photo ef93ac41-7e14-4320-928d-91b5bc3c9fa2_zpsatvrexvb.jpg photo e060c7aa-289a-4fb5-81e8-57bc942c6816_zpsvadwbjpo.jpg photo 63178b93-664e-4428-b177-4c3fa07d87c8_zpswatcakhd.jpg photo ae7eeaf4-443d-4302-9c2a-0ecbab61913a_zpszzbgyncm.jpg photo 6220d561-308a-4ab4-94b7-bfdc904d172c_zpsg6qjzyyd.jpg

Sunday, 6 July 2014

Sweet Trick


 

                     Mubarak Daniel & Nuratul Balqis 



 “ Kring...Kring....”
“ Makhluk manalah yang kacau aku beradu ni .. Ya Allah!!!”. Dengan malasnya  Nuratul Balqis mengangkat  juga  telefon Sony  Xperia L  pemberian kakaknya  .
                “ Hoi !!!  kau dekat mana ni... kau tahu tak dah kemutu punggung aku terconggok kat sini. Qis kenapa diam ,kau bisu eh ... ‘’ jerit  Amira Ainaa dalam talian. Tanpa salam dia terus menyerbu Balqis dengan  soalannya. Tahap bengangnya sudah mencecah susunan oktet .
‘’Eii...sakiitlah telinga aku !!!, minah ni memanglah. Aku tahu la dulu kau hero kampung  tapi tak payahlah jerit kat telefon ni ... binggitlah.Tak kesian langsung pada cik eardrum aku. Rungut Balqis setelah menjawab panggilan sahabat baiknya dunia akhirat. 
 ‘’ Asalamualaikum ... kau sihat, apa hal kau telefon aku pagi buta ni.. aku menggantuklah...”  Balqis menjawab pertanyaan sahabatnya walaupun dia masih mengantuk.Waarhh !!!. Sempat Balqis mengguap.
“ Waalaikummussalam warohmatullah hibawarakatuh ‘’jawab  Amira Ainaa dengan perasaan geram. Amboi dia sadapnye mi kari je buat tahi mata . Dia tak  tahu aku dah macam orang gila tunggu dia kat Big Apple ni . Sampai boleh buat aktiviti tenung-menenung  mata dah dengan mamat bangla tu. Bangla pun banglalah asal ade iras Shah Rukhan.HEHEHE
 “ Geram betul aku dengan kau ni.  Cuba kau bukak mata kau  besak- besak tengok jam dinding kau , kepala hotak hang pagi buta, kau tahu tak sekarang ni burung tengah sedawa  ‘‘eaark.... eaark’’ kat atas pokok tu, kau masih boleh cakap subuh dinosor. Huii ,kalaulah aku ada kat situ mahu aku cepuk kepala kau masuk dalam lubang tandas biar buat pekasam kau tahu tak sekarang ni aku kat mana... bla...bla..bla..’’
Balqis menjahukan telefon dari telinganya.’’ Adui mahu bernanah telinga aku kalau nenek ni start membebel. Patutnya  dia dah boleh dah pegang  tittle  granny.  Kalau granny aku dengak  ni mahu dia letak jawatan terus serta merta tanpa syarat. Hahahaha!!!’’ .... Balqis tergelak dengan pemikirannya.
                “ Oii yang kau gelak apekehal.. aku ade buat lawak Jozan ke , kau dengar tak aku cakap apa?”marah Amira Ainaa yang sudah bengang tahap 7 petala langit.
‘’Aaa ....sudah! dia cakap apa mana aku dengar , cakap macam peluru ,kuat pulak tu. Kalau komunis dengar  grenti  dia orang  lari dulu sebelum bertempur. Terpaksa la bohong, kalau aku cakap repeat  mesti dia merajuk. Tak sanggup den kalau minah ni merajuk mahu hilang sahabat dunia akhirat aku.
                Bohong sunatlah, bukan dia tahu. ‘’ Aku dengarlah.. bagi aku masa  40 minit. 40 minit  35 saat gereti   aku ade terpacak kat depan kau.”
                ‘’35 saat tu kira jugak ke ??” soal Amira
                ‘’ mestilah , banyak cekadak pulak kau ni , nak suruh aku datang ke tidak ?’’
                ‘’ Yelah.. yelah.. cepat sikit tau. ‘’.
“ Okey” . Talian diputuskan.
Emm.. penatnya. Dahlah semalam aku  tanda tesis  lewat malam. Pasrahlah .. dalam cinema aku sambung tidor.. hehehe.  Patut la minah tu menjerit macam babun . Eh.. aku pernah dengar babun menjerit ke ? lantak la. Rupanya dah pukul 11 pagi. Aku janji dengan dia pukul 10.  
Balqis mengambil tualanya yang tergantung di belakang pintu dan mula bersiap..
 ................................

 ‘’Mana pulak parking ni, time getir macam nilah takde. Selalunya ada.. ‘’ rungut Balqis
Selepas beberapa minit mencari parking, akhir dia menghentikan  kereta volkwegen polo GTI yang dipandunya di tempat pakir. Kakinya laju memencari lokasi Big Apple.
                ‘’ Leceh betullah.. mana pulak Big Apple ‘’ dia menrungut  sambil tanggannya mengaru kepalanya yang dilitupi oleh  selendang  jenama  Aryanni.  Matanya melihat ramai orang yang lalu lalang di dalam shopping mall tersebut . Tanpa membuang masa dia mengeluarkan  telefonnya  dan menelefon Amira. Tanpa salam dia bertanyakan tingkat berapa lokasi Big Apple.
                 Qisya memasuki restoran Big Apple dan terus duduk di kerusi yang bertentanggan  dengan Amira. “ uh.. penatnya aku cari kau’’ beritahu Qisya kepada Amira. 
‘’ Amboi..amboi  .. cantiknya bahasa cik kak.. kau tahu aku lagi penat tunggu kau, kau ikut jam mane ni. Jam Afrika eh..’’ sindir Amira..
 ‘’ Apalah kau ni kau tanya soalan, kau yang jawab, aku ikut jam Antartika..’’ Balas Balqis yang berniat hendak mengenakan sahabatnya itu.
‘’ Poyolah kau ni’’.
‘’Eh eleh dah kau tanya aku jawablah’’ balas Balqis sambil menyuap donat ke dalam mulutnya.Humm..yammy.
                ‘’Qis jomlah pergi cinema ,aku dah beli dah tiket citer tu ,start pukul  12’’ .
‘’Tak menyempat betul  kau ni, bagi la aku rehat jap letih pandu kereta . Tak pun bagi lah aku  chance cuci mata jap tengok  jejaka-jejaka  handsome tu ‘’ Balqis menrundingkan jarinya kearah kumpulan lelaki kacak tersebut.
 Alahai sekali tengok macam jejaka boys over flowes  lah pulak.  Seorang daripada kumpulan lelaki tersebut mengeyit matanya kepada Qisya sambil melayang senyuman yang menawan.  wow.. mahu gugur iman makcik- makcik janda kat luar sana kut  kalau lihat senyuman macam Kim Bum.. Halolo... handsomenye ..bisik hati kecilnya.
Selepas  dia menghirup kopi panas Amira, dia mengikut sahabatnya menuju ke cinema. ‘’ Kau nak tengok movie ape’’ tanya Balqis’’ Movie hantu . kawan aku siap recoment lagi suruh tengok citer ni’’.
‘’ Qis ... kau masuk dulu ,aku nak beli popcorn ‘’ beritahu Amira dengan nada yang ceria.Mana taknya, dia sudah lama mengajak Balqis menonton bersama, tapi baru sekarang dapat menonton di sebabkan kekangan masa yang tidak diizini.
‘’ Humm..okey’’ balas Qisya
.............................................

                ‘’Jom teman aku pergi makan jap. ‘’ Balqis mengajak Amira untuk menemannya makan.  Dia sudah kelaparan.Makan donut untuk lunch, mana kenyang. Masa dalam cinema tadi , orang sibuk dok menjerit, perut dia sibuk buat karoke. Pakcik sebelah siap boleh pandang lagi. Mungkin pakcik itu ingat ada gempa bumi dan yang membuatkan Balqis macam nak pinjam pintu doremon untuk pergi dari cinema itu adalah pakcik itu siap buat pesan penaja lagi suruh pergi makan !! bertapa malunya disitu.
‘’aku boleh aje. Kau belanja’’balas  Amira pantas  dengan cadangan bernas Balqis. Dia kalau dengar perkataan orang nak belanja, mata terus jadi macam encik krab. Daripada mengantuk, terus jadi segar bugar. Balqis menarik tangan Amira menuju ke food court berhampiran. Selepas mendapat makanan dan minuman yang dipesan tadi, mereka mencari tempat duduk yang  jauh daripada orang. Tanpa menunggu Amira , Balqis terus menikmati makanan .
‘’Engkau ni tak menyempat, bacalah doa dulu. Ini tidak terus serbu gaya macam orang tak makan  seminggu’’ tegur Amira .
’’wei.. aku bacalah, taknak aku kongsi makanan dengan syaitan, aku beli makanan tapi kena kongsi dengan benda alah itu. Hisssh ... minta dijauhkan.Lagipun dia sudah dilatih sejak kecil untuk membaca doa sebelum makan, mahu kena pelangkung dengan Puan Wardina kalau tak baca. Huhuhu’’ Balas Balqis setelah menelan makanan yang tengah dicernakan oleh enzim amilise.
‘’Balqis....!!!’’ Panggil Amira  secara meleret. Balqis hanya memandang sekilas sahabatnya dan menyambung makan semula . Dia tahu, kalau panggil meleret itu , adalah benda yang tidak kena. Makan lagi sedap.. Yummy.
Sedang asyik menikmati makanan. Fuuf...!! dia tersembur makanan yang belum selesai dikunyahnya apabila mendengar ayat statik yang dikatakan oleh Amira ‘’ Aku  dah nak kahwin dua bulan depan!!’’Dalam sekelip mata aje mee goreng  yang dimakan oleh Balqis sudah terbang ke muka Amira . Tepat pulak tu mendarat atas dahi. hahaha !!!.
‘’ uhuk..uhuk.... ‘’ Balqis batuk. Dia tidak menyangka  Ainaa akan memberitahunya perkara yang luar syllabus. Biasanya  hal yang remeh- temeh sahaja yang menjadi perbualan mereka. Balqis segera mencapai minumannya.
‘’Baru lega ‘’ telah Balqis setelah meminum air teh o’ ais. Suasana di food court itu sejuk tapi yang peliknya kenapa dia rasa tempatnya bebahang? Dan kenapa Ainaa tiba-tiba senyap tertelan  kasut ke? Biasanya dia tak pernah tak berhenti bercakap. Balqis segera memandang Ainaa, takut jugak apa yang difikirkan itu betul!.
 Muka Ainaa macam cicak makan belacan saja gayanya. Muka tahan marah! Kulit yang tadinya putih mulus terus berubah menjadi merah siap ada asap lagi dekat celah lubang telinga. Matanya mencerung memandang Balqis. Balqis yang melihatnya sedikit gerun, tetapi dia cuba berlagak selamba.
                ‘’Wei... yang kau pergi lancarkan peluru mee tu dekat aku kenapa hah?’’ marah Ainaa sambil membuang mee yang mendarat atas dahinya. Dia berasa bengek dengan Balqis. Dia tidak menyangka bahawa reaksi Balqis sebegitu sekali. Menyesal pula rasanya memberitahu  waktu Balqis tengah makan.
                ‘’Hahaha. Gelak Balqis. Kesian kau kena ’ tembak’  dengan aku!,. Sorrylah bro, aku tak sengaja.Tindakan luar kawal ,so aku tak boleh nak kawal.siapa suruh kau beritahu aku secara mengejut’’beritahu Balqis.’’Bila kau bertunang? Tak ajak aku pun! Sampai hati kau.Sedih arr.’’ bicara Balqis yang berjauh hati terhadap sikap Ainaa  yang tidak memberitahunya.
                ‘’ Sorrylah aku bukannya tak nak beritahu . sebenarnya aku pun  tak tahu pun pasal bertunang ni. Minggu lepas mak aku call aku suruh balik kampung, katanya urgent . aku pun baliklah.. alih-alih kena bertunang’’
                ‘’ Dah tu kau tak terkejut ke  pasal tu? Kau terima la pinangan tu , tak ada bantahan ‘’ tanya Balqis lagi sambil memandang muka Ainaa yang berseri itu. Maklumlah seri pengantin la katakan.Patutlah tadi dia seraya ingin bertanya  tentang inai yang dipakai dijari Ainaa. Tetapi mulutnya terkunci disebabkan lapar yang menggila. Mana tak gilanya, semalam dinner makan maggi  Arron Aziz aje. Pastu breakfast makan sebiji donut Ainaa . Mana cukup!!!.
                ‘’Tak. lelaki tu pilihan parent aku, lagipun aku tengok mak ayah lelaki tu dari keturunan    baik -baik. So of course la anak dia pun  baik.’’
                Balqis mengangguk-anggukkan kepalanya  sambil mendengar penjelasan kawannya yang berwajah bujur kulit putih dan bertubuh kecil ‘’Apa-apa je lah , aku doakan yang terbaik untuk kau. And tahniah daripada aku’’ balas Balqis
                ‘’ thank tau. ‘’
‘’Hurmm...’’ .
‘’ Nanti balik aku tumpang kau eh. kereta aku, my friend borrow’’ beritahu Ainaa.
‘’ okey ‘’ pintas Ainaa laju. ‘’ Citerlah lagi pasal your tunang tu? Ada gambar dia tak?’’ tanya  Balqis tidak sabar .Dia tidak sabar untuk mengetahui cerita Ainaa. Mereka berbual rancak , sampai ada sepasang mata hazel mendengar dan  memerhatikan mereka.
..........................................................................................
 ‘’Kau letak kereta dekat mana? ‘’kata  Amira. ‘’Depan tu aje, nampak kereta hitam tu.’’ balas Balqis. Tak lama selepas itu tiba-tiba handbagnya di tarik dengan kasar oleh seseorang. Balqis jatuh terduduk apabila peragut itu menolak dia. Amira terkejut dengan situasi tersebut . Dia menjerit meminta tolong daripada orang ramai sambil cuba mengejar dua orang peragut yang menunggang motosikal.Orang ramailah sangat. Padahal sunyi aje tempat parking itu!.
 ‘’Eeekkkkk Bum !!!’’ bunyi tayar yang bergesel  kuat dengan lantai itu menggamamkan Balqis dan Amira yang menjerit meminta tolong.Bunyi  tersebut berjaya mendiamkan mereka kerana mereka melihat kemalangan yang berlaku depan mata. Tanpa berlengah mereka berlari ke arah tempat kejadian.
‘’ Adui... rosak kereta aku ’’ dengus Mubalak Daniel yang ternyata marah.
 ‘’ Kau tak nampak ke motor tu tadi’’ balas Iskandar dengan terkejut
‘’Tadi mana ada apa-apa waktu aku undur kereta ’’ marah Daniel  sambil keluar dari perut kereta BMW X6 untuk melihat  keretanya yang kemek. Sakit hatinya kerana motor tersebut telah melarikan diri
‘’Balqis tengok peragut yang ragut handbag kau ni, padan muka dia. Allah tu Maha Adil sekali buat jahat je terus dia bagi cash. Padan muka kau ‘’ marah Ainaa kepada peragut yang sedang mengerang kesakitan. Kawannya lari lintang – pukang mendapatkan motorsikal  yang terbalik dan menyelamatkan dirinya daripada ditangkap oleh orang ramai.’’ Kau tengok itu kawan kau lari .. bukannya nak tolong kawan. Ini ke namanya kawan.Kalau senang bersama,kalau susah di tinggalnya kawan ini’’ kata Ainaa dengan perasaan tak puas hati kepada pergut itu.Sempat Ainaa memberi ceramah kepada peragut bawah umur itu. Balqis segera mengambil handbagnya yang tidak jauh dari situ. ‘’Habis handbag aku’’ gumam hati Balqis.
 ‘’Niel kenapa minah tu mengamuk’’ tanya Iskandar sambil merunding jarinya ke arah Ainaa. Suara Ainaa boleh mencecah satu oktaf, manalah orang tak dengar. Kalau tak dengar jugak confirm orang itu pekak kuasa dua!
.’’ Mana la aku tahu ‘’ balas Daniel yang ternyata tidak puas hati terhadap apa yang berlaku. ‘’Dahlah kereta   ni baru ambil, aku tak puas lagi pakai,tiba-tiba jadi macam ni ‘’dengus Daniel yang mukanya berkerut seribu memikirkan keretanya.’’ Kalau aku hantar mechanic ,mahu dia hentam beribu kereta aku ni’’ kata Mubarak Daniel  sendirian.
Iskandar menuju ke tempat di mana Ainaa menyemburkan kemarahannya. ‘’Excuse me, may  i know what had happened ‘’ kata Iskandar yang tiba-tiba mendekati Ainaa yang tengah shok sangat memberi ceramah free dekat peragut itu.
 ‘’ ni hah budak ni  ragut handbag kawan saya’’ balas Ainaa.
 ‘’ Are you okey miss’’ tanya Iskandar perihatin kepada Balqis.
‘’ I’m okey’’ balas Balqis dengan melayangkan senyuman. Orang kata apa, Orang berbudi kita berbahasa .
 Comel jugak budak ni, muka bujur sirih , kulit cerah, tinggi, cantik ...lengkap kiranya complete pakej la, bisik hati Iskandar apabila terpandang Balqis.  
‘’ Dar tolong aku cari workshop mana nak baiki kereta ni’’kata Daniel kepada Iskandar..’’ Dar kau dengar tak aku cakap apa ni !’’ kata Daniel yang benggang kerana Iskandar tidak mejawab soalannya.Daniel memandang ke sebelah .’’mana pulak mamat sorang ni’’ katanya lagi. Matanya terlihat Iskandar yang sedang berbual dengan dua orang perempuan.’’ Huii... mamat ni pantang nampak prempuan cantik ,mula la nak test market.Dasar ulat bulu naik daun’’ kutuk Daniel kepada kawannya itu ketika berjalan kearah mereka.
‘’Pap..!!!’’ . Daniel menepuk kuat bahu rakannya itu.’’ Sakitlah sengal .Yang kau tepuk aku kenapa?’’ balas Iskandar yang berang terhadap Daniel.
 Kata-kata Iskandar dibiarkan berlalu.’’ Kenapa ni ‘’kata Daniel kepada Iskandar.’’
 Budak ni ragut handbag  and dialah yang kemekkan kau punya kereta’’ balas Iskandar. Daniel memandang budak yang sedang terduduk di  lantai persisi seperti  persalah yang hendak di jatuhkan hukuman.
’’ Jadi awaklah  yang langgar kereta saya tu tadi’’ soal Daniel kepada budak itu.Budak itu hanya diam membisu.  Budak itu mengigil ketakutan.
 Balqis tampak kasihan , lalu mengeluarkan sebotol air mineral lalu diberikan kepada budak tersebut
.’’Balqis kau ni baik sangatlah, budak ni kan dah ragut handbag kau.’’ Soal Ainaa kepada Qisya.
’’ Hei.. kau ni janganlah marah sangat nanti cepat berkedut. Dia ragut handbag aku mesti ada sebab!!’’ balas Balqis dengan wajah yang tenang. Ainaa mencuka mukanya kerana sakit hati terhadap  Balqis yang sentisa berfikiran positif. Sikap spontan Balqis itu menarik perhatian  Mubarak Daniel. Entah kenapa matanya seakan -akan tertarik untuk melihat Balqis.
’’ Aduh..!!’’ Daniel mengaduh kecil kerana tiba-tiba Iskandar menyiku perutnya. ‘’ Kalau tertarik pun agak-agaklah, kawal lah sikit mata tu, ni tengok macam tak pernah jumpa perempuan’’ bisik Iskandar ke telinga Daniel agar percakapnnya tidak didengari oleh Balqis dan Ainaa. Daniel terus melarikan anak matanya daripada terusan menatap wajah comel milik Balqis. Mukanya merah menahan malu tetapi sempat dikawalnya.
  ‘’Adik dah okey ‘’ tanya Balqis lembut.  Balqis mencangkung supaya dia dapat melihat wajah budak itu.’’Adik ada cedera dekat mana-mana tak?’’ tanya Balqis yang perihatin . Budak itu memandangnya dengan wajah yang sayu.
‘’ Akak ,kalau akak nak bawak saya dekat polis akak berilah saya peluang untuk beli ubat mak saya. Mak saya sakit tenat,’’ balas Adik itu kemudian mukanya tunduk semula memandang lantai ..’’
‘’Ainaa see, kan aku dah kata dia tak akan buat jenayah ni kalau keadaan tidak memaksa’’ kata Balqis kepada Amira. Ainaa bertindak mendiamkan diri.
’’Nama adik siapa?’’kata Balqis lagi
. ‘’Saya Amir’’ balas budak tersebut. Daniel dan Iskandar membiarkan Balqis menyoal  Amir dahulu.
 ‘’ Ayah Amir mana ?. Ibu bapa Amir tahu tak Amir buat kerja macam ni?’’ tanya Balqis lagi.
‘’Ayah saya dah lama meninggal dunia kak. Mak saya tak tahu pun saya buat kerja macam ni.’’
 ‘’ Amir cuba bayangkan apa perasaan mak Amir bila tahu Amir buat kerja macam ni semata-mata nak beli ubat dia. Mesti dia terluka.. Lagipun Amir,  wang yang Amir dapat ,buat beli ubat mak haram tau. Allah tak suka kita buat macam tu.’’.
‘’Saya tahu kak, tapi saya terpaksa, saya mesti teruskan kehidupan  walau apapun caranya. Saya tak nak mak tinggalkan saya macam adik saya . Dia mati kelaparan’’ balas Amir  dengan wajah yang sayu. Amir tidak menangis ,mungkin dia penat menangis telah Balqis.  Balqis jatuh simpati terhadap Amir.
’’ Kenapa Amir tak cuba cari kerja?’’ tanya Amira yang terasa bersalah kerana tidak memberi peluang kepada Amir untuk berterus terang sebaliknya memburukkannya . ‘’ takde siapa nak terima saya bekerja kak. Sijil SPM pun saya tak ada’’ kata Amir.
‘’Macam ni lah Amir ,esok awak pergi kat alamat ni tepat pukul 9 pagi’’ kata Daniel yang tiba-tiba bersuara, dia menundukkan sedikit badannya untuk memberi kad tersebut kepada Amir.
‘’ Kenapa pulak saya kena pergi kat alamat ni bang’’.
Esok saya akan terangkan, tugas awak pagi esok ,tepat pukul 9 pagi kena ada kat alamat ni. Faham’’tegas Daniel lagi . Amir mengangguk-angguk kepalanya tanda faham.
 ‘’Abang..akak , saya minta maaf sangat-sangat.saya tak mampu bayar kerosakkan  kereta tu bang. ‘’kata Amir yang bernada sayu.
 ‘’takpe... takpe yang tu awak tak payah risau.Awak tak payah bayar. Saya maafkan awak.’’ Balas Daniel. Mata  Ainaa dan Iskandar segera memandang Daniel yang seakan-akan tidak percaya .
‘’ehh..... budak Daniel ni biar betul, tadi kemain bengangnya sebab kereta,.tup..tup boleh jadi baik gini.pelik...pelik,bisik hati Iskandar.
 ‘’ Amir nah ,awak ambil duit ni beli ubat dengan makanan. Lepas tu , awak balik rumah terangkan keadaan sebenar dekat mak. Minta ampun dekat dia ,faham.Kata Iskandar sambil menghulur beberapa duit not 50 kepada Amir. Amir menerima duit tersebut dan menganggukkan kepalanya . ‘’ Terima kasih akak .. abang sebab bantu saya dan tak bawa saya dekat polis.’’ Kata Amir berterima kasih sebelum beredar .
                ‘’Baik pula kau kali ni.. tadi bukan main marah lagi pasal kereta ‘’ kata Iskandar. ‘’Aku kesianlah, si  Amir tu takkan buat kerja jenayah kalau keadaan tak memaksa dia kan.betul tak awak!’’ Kata Daniel kepada Balqis.
 ‘’ betul tu. Kereta awak macam mana’’ tanya Balqis kepada Daniel.
 ‘’ Hai... macam tu lah, besar jugak kemek tu.’’ Balas Daniel .
 ‘’ Takpelah Niel nanti aku call machenic suruh repair kereta tu.’’ Kata Iskandar yang ingin memujuk sahabatnya itu..
‘’ Kalau macam tu kami beredar dulu ye’’ kata Amira kepada jejaka dua orang itu. Mereka mengagguk tanda meniyakan .
‘’ Terima kasih ye sebab awak bantu Amir tadi’’ kata Balqis kepada Daniel  dan Iskandar
.’’ No big deal lah’’ balas Iskandar cepat. Sahaja aje dia membalas cepat pertanyaan Balqis kerana tidak mahu memberi peluang kepada Daniel  untuk berbicara dengan Balqis. Muka Daniel masam mencuka .
’’ Dia ni selalulah macam ni , kalau ade awek cun tak langsung beri aku peluang nak bercakap. Kalau si Angelina  tahu mahu kau kena cincang 14 dengan dia’’ kata Daniel  dalam hati.
               
                ‘’ Kurang asam jawa extra betul la kau ni. Kenapa kau pintas percakapan aku dengan gadis  tadi’’ marah Daniel kapada Iskandar yang terang –terangan tak puas hati .
’’Eik.. pesal kau tiba-tiba marah ni. Biasanya kalau aku pintas percakapan kau dengan awek cun .kau buat derk je. Jangan –jangan kau jatuh hati kat budak tu tak?’’ balas Iskandar. ‘’ betul tak. Biasanya serkap jerkang aku selalu tepat’’ balas Iskandar apabila Daniel bertindak mendiamkan diri tanpa menjawab soalanya tadi .’’
 ‘’mana ada.  Kau kan tahu aku susah sikit nak jatuh hati’’. Hisshh... pasallah aku tak boleh menipu dengan dia. Mana boleh bagi tahu yang aku dah terarik dekat gadis tadi mahu si Dar ni gelakkan aku... bisik hati Daniel.  
Eleh Niel , kau tak payahlah nak sembunyi perasaan kau tu, aku dah tahu  kau tengah tangkap cintan dengan budak tadi. Dengan orang lain bolehlah kau tipu, dengan aku jangan haraplah. Tengok muka pun dah tahu hati tengah bunga-bunga. Hai.. untung budak itu ,bisik hati Iskandar.

.......................................................................
                Makan tak kenyang, mandi tak basah, itulah yang terjadi pada diri Daniel. Sejak sebulan peristiwa tersebut berlaku Daniel  masih tidak menjumpai Balqis .Hidupnya seperti tiada apa-apa. Kosong. Macam lagu Najwa Latif, KOSONG.. KOSONG..KOSONG!!.  Wajahnya tidak seceria hari-hari sebelum peristiwa tersebut. Adakah ini di namakan cinta pandang pertama??.
Kekusutan wajah Mubarak Daniel merisaukan Puan Haryati, mamanya Daniel. Hati tuanya amat membimbangkan apa yang telah  terjadi terhadap anaknya.
‘’ Kenapa Niel tak turun makan  bang?.’’tanya Puan Haryati
‘’ Lah manalah saya tahu, muka dia kusut aje sejak kebelakangan ni. Awak tak tanya masalah dia ke?’’ balas Encik Nazri
‘’ dah tanya tapi dia jawab tak ada apa-apa, penat aje. Tapi tak akanlah tiap-tiap hari penat. Muka macam orang putus cinta aje’’
‘’ awak tak tanya Dar ke?. Lama dah tak nampak mereka keluar. Biasa hujung minggu lesap’’ balas si suami.
‘’ saya tak tanya pulak!!. Takpalah lepas makan saya telefon si Dar ’
Encik Nazri dan Puan Haryati menikmat makanan yang yang dihidangkan. Rumah banglo dua tingkat ini sunyi apabila dia dan suaminya sahaja yang berada  didalamnya. Mereka dikurniakan dua orang anak sahaja kerana rahim Puan Haryati tidak kuat untuk menampung baby. Walaupun begitu kasih sayang Encik Nazri terhadap isteri tercintanya tidak pernah berbelah bahagi. Dia tidak akan menduakan isterinya apatah lagi main kayu tiga dibelakang isterinya kerana cintanya terlalu kuat terhadap Puan Haryati.
                ‘’ Asalamualiakum .. ‘’ Puan Haryati memulakan bicara di telefon selepas makan malam bersama suaminya. Daniel  tidak turut serta . Asyik terperap dalam bilik macam perempuan!.
‘’Walalaikummusalam. Kenapa makcik telefon Dar’’ balas Iskandar apabila mendengar telefon rumahnya berdering minta diangkat.
‘’ Hai.. makcik tak boleh telefon ke?. Makcik ganggu Dar eh’’
‘’ eh.. takdelah makcik. Dar tengah tengok tv ni. Bosan pulak malam ni tak buat apa-apa’’
‘’ Ooo.. ingat makcik ganggu Dar. Makcik telefon ni nak tanya something’’
Amboi makcik speaking nampak, ucap Iskandar dalam menahan gelak. ‘’ Something ape tu makcik’’. Balas Iskandar yang turut mengusik mama Daniel.
‘’ Kenapa Niel  sejak kebelakangan ni asik murung aje . nak kata bercinta, hai...hati punya liat’’
Hissh makcik ni boleh pulak mengutuk Niel. Boleh jadi geng aku ni. Hahaha... ,gelak Iskandar dalam hati. ‘’ saya tak tahulah pulak masalah dia. Saya lama dah tak keluar  dengan dia makcik. Saya ajak dia keluar tapi alasan dia penat aje. Last keluar waktu kereta dia kena langgar’’
‘’ Siapa  yang langgar kereta dia. Perempuan ke?. Sebabnya lepas Niel hantar kereta kat Workshop, dia punya muka punyalah happy gila.. Macam menang cabutan bertuah aje . Sengih memanjang. Orang kereta rosak susah hati tapi dia terbalik. Perempuan ke yang langgar kereta dia , biasa dalam telemovie,macam tulah’’ balas wanita tua itu dengan suara yang lembut.
 ‘’ lelaki yang langgar kereta dia makcik. Makcik ni mesti banyak tengok telemovie ni’’ giat Iskandar mengenakan Puan Haryati.
‘’ Hisyy.. kamu ni Dar , takkan tak tahu hobi makcik pukul tiga. Tengok citer Temptation of wife lah. Hero dia handsome. Nak lagi Niagel’’
‘’ makcik kalau Niagel dengan saya ,saya menanglah makcik. Tapi kalau si hero tu dengan Niel confrim lah Niagel tu menang.’’ Usik Iskandar sambil gelak. Sahaja je mahu menggutuk Daniel.
‘’ ha’ ah kan , Kalau si Niel tu handsome mesti sekarang ni dia dah ade buah hati. Tapi hampas pun tadak. Kemampunlah makcik nak menantu’’ balas Puan Haryati yang turut mengiakan serta mengenagkan nasib anaknya
 Hahaha..... kan aku dah cakap aku dengan mama si Niel ni boleh jadi geng. Tahu dek Niel ni mampus aku kena pelengkung dengan dia.’’ Hisyy.. makcik ni tak baik tau cakap Niel macam tu. Dia bukannya tak laku, tapi memilih sangat. Perempuan beratur nak kat dia. Dia kan makcik siap boleh pass perempuan yang minat dia kat saya . Tahu dek Angelin mampus saya makcik’’ ujar Iskandar mengingati  Majlis makan malam di Hotel Hilton .
‘’ Dar kau nak tak Hana tu?’’ pelawa Niel kepada Iskandar dengan muka yang serius.
‘’ Gila kau, cakap tu biar bertapis sikit ye aku dah ada Angelin. Taknak lah aku’’ balas Iskandar.
‘’ Dar ceritalah apa yang jadi waktu langgar kereta tu’’ percakapan Puan Haryati mematikan lamunan  Iskandar   
   ‘’ Gini makcik , hari tu Niel tengah undur kereta, tiba-tiba motor entah cerut mana tah datang lepas tu langgarlah keretanya Niel tu . Motor tu laju sangat bawaknya tak sempat berhenti, itulah makcik kerajaan Malaysia ada mencipta pepatah ‘pandu cermat jiwa selamat’ . betul tak makcik?’’
 ‘’Then’’ sambung Puan Haryati memintas percakapan Iskandar.
‘’ Citer dia panjang makcik. Pagi esok baru abis’’
‘’ dah tu , kamu summary je lah’’
 ‘’ haah betulah tu makcik summary. Hahaha’’ gelak Iskandar dalam corong telefon. Kalau layan mak Niel ni memang  tak kering gusi. Hilang stess aku!!!.
‘’ eleh .. kamu ni jeales sokmo kalau makcik speaking orang putih’’
‘’ citer dia gini , yang langgar kereta Niel tu peragut bawah umur. Waktu nak buat pertimbangan dengan budak tu lah.. kita orang jumpa dua awek cun. Tapi yang sadisnya ,kitaorang tak tahu nama dua-dua awek cun tu..sorang daripada awek cun tu yang handel dulu masalah dia dengan budak tu sebab budak tu ragut handbag dia’’ terang Iskandar lagi.
Iskandar meminum air fresh oren sebelum menyambung perbualannya.’’ Waktu budak itu selesaikan masalah dia , mata Niel aysik pandang je muka cute budak tu, Dar ada tanya yang dia jatuh hati dekat  her or not , but his respon  makcik tahu-tahu jelah. Dar rasa anak makcik merangkap kawan baik Dar tu tengah dilanda angin asmara rindu kat that girl .  Dengan orang lain dia boleh tipu makcik, tapi dengan Dar sorry to saylah’’
‘’ Gitu .. citernya. Barulah hati makcik tenang sikit. Ingatkan ade big problem. Tapi tak besak mana pun. Okeylah Dar terima kasih ye bagi info kat makcik. Kalau suruh Niel cerita jenuhlah sampai musang bertanduk tiganya dulu baru dia nak storynya ’’
‘’ hahaha’’ Iskandar tumpang sekaki mengelakkan kawan baiknya. Hari raya ,harus aku kena minta maaf kat dia, bisk hati Iskandar.’’ Okaylah Dar makcik nak letak ni. Terima kasih ye’’.
’’ Sama-sama’’ ucapan dibalas. Talian dimatikan.
‘’ Kenapa muka senyum ni. Kalau cakap dengan Dar ,suami kat sebelah tak dipandangnya’’ kata Encik Nazri berjauh hati. Sebenarnya sahaja aje mahu mengusik isterinya.
‘’Hisyy.. abang ni dah tua Bangka pun nak merajuk lagi ke?. Saya anggap Dar tu dah macam anak saya sendiri pun. Eh... abang nak tahu tak anak kita tu dilanda angin asmara rindu tau’’ kata isterinya.
Encik Nazri segera memhentikan pembacaannya. Isu ni lebih menarik hati tuanya.’’ Apa dia awak cakap, Niel  kena angin kembung’’.
Eh... orang tua ni , tak korek telinga agaknya.!! Orang kata angin asmara rindu,dia boleh pulak kata angin kembung ,kata Puan Haryati dalam diam.’’ Apa abang ni, siapa pulak yang kembung.Yati kata anak kita tengah jatuh cinta..’’
‘’ ye dok’’ tanya Encik Nazri seperti tidak percaya.
‘’ yelah abangnya’’. Balas Puan Haryati dengan lembut. Dia sentiasa sabar dalam melayani tingkah suaminya. Puan Haryati mengulangkan cerita yang diberitahu oleh Dar kepada suaminya dari A-Z.
‘’ tak lama impian kita jadi kenyataanlah ye ‘’ kata Encik Nazri kepada isterinya. Dia akan membantu anaknya menemui cintanya.

............................................
                ‘’Makan kat mana?’’ tanya Daniel sebaik sahaja Iskandar mencecah punggungnya di dalam kereta.
‘’ lubang hidung’’ Iskandar menjawab selamba pertanyaan Daniel. Daniel hanya mencebik sebaik sahaja mendengar jawapan Iskandar . Iskandar sengaja menyuruh Daniel mengambilnya di mahkamah kerana dia malas nak memandu kereta. Lagipun lama sudah tidak melatak bersama sahabatnya itu.
Iskandar memasang radio Hot fm untuk menghilangkan rasa penat.
Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita
Iskandar memandang pelik ke arah  Daniel. Daniel hanya menayangkan muka selamba dan memyambung kembali menyanyi. Bibir Iskandar mengukir senyuman.’’mesti teringat dekat his angel ni‘’telah Iskandar.

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku 
Dari Darjah Satu
Darjah Satu

Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa

Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan ku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku 
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Dari Darjah Satu
Aku suka kamu

‘’Bravo!! Jerit Iskandar sambil menepuk tangan, sejak bila kau pandai menyanyi lagu macam ni’’Daniel hanya senyum , tak mampu nak membalas .Dia letih memandu dari pejabatnya hingga makamah untuk mengambil Iskandar. Bila ditanya kenapa tak nak jumpa kat restoran biasa. Jawapan Iskandar senang, aku malas nak drive.
’’ Wei, jawab lah bila kau pandai nyanyi lagu macam tu hah.’’ desak Iskandar
‘’ sejak....’’
‘’ sejak jumpa your angel , Am  i right?’’ pintas Iskandar laju.
‘’ mana ada , aku nak cakap sejak tadi ..’’ Daniel tetap menafikan bahawa hatinya sudah terpaut dengan gadis itu.
‘’yelah tu.. ingat aku percaya’’
Macam mana aku nak kantoikan dia yek,fikir Iskandar sejenak. Beberapa saat seketika terdapat mentol yang menyala di atas kepala Iskandar.
‘’kau nak tahu tak, pagi tadi . waktu aku nak breakfast dengan Angelin.  I see her with one guy. They seem like couple’’
Terteleng wajah Daniel  daripada memandu, memandang Iskanadar meminta penjelasan.
‘’ kalau ye pun nak tahu , mata kau silalah pandang depan, aku tak nak mati awal , kemampun nak berbini karang’’
Daniel segera menfokuskan pandangannya kehadapan. Hati Daniel seolah-olah dikisar dengan blander setelah ,mengetahui perkara tersebut.
‘’ kau jumpa kat mana?. Mungkin that guy abang dia kot. Kita mana tahu apa-apa.’’ Balas Daniel sekadar menyedapkan rasa hatinya yang tengah dilanda angin rebut.
 Balasan Daniel telah membuatkan dua tanduk muncul atas kepala Iskandar. Dia mengapi-apikan lagi keadaan . ‘’ Takkanlah abang dia , mesra sangat macam husband dia je’’balas iskandar yang ingin memanaskan lagi hati Daniel.
‘’Tak mungkinlah’’ balas Daniel perlahan.
‘’kau cakap macam kau tahu je siapa lelaki itu pada dia.kau cakap jelah terus terang dengan aku ,yang kau suka si budak tu.buat ape nak malu.perkara baik ni. Nanti kau naïf-nafikan , budak tu kena sambar dek orang lain. Baru tahu menyesal tak sudah nanti.’’
Muka Daniel dah berubah. ‘’ya aku mengaku I’m fall in love with her’’ balas Daniel setelah beberapa minit mendengar nasihat Iskandar.Takut jugak dia kalau Balqis disambar orang lain!
Iskandar mengukir senyuman . ‘’ mengaku pun kau eh’’ tanya Iskandar yang sedang menaikkan sebelah keningnya.
‘’ betul ke kau nampak Budak tu dengan lelaki tu mesra sangat?’’ Daniel seperti tidak puas hati.
‘’hahahahaha’’ Iskandar gelak kuat.’’ Sorry beb .Aku tipu kau. Saje je nak test kau . rupanya kau mengaku jugak’’ Iskandar tersenyum menampakkan giginya yang putih tersusun.
Muka Daniel berubah masam. Teruk punya kawan ,telah Daniel. Iskandar memandang Daniel ,Daniel hanya masam dan membisu tanda dia tengah bengang. hehe.. kejap lagi okeylah tu, kata hati Iskandar.
.......................................................

‘’Kita pergi bank jap,aku nak bank-in duit Aqilah’’ Daniel memberitahu Iskandar semasa mereka dalam perjalanan menuju ke kereta selepas menjamu selera di restoran Nasi Ayam .
 ‘’Okey .. tapi lepas tu hantar aku kat makamah balik, aku ada kes yang nak diselesaikan’’ujar Iskandar setelah melihat jam yang dipakainya.‘’ Bila  Qilah balik ?’’ tanya Iskandar
‘’ empat bulan lagi then, dia terus kerja dengan kitaorang’’. Iskandar hanya menganguk. Dia terasa bangga terhadap Daniel. Muda-muda dah jadi Ceo.
‘’kau pun ape kurangnya, muda-muda dah jadi pegawai majestrit’’Daniel  bersuara tiba-tiba.
Iskandar terkejut.’’ Macam mana kau boleh baca fikiran aku’’ujar Iskandar
‘’ kita kawan berapa lama?, semua perangai kau ade dalam kocek seluar  aku ‘’. Iskandar hanya menganguk.Daniel  memberhentikan kereta Audinya di petak parking.
‘’Tunggu jap eh . kejap je ni’’. Kata Daniel sebelum menutup pintu keretanya. Dia tergesa-gesa menghampiri pintu bank.Iskandar memandang  Daniel  yang terkejar-kejar seperti tidak sabar untuk masuk ke dalam bank. Agaknya kalau dia masuk cepat , gayanya macam jumpa aja budak tu.  Iskandar juga melihat  seorang perempuan tergesa-gesa sama seperti Daniel. Dia memerhati perempuan tersebut, macam that girl  , telah Iskandar. Dia memerhati dengan perempuan tersebut dengan khusyuk . Eh betullah.. kata Iskandar sendirian. Untung kau Daniel . Budak  tu jodoh kau ,kata Iskandar lagi.
Sementara itu , Balqis mencepatkan langkahnya mendekati pintu bank. Hari ini dia akan belanja sakan kerana semua kakitangan kerajaan akan mendapat gaji. Dalam pada itu , dia sedang  merancang ke pasaraya untuk membeli bahan basah.
Tangan Balqis menolak pintu kaca bank tersebut,kemudian dia terpandang ada lagi satu tangan disebelahnya melakukan perkara yang sama. Wah cantiknya kuku dia... Kuku gelas kau. Kuku aku pun kuku gelas tapi tak secantik dia, bisik hati Balqis .sempat dia memuji tangan itu. Dia memandang  muka tuan milik tangan itu, dan hatinya berdegup lain macam. Mata comel Balqis  bertembung dengan mata hazel milik Daniel.. Setelah beberapa minit.. Balqis tersedar dan terus memalingkan mukanya. .  ’’ adui ... malunya aku. Mesti lelaki tu kata aku miang tak ingat dunia..’’ mukanya mula memerah.
                Daniel  pula selepas bertentang mata dengan Balqis. Dia seperti hendak melompat saja. Sempat dia berterima kasih kepada Allah kerana memakbulkan doanya. Tak sia-sia dia bermunajat kepada Allah  tengah-tengah malam. Wajahnya berubah gembira serta merta.
Balqis  cepat-cepat menolak pintu kaca bank tesebut untuk menyembunyikan wajahnya yang tengah blushing. Tetapi pergerakannya terhenti apabila Daniel  bertindak memanggilnya .
‘’Awak Gadis yang kena ragut handbag tempoh hari tu kan?’’ soal Daniel dengan muka berharap agar gadis dihadapannya ini adalah Budak itu .Dia cam sangat muka Balqis, sebabnya dia  ada menyimpan satu photo Balqis.  Dia terserempak dua kali dengan Balqis. First dekat food court. Second dekat parking kereta. Anggugkan gadis itu membuatkan hati Daniel gembira.
 ‘’ Ye sayalah tu.Macam mana encik tahu ye’’ . Balqis memandang muka Daniel. Muka Daniel nampak familiar.
‘’ awak tak ingat saya?’’ tanya Daniel
‘’sorry saya tak ingat, tapi awak nampak familiar’’
‘’ sebulan lepas ada budak ragut handbag awakkan?. Nama budak tu Amir’’ terang Daniel ,berharap Balqis dapat meningatinya.
‘’oh.. saya ingat , kereta encik yang kemekkan?’’ tanya Balqis
‘’ha’ah.. tapi kereta tu dah okey dah. Anyway saya Daniel‘’ Balqis hanya mengangguk Tak kan nak salam, kesian bakal suami aku. Dapat yang second-hand.
‘’ Saya Balqis’’
‘’eh .. jomlah masuk, kita berdiri depan pintu pulak’’  kata Daneil kepada Balqis.  Daniel membuka pintu untuk Balqis ,menyuruh Balqis masuk dahulu.
‘’ thank’’ ucap Balqis kepada Daniel kerana memberinya masuk dahulu ke dalam bank.
Selepas mengambil wang ,Balqis ingin melangkah keluar dari bank tersebut tetapi langkahnya terhenti sekali lagi kerana Daniel bertindak memanggilnya.
‘’ Balqis...’’ Balqis menoleh kearah Niel.
‘’umm.....’’ eh apa aku nak cakap ni. Pantas dia memikir idea supaya berpeluang bertemu dengan Balqis lagi.setelah beberapa minit  ,baru dia mendapat idea.
‘’Balqis.. sebenarnya Amir cari awak’’ maaf Amir, abang terpaksa petik nama Amir.
‘’ kenapa ye?’’ tanya Balqis.
‘’yang tu saya tak tahu pulak, macam nilah awak bagi nombor phone, nanti saya beri kat Amir’’
‘’ Okeylah kalau macam tu’’. Mereka berpisah setelah Balqisa memberi contactnya kepada Daniel..
Sebaik sahaja Daniel memasuki kereta. Iskandar terus mengusiknya.‘’ hum... aku bau nasi minyaklah.’’Daniel hanya tersenyum. Malas nak layan Iskandar.
‘’ Kau tanya apa tadi dekat budak tu?.kau orang tenung tadi macam drama kabi qussi kabi gam dah aku tengok. Silapnya Cuma takde lagu Hindustan je.hahaha ‘’ Kata Iskandar sambil gelak.Daniel tumpang gelak sekali.Dia menghantar Iskandar ke mahkamah sambil mencerita kembali pertemuannya dengan Balqis.
Sebaik sampai di mahkamah. Iskandar berterima kasih kepada Daniel membelanjanya makan.’’ Daniel.. pandu kereta elok-elok tau,jangan ingat pasal Balqis masa memandu ,kalau tak memang kau masuk gaunglah jawabnya’’ nasihat Iskandar.
‘’ haha... kat KL mana ada gaung. loya buruk sungguh kau ni’’.Balas Daniel sebelum  Iskandar menutup pintu kereta. Daniel memandu keretanya menuju ke Citra Holding. ‘’ Ya Allah, jika Balqis Itu jodoh Daniel  ,kau permudahlah urusan mereka’’ Doa Iskandar.
........................................................
‘’Memandangkan Cuti semester minggu depan, prof  nak kamu semua buat assiment dan cari katak yang bersaiz besar. Kita akan buat experiment, naik cuti semseter .’’ kata Balqis kepada mahasiswa dan mahasisiwinya.
‘’Prof ..satu kumpulan berapa orang’’ laung Asraf yang duduk di barisan keenam.
‘’bentukkan tujuh kempulan memandangkan kamu semua ada 42 orang. So .. satu kumpulan ada satu katak.’’
‘’alah.. prof kenapa tak suruh kita orang cari sorang satu. Baru best sikit. ’’ Kata Amran sambil mengusik Aleya dan Haziqah yang dah kegelian.
‘’ Hisyy kau ni, okeylah tu prof suruh cari satu kumpulan satu katak. Kau tahu tak sekarang ni katak sedang mengalami kepupusan.’’ Kata Haziqah  sambil menahan muka yang kegelian. Dia memang anti  dengar nama binatang tu.
‘’ Prof ... tak payahlah buat experiment, kita orangkan dah buat waktu form 4. ‘’ pujuk Suraya supaya Balqis berubah fikiran.
‘’ Prof ... tak payah dengar kata Sue. Kita orang dah lupa dah cara kendalikan experiment itu’’ kata Amran yang sedang memintas kata Sue.
‘’ Heh kau ..jangan nak mengada ye.. menipu sangat tak ingat’’ balas Sue yang ternya tak puasa hati.
‘’ dah-dah jangan nak bergaduh, prof akan buat juga experiment ini kerana  ini merupakan pointer kamu then lepas itu kamu semua akan duduki exam. Kalau tak buat nanti kamu semua salahkan prof pulak kalau dapat pointer rendah’’ balas Balqis kepada pelajarnya.
‘’Yess.... ‘’ bergema dewan kuliah itu dengan suara mahasiwa lelaki. Mahasiswa perempuan hanya kedengaran mengeluh.
‘’Okey.. masa dah tamat .kelas sambung naik semester . Kalau ada apa-apa masalah hubungi atau e-mail dekat prof. And one more thing don’t forget to finish your assiment.
‘’ thank prof’’ ucap pelajarnya .Balqis  teringat kisahnya semasa membedah katak.
‘’Qis berani kau pegang katak . budak perempuan lain semua geli’’ tanya Irfaan Aqil yang pelik dengan sikap Balqis.
‘’ aku dengan katak okey je. aku tak ngam dengan cicak je’’ balas Balqis selamba.
Irfaan mengambil katak  dari tangan Balqis dan mula menyuntik ubat penenang kepada katak.
‘’lepas suntik katak itu,kamu semua ambil tali ikat dekat kaki  katak’’ terang Cikgu Hasmah.
‘’ Hisyy .. Irfaan kau  buatlah pulak.’’ Kata Balqis kepada Irfaan. Dia mula menjauhkan diri daripada katak dan duduk dekat bersama dengan sahabat baiknya Amira. Muka Amira dah pucat sebab dia memang anti dengan binatang itu.
‘’ jom  Zaf.. kita mulakan experiment.’’ Gamit Irfaan yang sedang memandang Zaf.
‘’ Eii.. tak nak lah aku. Aku geli...’’. balas Zaf.
‘’ Hisyy.. marilah ,tolong aku buat . tak kan aku sorang’’ kata Irfaan yang sedang menarik tangan Zaf.Zaf menarik tangannya daripda pegangan kemas Irfaan. ‘’Kau kan dah tahu aku tak suka binatang yang berlendir ‘’ marah Zaf.
‘’ Irfaan dah lah tu  kau usik si Zaf ni,mahu pengsan dia karang. Dia trauma lagilah kut.’’ Pujuk Balqis.
Irfaan segera melepaskan pegangannya .tak mahu peristiwa lama kembali. Bebirat badan dia kena pukul dengan abah sebab kacau Zaf.
‘’Apalah kau ni Zaf, dengan katak pun takut.tak macho langsung’’ Sindir Amira
‘’ eleh.. kau pun apa kurangnya, belum apa-apa muka dah pucat’’ balas Zaf
‘’eh. Aku perempuan, lainlah kalau takut dengan katak, orang tak heran. Ni kau .. harap je badan ketul-ketul. Tapi penakut.hahaha’’ balas Amira. Balqis bertindak mendiamkan diri. Malas nak layan mereka yang tengah gaduh.
‘’ Zaf, Amira berhenti bergaduh. Perkara kecil pun nak gaduh. Buat experiment tu’’ tegur Cikgu Hasmah. Mereka mula mendekati meja makmal dan melihat Irfaan membedah katak. Hisyy.. gelinya,balas mereka serentak. Balqis hanya ketawa.
                ‘’Kita buat apa kat belakang ni’’ kata Irfaan . dia hendak pulang ke rumah dengan cepat tetapi  zaf menyuruhnya tunggu di belakang makmal setelah ekperimen itu selesai.
‘’aku dah korek lubang, sekarang kau tanam bangkai katak itu ye memandangkan kau bedah dia’’ kata Zaf.
‘’ hah.. apsal pulak kena tanam? Buang ajelah dalam tong sampah apa susah’’ balas Irfaan
‘’ Tak boleh, katak ni makluk Allah jugak.kau tak kesian kat dia ke?’’ balas Zaf. Amira dan Balqis hanya ketawa sahaja  mendengar penjelasan Zaf.tanpa membuang masa ,Irfaan mengambil katak tersebut dan menanamnya.
‘’Eh.. kau tak nak  sedekahkan Al-Fatihah dekat katak ni ke?’’ balas Irfaan yang tengah menyindir Zaf.
‘’ Aku doakan supaya katak ni hidup aman. Amin’’ kata Zaf selamba. Balqis dan Amira bantai gelak aja.
‘’Bongoklah kau ni.’’ kata Irfaan
Balqis tersenyum mengingati peristiwa tersebut. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Zaf dan Irfaan. Lamunannya terhenti apabila terdengar Sara Paxton menyanyi sebagai nada deringnya.

‘’ Waalaikummussalam..sihat mak,’’
‘’Ha’ah.. Balqis balik Esok, Bye mak. Sayang mak’’talian dimatikan
‘’Hai.. Qis , tak balik lagi’’ tanya Taufik,rakan sekerja Balqis
‘’Nak balik lah ni Fik’’ balas Balqis
‘’ pakwe call ye tadi. ‘’
‘’ Hisyy .. Qis mana ada pakwe’’
‘’kalau macam tu bolehlah Fik masuk minang’’
‘’ hah. Boleh jugakkan . nanti Qis boleh bermadu dengan  Zaharah. Kejap eh Qis nak telefon Zaharah jap nak beritahu Fik nak masuk minang’’
‘’Eh,.. janganlah Qis, Tadi Fik main-main aje. Jangan cerita dekat Hara ye,kalau tak nanti Fik tidur luarlah nampaknya’’ sungguh-sungguh Taufik menghalang  Balqis daripda menelefon Isterinya.
‘’ tahu takut.’’
‘’ Okeylah Balqis , Fik balik dulu ye, ni hah ada buah tangan daripada Hara’’ beritahu Taufik
‘’Okey cakap dekat Zaharah,terima kasih tau’’. Taufik hanya mengangguk.
.............................................

‘’Mak  ayah mana’’ ,Balqis bertanya kepada Puan Wardina setelah menyalami tangan tua wanita tersebut .Dia baru sampai ke Permatang badak, Kuantan. Jangan tanya kenapa tempatnya dinamakan begitu, maybe dulu banyak badak kut.
‘’Ayah kamu keluar jap pergi beli barang’’
‘’kak long dengan abang long tak sampai lagi ke mak’’ tanya Aiman. Dia balik bersama Balqis memandangkan tempat kerjanya tidaklah jauh sangat dengan kakaknya. Dia malas memandu sebenarnya nak berjimat petrol dan tol. Hampas punya budak!..
‘’Dah. Keluar kejap beli barang. Kamu berdua pergi berehat. Malam karang ada orang nak datang rumah’’ Puan Wardina memberi  arahan.
                ‘’ Mak, mana Harazz?’’ tanya Balqis setelah mengetahui kak longnya juga pulang ke rumah Puan Wardina. Dia sudah lama tidak peluk Harazz .
                ‘’ Ada dekat depan tu. tengah main’’ balas puan Wardina
Tanpa berlengah, Balqis berlari menuju ke ruang tamu. Dia tidak sabar untuk menggomol anak kak longnya yang berumur 2 tahun. Rindu rasanya pada budak kenek itu, maklumlah lama tak jumpa. Puan Wardina hanya mengelengkan kepala. Masak sudah dia dengan perangai anaknya yang sorang itu.  Umur sudah mencecah 26 tahun. Tapi tak nak kahwin lagi. Anak gadis luar sana ramai sudah kahwin lepas habis graduate, semasa belajar pun ada.  Ada yang dah dapat anak dah pun. Ini bila ditanya bila nak kahwin. Dia balas tunggu prince charming turun dari langgit!!!
                ‘’ Mak siapa yang nak datang?’’ tanya Aiman dengan perasan ingin tahu. Dia duduk di sofa berhampiran pintu masuk. Puan Wardina turut duduk bersebelahan dengan anaknya yang ketiga itu.
                ‘’ Mak pandang apa? Tengok  kiri kanan. Macam ada maklumat sulit aje.’’ Kata Aiman lagi. Dia pelik melihat maknya yang memerhati keadaan gaya macam perisik bertauliah.
                ‘’tiga hari lepas ada orang datang merisik kakak kamu tu!. jadi malam ini orang itu nak datang tanya kakak kamu’’ balas Puan Wardina perlahan . Bimbang dia kalau Balqis terdengar.
Dia tak nak peristiwa lama berulang lagi. Balqis bertindak melarikan diri sebelum  keluarga pihak lelaki sampai pada hari pertunangannya. Nasib baik majlis itu dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Kalau tak , malu Puan Wardina.
                ‘’ Mak ... biar betul. Man akan dapat abang ipar lagilah yek?.Dia terlebih teruja apabila mengetahui berita itu.  Tersengih dia  apabila teringat kejadian ‘bersejarah ‘ itu. ‘’Tapi  mak .... mak pasti ke kakak tak lari lagi’’
                ‘’ 300% pasti. Dia tak akan lari lagi. Mak akan pastikan itu tidak berlaku.  Kamu jangan beritahu dia. Faham?’’ tegas Puan Wardina.
                ‘’ Hisshh ... mak ni . Memang tak akanlah Aiman beritahu dia..teruja nak dapat abang ipar ni’’Balas Aiman pantas.’’ Mak... Aiman masuk bilik dululah.. penat dengar kak Qis membebel dalam kereta’’ kata Aiman kepada Maknya
                ‘’ Humm.. ingat tau pesan mak’’ balas Puan Wardina. Aiman hanya mengangguk  tanda faham.
.......................................................................

‘’BIP...’’( bunyi mesej)
                Free  tak malam ni. Nak ajak makan. Sayakan dah janji – Daniel.

‘’Arrhh...!!!’’  Balqis menjerit tanda kegembiraan.  sudah  sebulan dia berkawan dengan Daniel. Setiap kali berjumpa dengan Daniel,  jantungnya sentiasa berdegup pantas . Perjumpaan pertama dengan Daniel telah berjaya membuka pintu hatinya. Dia sendiri berasa aneh akan perasannya  kerana dia tidak pernah mempunyai perasaan itu pada mana-mana lelaki lain.

                Sorry, i’m out from Kuala Lumpur. Maybe next time .perhaps J- Balqis

Butang send ditekan. Fikirannya terimbau kembali pada saat perjumpaan mereka berempat di  One Utama.  Amir membelanja mereka makan sebagai  tanda maaf dan penghargaan akan akan jasa baik kerana memberinya peluang. Mereka hanya berempat kerana iskandar tidak turut serta.  Selepas makan, Amir meminta diri kerana perlu menyambung kerjanya di Citra Holding selaku pekerja pemasaran.
‘’ eh  Daniel , awak tak masuk ofis ke?’’ soal Ainaa. Dia pelik dengan Daniel. Jam sudah menunjukkan pukul 2  tepat menandakan tamatnya waktu rehat. Tapi dia selamba badak je buat tak tahu..!!
‘’ tak. Hari ni saya tak masuk ofis . ada meeting  pukul tiga dekat  area sini.’’
‘’oh.. gitu.. huum!!!.  Awak ada sejam lagikan  apa kata temankan si Balqis ni beli hadiah. Saya tak bolehlah. kena masuk kerja’’ bicara Ainaa. Pelawaan Ainaa lebih bersifat untuk mengenakan Balqis  . Sedari tadi dia asyik melihat Daniel tidak berhenti senyum dan curi-curi melihat Balqis. Dia panasaran , adakah sahabatnya itu tidak perasan?

‘’hah..’’ Balqis terkejut dengan pelawaan tak bermoral Ainaa. Dia bertindak memijak kaki Sahabatnya itu . Geram dengan Ainaa, sesedap hati aje menyuruh Daniel menemaninya.

‘’Awww...’’ Ainaa menjerit kecil. Sakitnya ya ampun. Mahu bengkak kaki aku telah Ainaa.  Dia segera mencubit lengan Balqis untuk membalas dendam tapi pantas ditepis oleh Balqis. Balqis menjauhkan diri sedikit daripada Ainaa. Ainaa bukannya boleh percaya sangat , nanti mampus merah badan dia kena ’sengat’ oleh cubitan bisa Ainaa.
‘’ Eh.. takpelah Daniel,.saya boleh pergi sendiri. Lagi pun lama ni. Kalau awak temankan nanti lewat masuk meeting’’  tegah Balqis bersunggguh-sungguh. Dia segan dengan Daniel. Yelah baru lagi kenal. Mesti rasa kekok. Tapi yang paling penting, dia takut jantungnya rosak ,berdegup lain macam.Dan yang paling pasti nervous tu ada bila tengok muka Daniel. Takkan setiap kali nak cakap kena pandang lantai, mahu dia langgar tiang dalam Mall. Tak pasal-pasal timbul benjol macam chin chan. Adoiiiii...

‘’ Takpa .saya boleh temankan. Lagi pun lambat lagi. boring kalau jalan sorang-sorang , rasa macam masa tu lama sangat.So .. kalau teman Balqis cari hadiah , ada jugaklah moti nak dibuat daripada jalan tak buat apa-apa.’’ Terang Daniel panjang lebar. Kalau Balqis tak bagi jugak dia follow senyap-senyap. Apa susah.heehehe.

‘’Kalau macam tu ... okaylah’’ Dia terpaksa menerima pelawaan Daniel sebab tak ada alasan nak suruh Daniel tolak permintaan Ainaa . Ainaa hanya sengih.. Sengih jahat + terlebih ikhlas = muka mintak pelempang.. Geram terhadap Ainaa hanya Allah  sahaja yang tahu.
Ainaa meminta diri untuk ke Butik miliknya. Sempat dia berpesan kapada Balqis ‘ jangan nakal-nakal. Good behave ye’. Balqis rasa telinga dia dah berasap kalah volcano tengah meletus. Balqis hanya buat tak layan akan gurauan Ainaa. Malas nak layan. Seketika kemudian merka berperlukan dan Ainaa meninggalkan restoran itu.

                ‘’Kak Qis.!!!.’’ Sergah Aizat dengan kuat  apabila pintu bilik Balqis dikuak olehnya. Dia disuruh oleh Encik Hayqal memanggil Balqis kerana tetamu sudah sampai.Lamunannya tersekat disebabkan segahan Adiknya, Aizat.
‘’ Hiss...kenapa tak ketuk pintu dulu. Akak dah cakap banyak kalikan?’’ marah Balqis kepada Aizat. Dia sudah banyak kali pesan dekat Aizat, sebelum masuk biliknya ,ketuk pintu dulu . Tapi tidak dihiraukan adiknya itu.
‘’Izat dah ketuklah, sampai nak roboh pintu ni. Kak Qis tak buka juga.Izat takut akak keluar ikut tingkap,  sebab tu Izat ceroboh je. Hehehe. ‘’ balas Aizat sambil tangannya membuat bentuk peace.
‘’Hrumm.. apahalnya ni bertandang dekat sini?’’ bicara Balqis pendek. Malas dia nak bertekak dengan Aizat malam-malam gini. Biasanya kalau pulang ke Kuantan, kerja dia asyik bertekak aja dengan Aizat. Aizat namanya je form five tapi tak matang-matang!!
‘’ Hai.. takkan nak datang sini pun kena ada tujuan???’’. Hari ni akak aku berangin aje, PMS kot  telah Aizat. ‘’Ayah panggil suruh keluar. Tetamu dah sampai. And akak jangan nak lari lagi eh!! Pesan Aizat’’
‘’Huh!!..nak keluarlah ni’’ balas Balqis dengan malas. Ni satu lagi masalah. Kalaulah aku tahu perkara ni nak jadi hari ini. Tobat aku tak balik Kuantan!! Baik aku pergi ikut Ainaa pergi Singapore. Huiii.. minah tu, beli barang hantaran dekat Singapore padahal Malaysia pun ada. Membazir duit sungguh!!. Dan semestinya dia tak boleh mengelak lagi. Teruk tadi dia kena ceramah free dengan Encik Hayqal. Tak boleh nak buat apa tadah telinga ajelah yang boleh. Tapi  rasa geram sedikit sebanyak  ada juga terhadap ‘ bekas tunang tak jadinya’ itu. Kenapalah dia nak kahwin dengan aku , aku baru lepas graduate. Nak pengang senduk pun tak tahu!! Sengal betul.
Balqis segera mencapai tudung  dan memaikainya. Sampai sahaja dia dibawah, ruang tamu dipenuhi oleh tetamu yang tidak dikenalinya. Semua ahli keluarganya sudah berkumpul disitu. Memang tak menyempat!! Dia melihat enam orang tetamu. 3 lelaki dewasa, seorang gadis, muda darinya  mugkin berumur 23 tahun dan 2 orang wanita.  Balqis segera menyalami tangan tetamu wanita tersebut . Tangan wanita yang memakai jubah warna hijau disalamnya .selepas itu , wanita  tersebut pantas menarik tangan Balqis supaya duduk disebelahnya. wanita itu mengenalkan diri sebagai Puan Haryati. Puan Haryati  tidak lepas daripada memegang tangan Balqis. Sesi suai dimulakan. Seketika kemudian, Puan Wardina mempelawa tetamu ke meja makan.
Balqis mengambil tempat disebelah Puan Haryati. Dia sebenarnya nak duduk sebelah Puan Wardina, tapi Puan Haryati menyuruhnya duduk di sebelahnya. Redha je lah, takkan nak tolak. Nampak sangat kurang sopan. Selepas menikmati juadah, mereka berpindah ke ruang tamu  untuk membincangkan hal pertunangan dengan lebih detail. Keputusan dibuat, pertunangan akan berlangsung  dua minggu lagi. Sebelum beredar, Puan Haryati  sempat berpesan  , menyuruh Balqis bertandang ke rumahnya di Kuala Lumpur. Nanti boleh kenal dengan Alak terang Puan Haryati lagi.
‘’Bip...’’ phonenya berbunyi selepas Balqis memasuki kamarnya. Mesej dibuka.Gambar budak lelaki comel berpakaian tuxedo hitam dengan ribbon merah di kolar bajunya menjadi santapan mata Balqis.
Gambar Alak waktu kecil. Comelkan. Mama lupa nak bagi tadi :p – Mama Haryati
???? berkerut dahi Balqis setelah membaca mesej daripada Puan Haryati. Gambar waktu kecil!! . kenapa tak bagi gambar yang waktu sekarang.pelik.pelik. tapi  memang tidak dinafikan gambar ni nampak comel telah Balqis.
Thanx .. mama . Comel sangat J. Tapi kenapa tak bagi gambar waktu sekrg?- Balqis
Punat send ditekan. mengharapkan mesejnya dibalas dengan gambar Alak yang sekarang.  Tapi jawapannya hampa setelah mendapat reply daripada Mama Alak.
                Not now. It might be surprise. Let it be Secret.. honey :p- Mama Haryati
                Oh... Okay . I will wait it. Good nite . safe journey- Balqis
...................................................
‘’Balqis....clam down. Jangan gelisah. Just relax’’ nasihat Ainaa yang pening melihat Balqis mundar-mandir di beranda bilik..
‘’ Banyaklah kau punya clam down.Dulu kau pun sama macam aku jugakan’’ bidas Balqis dengan geram. Nak tahu kenapa? . Dari saat ini, detik ini, hari ni.. Balqis akan naik pangkat yang berstatus ISTERI kepada Mubalak Daniel. Dia tak pernah jumpa bakal suaminya itu cuma bercakap melalui phone.Pasal Ainaa pula dia dah selamat pegang title wife kepada Muhammad Akram Shah iaitu pelanggan butik Ainaa sendiri pada 2 bulan yang lepas. Ainaa sendiri pun terkejut apabila mereka bertemu.
‘’Qis... bakal suami kau dah sampai’’ umum kak Lidya, kak longnya. Dia bergerak menghampiri adiknya yang dah macam kucing hilang anak.’’ Cantik adik akak ni. Janganlah buat muka macam tapai basi nanti orang ingat Qis terpaksa kahwin pula’’ tegur kakaknya lagi.
‘’ Saya dah cakap dah kak,. Tapi dia buat selamba’’ celah Ainaa
‘’Qis takutlah’’
‘’baca doa banyak-banyak. Dah jom turun, Diaorang dah sampai dah’’ Kak Lidya memegang tangan Balqis untuk memberi semangat. Mereka turun menuju ke ruang tamu dimana majlis akad nikah berlangsung.
Ruang tamu  cantik dihiasi dengan bunga Baby Breath berwarna unggu muda . Ramai tetamu yang terdiri daripada sanak saudara Balqis dan Mubalak Daniel yang menjadi saksi kepada majlis pernikahan yang suci ini. Balqis di bawa ke hadapan pelamin yang berwarna cream pink. Pelamin dipenuhi dengan bunga Waxflower dan Queen Anne’s Lace yang ditaja sepenuhnya oleh Kak Lidya. Balqis duduk bersimpuh beralaskan kusyen bulat membelakangi bakal suaminya. Mubalak Daniel  bersongkok dan berpakaian baju melayu cekak musang berwarna cream pic sedondon dengan Balqis yang memakai jubah maxsi dan berselendang berwarna pic. Encik  Hayqal bersila dihadapan bakal menantunya . Dia sendiri akan mewalikan perkahwinan anaknya itu. Encik Nazri duduk berhampiran Mubalak Daniel manakala Puan Haryati, Puan Wardina duduk disisi Balqis.
Taklimat Ringkas perkahwinan yang diberikan oleh Ustaz Hassan kedengaran seperti angin lalu bagi Balqis. Balqis tidak kusyuk mendengarnya. Balqis  berasa gementar disamping rimas dengan cahaya flesh  camera yang merakam perkahwinanya. Balqis hanya fokus apabila ayahnya melafazkan ijab dan Mubalak menerima qabul. ‘’ Aku terima nikahnya Nuratul Balqis binti Hayqal Hasyad dengan mas kahwinnya berbentuk sebuah rumah’’. Kedengaran bunyi sah oleh para saksi.Hanya sekali lafaz sahaja , dia sah menjadi isteri . Entah kenapa air matanya tidak dapat dibendung daripada mengalirkan mutiara di atas pipi mulusnya. Serentak dengan itu Puan Wardina dan Puan Haryati mengucapkan Alhamdulilah dan memeluk Balqis. Kini Balqis telah menjadi Isteri yang sah kepada Mubalak Daniel . Doa dibaca bagi mensyukuri ikatan yang dibina.
Selepas mengaminkan doa. Mubalak mendapatkan isterinya. Dia memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dapat menjadikan Balqis isterinya yang sah. Sebaris senyuman mekar dibibirnya. Dia melutut dihadapan balqis, sedari tadi Balqis tidak memandang wajahnya jadi Balqis tidak tahu bahawa suaminya itu adalah  Daniel. Balqis mendongakkan wajahnya dan matanya membesar tanda terkejut . Dia tidak menyangka bahawa Mubalak Daniel adalah Daniel iaitu lelaki yang mula  mendapat tempat dihatinya itu. Daniel menghulurkan kotak baldu yang mengandungi rantai leher kepada Balqis . Balqis pula memakaikan Daniel seutas jam silver berjenama.Balqis mencium tangan suaminya. Terasa ada aliran elektrik yang mengalir dalam tubuhnya. Mana taknya seumur hidup dia tak pernah pegang tangan lelaki yang bukan muhrimnya. Daniel  pula bertindak mencium dahi isterinya. Lama mereka berkeadaan bergitu  diatas permintaan juru gambar tak bertauliah.kemudian mereka mendapatkan Puan Wardina , Encik Hayqal, Encik Nazir dan Puan Haryati untuk bersalaman dan berpelukan.  Majlis diteruskan dengan kenduri Kahwin. Pasangan pengantin baru itu kelihatan gembira melayan tetamu  yang hadir. Ucapan tahniah daripada sahabat, keluarga dan tertamu tidak putus diterima oleh Daniel dan Balqis.

...............................................................................................................
Malam sudah menjelma, majlis petang tadi sungguh meriah.  Rumah balqis dibanjiri oleh tetamu yang sama-sama meraikan majlis pernikahan ini. Selaps tamat majlis, ahli keluarga Balqis dan Daniel  bersama-sama dengan penduduk sekitar bekerjasama mencuci periuk, mangkuk, gelas dan peralatan  seangkatan dengannya. Penat memang terasa , tapi keseronokkan melebihi segala-galanya. Itu tidak membuatkan Balqis gelisah tahap petala. Yang sekarang ni terjadi ialah jam sudah ke angka 12 tengah malam. Ahli keluarganya semua dah masuk bilik. Ahli keluarga Daniel sudah pulang ke Kuala Lumpur selepas makan malam dirumahnya itu. Sekarang dia di bilik  macam cacing kepanasan mana taknya kejap lagi Daniel mesti masuk. Sepanjang majlis tadi , dia tak bercakap banyak dengan Daniel cuma hal yang patut-patut.Tombol pintu bilik di kuak dari luar. Ini menambahkan lagi kecelaruan balqis yang tengah duduk di beranda biliknya.
Daniel yang kini berada di bilik isterinya terpegun dengan susunan atur perabut dimana rak buku bersaiz kecil diletakkan berhampiran sliding door . Almari pakaian berhampiran tandas dan kertas dinding bercorak bunga sakura menambahkan lagi ketenangan pada bilik yang berwarna cream pink itu. Daniel menutup pintu bilik dan menghampiri isterinya yang bersidai di beranda.
‘’ Tengok apa tu?’’ Daniel memulakan bicaranya. Balqis yang  pura-pura kusyuk memandang langit memalingkan mukanya kearah Daniel.
‘’tengok langit. Cantikan tenang je ‘’.Dia tersenyum kepada Daniel. Sebenarnya banyak dia nak tanya Daniel  sejak tadi tapi keadaan tidak mengizinkan.
‘’so beautiful but you’re the most beautiful  girl that i had meet from the rest of my life.’’ Balqis terharu mendengarnya.
‘’ awak , saya ada benda nak tanya ni’’ .Soal  Balqis.  Angin malam bertiup perlahan menambahkan lagi kedinginan suasana. Balqis berpeluk tubuh untuk memanaskan badannya , tetapi tindakannya terhenti apabila Daniel bertindak memeluk Balqis dari belakang. Dia tidak sampai hati membiarkan isterinya kesejukan.  
‘’Tanyalah banyak mana pun yang Qis nak’’ Daniel meletakkan dagunya di kepala Balqis . Tinggi Balqis hanya atas sedikit daripada bahu Daniel. Tapi yang membuatkan Daniel nak tergelak tapi boleh dikawalnya  apabila Balqis dah semacam orang Parkinson. Mana taknya , badan dah kaku macam tiang elektrik. Daniel tak nak ketawa nanti mood romentik spoil pulak.
Bagi balqis pula, dia dah macam mayat hidup je. Sakit jantungnya kerana mengepam darah lebih masa. Lup dap....lup dap...
Dia ni tak kesian kat jantung aku ke? Nanti tak berfungsi, dia pulak yang jadi duda hot!! bicara balqis dalam diam. Dia membiarkan Daniel memeluknya, takkan nak tepis.
‘’aw...aawak ,kenapa cepat sangat nak kahwin dengan saya. Kitakan baru kenal? Tanya Balqis dengan gugup.
‘’Siapa kata abang baru kenal Qis? . Dah lama dah kita kenal’’ bicara Daniel sambil bermain rambut  beralun Balqis. Rambut Balqis sangat cantik dan berwarna perang asli. Panjangnya sampai bawah bahu Balqis.
‘’ Dah lama kita kenal? Maksud awak?. Balqis membiarkan suaminya bermain rambutnya. Dia rasa macam dirinya dilindungi. Ialah Daniel tengah peluk dia dan nervous dia beransur pergi cuma badan je kaku lagi.
‘’Abang akan cerita semuaya tapi dengan satu syarat’’
‘’Apa dia’’ tanya Balqis tidak sabar.
‘’Tukar panggilan awak kepada abang. Baru nampak sweet’’Terang Daniel.
‘’Okay abang. Can you continue your story?’’
‘’Abang nak ucap terima kasih kat sayang sebab tak lari daripada perkahwinan ni’’
‘’Maksud awak apa?’’. Tanya Balqis pantas. Dia tidak faham.
‘’Abang kata apa? Daniel pura-pura marah Balqis
‘’Sorry. Maksud abang apa?. Bicara Balqis sambil mengalihkan tubuhnya menghadap Daniel dan membuat muka comel.
‘’Auch..sakit lah’’ Adu Balqis manja. Daniel menarik hidung Balqis.tulah siapa suruh buat comel lagi !. Tapi Balqis ni tak payah buat comel takpe .memang dah comel. Tapi kalau buat comel jugak , jadi comel kuasa tigalah.
‘’Empat tahun lepas ,Qis pernah lari daripada Majlis pertunangan?’’Balqis ternyata terkejut . Dia tidak menyangka bahawa Daniel mengetahui ‘ sejarah ‘ itu.Ini tak lain tak bukan Aizat yang beritahu !!.’’Macam mana abang tahu? Aizat beritahu eh?’’
‘’tak.Abang sendiri yang tahu, bukan Aizat dan bukan orang lain yang beritahu’’
‘’kalau bukan orang lain yang beritahu, maknanya abang tunang tak jadi Qis lah. Macam tu?’’tanya Balqis berdebar.Takut apa yang difikirkannya jadi kenyataan.
‘’yup. Tapi sekarang abang bukan tunang tak jadi Qis tapi suami Qis ‘’ucap Daniel selamba. Dia perasan riak wajah Balqis yang terkejut.
‘’Mananya abang that guy?’’ tanya Balqis tidak percaya.
‘’Ya..sayang’’
‘’Tapi kenapa nak kahwin dengan Qis yang baru habis studi?’’Persoalan ini sudah lama terbuku dalam fikiran Balqis .. Akhirnya , hari ni jugak dia dapat tahu.
‘’Sebab abang sayang sangat dekat Qis. First time we meet at library . Masa tu meja penuh dengan orang. Hanya meja Qis je yang ada dua tempat duduk. Abang terus duduk kat situ. Qis waktu tu tekun sangat baca buku sampai berkerut dahi. Abang enjoy tengok Qis. After that , abis je kuliah , abang mesti nak tengok Qis. I stalker you ,entah macam mana abang jatuh hati kat Qis. Lepas Qis habis graduate. Abang nak fly ke US , sambung belajar. Abang kat sana 3 tahun. So abang takut sepanjang 3 tahun tu Qis dah berpunya. So, i took a decision   to made you as my wife but you ran away from engagement ceremony. At that time i’m heartbroken but abang terus tabah dan serah pada takdir. Kalau Qis jodoh abang , lari setinggi gunung everest pun, Qis tetap dengan abang. Tak de siapa yang boleh ubah apa yang Allah tetapkan. It prove now.’’ Daniel tersenyum memandang Balqis yang kyusuk sangat mendengar gaya macam esok exam keluar benda alah tu.
‘’ Balik Malaysia , i still trying to find you and alhamdulilah i found you at food court in One Utama’’
‘’waktu yang kereta abang kena langgar tu ke?’’
‘’Yes  it is..there , i took your picture under your permission. I’m so sorry about that’’
‘’How do you know that it is the real me?’’
‘’Abang cam sangat dengan muka Qis. Selepas perjumpaan di bank hari tu yang kita main tenung mata tu. ingat lagi tak?’’
‘’hahaha... Balqis tergelak mengingati kejadian itu’
‘’Abang yang rancang. Abang suruh Amir belanja kita semua. From that , Abang boleh jumpa Qis lagi. Lepas tu, kita jalan sama-sama cari hadiah kawan Qis dan terserempak dengan kawan sayang‘’. ‘’ Siapa nama dia ?’’
‘’Irfaan’’balas Balqis pendek.
‘’Yes.. irfaan. Abang tengok Qis dengan dia dah macam bertahun tak jumpa and the most worried me is i can see you in his eyes. Abang tak nak kehilangan Qis lagi. Balik aje rumah , Abang terus beritahu mama dengan papa pasal Qis. I wants to marry you. Mereka  memang dah setuju sebab dah lama sangat nak menantu tapi abang buat don’t know je. Mereka dengan Qilah ,Pak usu dengan Mak usu pergi merisik Qis masa cuti hari tu. Abang saje hantar mesej kat Qis malam tu. Abang takut Qis lari dan mesej dari sayang  legakan hati abang.’’
‘’Ma ,pa dan Qilah  tahu ke Qis tunang tak jadi abang?’’
Anggukan daripada Daniel menyebabkan Qis malu.’’ Mesti dia orang malu waktu tu kan?’’
‘’Malu memang tak dinafikan tapi dia orang ambil sudut positif  that why dia orang boleh terima Balqis sekarang ni. Kalau tak, abang kahwin dengan orang lainlah jawabnya’’. ‘’Abang rasa abang manusia paling gembira bila Qis terima pinangan abang dan jadi Isteri abang’’ Lepas bicara dengan panjang lebar Daniel terus memeluk Balqis dan pelukan tersebut dibalas .
‘’i’m so sorry for let you had worse heartbroken’’ ucap Balqis sambil meletakkan sebelah tangannya di dada Daniel.

‘’it , okay then. Forget it and now we must together to start the new life and having the cute kids’’ucap Daniel selamba.Balqis menunduk. Muka dia dah blushing . Daniel tersenyum melihat isterinya malu. Pelukan dikemaskan.

-TAMAT-


SWEETTRICK
.