate,
semasa belajar pun ada. Ada yang dah
dapat anak dah pun. Ini bila ditanya bila nak kahwin. Dia balas tunggu prince
charming turun dari langgit!!!
‘’ Mak
siapa yang nak datang?’’ tanya Aiman dengan perasan ingin tahu. Dia duduk di
sofa berhampiran pintu masuk. Puan Wardina turut duduk bersebelahan dengan
anaknya yang ketiga itu.
‘’ Mak
pandang apa? Tengok kiri kanan. Macam
ada maklumat sulit aje.’’ Kata Aiman lagi. Dia pelik melihat maknya yang
memerhati keadaan gaya macam perisik bertauliah.
‘’tiga
hari lepas ada orang datang merisik kakak kamu tu!. jadi malam ini orang itu
nak datang tanya kakak kamu’’ balas Puan Wardina perlahan . Bimbang dia kalau
Balqis terdengar.
Dia tak nak peristiwa lama berulang lagi. Balqis bertindak
melarikan diri sebelum keluarga pihak
lelaki sampai pada hari pertunangannya. Nasib baik majlis itu dihadiri oleh
ahli keluarga terdekat sahaja. Kalau tak , malu Puan Wardina.
‘’ Mak
... biar betul. Man akan dapat abang ipar lagilah yek?.Dia terlebih teruja
apabila mengetahui berita itu. Tersengih
dia apabila teringat kejadian
‘bersejarah ‘ itu. ‘’Tapi mak .... mak
pasti ke kakak tak lari lagi’’
‘’ 300%
pasti. Dia tak akan lari lagi. Mak akan pastikan itu tidak berlaku. Kamu jangan beritahu dia. Faham?’’ tegas Puan
Wardina.
‘’
Hisshh ... mak ni . Memang tak akanlah Aiman beritahu dia..teruja nak dapat
abang ipar ni’’Balas Aiman pantas.’’ Mak... Aiman masuk bilik dululah.. penat
dengar kak Qis membebel dalam kereta’’ kata Aiman kepada Maknya
‘’ Humm.. ingat tau pesan mak’’
balas Puan Wardina. Aiman hanya mengangguk
tanda faham.
.......................................................................
‘’BIP...’’( bunyi
mesej)
Free tak malam ni. Nak ajak makan. Sayakan dah
janji – Daniel.
‘’Arrhh...!!!’’ Balqis menjerit tanda kegembiraan. sudah
sebulan dia berkawan dengan Daniel. Setiap kali berjumpa dengan
Daniel, jantungnya sentiasa berdegup
pantas . Perjumpaan pertama dengan Daniel telah berjaya membuka pintu hatinya.
Dia sendiri berasa aneh akan perasannya
kerana dia tidak pernah mempunyai perasaan itu pada mana-mana lelaki
lain.
Sorry,
i’m out from Kuala Lumpur. Maybe next time .perhaps J- Balqis
Butang send ditekan. Fikirannya terimbau kembali pada saat
perjumpaan mereka berempat di One
Utama. Amir membelanja mereka makan
sebagai tanda maaf dan penghargaan akan
akan jasa baik kerana memberinya peluang. Mereka hanya berempat kerana iskandar
tidak turut serta. Selepas makan, Amir
meminta diri kerana perlu menyambung kerjanya di Citra Holding selaku pekerja
pemasaran.
‘’ eh Daniel , awak tak masuk ofis ke?’’ soal
Ainaa. Dia pelik dengan Daniel. Jam sudah menunjukkan pukul 2 tepat menandakan tamatnya waktu rehat. Tapi
dia selamba badak je buat tak tahu..!!
‘’ tak. Hari ni saya tak masuk
ofis . ada meeting pukul tiga dekat area sini.’’
‘’oh.. gitu.. huum!!!. Awak ada sejam lagikan apa kata temankan si Balqis ni beli hadiah.
Saya tak bolehlah. kena masuk kerja’’ bicara Ainaa. Pelawaan Ainaa lebih
bersifat untuk mengenakan Balqis .
Sedari tadi dia asyik melihat Daniel tidak berhenti senyum dan curi-curi
melihat Balqis. Dia panasaran , adakah sahabatnya itu tidak perasan?
‘’hah..’’ Balqis terkejut dengan
pelawaan tak bermoral Ainaa. Dia bertindak memijak kaki Sahabatnya itu . Geram
dengan Ainaa, sesedap hati aje menyuruh Daniel menemaninya.
‘’Awww...’’ Ainaa menjerit kecil.
Sakitnya ya ampun. Mahu bengkak kaki aku telah Ainaa. Dia segera mencubit lengan Balqis untuk
membalas dendam tapi pantas ditepis oleh Balqis. Balqis menjauhkan diri sedikit
daripada Ainaa. Ainaa bukannya boleh percaya sangat , nanti mampus merah badan
dia kena ’sengat’ oleh cubitan bisa Ainaa.
‘’ Eh.. takpelah Daniel,.saya
boleh pergi sendiri. Lagi pun lama ni. Kalau awak temankan nanti lewat masuk
meeting’’ tegah Balqis
bersunggguh-sungguh. Dia segan dengan Daniel. Yelah baru lagi kenal. Mesti rasa
kekok. Tapi yang paling penting, dia takut jantungnya rosak ,berdegup lain macam.Dan
yang paling pasti nervous tu ada bila tengok muka Daniel. Takkan setiap kali
nak cakap kena pandang lantai, mahu dia langgar tiang dalam Mall. Tak
pasal-pasal timbul benjol macam chin chan. Adoiiiii...
‘’ Takpa .saya boleh temankan. Lagi
pun lambat lagi. boring kalau jalan sorang-sorang , rasa macam masa tu lama
sangat.So .. kalau teman Balqis cari hadiah , ada jugaklah moti nak dibuat
daripada jalan tak buat apa-apa.’’ Terang Daniel panjang lebar. Kalau Balqis
tak bagi jugak dia follow senyap-senyap. Apa susah.heehehe.
‘’Kalau macam tu ... okaylah’’
Dia terpaksa menerima pelawaan Daniel sebab tak ada alasan nak suruh Daniel
tolak permintaan Ainaa . Ainaa hanya sengih.. Sengih jahat + terlebih ikhlas =
muka mintak pelempang.. Geram terhadap Ainaa hanya Allah sahaja yang tahu.
Ainaa meminta diri untuk ke Butik miliknya. Sempat dia
berpesan kapada Balqis ‘ jangan nakal-nakal. Good behave ye’. Balqis rasa
telinga dia dah berasap kalah volcano tengah meletus. Balqis hanya buat tak
layan akan gurauan Ainaa. Malas nak layan. Seketika kemudian merka berperlukan
dan Ainaa meninggalkan restoran itu.
‘’Kak
Qis.!!!.’’ Sergah Aizat dengan kuat apabila pintu bilik Balqis dikuak olehnya. Dia
disuruh oleh Encik Hayqal memanggil Balqis kerana tetamu sudah sampai.Lamunannya
tersekat disebabkan segahan Adiknya, Aizat.
‘’ Hiss...kenapa tak ketuk pintu
dulu. Akak dah cakap banyak kalikan?’’ marah Balqis kepada Aizat. Dia sudah
banyak kali pesan dekat Aizat, sebelum masuk biliknya ,ketuk pintu dulu . Tapi
tidak dihiraukan adiknya itu.
‘’Izat dah ketuklah, sampai nak
roboh pintu ni. Kak Qis tak buka juga.Izat takut akak keluar ikut tingkap, sebab tu Izat ceroboh je. Hehehe. ‘’ balas
Aizat sambil tangannya membuat bentuk peace.
‘’Hrumm.. apahalnya ni bertandang
dekat sini?’’ bicara Balqis pendek. Malas dia nak bertekak dengan Aizat
malam-malam gini. Biasanya kalau pulang ke Kuantan, kerja dia asyik bertekak
aja dengan Aizat. Aizat namanya je form five tapi tak matang-matang!!
‘’ Hai.. takkan nak datang sini
pun kena ada tujuan???’’. Hari ni akak aku berangin aje, PMS kot telah Aizat. ‘’Ayah panggil suruh keluar.
Tetamu dah sampai. And akak jangan nak lari lagi eh!! Pesan Aizat’’
‘’Huh!!..nak keluarlah ni’’ balas
Balqis dengan malas. Ni satu lagi masalah. Kalaulah aku tahu perkara ni nak
jadi hari ini. Tobat aku tak balik Kuantan!! Baik aku pergi ikut Ainaa pergi
Singapore. Huiii.. minah tu, beli barang hantaran dekat Singapore padahal
Malaysia pun ada. Membazir duit sungguh!!. Dan semestinya dia tak boleh
mengelak lagi. Teruk tadi dia kena ceramah free dengan Encik Hayqal. Tak boleh
nak buat apa tadah telinga ajelah yang boleh. Tapi rasa geram sedikit sebanyak ada juga terhadap ‘ bekas tunang tak jadinya’
itu. Kenapalah dia nak kahwin dengan aku , aku baru lepas graduate. Nak pengang
senduk pun tak tahu!! Sengal betul.
Balqis segera mencapai tudung dan memaikainya. Sampai sahaja dia dibawah,
ruang tamu dipenuhi oleh tetamu yang tidak dikenalinya. Semua ahli keluarganya
sudah berkumpul disitu. Memang tak menyempat!! Dia melihat enam orang tetamu. 3
lelaki dewasa, seorang gadis, muda darinya mugkin berumur 23 tahun dan 2 orang
wanita. Balqis segera menyalami tangan
tetamu wanita tersebut . Tangan wanita yang memakai jubah warna hijau
disalamnya .selepas itu , wanita
tersebut pantas menarik tangan Balqis supaya duduk disebelahnya. wanita
itu mengenalkan diri sebagai Puan Haryati. Puan Haryati tidak lepas daripada memegang tangan Balqis.
Sesi suai dimulakan. Seketika kemudian, Puan Wardina mempelawa tetamu ke meja makan.
Balqis mengambil tempat disebelah Puan Haryati. Dia
sebenarnya nak duduk sebelah Puan Wardina, tapi Puan Haryati menyuruhnya duduk
di sebelahnya. Redha je lah, takkan nak tolak. Nampak sangat kurang sopan.
Selepas menikmati juadah, mereka berpindah ke ruang tamu untuk membincangkan hal pertunangan dengan
lebih detail. Keputusan dibuat, pertunangan akan berlangsung dua minggu lagi. Sebelum beredar, Puan
Haryati sempat berpesan , menyuruh Balqis bertandang ke rumahnya di
Kuala Lumpur. Nanti boleh kenal dengan Alak terang Puan Haryati lagi.
‘’Bip...’’ phonenya berbunyi
selepas Balqis memasuki kamarnya. Mesej dibuka.Gambar budak lelaki comel
berpakaian tuxedo hitam dengan ribbon merah di kolar bajunya menjadi santapan
mata Balqis.
Gambar Alak waktu kecil.
Comelkan. Mama lupa nak bagi tadi :p – Mama Haryati
???? berkerut dahi Balqis setelah
membaca mesej daripada Puan Haryati. Gambar waktu kecil!! . kenapa tak bagi
gambar yang waktu sekarang.pelik.pelik. tapi
memang tidak dinafikan gambar ni nampak comel telah Balqis.
Thanx .. mama . Comel sangat J. Tapi kenapa tak bagi
gambar waktu sekrg?- Balqis
Punat send ditekan. mengharapkan mesejnya dibalas dengan
gambar Alak yang sekarang. Tapi
jawapannya hampa setelah mendapat reply daripada Mama Alak.
Not
now. It might be surprise. Let it be Secret.. honey :p- Mama Haryati
Oh...
Okay . I will wait it. Good nite . safe journey- Balqis
...................................................
‘’Balqis....clam down. Jangan
gelisah. Just relax’’ nasihat Ainaa yang pening melihat Balqis mundar-mandir di
beranda bilik..
‘’ Banyaklah kau punya clam
down.Dulu kau pun sama macam aku jugakan’’ bidas Balqis dengan geram. Nak tahu
kenapa? . Dari saat ini, detik ini, hari ni.. Balqis akan naik pangkat yang
berstatus ISTERI kepada Mubalak Daniel. Dia tak pernah jumpa bakal suaminya itu
cuma bercakap melalui phone.Pasal Ainaa pula dia dah selamat pegang title wife
kepada Muhammad Akram Shah iaitu pelanggan butik Ainaa sendiri pada 2 bulan
yang lepas. Ainaa sendiri pun terkejut apabila mereka bertemu.
‘’Qis... bakal suami kau dah
sampai’’ umum kak Lidya, kak longnya. Dia bergerak menghampiri adiknya yang dah
macam kucing hilang anak.’’ Cantik adik akak ni. Janganlah buat muka macam tapai
basi nanti orang ingat Qis terpaksa kahwin pula’’ tegur kakaknya lagi.
‘’ Saya dah cakap dah kak,. Tapi
dia buat selamba’’ celah Ainaa
‘’Qis takutlah’’
‘’baca doa banyak-banyak. Dah jom
turun, Diaorang dah sampai dah’’ Kak Lidya memegang tangan Balqis untuk memberi
semangat. Mereka turun menuju ke ruang tamu dimana majlis akad nikah
berlangsung.
Ruang tamu cantik dihiasi dengan bunga Baby Breath
berwarna unggu muda . Ramai tetamu yang terdiri daripada sanak saudara Balqis
dan Mubalak Daniel yang menjadi saksi kepada majlis pernikahan yang suci ini.
Balqis di bawa ke hadapan pelamin yang berwarna cream pink. Pelamin dipenuhi
dengan bunga Waxflower dan Queen Anne’s Lace yang ditaja sepenuhnya oleh Kak Lidya.
Balqis duduk bersimpuh beralaskan kusyen bulat membelakangi bakal suaminya.
Mubalak Daniel bersongkok dan berpakaian
baju melayu cekak musang berwarna cream pic sedondon dengan Balqis yang memakai
jubah maxsi dan berselendang berwarna pic.
Encik Hayqal bersila dihadapan bakal
menantunya . Dia sendiri akan mewalikan perkahwinan anaknya itu. Encik Nazri
duduk berhampiran Mubalak Daniel manakala Puan Haryati, Puan Wardina duduk
disisi Balqis.
Taklimat Ringkas perkahwinan yang
diberikan oleh Ustaz Hassan kedengaran seperti angin lalu bagi Balqis. Balqis
tidak kusyuk mendengarnya. Balqis berasa
gementar disamping rimas dengan cahaya flesh camera yang merakam perkahwinanya. Balqis
hanya fokus apabila ayahnya melafazkan ijab dan Mubalak menerima qabul. ‘’ Aku
terima nikahnya Nuratul Balqis binti Hayqal Hasyad dengan mas kahwinnya
berbentuk sebuah rumah’’. Kedengaran bunyi sah oleh para saksi.Hanya sekali
lafaz sahaja , dia sah menjadi isteri . Entah kenapa air matanya tidak dapat
dibendung daripada mengalirkan mutiara di atas pipi mulusnya. Serentak dengan
itu Puan Wardina dan Puan Haryati mengucapkan Alhamdulilah dan memeluk Balqis.
Kini Balqis telah menjadi Isteri yang sah kepada Mubalak Daniel . Doa dibaca
bagi mensyukuri ikatan yang dibina.
Selepas mengaminkan doa. Mubalak
mendapatkan isterinya. Dia memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dapat
menjadikan Balqis isterinya yang sah. Sebaris senyuman mekar dibibirnya. Dia
melutut dihadapan balqis, sedari tadi Balqis tidak memandang wajahnya jadi
Balqis tidak tahu bahawa suaminya itu adalah
Daniel. Balqis mendongakkan wajahnya dan matanya membesar tanda terkejut
. Dia tidak menyangka bahawa Mubalak Daniel adalah Daniel iaitu lelaki yang
mula mendapat tempat dihatinya itu. Daniel
menghulurkan kotak baldu yang mengandungi rantai leher kepada Balqis . Balqis
pula memakaikan Daniel seutas jam silver berjenama.Balqis mencium tangan
suaminya. Terasa ada aliran elektrik yang mengalir dalam tubuhnya. Mana taknya
seumur hidup dia tak pernah pegang tangan lelaki yang bukan muhrimnya. Daniel pula bertindak mencium dahi isterinya. Lama
mereka berkeadaan bergitu diatas
permintaan juru gambar tak bertauliah.kemudian mereka mendapatkan Puan Wardina
, Encik Hayqal, Encik Nazir dan Puan Haryati untuk bersalaman dan
berpelukan. Majlis diteruskan dengan
kenduri Kahwin. Pasangan pengantin baru itu kelihatan gembira melayan tetamu yang hadir. Ucapan tahniah daripada sahabat,
keluarga dan tertamu tidak putus diterima oleh Daniel dan Balqis.
...............................................................................................................
Malam sudah menjelma, majlis
petang tadi sungguh meriah. Rumah balqis
dibanjiri oleh tetamu yang sama-sama meraikan majlis pernikahan ini. Selaps
tamat majlis, ahli keluarga Balqis dan Daniel
bersama-sama dengan penduduk sekitar bekerjasama mencuci periuk,
mangkuk, gelas dan peralatan seangkatan
dengannya. Penat memang terasa , tapi keseronokkan melebihi segala-galanya. Itu
tidak membuatkan Balqis gelisah tahap petala. Yang sekarang ni terjadi ialah
jam sudah ke angka 12 tengah malam. Ahli keluarganya semua dah masuk bilik.
Ahli keluarga Daniel sudah pulang ke Kuala Lumpur selepas makan malam
dirumahnya itu. Sekarang dia di bilik
macam cacing kepanasan mana taknya kejap lagi Daniel mesti masuk.
Sepanjang majlis tadi , dia tak bercakap banyak dengan Daniel cuma hal yang
patut-patut.Tombol pintu bilik di kuak dari luar. Ini menambahkan lagi kecelaruan
balqis yang tengah duduk di beranda biliknya.
Daniel yang kini berada di bilik
isterinya terpegun dengan susunan atur perabut dimana rak buku bersaiz kecil
diletakkan berhampiran sliding door . Almari
pakaian berhampiran tandas dan kertas dinding bercorak bunga sakura menambahkan
lagi ketenangan pada bilik yang berwarna cream pink itu. Daniel menutup pintu
bilik dan menghampiri isterinya yang bersidai di beranda.
‘’ Tengok apa tu?’’ Daniel memulakan
bicaranya. Balqis yang pura-pura kusyuk
memandang langit memalingkan mukanya kearah Daniel.
‘’tengok langit. Cantikan tenang
je ‘’.Dia tersenyum kepada Daniel. Sebenarnya banyak dia nak tanya Daniel sejak tadi tapi keadaan tidak mengizinkan.
‘’so beautiful but you’re the
most beautiful girl that i had meet from
the rest of my life.’’ Balqis terharu mendengarnya.
‘’ awak , saya ada benda nak
tanya ni’’ .Soal Balqis. Angin malam bertiup perlahan menambahkan lagi
kedinginan suasana. Balqis berpeluk tubuh untuk memanaskan badannya , tetapi
tindakannya terhenti apabila Daniel bertindak memeluk Balqis dari belakang. Dia
tidak sampai hati membiarkan isterinya kesejukan.
‘’Tanyalah banyak mana pun yang
Qis nak’’ Daniel meletakkan dagunya di kepala Balqis . Tinggi Balqis hanya atas
sedikit daripada bahu Daniel. Tapi yang membuatkan Daniel nak tergelak tapi
boleh dikawalnya apabila Balqis dah
semacam orang Parkinson. Mana taknya , badan dah kaku macam tiang elektrik.
Daniel tak nak ketawa nanti mood romentik spoil pulak.
Bagi balqis pula, dia dah macam mayat
hidup je. Sakit jantungnya kerana mengepam darah lebih masa. Lup dap....lup
dap...
Dia ni tak kesian kat jantung aku
ke? Nanti tak berfungsi, dia pulak yang jadi duda hot!! bicara balqis dalam
diam. Dia membiarkan Daniel memeluknya, takkan nak tepis.
‘’aw...aawak ,kenapa cepat sangat
nak kahwin dengan saya. Kitakan baru kenal? Tanya Balqis dengan gugup.
‘’Siapa kata abang baru kenal
Qis? . Dah lama dah kita kenal’’ bicara Daniel sambil bermain rambut beralun Balqis. Rambut Balqis sangat cantik
dan berwarna perang asli. Panjangnya sampai bawah bahu Balqis.
‘’ Dah lama kita kenal? Maksud
awak?. Balqis membiarkan suaminya bermain rambutnya. Dia rasa macam dirinya
dilindungi. Ialah Daniel tengah peluk dia dan nervous dia beransur pergi cuma
badan je kaku lagi.
‘’Abang akan cerita semuaya tapi
dengan satu syarat’’
‘’Apa dia’’ tanya Balqis tidak
sabar.
‘’Tukar panggilan awak kepada
abang. Baru nampak sweet’’Terang Daniel.
‘’Okay abang. Can you continue
your story?’’
‘’Abang nak ucap terima kasih kat
sayang sebab tak lari daripada perkahwinan ni’’
‘’Maksud awak apa?’’. Tanya
Balqis pantas. Dia tidak faham.
‘’Abang kata apa? Daniel
pura-pura marah Balqis
‘’Sorry. Maksud abang apa?.
Bicara Balqis sambil mengalihkan tubuhnya menghadap Daniel dan membuat muka
comel.
‘’Auch..sakit lah’’ Adu Balqis
manja. Daniel menarik hidung Balqis.tulah siapa suruh buat comel lagi !. Tapi
Balqis ni tak payah buat comel takpe .memang dah comel. Tapi kalau buat comel
jugak , jadi comel kuasa tigalah.
‘’Empat tahun lepas ,Qis pernah lari
daripada Majlis pertunangan?’’Balqis ternyata terkejut . Dia tidak menyangka
bahawa Daniel mengetahui ‘ sejarah ‘ itu.Ini tak lain tak bukan Aizat yang
beritahu !!.’’Macam mana abang tahu? Aizat beritahu eh?’’
‘’tak.Abang sendiri yang tahu,
bukan Aizat dan bukan orang lain yang beritahu’’
‘’kalau bukan orang lain yang
beritahu, maknanya abang tunang tak jadi Qis lah. Macam tu?’’tanya Balqis
berdebar.Takut apa yang difikirkannya jadi kenyataan.
‘’yup. Tapi sekarang abang bukan
tunang tak jadi Qis tapi suami Qis ‘’ucap Daniel selamba. Dia perasan riak
wajah Balqis yang terkejut.
‘’Mananya abang that guy?’’ tanya
Balqis tidak percaya.
‘’Ya..sayang’’
‘’Tapi kenapa nak kahwin dengan
Qis yang baru habis studi?’’Persoalan ini sudah lama terbuku dalam fikiran Balqis
.. Akhirnya , hari ni jugak dia dapat tahu.
‘’Sebab abang sayang sangat dekat
Qis. First time we meet at library . Masa tu meja penuh dengan orang. Hanya
meja Qis je yang ada dua tempat duduk. Abang terus duduk kat situ. Qis waktu tu
tekun sangat baca buku sampai berkerut dahi. Abang enjoy tengok Qis. After that
, abis je kuliah , abang mesti nak tengok Qis. I stalker you ,entah macam mana
abang jatuh hati kat Qis. Lepas Qis habis graduate. Abang nak fly ke US ,
sambung belajar. Abang kat sana 3 tahun. So abang takut sepanjang 3 tahun tu
Qis dah berpunya. So, i took a decision to
made you as my wife but you ran away from
engagement ceremony. At that time i’m heartbroken but abang terus tabah dan
serah pada takdir. Kalau Qis jodoh abang , lari setinggi gunung everest pun,
Qis tetap dengan abang. Tak de siapa yang boleh ubah apa yang Allah tetapkan. It
prove now.’’ Daniel tersenyum memandang Balqis yang kyusuk sangat mendengar
gaya macam esok exam keluar benda alah tu.
‘’ Balik Malaysia , i still
trying to find you and alhamdulilah i found you at food court in One Utama’’
‘’waktu yang kereta abang kena
langgar tu ke?’’
‘’Yes it is..there , i took your picture under your
permission. I’m so sorry about that’’
‘’How do you know that it is the
real me?’’
‘’Abang cam sangat dengan muka
Qis. Selepas perjumpaan di bank hari tu yang kita main tenung mata tu. ingat
lagi tak?’’
‘’hahaha... Balqis tergelak
mengingati kejadian itu’
‘’Abang yang rancang. Abang suruh
Amir belanja kita semua. From that , Abang boleh jumpa Qis lagi. Lepas tu, kita
jalan sama-sama cari hadiah kawan Qis dan terserempak dengan kawan sayang‘’. ‘’
Siapa nama dia ?’’
‘’Irfaan’’balas Balqis pendek.
‘’Yes.. irfaan. Abang tengok Qis
dengan dia dah macam bertahun tak jumpa and the most worried me is i can see
you in his eyes. Abang tak nak kehilangan Qis lagi. Balik aje rumah , Abang
terus beritahu mama dengan papa pasal Qis. I wants to marry you. Mereka memang dah setuju sebab dah lama sangat nak
menantu tapi abang buat don’t know je. Mereka dengan Qilah ,Pak usu dengan Mak
usu pergi merisik Qis masa cuti hari tu. Abang saje hantar mesej kat Qis malam
tu. Abang takut Qis lari dan mesej dari sayang
legakan hati abang.’’
‘’Ma ,pa dan Qilah tahu ke Qis tunang tak jadi abang?’’
Anggukan daripada Daniel
menyebabkan Qis malu.’’ Mesti dia orang malu waktu tu kan?’’
‘’Malu memang tak dinafikan tapi
dia orang ambil sudut positif that why
dia orang boleh terima Balqis sekarang ni. Kalau tak, abang kahwin dengan orang
lainlah jawabnya’’. ‘’Abang rasa abang manusia paling gembira bila Qis terima
pinangan abang dan jadi Isteri abang’’ Lepas bicara dengan panjang lebar Daniel
terus memeluk Balqis dan pelukan tersebut dibalas .
‘’i’m so sorry for let you had
worse heartbroken’’ ucap Balqis sambil meletakkan sebelah tangannya di dada
Daniel.
‘’it , okay then. Forget it and
now we must together to start the new life and having the cute kids’’ucap
Daniel selamba.Balqis menunduk. Muka dia dah blushing . Daniel tersenyum
melihat isterinya malu. Pelukan dikemaskan.
-TAMAT-
SWEETTRICK
.