photo ef93ac41-7e14-4320-928d-91b5bc3c9fa2_zpsatvrexvb.jpg photo e060c7aa-289a-4fb5-81e8-57bc942c6816_zpsvadwbjpo.jpg photo 63178b93-664e-4428-b177-4c3fa07d87c8_zpswatcakhd.jpg photo ae7eeaf4-443d-4302-9c2a-0ecbab61913a_zpszzbgyncm.jpg photo 6220d561-308a-4ab4-94b7-bfdc904d172c_zpsg6qjzyyd.jpg

Wednesday, 25 February 2015

10 + 5v ( 4e-2e) -9 + 19u-18u = 1 10ve u

Bab 8...






Kalendar di atas meja diteliti. Cuti pertengahan tahun bakal menjelma. Tinggal beberapa hari saja lagi. Pastinya pelajar akan berseronok menikmati cuti panjang itu.Bulan ini butik Dlaraisyah semakin mendapat sambutan sehinggakan  perlu menolak permintaan pelanggan.

     "Humm..untung banyak bulan ini. Buat reunion boleh juga. Tahun lepas tak sempat buat sebab masing-masing sibuk."Ain segera menaip dalam Group HAANAAA menyatakan cadangannya kepada rakan kongsinya yang lain.



Aqilah, Aizat, Aina, Adib, Ainaa dan Nad..aku rasa nak buat holidaylah. Lama dah tak jumpa korang.untung butik bulan ni banyak juga.kita buat percutian di Pulau perhentian nak tak?. Setelah berpuas hati keyboard yang tertera perkataan send itu di tekan.
..........................

Haizatul masuk ke beliknya. Penat dia hari ini. Sampai sahaja hospital terus dia bergegas menemui pesakitnya yang telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3kg. Bayinya bermata bulat, putih,tembam,anak mata warna biru maklumlah emaknya pure Eroupe. Rasa geram pulak dia tengok bayi itu. Rasa nak cubit-cubit . Gomol-gomol bayi itu. Untung bayi itu dapat mata cantik.

     Sara Qatryen cantik nama yang di pilih oleh maknya , Aisyah Qatryen. Aisyah berkahwin dengan lelaki berbangsa Arab. Mereka menetap di Malaysia kerana suaminya berkerja sebagai pensyarah di International Islamic University Malaysia, Gombak. Sempat dia beramah mesra dengan Aisyah. Hampir dua jam jugalah dia berbual dengan Aisyah.

      Selepas itu dia mendapat panggilan kecemasan . Lebih kurang dua jam juga dia berperang dengan persakit dalam wad bersalin. Bayi pesakit itu berada dalam kedudukan songsang. Haizatul mengunakan External Cephalie Version (ECV) untuk mengubah kedudukan bayi kepada normal. ECV dilakukan dengan tangan secara manual. EVC berjaya dilakukan dengen cekap . Selepas itu suara erangan pesakit tidak putus mengucapkan kalimah Allah. Aizat tidak penat memberikan kata semangat kepada pesakitnya itu.

     Erangannya tiba-tiba terhenti apabila kedengaran suara bayi menagis. Nafas lega ditarik sedalamnya . Selamat melahirkan seorang umat islam didunia ini. Peluh yang membasahi baju serta muka tidak dihiraukan. Kesakitan yang ditanggung tanda seaorang wanita yang berjihad di jalan Allah. Sejak masuk ke dalam wad bersalin lidahnya tidak putus dibasahi dengan zikrullah. Wanita itu terbaring lesu dan senyumannya menemani saat ajalnya ditarik oleh malaikat Izrael. Aizat pantas melakukan tugasnya menyelamatkan satu nyawa tetapi Allah lebih sayangkan wanita itu . Matinya seorang wanita yang cekal hatinya untuk melahirkan umat Nabi Muhammad S.A.W. Inalilahi wainalilahi rojiun. Syurga menantimu ucap aizat. Kain putih diangkat tinggi meyelimutkan mukanya.

ILU_08

Friday, 13 February 2015

10 + 5v ( 4e-2e) -9 + 19u-18u = 1 10ve u

Bab 7...






Nametage pada tangan di belek-belek. Kenangan lama mula terimbau di fikiran. Ingatannya mula merawang mengingati kisah 10 tahun yang lepas. Mengingati kata-katanya pada si dia. Sudah lebih tiga tahun mereka tidak berhubung antara satu sama lain kerana kedua-duanya sibuk mengejar cita-cita. Asus zenfone 5 di sebelahnya di sambar. Dia turun dari katil dan menuju ke balkoni luar. Tiupan angin yang damai membuatkan jiwanya yang resah kembali tenang. Dia bersandar di dinding , memerhati keindahan langit yang gelap.

          “ Awak dah berpunya ke?. Awak ingat saya lagi tak?” Persoalan itu hanya berlegar difikirannya. Nombor sesorang ditekan. Tut..tut.. .Tak lama kemudian panggilannya dijawab.

          “ Asalamualaikum.. ” dia memulakan bicara.

           “ Waalaikumussalam”

           “ Ayah dengan mak sihat”

           “ Alhamdulilah. Sihat. Iqmal macam mana dekat sana?” soal si Ayah.

           “ Sihat ayah.Ayah buat apa? Tak tidur lagi tu?” soal Iqmal

          “ tengok bola dekat warung Pak cik Alias. MU lawan Baca. Tu yang riuh. Suara budak muda aja yang riuh dari tadi. ” Bicara Encik Shariff. Hati tuanya seronok memerhati gelagat remaja muda. Semangat kesukanan. Maklumlah sekarang musim Liga Perdana

           “Iqmal ada sesuatu nak beritahu ayah”

           “ Apa dia” soal si ayah. Encik Shariff mencari mengalihkan pandangannya dari layar lebar. Daripada suara anaknya itu , dia tahu pasti ada perkara penting yang ingin dibicarakan oleh anaknya itu.


          “ oh .. macam tu. Iqmal pulang tak cuti sekolah ni?.”

           “ tak pastilah ayah. Iqmal kena tengok keadaan dulu” ucapnya sedikit hampa. Kerjayanya sebagai doktor perubatan di hospital Serdang membuatkan kehidupannya sentiasa sibuk. Masa untuk dirinya juga tiada. Beginilah kalau berkerja sebagai doktor. Siang malam hidupnya sentiasa di hospital. Kadang-kadang pukul 3 pagi dia masih bekerja.

           “ Okaylah. Kalau ada cuti , Iqmal pulanglah. Kita bincang” pujuk Encik Shariff. Dia faham benar tugas anaknya itu. Nyawa manusia lebih penting.

          “ Ayah. Kita bersembang lain kali eh. Ada panggilan masuk”

         “ okay. Iqmal .. kerja.kerja juga. Kesihatan jaga ye .” Ujar Encik Shariff. Perihatin akan anaknya itu.

         “ okay ayah. Terima kasih. Asalamualaikum”

         “ waalaikumussalam. “ .

Iqmal melihat nama panggilan yang tertera di screen telefonnya. Dr. Farah.panggilan dijawab

         “ yes.. Farah “

         “ Free tak sekarang?”

         “ sekarang.. hummm.. Freelah jugak. Kenapa?”

         “ Tolong saya boleh tak? Tayar saya pancit dekat traffic light . Area kubur Cina. Saya tak tahu nak minta tolong siapa. Saya takut” Bicara Tengku Farah Alisha dalam ketakutan. Matanya tidak berani memandang ke sebelah kanan. Jiwanya kacau.

           “ Okay.. relax .jangan pergi mana-mana. Jangan keluar pun. Saya datang” talian diputuskan..

          Kunci kereta di atas meja disambar dengan cepat. Range Rover dipecut laju meninggalkan kediamannya. Keretanya menyusur laju membelah kepekatan malam. Matanya dikerling sekilas kearah jam , 1.45 pagi.

ILU_07

Saturday, 7 February 2015

10 + 5v ( 4e-2e) -9 + 19u-18u = 1 10ve u

Bab 6...










          “Masuk...”. Pintu kayu setinggi 7 kaki di tolak dari arah luar.Kedengaran suara memberi keizinan , membolehkan dia untuk masuk kedalam.

          “Ya.. Datuk. Datuk panggil saya tadi. Kenapa ya?”. Wajah tua Datuk David dipandang sayu. Sudah lama wajah itu tidak ceria sejak isterinya meninggal dunia dua tahun yang lalu.Kemalangan di London membuatkan anak dan isterinya terkorban sekelip mata.Dirinya yang tak berupaya mengingati kisah tragedis di kota London turut membawa diri ke Tanah Air yang sekian lama tidak dijejaki.

          “oh ya... Nabilah. I want you to take over the DSR Project.You should attend this meeting at 3 o’clock. ”Arah Datuk David. File hitam yang sarat dengan kertas dihulurkan kepada Adib.

          “But ... Datuk. It is mega project. Why should I to take over all this. I can’t accept it.” . Adib serba salah untuk mengambil alih projek tersebut. DSR projek ,tender yang telah dimenangi oleh DnS Holding sejak tiga tahun bertukus lumus menyakinkan QNE Holding untuk berkerjasama dengannya membina shoping complex terbesar di rantau Asia tenggara.

          “ Listen to me. I know you can do it. I believe on you, Nabilah. I can’t take over this project anymore.I’m too old to handle this .Only you i can trust. Please don’t disappointed me. I beg you” lirih suara Datuk David menyakinkan Adib.

        “Humm... I have no other choice to say no if you say so.” Wajah yang sarat dengan duka itu seolah terbang sedikit bebannya apabila Adib memberikan respon yang positif .“ But you must help me to handle this .It is the first time I handle this mega project” . Senyuman mula terukir di wajah tua itu. Sudah lama bibir itu tidak melakarkan satu senyuman.

        “ Thank you, Nabilah”
..........................................................................................


        “ Hissy. Kenapalah kertas projek tu letak tinggi sangat. Bukannya banjir pun tingkat 55 ni. Kalau banjir satu KL tengelam. Kenapalah tak letak dalam lagi. biar aku bertapa dalam bilik ni.”bebel Adib sendirian sambil mendongak keatas . Tangannya sibuk merosok kedalam almari ,mencari kertas projek yang tidak nampak batang hidungnya. Hampir 15 minit dia terjingkit-jingkit mencari kertas itu. Lenguh sudah kakinya berdiri disitu.

         Sudah tiga hari dia bekerja di QNE Holding, memandangkan DSR projek adalah projek mega, jadi ia memerlukan perhatian yang khusus dari semua pihak. Tambahan pula saham luar negara seperti Jepun, Korea, China banyak melabur dalam projek itu.Kalau tidak berjaya ,sudah pasti nama Malaysia akan dipandang rendah.

         Seketika kemudian, tangannya dapat menangkap gelungan kertas.Terus sahaja gelungan itu ditarik keluar dari almari. Matanya bersambung dengan sepasang mata hazel hitam pekat, kebetulan lelaki itu menunduk . Ternyata tangan milik mata hazel itu turut memegang gelungan kertas yang sama. Serta-merta, darah merah menyerbu ke muka. Malu juga menguasai diri. “ agaknya dia dengar tak aku dok mengutuk syarikat dia ni”bisik hati kecil Adib.

        Usai gelungan kertas itu berjaya dikeluarkan. Dia mengundur setapak. Kelihatan dirinya berada dekat benar dengan lelaki itu.“ jangan fikir yang bukan-bukan. Saya just nak tolong awak. Kesian tengok awak dari tadi terjingkit-jingkit cari kertas tu. Dekat perjabat ni, memang kertas projek letak dalam-dalam., takut nanti habis semua jatuh bila nak ambil” terang Syed Harith Daniel.

         Adib rasa macam nak sembunyi dalam almari aje. “Dia dengar apa yang aku kutuk .warghh!!”hati Adib meraung.“ saya tak kata apa-apa kan. Anyway thanks for helping me” ucap Adib. Ikhlas. Kaki diangkat dan terus bergegas menuju ke biliknya.

         “Kejap. Saya tak habis cakap lagi.” Suara itu menahan langkah Adib. Adib terus menghadap Syed Harith Daniel. Syed Harith Daniel berjalan menghampiri Adib. “ Takkan Thanks aje”ucapnya sambil tersenyum.

          “ Dah tu . Encik nak apa?” soal Adib. Ada ke tanya macam tu. Nampak sangat tolong tak ikhlas. Harulah macam ni. Aku nak cepat ni. Dia dok lengahkan masa aku. Seketika jam tangan dilirik. Lunch hour, Aku laparlah. Perut lagi tadi dah buat konset.

         “ Belanja saya makan. Lagi pun saya tak ada teman nak makan. Kejap lagi kan time lunch hour.” Balas Syed Harith Daniel . Statik. Terangkat dua belah kening Adib.Tak cukup itu mulutnya sedikit melopong “ Apa pasallah mamat ni. Suruh aku belanja makan. Nak kata sengket. Gila kau.. Takkan penolong pengarah bahagian keselamatan sengket kut. Macam hilang akallah pulak. Gaji .. mak aii .. kalah aku” deris hati Adib.


          “ Eemm.. belanja tu tak kisah lah. Tapi tak takut ke jadi bualan gossip bila staf kat sini nampak”balas Adib. Turut bermain tali. Kepala Syed Harith Daniel menggeleng. Adib mati kutu. Main tarik tali pun tak jalan jugak.

         “ So.. macam mana. Boleh tak. Kalau tak boleh. Saya tunda hari esok. Tak boleh jugak lusa. Tak boleh pulak tulat.. dan seterusnya macam tu. Sampai boleh” Ucap Syed Harith Daniel sambil tersengih.        “ Asal aku rasa dia ni macam annoying jer. Menyampahlah pulak . Hissy .. tak takut ke kalau jadi bahan ofis nanti. Tak pasal-pasal nama aku tecemar. Dia mana orang nak mengutuk. Mesti diaorang mengutuk aku. Aku kan arkitek biasa aje. Tak macam dia. PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN KESELAMATAN. Wargh.. mesti jadi topik hangat ni. Tak sukanya aku!!!. Nak tak nak kena bolehkan lah. Nanti kena bolehkan jugak. Sama aje” deris Adib dalam diam. Bengang pun ada. Bersiaplah sedialah diri anda, Sharifah Adib Nabilah., menjadi bahan ketupat para staf disini. Warghh.. nak meraung je rasa.

         “okeylah. Tapi tempat makan saya yang tentukan. Memandangkan saya yang nak belanja encik”ucap Adib laju. Karang tak pasal-pasal dia tentukan makan dekat hotel 10 Star. Mana aku nak cekau duit maa. Bulan ni ekonomi merundum sikit. Huhuhu.

         “ okey.. makan dekat mana saya tak kisah. Asal kenyang.”. ucap Syed Harith Daniel

         “kalau tak ada apa-apa. Saya pergi dulu. Nanti jumpa dekat restoran tu. Kejap lagi saya text encik”

         “Okey”balas Syed Harith Daniel .

ILU_06

Tuesday, 3 February 2015

10 + 5v ( 4e-2e) -9 + 19u-18u = 1 10ve u

Bab 5...

 

We were both young when I first saw you.
I close my eyes and the flashback starts:
I'm standing there on a balcony in summer air.

See the lights, see the party, the ball gowns.
See you make your way through the crowd
And say, "Hello, "
Little did I know...

That you were Romeo, you were throwing pebbles,
And my daddy said, "Stay away from Juliet"
And I was crying on the staircase
Begging you, "Please don't go"
And I said...

"Romeo, take me somewhere we can be alone.
I'll be waiting; all that's left to do is run.
You'll be the prince and I'll be the princess,
It's a love story, baby, just say, 'Yes.'"

So I sneak out to the garden to see you.
We keep quiet 'cause we're dead if they knew
So close your eyes... escape this town for a little while.
Oh, oh.

'Cause you were Romeo - I was a scarlet letter,
And my daddy said, "Stay away from Juliet."
But you were everything to me,
I was begging you, "Please don't go."
And I said...

"Romeo, take me somewhere we can be alone.
I'll be waiting; all that's left to do is run.
You'll be the prince and I'll be the princess.
It's a love story, baby, just say, 'Yes.'"

"Romeo, save me, they try to tell me how to feel.
This love is difficult but it's real.
Don't be afraid, we'll make it out of this mess.
It's a love story, baby, just say, 'Yes.'"

Oh, oh.

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around.
My faith in you was fading
When I met you on the outskirts of town.
And I said...

"Romeo, save me, I've been feeling so alone.
I keep waiting for you but you never come.
Is this in my head? I don't know what to think."
He knelts to the ground and pulled out a ring and said...

"Marry me, Juliet, you'll never have to be alone.
I love you, and that's all I really know.
I talked to your dad - go pick out a white dress
It's a love story, baby, just say, 'Yes.'"

Oh, oh, oh, oh.
Oh, oh, oh, oh.

'Cause we were both young when I first saw you...





Pin...!!!


         Ain segera menanggalkan earphone yang melekap kemas pada lubang telinganya. Earphone dililitkan dan dimasukkan kedalam handbag jenama LV. Blazer putih yang dilipat dua dipeha diambil dan diletakkan atas lengan.Dengan langkah yang yakin dia memanjat tangga dan memasuki perut bas. Selepas membayar tambang Rm 2.50 , Ain segera mencari kerusi kosong untuk duduk. Tetapi hasratnya terpaksa di campak ke dalam Laut China Selatan kerana kerusi semuanya telah di ‘booking’.Terpaksalah dia berdiri sampai ke UPM.

         Itulah akibatnya apabila terbabas tidur di siang hari.Hajat hati mahu tidur sekejap sahaja lepas solat Subuh .Tetapi cantik punya landing tak pasal-pasal bangun pukul 9.15 pagi. Bila tengok jam , pukul 9.16 pagi terus lari masuk bilik air. Cuci muka. Gosok gigi. Mandi??. Kira halallah untuk hari ini lagi pun semalam mandi pukul 11 malam. Gilalah . Sejuk bangat sihh.Baju kurung cotton diambil dalam almari . Nasib baik baju dah siap bergosok. Kalau tak kira halallah kedut tu. Kasi corak sikit. Tudung bawal Aryana di letakkan di kepala. Kunci kereta, balzer putih dan handbag disambar . Ain terus bergegas menuruni tangga dan seterusanya menuju ke luar rumah. Selesai pintu utama di kunci, Ain segera memasuki kereta Nissan Skyline Gtr. Tapi yang sadisnya apabila keretanya telah kehabisan minyak. Tak boleh start enjin langsung. Jam tangan dilirik dengan ekor mata.Mak aii pukul 9. 40 pagi dah. Tanpa buang masa dia bergegas menuju ke bus stop yang berhampiran.

        Jam digital di dalam bus menujukkan pukul 10.15 pagi. Patutlah bus sesak sangat.Dah nak dekat tengah hari dah pun.Nasib baik pagi ni dia tak ada appointment dengan patient.Kalau tak lagi haru kena tukar schedule.

Bip.. Bip.. Bunyi telephone mematikan lamunan Ain. Satu mesej diterima .

Hi Ain..
Kita kena restock .blous C079 ,C026, C057.Skirt H067, H044
Shawl W066,W010,W045, W013.Ramai sangat permintaan ...
That all i want to inform
-Haizatul-


         “ Wow.. cepatnya habis. Baru restock dua minggu lepas’’gumam Ain. Nampaknya Boutique Dlarasis kian mandapat sambutan hangat. Jarinya baru bermain pada papan kekunci telephone . Tetapi niatnya terbantut apabila bus yang sedang dinaiki itu membrek secara mengejut. Dia terdorong kehadapan. Sebilangan penumpang bus dihadapannya juga terdorong kehadapan dan melanggar sesama sendiri kerana tidak memegang holder bus. Tetapi yang pelik bin ajibnya dirinya tidak melanggar penumpang dihadapan yang sedang mengaduh kesakitan. Seolah-olah dirinya diikat dengan tali yang kuat untuk tidak terdorong bersama-sama penumpang yang lain.


          “ Are you okay miss?” sapa satu suara garau di tepi telinga Ain. Ain terus mencari arah suara tersebut. Suara itu kedengaran hampir sangat dengan dirinya. Matanya sendiri terpaku setelah melihat wajah seorang lelaki yang memakai spec. Kulitnya putih tanpa sebarang jerawat . Tinggi . Kemas . Tegap .Bibirnya merah tanpa tidak merokok. Anak matanya berwarna coklat. Hidungnya mancung terbentuk.


          “Hissy.. Ain. Apesal kau pandang muka mamat tu lama sangat. Nanti dia kata kau mengatal pulak. Ain wake up!!Wake up .. Ain wake up!!” Ain termalu sendiri. Segera dia mengalihkan mukanya dari memandang lelaki dibelakangnya.Tetapi malunya makin bertamabah apabila melihat tangan sasa seorang lelaki elok melingkar di pinggangnya.
Automatik Ain terkaku dalam pelukan lelaki itu.Wajahnya pucat tanpa darah. Hisyy... kalau toreh dengan pisau agaknya darah pun segan nak keluar.


         Iqmal yang perasan wanita dalam pelukannya itu kaku mirip tiang elektrik terus melepaskan tangannya apabila tersedar tindakannya itu melampaui batas.Serta merta wajahnya berona merah tetapi sempat dikawalnya.Kalau tak hilang macho. “Miss.. are you okay?” sapa Iqmal sambil mengcuit-cuit bahu Ain. Tetapi Ain tidak memberi sebarang respon. Malh kaku seperti tadi.


         “ Ya Allah.. malunya aku. Macam mana dia boleh peluk aku dalam bus ni. Kenapa penumpang lain tak belasah mamat ni. Dahlah peluk anak dara orang sesuka hati. Dia dah cabul aku ke? Ya Allah .. ampunkan dosa aku. Mak .. Abah .. Ain minta ampun.. Ain tak bersalah. Katakan ini mimpi. Mimpi. Mimpi”rengek Ain dalam diam..


          “ Miss are you alright??”sapa Iqmal lagi . Suaranya yang ini lebih kuat. Risau dia melihat wanita tersebut pucat lesi tanpa darah.Tangan Ain digoncang sedikit kuat.Ain yang tersedar dari lamunan terus tercengang. Termangu-manggu sendirian.Ternyata angan-angan Ain untuk katakan ini sebuah mimpi hanya tinggal impian sahaja.Mata Ain terus membulat apabila terpandang lengannya dipegang lagi sekali oleh lelaki tersebut.


         Iqmal turut melihat tempat yang dipandang Ain. Wanita itu seolah-olah bengang akan sesuatu. Alangkah terkejutnya Iqmal apabila melihat tangannya berani memegang tangan wanita bukan muhrim. Nasib baik berlapik.Terus dia melepaskan tangan wanita tersebut. Ain memandang lelaki dihadapannya ini dengan perasaan ingin campak lelaki itu keluar dari tingkap. Mukanya merah menahan marah. Kalau ikutkan hati dia mahu mengamuk minta penjelasan dari lelaki itu. Tapi akalnya yang masih waras menghalang dari mengamuk di situ. Karang tak pasal-pasal bus terbalik.


          “ how dare you?’’ marah Ain. Matanya mengcerung memandang lelaki dihadapannya ini. Ain tengok kecil besar kecil besar aje lelaki depan dia ni.


          “ Sorry. I can explain. It was an accident” Balas Iqmal tenang. Mulanya dia hendak berkenalan dengan wanita itu tetapi melihat muka wanita dihadapannya ini sedang tahan marah dia terpaksa batalkan hasratnya. Straight to the point . Lagi senang. Salah dia juga pergi peluk dan pegang wanita itu.


         “Miss saya boleh explain..say” ucap Iqmal untuk memulakan bicara tetapi bicaranya telah dipotong oleh Ain


         “ explainlah cepat. Awak jangan nak main-main dengan saya yek. Nak saya bawa kes ni ke muka pengadilan ke? Kalau bawa dah tentu saya menaang” Tegas Ain bersuara. Mukanya semakin marah. Kalau hilang sabar mahu dia heret lelaki depan ini pergi pejabat polis. Biar polis yang take over all the mess. Bengang pun ada bila melihat muka lelaki ini. Tenang aja. Bajet suci. Geram betul dia hari ini.Satu-satu hal timbul.

         “ saya nak explainlah ni. Tapi miss janganlah potong line. Macam mana saya nak terangkan pada Miss.”Balas Iqmal. Bengang . Orang nak explain dia potong line pulak. Dahlah paksa orang explain     cepat-cepat.Iqmal terus menyambung bicaranya yang terganggu apabila tiada tanda-tanda bahawa wanita dihadapannya ini akan menyampuk.


          “ saya nampak miss tengah baca text dalam phone sambil senggih.. For your information .. orang lain pun bercinta jugak tapi takdalah macam miss sampai bus brek mengejut pun tak sedar. And lagi satu kalau bus penuh tu silalah pegang holder bus yek sebab hero awak ni. Saya ni tak selalunya ada dengan miss . Okay. Kalau saya tak rangkul pinggang miss tadi... agak-agaknya miss dah tersembam dekat lantai bus yang berkilat ni. Saya tak sampai hatilah nak tengok miss tersembam macam tu. And one more.. yang pasal pegang tangan tu.. saya just nak kejutkan miss. Dah macam zombie hidup dah saya tengok. Saya panggil tak menyahut. Ada faham tak? Lain kali jangan nak sembur orang aje kalau tak tahu pangkal cerita. Susahlah kalau ada seribu orang macam awak ni dekat Malaysia.” Balas Iqmal . Puas hatinya melihat wanita dihadapannya ini terkulat-kulat. Bukan penerangan sahaja dia bagi. Dengan nasihat sekalipun dia bagi. Sempat dia sindir sedas di hujung bicara. Cermain mata yang sedikit terlurut dipucuk hidungnya ditolak sedikit supaya tidak jatuh.



        Ain yang mendengar sudah berdesing telingannya . Bertubi-tubi. Macam di hentam peluru. Bisa juga bicara lelaki ini.Nampak aja nerd dengan baju kemeja jalur kuning dan tie warna coklat tetapi mulatnya berbisa. Nasib baik lelaki itu berkata perlahan kalau kuat sudah pasti Ain yang mendapat malu. Sudahlah diri sendiri tuduh orang secara melulu. Akhirnya malu yang dapat..


        “ Humm ... I’m sorry and thank ” balas Ain sambil menundukkan mukanya kebawah. Tak mahu pandang muka lelaki itu. Selepas berkata begitu.. Terus Ain menekan button stop yang terdapat di dinding bus. Blazer yang dipegang tersangkut pada penghadang kerusi kerana Ain tergesa-gesa untuk turun dari bus itu. Tak sanggup rasanya menaiki satu bus bersama lelaki itu. Mahu malunya bertambah berlipat kali ganda.


          “Cik betul ke nak turun dekat sini?” tanya pemandu bus itu.

          “ ye .. pak cik . saya nak turun dekat sini” balas Ain

         “ tapi ini bukan tempat turun penumpang.” Balas pak cik itu.


Hishh .. sibuk ajelah pak cik ni. Orang nak turun.. berhenti jelah bus. Pak cik juga yang jimat petrol. Tak payah hantar sampai destinasi, Gumam Ain sendirian.


         “ takpe pak cik. Kejap lagi ada orang ambil saya” setelah berkata begitu barulah pak cik itu member signal ke kiri untuk menghentikan bus. Setelah bus berhenti.. aku tergesa-gesa turun dari situ. Pintu bus ditutup dan bus bergerak perlahan. Entah mengapa mata aku seolah-olah di control untuk memandang tingkap lut cahaya bus tersebut.. Muka aku lagi bertambah panas dan malu apabila lelaki itu melambaikan tangannya ke arah aku sambil tersenyum manis..


         “Zomm... zomm.. ” berdesup-desup bunyi kenderaan memecut di atas jalan raya.. Ain tidak nampak seorang pun manusia yang berdiri ditepi jalan ni seperti dia.Dia ternampak signboard UPM. Anak panah menuju ke kiri. Baru dia sedar. Patutlah pak cik tadi terasa sangat berat unyuk membenarkan dia turun . Rupanya ini bukan kawasan turunkan penumpang tetapi lebuh raya.. “ tapi ini bukan tempat turun penumpang.” Kedengaran bicara itu terniang-niang di cuping telinganya. Dia terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometre untuk sampai di pintu masuk UPM. . Adoii malang sungguh dia hari ini. Mula-mula bangun lambat. Tak mandi. make up pun tak sempat. Kereta habis minyak. Malu dalam bus. Sekarang lagi bertambah malu. Mesti lelaki tadi gelakan Aku. Humm.. Dengan langkah yang lesu Ain meneruskan perjalanan menuju ke Pintu utama Upm.. Fighting!! Fighting...!!

         “ Pon... !!” bunyi hon kereta memaksa Ain untuk berhenti. Cermin kereta diturun dan namapak wajah seorang wanita yang binggung memandang Ain.

          “ Ain..!!!”

         “ Adib...!!!”

         Nametag warna hitam tersadai ditepi kasut hitamnya . Iqmal menunduk untuk mengambilnya. Nametag dibelek-belaek.

         “ Humm... UPM... Doctor Veterinar.. Nur’Ain Syafiqah binti Mohd Nor.Erk..!! kecilnya dunia.

ILU_05