"Ladies and gentlemen, welcome onboard Flight 4B7 with service from Indonesia to Malaysia. We are currently third in line for take-off and are expected to be in the air in approximately seven minutes time. We ask that you please fasten your seatbelts at this time and secure all baggage underneath your seat or in the overhead compartments. We also ask that your seats and table trays are in the upright position for take-off. Please turn off all personal electronic devices, including laptops and cell phones. Smoking is prohibited for the duration of the flight. Thank you for choosing Air Asia. Enjoy your flight." Pengumuman bahawa flight akan berlepas dari landasan membuatkan Wan mula rindu akan kenangannya semasa belajar di Lombok.
Selama 10 tahun berada di negara seberang akhirnya dia berjaya menggenggam sebuah ijazah. Kapal terbang sedikit bergegar apabila melanggar awan putih. Dia membuangkan pandangan ke luar tingkap kapal terbang. Kelihatan langit membiru ,tenang sekali . Awan persis gula kapas yang terapung di udara menambahkan keindahan dan kehebatan ciptaan Allah .Dirinya yang berada di awangan itu memaksa kenangan di Garut, Jawa Barat Indonesia bermain semula difikirannya.
Garut, Jawa Barat Indonesia..
8 tahun yang lepas...
"Tiara.. esok saya pulang ke Malaysia?"-wan
"Tiara boleh tak awak jumpa saya esok sebelum saya balik?"-wan
"Tiara..awak dekat mana?"-wan
"Tiara.. flight saya nak berlepas dah..awak dekat mana?"
Wan membaca kembali mesej yang dihantar kepada Neng Tiara Syahida. Namun tiada satu pun mesejnya dibalas oleh Tiara. Pangilan yang dibuat juga tidak dijawab oleh Tiara. Berkali-kali dia menelefon Tiara untuk memberitahu dia akan pulang ke Malaysia dan tidak lagi menjejaki kaki disitu kerana tempohnya untuk belajar disana sudah tamat tetapi hampa menyelubungi diri apabila pangilannya tidak berjawab.Pengumuman bahawa pesawat sedia berlepas meninggalkan lapngan terbang membuatkan Wan sedikit hampa.
Telefonnya bergetar di seluar menandakan mesej masuk. Tertera satu mesej belum dibaca.
"Maaf..saya sibuk. Saya tengah uruskan majlis pernikahan sepupu saya.Maaf ya Wan.. ada masa kita jumpa lagi"-Tiara
Saya tak boleh jumpa awak lagi dah.Gumam hatinya sendirian. Percintaan jarak jauh agar sukar bagi dirinya yang berada di Malaysia. Bila-bila masa sahaja Tiara boleh disunting oleh jejaka disitu.Neng Tiara Syahida, gadis Garut yang berjaya mencuri pandangannya.
Gadis yang sangat cantik, lemah lembut, sopan dan pandai menjaga diri. Walaupun mereka bercinta tetapi batasan pergaulan tetap dijaga sepenuh hati. Dengan berat Wan membalas mesejnya
"Hari ini saya balik Malaysia dan tak akan menjejaki situ lagi. Maaf..tempoh saya berada untuk belajar disitu telah tamat.. jaga diri awak. Selamat tinggal."-wan.
Tiara.. there's a difference between goodbye and letting go. Goodbye is "I'll see you again when I'm ready to hold your hand and when you ready to hold mine". Letting go is " I'll miss your hand. I realized it's not mine to hold and I will never hold it again".Ucap Wan perlahan.Mesej dihantar. Telefonnya dimatikan.
Tiara.. gadis yang dia kenali di Garut.Pertemuan mereka berlaku apabila Tiara melintas untuk ke kedai semasa Wan dan Haslim sedang berbual dengan ayah Tiara ,Encik Syapaei. Kelembutan yang ada pada gadis Garut itu membuatkan dirinya ingin mengenali Tiara. Semakin mengenali gadis itu, dirinya senang dengan kehadiran Tiara. Dan semakin lama terjalinlah satu hubungan yang lebih rapat. Walaupun rapat sebagai kekasih, pergaulan antara muhrim tetap dijaga.
Dalam perut pesawat...
"Tuan-tuan dan puan-puan , kita telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Bagi tujuan keselamatan anda dikehendaki berada di tempat duduk sehingga isyarat pasangkan tali keledar dipadamkan dan pesawat berhenti sepenuhnya. Berhati-hati ketika membuka ruang penyimpanan diatas. Anda dibenarkan memasang telefon bimbit selepas tanda isyarat pasangkan tali keledar dipadamkan. Waktu tempatan sekarang adalah 9.45 pagi. Kepada warganegara, kami mengucapkan selamat pulang dan kepada pelawat kami mengucapkan selamat datang ke Malaysia. Kapten Amri dan anak-anak kapal mengucapkan terima kasih kerana memilih Air Asia."
"Ladies and gentlemen , we has landed at the International Airport KL . For security purposes you must remain seated until the signal pairs seatbelt off and the plane stopped completely . Be careful when opening the storage space above . You may use the mobile phone after the signal seatbelts switched down. Local time now is 9:45 AM . To the citizens , we wish you a safe journey home and to our visitors welcome to Malaysia . Thank you for choosing Air Asia" pengumuman dibuat menyedarkan Wan dari tidur. Orang ramai berpusu-pusu keluar dari perut pesawat. Setelah melalui pintu antarbangsa , Wan mencari seseorang yang dikenalinya.
"Wan... kat sini"Laung satu suara yang sedang berdiri bertentangan dengan Wan.Wan segera mendapatkan pemuda itu." Abang sihat?"ucapnya terdahulu.
"Alhamdulilah , sihat.Wan macam mana?.fligh okay tak?.Mata sembab aja ni. Menangis ke?" Tanya abang Kamil bertalu-talu.
"Alhamdulillah ..sihat juga. Flight okay cuma delay sekejap. Patutnya fly pukul 5.30 pagi. Ni pukul 8 baru fly. Tu yang sampai lambat. Menangis.. tak lah. Tadi tidur . Tak cukup tidur ni" Terang Wan sambil tergelak. Perjalanan selama 3 jam membelah awan tidak membuatkan dirinya berasa penat, fikirannya asyik mengingati sebaris nama yang sangat dia rindui.Kamil hanya mengangguk mendengar penjelasan adiknya itu.
"Jom ..kita gerak . Yang lain dah tunggu Wan dekat rumah" Beritahu Kamil kepada adiknya.
"Okay" Bag ditarik menuju ke kereta BMW 4 Series.
..................................
Wan melangkah keluar dari kereta memasuki KLCC. Hari minggu tak payah cakap dalam KLCC lagu mana. Memang sesaklah. Nak lagi dekat musim perayaan. Segera dia mengeluarkan telefonnya untuk mendail nombor sesorang. Setelah jumpa . Nombor adik sepupunya ditekan.
" Irah dekat mana ni" jeritnya sedikit. Suasana yang bising dengan lagu perayaan dan manusia yang ada disitu menyusahkan dirinya untuk bercakap di telefon.
"Irah dekat McD. Abang Wan jalan-jalanlah dulu. Dah siap nanti Irah call abang"Beritahu Syahirah.
Sememangnya hari ini dia akan pulang bersama Wan. Dia sedang cuti semester , dek kerana tiket bus untuk pulang ke gombak tiada. Irah meminta tolong abang sepupunya untuk mengambil dia di Kuala Lumpur. Keluarga Syahirah tidak dapat mengambilnya kerana mereka menziarahi orang sakit di Kelantan.
"Humm.. Okaylah kalau macam tu. Abang Wan tunggu kat MBS" Talian dimatikan.Tak ada kerja dia nak jalan-jalan waktu orang tengah sesak ni. Kaki terus melangkah menuju ke MBS. Lama sudah dia tidak ke sini. Banyak perubahan yang berlaku. Dalam MBS pun tidak kurang sesaknya.Dirinya berjalan menyusuri rak buku di situ. Sedang asyik menyusuri rak buku di situ, buku berjudul Nikmatnya Bercinta Selepas Bernikah menarik perhatiannya. Buku itu dicapainya. Tiba-tiba kedengaran bunyi buku jatuh berhampiran dirinya. Tak lama selepas itu kedengaran suara seorang perempuan mengaduh kesakitan.
"Auch..sakitnya.Kenapa tinggi sangat letak buku tu. Tak pasal-pasal buku jatuh atas kepala" Bebelnya sendirian sambil mengusap kepalanya. Wan segera mengutip buku yang bertaburan itu sebelum menghulurkan kepada gadis itu.
" Awak okay tak? " Tanya Wan perihatin . Senyuman menghiasi wajahnya. Gadis itu mendongak memandangnya dan sedikit terkejut kerana orang yang dicarinya berada depan mata.
Dirinya kaku seketika. Pandangannya menyapu wajah bersih itu sedikt sebanyak menghilangkan rindu yang berbuku dihati.Sekian lama dia mencari si dia. Akhirnya kini baru dia jumpai.
"Awak okay tak?" Tanya Wan lagi. Pelik dia tengok gadis depan dia ni. Takkan mereng kut sebab buku jatuh atas kepala. Asyik pandang dia aja. Lama menunggu jawapan gadis itu. Dia mula perasan. Hisy.. tahu lah aku ni handsome. Tapi agak-agaklah nak pandang aku pun. Aku ni yang naik segan.Wan memetik jarinya kuat dihadapan muka gadis itu untuk menyedarkannya.
" Humm.. maaf. Saya tak sengaja. " ucap gadis itu. Mukanya menunduk . Malu menyelubungi diri.
"Oh.. takpelah.Hal kecil aja"
" kat sini pun abang. Jomlah Irah dah siap" Beritahu Syahirah sambil menarik tangan Wan untuk meninggalkan tempat itu.
" Okay.. jom " Wan berjalan meninggalkan MBS. Gadis itu hanya menghantar pemergian si dia dari jauh. Suara gadis yang memanggil si dia itu abang membuatkan dirinya sedikit terkejut. Mesra sekali ibarat pasangan suami isteri. Dirinya runsing memikirkan itu semua. Adakah betul lelaki itu si dia?
" Sayang.. dah ke belum" suara seseorang menyentak lamunanya.
"Oh.. sudah.. jom bayar"
........................................
Tiara keluar dari kereta handak menuju ke tandas masjid. Sedang dia memasuki kunci kereta kedalam beg tangan, sesorang telah menegurnya. Tiara segera mencari suara yang menegurnya.
"Eh.. kita jumpa lagi. "Ramah Wan menegur gadis yang tidak diketahui namanya itu.Tiara sedikt terkerjut. Tidak menyangka dirinya bakal bertemu lagi dengan si dia.
" Saya ..Wan Abdul Rahman. Nama awak siapa?" ucap Wan mengenali dirinya tanpa dipinta oleh gadis itu. Tiara sedikt tersentak. Ternyata betul lelaki itu si dia.Melihat lelaki itu tertunggu-tunggu jawapan darinya. Dia segera mengenalkan dirinya.
" Saya.. Tiara" Beritahunya lambat. Dia perasan riak wajah lelaki itu sedikt berubah.
"Tiara..Tiara what?"soal Wan kembali. Dia sedikit berdebar untuk mengetahui nama penuh gadis itu.
"Neng Tiara Syahida" Tiara perasan riak tergamam lelaki di hadapannya ini. Sudah tentu lelaki itu mengenali dirinya. Kalau tak masakan mukanya terkedu apabila mendengar nama penuh Tiara.
"Awak Tiara. Macam mana boleh ada dekat sini?.Awak ingat saya lagi tak?"soalnya bertalu-talu.Tiara hanya mendiamkan diri. Anggukan dari Tiara menyebabkan Wan tersenyum lebar.
"Sayang.. kenapa ada dekat luar ni?" Suara seseorang menegur Tiara. Lelaki itu berdiri rapat dengan Tiara.Wan terkedu seketika. Panggilan sayang itu melemahkan dirinya.
"Oh.. nak pergi tandas lepas tu terserempak dengan kawan Tiara" Tiara memandang muka Wan. Tahulah dia bahawa Wan pasti terluka.
"Oh.. maaf. Saya Naj, suami Tiara" Naj menghulurkan tangan untuk bersalam .Huluran bersambut.
"Saya Wan, kawan Tiara . Tak sangka boleh jumpa Tiara dekat sini.Tak tahu pulak Tiara dah kahwin. Lama tak balik Malaysia". Wan beramah mesra dengan Naj. Walaupun hatinya sakit melihat orang yang dirindui telah berkahwin, tidak bermakna dia perlu berdendam dengan Tiara. Silapnya juga kerana tidak menghubungi Tiara selepas pulang ke Malaysia 8 tahun yang lepas.
"Lama tak balik Malaysia Pergi mana?" Tanya Naj. Soalan daripada Naj itu berjaya menarik wajah Tiara supaya menatap wajah Wan. Dia menanti-nanti jawapan yang keluar dari mulut Wan.
"Saya sambung belajar di Lombok. Baru aja sampai Malaysia." Wan tersenyum hambar.
"Tak lambat lagi kan kalau saya kata selamat pulang "soal Naj. Wan hanya ketawa.
"Saya minta diri dulu ya. Nak balik Gombak ni" Dirinya tidak betah berdiri dihadapan Tiara. Ingin sahaja dia bertanya banyak kepada Tiara tapi mengenangkan Naj turut berada disitu. Dia mematikan niatnya untuk bertanya. Selepas bersalaman dengan Naj. Naj menghulurkan sampul putih kepadanya.
" Jemput datang .Saya ada buat majlis sikit" beritahu Naj.
" Insyaallah saya datang" Wan berjalan menghampiri keretanya. Dia sedar bahawa Tiara bukan miliknya .Dia lihat Naj seorang lelaki yang baik. Tentu Tiara senang bersama suaminya itu. Apabila sedikit tenang. Dia mula memandu keluar dari kawasan masjid. Sempat dia membunyikan hon kereta kepada pasangan itu. Syahirah disebelah hanya senyap , menunduk membaca novel. Selawat dan zikir dimainkan dibibir membuang gusar di hati. Patah hatinya.
Tiara segera menuju ke tandas. Air mata mengalir dipipi dibiarkan. Tersedu sedan dia menagis di tandas. Dirinya tidak kuat menghadap Wan lagi. Naj, suaminya yang dia kahwini baru 7 bulan,Tiara berasa bersalah terhadap suaminya. Walaupun sudah berkahwin dia tetap juga memikirkan soal Wan. Dia tahu berdosa baginya memikirkan lelaki lain selain suaminya. Tetapi apakah daya yang dia ada. Perkahwinan yang dirancang oleh keluarganya sendiri. Terpaksa dia menurut. Dia tidak mahu peristiwa maknya dibuang keluarga sendiri berlaku lagi hanya kerana tidak mengikut kehendak keluarga. Naj .. suaminya yang sangat baik. Tak tergamak dia melukakan suaminya. Dia tahu suaminya sudah lama terluka dengannya. Selalu permintaan suaminya ditolak olehnya. Dirinya tidak mampu mencintai Naj.
Bukan dia tidak cuba menghadirkan rasa cinta itu kepada Naj. Semakin dia cuba , semakin dia mengingati Wan.
"Ya Allah.. maafkan aku . Aku tak kuat Ya Allah. Naj.. maafkan saya. Saya berdosa dengan awak. Saya tak layak untuk awak.Wan.. saya minta maaf" Rintih Tiara perlahan.
........................................
"Wan.. mari sini, minum petang dengan mama" Gamit Puan Syadah apabila ternampak anak terunanya itu menghampiri pintu gelangsar. Wan melangkah perlahan mendekati Puan Syadah. Puan Syadah menghulurkan minuman kepada anaknya itu. Cawan berisi air nescafe dicicip perlahan. Aroma nescafe dihidu. Hisyy.. macam nak buat iklan nescafe aja gayanya.
"Pak usu.. nak duduk atas" ucap Haikal yang berusia 4 tahun, anak abang longnya, Kamil. Jari telunjuk menunjuk atas ribanya. Wan mengangkat Haikal duduk atas ribanya. Sekali-kali rambut anak kecil itu diusap lembut. Tak cukup itu Haikal di gomol .Geram melihat Haikal yang tembam itu.
"Nak tu" Kuih karipap ditunjuk oleh Haikal. Wan mengambil satu kuih karipap itu lalu disua kepada Haikal .
"Wan.. start kerja bila?" Puan Syadah bertanya kepada anaknya itu. Tangannya mencubit pipi montel Haikal. Geram dia tengok. Haikal menyeringai kesakitan.
"Start kerja kat syarikat minggu depan. Tapi tadi, baru jap tadi dapat call dari UIA. UIA tawar part-time mengajar .Sabtu dan Ahad" Beritahu Wan sambil tangannya membersihkan mulut Haikal. Comot tapi comel.
"Wan terima ma.. lapor diri Sabtu ni"Terang Wan lagi. Puan Syadah hanya mengangguk.
..........................................
Keputusan sudah dibuat, Wan mengagahkan dirinya untuk bertandang ke rumah Naj . Mungkin ini adalah harapan yang terakhirnya dia boleh melihat Tiara . Selepas ini nama Tiara akan dilupakan. Berdosa baginya kerana memikir isteri orang. Berulang kali kad ditangan dibaca. Memastikan betulkah dia berada di alamat yang betul. Setelah memastikannya, Wan segera keluar dari kereta dan menuju ke rumah banglo dua tingkat itu. Kelihatan semua tetamu berpakaian sopan, ruang tamu penuh dengan tetamu yang bertandang . Dia juga mendengar alunan surah Al-Quran beralun di dalam rumah. Wan menghampiri seorang lelaki tua untuk bersalaman.usianya lebih kurang ayahnya juga.
"Asalamualikum,Pak cik"Wan memberi salam lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Huluran tangan bersambut.
"Walaikumussalam"Ucapnya. Wan ingin meleraikan huluran salam tetapi sedari tadi pak cik itu memandangnya dengan muka yang sayu."Wan tak kenal pak cik dah ke?"soalnya . Muka Wan dipandang sayu. Wan cuba mengingati wajah pak cik dihadapannya ini. Ingatannya kabur, mata dipejam buat seketika, zikir dialunkan dibibir. Alhamdulillah , dia dapat mengecam wajah pak cik dihadapnnya ini.
"Pak cik Syapaei". Soalnya. Anggukan dari pak cik itu meyebabkan dia tersenyum puas. Tidak semena tubuhnya ditarik ke dalam rangkulan Encik Syapaei itu. Buat seketika dia merasakan bahunya basah . Belakang tubuh Encik Syapaei ditepuk lembut untuk menghilangkan gusar dihati tua itu. Setelah lega , pelukan diuraikan. Wan berasa pelik sejak dia menapak masuk dalam perkarangan rumah banglo mewah itu. Langsung dia bertanya kepada Encik Syapaei .
"Pak cik.. ada buat majlis apa sebenarnya ni?" Soalnya lurus. Jemputan kad yang diberi oleh Naj hanya tertulis majlis doa selamat. Tapi yang menghairankan dirinya kenapa dari tadi tetamu kelihatan sayu sahaja . Terdengar juga perkataan arwah.
"Arwah Naj dah pergi"ucap Encik Syapaei sayu. Mukanya keruh seperti menahan sesuatu ."Sekarang tengah tunggu jenazah dibawa ke sini" beritahunya lagi. Wan tergumam .Tidak menyangka pertemuan pertama dua minggu lepas adalah pertemuannya yang terakhir dengan arwah Naj.
"Inna lillahi wa inna ilahi rojiun"Kalimah itu diucap oleh Wan. Hatinya mula turut sayu dengan pemergian arwah Naj. Walaupun hanya jumpa buat seketika , dia pasti arwah Naj seorang yang sangat baik. Untungnya, dia dipanggil sekarang oleh Allah. Allah sangat menyayangi dirinya. MasyaAllah.
"Allahummaghfirlahuwarhamhu. Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.” Doa dititip untuk arwah Naj." Pak cik.. ada apa-apa yang saya boleh bantu?"Wan menawarkan pertolongan. Sebaik sahaja dia berkata begitu, van jenazah sudah sampai di perkarangan rumah. Ramai pemuda mengerumuni van itu, menawarkan pertolongan. "Tolong Pak cik uruskan jenazah arwah Naj".Wan segera mengangguk. Dia berjalan menghampiri van jenazah. Wan turut bersama-sama pemuda yang lain mengusung jenazah arwah Naj masuk ke dalam rumah.
Dari mandikan jenazah sehingga pengebumian jenazah, Wan uruskan tanpa banyak soal. Sememangnya Encik Syapaei tidak mampu menguruskan seorang diri dek kerana keuzurannya. Semasa menguruskan jenazah arwah Naj, Wan tidak dapat menggambarkan perasaannya. Wajah arwah Naj sangat tenang. Cerah sahaja, ibarat bayi yang baru dilahirkan. Sewaktu mengerjakan solat jenazah, ruang tamu penuh dengan kaum muslimin yang turut menunaikan solat jenazah.
" Barang siapa yang disembahyangkan oleh tiga baris kaum muslimin, maka telah diwajibkan jenazah itu masuk syurga.
(Riwayat Abu Daud)"
Ahli masjid kian berundur selepas majlis tahlil. Wan mencari Encik Syapaei untuk bersalaman sebelum beredar. Seharian dia berada di rumah Encik Syapaei dari pagi hingga petang menguruskan jenazah arwah Wan. Baju pun, wan hanya pinjam baju arwah Naj disebabkan bajunya kotor. Setelah menjumpai Encik Syapaei , dia meluahkan hasratnya.
"Pak cik.. saya minta diri dulu ya"ucapnya lembut. Tangan dihulurkan.
"Oh... terima kasih banyak-banyak ya Wan. Kalau tak ada Wan. Pak cik tak tahu apa nak jadi" huluran bersambut lalu tubuh Wan didakapnya.
"Sama-sama. Tak ada masalah Pak cik. Yang mana saya boleh tolong, saya tolong. Takziah ya Pak cik. Sabar" Nasihat Wan. Belakang Encik Syapaei ditepuk perlahan memberi semangat.
"Kirim salam saya kepada Tiara. Takziah untuk dia" pinta Wan selepas pelukkan di uraikan.
"Wan.. tak nak jumpa dia ke?" Wan memandang Tiara yang duduk di sofa. Penat mungkin . Wajahnya sayu sekali. Terkesan dengan peninggalan arwah Naj. Bukan dia tak nak berjumpa Tiara tetapi dengan keadaan begini, rasanya tidak sesuai sama sekali. Pandangan dipalingkan semula menghadap wajah tua Pak cik Sypaei. Wan tersenyum seketika.
"Takpelah pak cik. Lain kali sahaja. Sampaikan salam saya pada dia ya. Suruh dia banyakkan bersabar. "Pinta Wan sebelum melangkah mendekati kereta. Encik Syapaei menghantar pemergian Wan dengan satu harapan.
Disebalik kesedihan yang melanda keluarga itu, terbit satu senyuman puas. Selendang dikepala dibetulkan. Rimas dia, dari tadi asyik berpakaian sopan. Panas!!. Disebabkan ingin memastikan perkara ini berlaku, dia sendiri menghadiri tahlil itu.
"Hummm.. puas hati aku. Aku tak dapat, jangan haraplah kau dapat. Biar adil. Sama-sama tak dapat" senyman sinis tersemat dibibir apabila terpandangkan Tiara yang lesu dan muram di sofa.
Dia mengaduh kesakitan apabila bahunya disadung kuat oleh bahu lelaki di sebelahnya" Jom balik" kata lelaki itu dengan tegas.
"Jomlah Zali. Rimas aku lama-lama dekat sini" Mereka berjalan melolong meninggalkan perkarangan rumah itu.
...........................................
Satu tahun kemudian...
Telefon bimbit di kocek seluar bergetar. Tertera nama Hazwan , segera Wan mengangkat panggilan itu.
"Hello Wan..nanti jumpa Anis , abang dah bincang dengan dia , Wan cuma booking kan untuk abang je" Beritahu Hazwan tidak menyempat.
"Assalamualaikum"Sindir Wan. Tersengih dia seketika. Biasanya dia aja yang kena sindir oleh abang ngahnya . Kali ini biar abang ngahnya pula kena sindir.
"Walaikumussalam. Hehehe..sorry sorry. " Jawab Hazwan lalu ketawa kecil."Dengar tak abang kata apa?"soalnya kembali.
"Dengarlah abang, jumpa Anis. Wan just booking kan untuk abang aja."Ulang Wan apa yang dikatakan oleh Hazwan.
"Bagus.Bagus. Abang tak boleh balik lagi ni. Minggu depan baru balik." Adunya kepada Wan. Kalau ikutkan dia tak nak pergi meeting di Singapura sebab banyak lagi persiapan yang perlu dilakukan. Tapi memandangkan ayahnya tak boleh pergi terpaksa dia ganti ayahnya.
"Iya .. sabarlah. Tak menyempat-nyempat. Wan sekarang nak jumpa Anislah. Nak suruh Wan buatkan video conference ke?". Tanyanya. Kaki melangkah menuju ke kaunter pertanyaan. Wan melemparkan senyuman kepada pekerja bertugas sebelum memberitahu untuk berjumpa dengan Anis.
"Cik saya nak jumpa Anis Haliza "Beritahunya kepada pekerja yang mamakai tag nama Amirah.
"Memang nak suruh Wan buat. Tapi tak bolehlah. Abang nak masuk meeting dah ni. Takpelah Wan uruskan dengan Anis. Dah siap tu bagitahu abang. Abang nak letak dah ni. Assalamualikum" Hazwan memberi salam sebelum talian dimatikan.
"Walaikumussalam" Balas Wan lalu telefon dimasukkan ke dalam seluar.Pandangan di alihkan menghadap Amirah.
"Hmm.. encik boleh tunggu disana"ucap Amirah . Tangan ditunjukkan ke arah satu meja kopi di sudut tepi ruang lobi itu.
"Terima Kasih"ucap Wan lalu melangkah ke tempat yang dimaksudkan Amirah.
Urusan berkaitan dewan sudah selamat di uruskan. Tak menyempat-nyempat abangnya itu.Majlis resepsi lambat lagi. Tapi yalah. Tempah awal-awal senang sikit. Setelah perbincangan selesai, Wan ingin mengundurkan diri, tetapi satu suara yang tengah memberikan arahan memaku pergerakan dirinya.
"Anis, esok saya nak adakan meeting pukul 10 pagi. Bawa semua file bulan ini"arahnya kepada Anis.
"Baik .. cik Syahida" Balasnya pantas. Cacatan ditulis didalam suatu buku.
"Tiara"Tanpa sedar Wan memanggil Tiara. Tergamam dia apabila melihat Tiara tiba-tiba ada di dihadapannya. Anggun sekali penampilan Tiara dengan persalinan koprat.
Tiara mendongak memandang orang yang memanggil namanya itu. Tiada siapa yang boleh memanggil namanya yang satu itu melainkan orang terdekat sahaja. Apabila pandangannya bertemu Wan, dirinya turut tergamam. Setelah sekian lama tidak berjumpa , tidak menyangka hari ini dia bakal berjumpa sekali lagi dengan Wan.
"Wan"ucapnya sepatah sebelum menekur pandangan kebawah. Wan menghampiri Tiara.
"Awak free tak sekarang?. Saya nak jumpa awak sekejap" pinta Wan . Tiara mendongak lalu mengangguk .
.................................................
Saya
terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut itu. Tangan digoncang perlahan.
“ Macam mana , sah” soal Encik Syapaei.
“ Sah..” Kata saksi
yang menghadiri majlis pernikahan itu. Dengan sekali lafaz sahaja Neng Tiara Syahida
sudah berubah status sebagai isteri orang.
“ Alhamdulilah..”
serentak mereka bersuara. Doa dibaca bagi mensyukuri sebuah masjid yang baru
dibina. Menangis syaitan kerana tidak dapat menggagalkan umat Nabi Muhammad
daripada melakukan zina serta maksiat. Menitis air mata Tiara kerana diberi
peluang sekali lagi menjadi seorang isteri. Puan Syadah dan Puan Haslina,
memeluk Tiara. Solat sunat nikah dibuat diruang tamu. Apabila selesai, Wan
mendapatkan Tiara untuk bersalaman.
Terpegun dia
melihat Tiara yang cantik dengan jubah warna putih Kristal. Wan duduk dihadapan
Tiara. Tiara mendongak memandang suaminya. Senyuman kecil diberikan kepada Wan .
Tangan dihulurkan untuk bersalaman. Saat hidung mancung Tiara bertemu hangat
tangan Wan, menitis lagi air matanya. Bukan kerana terpaksa tetapi kerana kegembiraan.
Selepas itu mereka bersalaman dengan seluruh ahli keluarga serta tetamu yang
menghadiri majlis itu. Tidak henti-henti mereka menerima ucapan tahniah serta
menjadi model untuk merakam gambar majlis pernikahan mereka.
...........................................................
Resepsi majlis Wan
dan Tiara dibuat serentak dengan resepsi majlis Hazwan dan Julia. Dewan ditaja
sepenuhnya oleh Tiara. Tetamu mula membanjiri ruang legar dewan yang besar itu.
Sebaik sahaja Pintu utama dewan terbuka tersembul wajah empat pengantin yang
berjalan ayu melangkah kearah pelamin dihadapan mereka.keempat-empat mereka
melakar senyuman yang menawan. Konsep garden diirhamkan dalam majlis
perkahwinan mereka. Seluruh dewan dihias dengan bunga hidup, langit dewan pula
dihias dengan bunga yang menjalar. Keindahan awan yang bergerak dapat dilihat
kerana bumbung dewan diperbuat daripada kaca jernih. Hazwan dan Julia
mengenakan persalinan berwarna pich manakala Wan dan Tiara mengenakan persalian
warna cream white. Kombinasi dua warna itu menambahkan kemewahan majlis itu.
Selesai sahaja makan beradab, mereka turun berjumpa tetamu untuk bersalaman.
Majlis pada malam itu berjalan dengan lancar.
....................................................................
Wan
dan Tiara melangkah ke bilik esekutif di Hotel tempat mereka mengadakan majlis.
Kedua-duanya hanya senayap sepanjang perjalanan ke sana. Sebaik sahaja pintu
bilik dibuka Wan melepaskan tangan Tiara. “ Tiara pergi mandi dulu, kita solat
Isyak sama-sama” Tiara angguk , langkah dibawa ke almari untuk mengambil
pakaian sebelum memboloskan diri ke kamar mandi. Setelah selesai, langkah
dibawa ke ruang bilik. Kelibat Wan tiada disitu, bunyi air jatuh memahamkan
Tiara bahawa Wan berada dalam bilik air . Laju dia menyarung telekung dan
menghamparkan sejadah.
“ Dah siap” tanya Wan sepatah
“ Sudah” balasnya pendek.Wan
mengalunkan bacaan Al-Fatihah. Lunak sekali suaranya, Tiara tenang mendengar
bacaan itu. Hatinya damai. Solat Isyak Tiara diimamkan oleh suaminya, Wan Abdul
Rahman bin Rasyid. Solat Syukur di lakukan oleh mereka selepas solat Isyak. Setelah
itu, mereka menadah tangan dan doa dipohon kepada Allah.
“Ya Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.Engkau anugerahkanlah padaku isteri yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami.
Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada kami. Kurniakanlah kami ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.Allahu lateefun biAAibadihiyarzuqu man yashao wahuwa alqawiyyu alAAazeez.Amiin Ya Rabbal A’lamin” Lancar sekali bacaan doa Wan. Tiara turut menitiskan air mata sekali lagi . Sungguh dia terharu mendengar doa suaminya itu.
Wan memusing badannya menghadap Tiara,isterinya yang dinikahi baru sahaja tadi. Senyuman diberikan kepada Tiara. Tangan yang dihulurkan disambut lembut oleh Tiara . Tiara menunduk mencium tangan Wan. Lama dia berkeadaan begitu. Setelah itu senyuman manis turut diberikan kepada suaminya. Wajahnya basah dek air mata yang menitis keluar oleh dua belah kelopak mata.
“ Kenapa menagis ini. Humm..” tanya Wan lembut. Tangan sasanya mula menyeka air mata yang keluar dari kelopak mata isterinya. Tiara memandang lembut muka suaminya, hanya gelenggan diberikan. Lidahnya tidak mampu mengucapkan kata-kata. Makin menjadi- jadi titisan air mata Tiara keluar mengalir ke pipi mulusnya. Segera Wan mengucup kedua belah kelopak mata Tiara. “Tiara Ikut Wan kata ya” Arahnya kepada Tiara. Tiara hanya mengangguk. Tangan sasa Wan mengusap tangan lembut Tiara . Umpama memujuk anak kecil.
“Ya Allah, aku mohon daripada-Mu jiwa yang tenang, yang beriman dengan pertemuan dengan-Mu, reda dengan ketentuan-Mu, dan berasa cukup dengan pemberian-Mu. Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu” Doa Wan yang turut diikuti oleh Tiara. Setelah merasakan tiada esakan kecil dari Tiara. Wan melepaskan kucupan pada kelopak mata Tiara. Tangannya menyeka sekali lagi air mata yang mengalir dipipi isterinya. Setelah Tiara tenang sedikit. Wan meletakkan tapak tangannya di atas kepala Tiara lalu berdoa kepada Allah.
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikannya yang Dikau ciptakan padanya. Dan daku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan dari keburukannya yang Dikau ciptakan pada dirinya” Lantas ubun-ubun Tiara dikucupnya lama. Dalam majlis akad nikah tadi Wan tidak mengucup dahi Tiara, segan dia dengan orang yang memandang. Yang sekarang ini kiranya bayar baliklah acara batal air sembahyang tu. Tiara hanya diam tak berkutik. Matanya terpejam saat Wan mengucup ubun-ubunnya.
........................
Wan menyelak langsir yang tergantung cantik di
ruang tidur bilik esekutif itu. Terbentang luas keindahan malam di kota Kuala
Lumpur. Sudah satu pagi, namun bandar itu tidak sunyi. Jalannya sentiasa ada
kereta yang menyusur pergi ke sana ke sini. Tiara mendekati Wan yang asyik
dengan pemandangan itu.
“
Wan, air awak” Ucapnya lalu menghulurkan cawan yang berisi air nescefe. Wan mencicip
sedikit air tesebut lantas cawan itu diletakkan diatas meja kecil disisi katil.
Wan menyandar di birai katil. Tangannya mengamit Tiara agar duduk
disebelahannya . Tanpa banyak soal, Tiara hanya menurut sahaja. Wajah manis
Tiara dipandang, lidahnya menyusun rangka soalan yang akan diutarakan kepada
Tiara. Sememangnya banyak solan yang berlegar di fikirannya.
` “
Emm.. Tiara , Wan ada banyak soalan nak tanya sejak kita jumpa di masjid tahun
lepas” Mukadimah Wan .
“ Apa dia Wan”
soalnya. Tangan menarik comforter
berwarna kelabu menyelimut kakinya yang kesejukan. Wan yang perasan isterinya
yang kesejukan itu segera mencapai remote untuk meninggikan suhu pedingin hawa.
“
Macam mana Tiara boleh ada dekat Malaysia?” Soal Wan. Banyak soalan yang ingin
ditanya. Tapi soalan ini tersangat penting baginya. Wan memandang Tiara,
menunggu bibir kecil itu mengulumkan jawapan.
“
emm.. Tiara memang asal sini.” Balasnya pendek. Wan terangkat keningnya. Tidak
terduga Tiara adalah warganegara Malaysia. Patutlah urusan perkahwinannya
dengan Tiara mudah.
“
Yang Tiara duduk dekat Garut itu. Bukannya warganegara sana” Soalnya kembali.
“
Sebenarnya macam ini.” Tiara berjeda seketika. Menyusun ayat . “ Emm.. mak kena
buang keluarga sebab berkahwin dengan ayah. Atuk nak mak kahwin dengan anak
kawan dia. Tapi mak tak nak sebab anak kawan atuk tu jahat, perempuan keliling
pinggang, terlibat dengan dadah dan judi. Jadi mak memang tak nak berkahwin
dengan dia. Siapa yang nak berkahwin dengan orang macam itu”
“
Mak tak beritahu atuk ke?” pintas Wan. Bersungguh dia mendengar cerita Tiara.
“
Mak dah beritahu pada atuk dah, tapi atuk tak percaya. Sebab dia tu pandai
berlakon. Depan family dia dan atuk dia sangat alim. Belakang diaorang macam
lanun. Tapi atuk tetap nak mak kahwin dengan dia. Mak beritahu ayah pasal tu.
Ayah pun bawa mak pergi Siam. Mereka kahwin dekat sana. Mereka tahu salah tapi
dah tak ada masa sebab tarikh kahwin mak dengan dia dekat sangat. Lepas sebulan
mereka kahwin , mereka jumpa atuk . Masa itu , atuk memang marah sangat-sangat.
Macam-macam dia kata dekat mak. Anak yang tak gunalah. Derhakalah.”
“
nenek mana? Tak tenangkan atuk” Wan mengubah posisi kedudukan, kepala
diletakkan diatas riba Tiara. Tiara sedikit tersentak, tetapi Wan pandai
mengawal keadaan supaya Tiara tidak segan dengannya.
“
emm.. nenek dah lama meninggal” Sayu mula menerjah ke hati Tiara. “ lepas itu
atuk kata mak bukan anak dia lagi. Atuk tak mengaku mak anak dia. Mak sedih
sangat waktu tu , tapi Allah beri mak kegembiraan , mak mengandungkan Tiara. Lepas
Tiara dilahirkan. Ayah bawa mak ke Garut. Dekat sana Tiara membesar. Lepas itu,
kita pun jumpa kan Wan. Tapi sekejap je Wan ada dekat Garut” Lirih suara itu
bersuara.
“
Tiara sayang, masa Wan dekat sana dah tamat. Kalau Wan dekat sana lagi jawabnya
lokaplah tempat tinggal Wan. ” Wan ketawa seketika, lucu mengenagkan dirinya
dilokap . Tiara turut ketawa. “ sebab itu, Wan suruh Tiara jumpaWan, Wan mesej
, call Tiara. Tapi Tiara tak angakat”
“emm..
maaf, Tiara sibuk uruskan masjlis kahwin sepupu Tiara . Tapi kenapa Wan tak
hubungi Tiara masa dekat Malaysia?. Setiap hari Tiara tunggu Wan telefon. Tapi
tak ada pun sekali Wan telefon Tiara. Tiara call Wan. Tapi nombor Wan tiada
dalam perkhidmatan.”
“
Maaf ya sayang .. Wan terpaksa buang nombor itu. Wan tak nak kenangan kita
menggangu Wan . Jauh sayang Malaysia dan Garut itu. Apa-apa boleh terjadi pada
Wan dan Tiara. Wan terpaksa buang juga, tak nak hati Wan lemah. Wan akan cari Tiara
lepas Wan dah dapat apa yang Wan inginkan. Sebab itu mesej terakhir, Wan taip
Selamat Tinggalkan. Wan tak taip Wan lepaskan sayang”
“Sayang.. there's a difference between goodbye and letting go. Goodbye
is "I'll see you again when I'm ready to hold your hand and when you ready
to hold mine". Letting go is " I'll miss your hand. I realized it's
not mine to hold and I will never hold it again". Terang Wan lagi. Tiara
tersipu malu, kali ini sudah masuk lima kali Wan memanggil dirinya sayang.
“
Abang confuse lagi ni” Bahasa Wan sudah bertukar. Tiara hanya tersenyum kecil.
Pandai Wan mengubahnya secara perlahan-lahan. Wan berjeda seketika , menunggu
reaksi si isteri. Sekian lama mennggu, Tiara terus bertanya kepadanya.
“
Abang confuse apa?” soalnya pendek. Bibir Wan mengulum senyuman panjang.
Sengaja dia bercakap separuh. Hendak mendengar Tiara mengucapkan kata itu.
Abang kedengaran lagi sweet berbanding Wan. Tiara memalingkan mukanya kearah
lain. Berpura-pura memandang televisyen LED 70 inci yang tertampal kemas pada dinding.
Mukanya merah menahan malu. Apa tidaknya sebaik perkataan ‘Abang’ itu terluncut
dari bibirnya , Wan tidak putus-putus tersenyum lebar memandang mukanya. Rambut
perang coklat yang beralun lepas di bahu di gulung kecil lalu disanggul di kepala.
Rimas dia berambut panjang tapi sayang hendak dipotong. Teringat dia sebaik
sahaja telekung dicabut, terkejut bukan kepalang apabila Wan mengusap rambut
panjangnya itu lalu dihidu olehnya. “ Wangi” itulah perkataan pertama Wan yang terlucut keluar sebaik sahaja rambut
Tiara dimainkan dihidungnya. Lepas itu Wan kata lagi “ Jangan potong rambut. Saya
suka rambut awak”. Tiara hanya mengangguk.
“
Macam mana Sayang boleh kembali menetap dekat Malaysia?”Soal Wan dengan musykil
. Rambut Wan dimainkan oleh Tiara. Wan senang dimajakan begitu.
“
emm... nenek Salmah yang cari mak sampai Garut. Dia merayu pada mak suruh jumpa
atuk. Waktu itu atuk sakit tenat. Tapi mak enggan pergi sebab atuk dah buang
mak tapi berkat kepandaian ayah pujuk mak. Akhirnya mak pergi juga melawat
atuk. Cerita itu mengingatkan Tiara kepada ibunya sewaktu didatangi oleh nenek
Salmah, nenek tiri Tiara.
“
Lina , mak merayu pada Lina . Pulanglah jenguk abah . Abah sakit sayang. Dia nak
jumpa sayang.”
“
Tapi mak, abah dah buang Lina , mak. Dia haramkan kaki Lina langkah rumah tu.
Dia haramkan kaki Lina jengguk dia bila dia dah meninggal.” Sayu Puan Haslina
menuturkan itu .Teringat wajah bengis Encik Ahmad ketika memakinya dan
menghalaunya dari rumah mereka. Bahunya terhinjut-hijut menahan tangisan yang
keluar dari kelopak matanya. Salmah menedekati anak tirinya lalu menepuk
belakang Haslina lembut.
“
Lina, abah tak sengaja kata begitu sayang. Abah cakap dalam keadaan marah. Jadi
abah tak dapat berfikir dengan baik . Emosi abah terganggu. Abah tak dapat
terima kenyataan yang Lina tidak ikut perancangannya. Mak minta maaf pada Lina,
mak tak mampu nak tenagkan hati abah. Mak sendiri terkejut bila abah mengamuk
besar waktu itu. Selepas Lina pergi, mak pujuk abah suruh tarik balik kata abah
pada Lina. Tapi abah tak hiraukan mak. Dia maki mak pula” Terang Puan Salmah
jujur.
“
Selepas itu, abah dapat tahu yang Farhan tu jahat. Itu pun abah nampak depan
mata sendiri si Farhan itu usung perempuan masuk bilik. Abah pun mengamuk besar
sekali lagi. Tapi dia tidak cerita pada mak. Mak dapat tahu pun sebab Puan
Arina beritahu mak , dia minta maaf pasal anaknya itu. Selama ini mereka
tertipu dengan perangai alim Farhan.” Puan Haslina terdiam mendengar penjelasan
mak tirinya itu.
“Mak
terdengar yang abah suruh orang mengintip di mana Lina tinggal. Walupun abah
marah sangat dengan Lina, Tapi abah sebenarnya sayang pada Lina. Sebab itu mak
boleh ada dekat sini. Abah suruh mak datang pujuk Lina. Abah nak sangat Lina
jumpa dia. Abah nak minta maaf pada Lina dan Hassan.” Puan Salmah memandang
Hassan yang tenang duduk di sofa mendengar penjelasan mak mertua tirinya .
“
Sayang...uhuuu.. dah sampai mana ni?”Wan melambaikan tangannya dihadapan
muka Tiara. Pelik dia , tiba-tiba Tiara diam lama. Rupanya mengelamun. Tiara
tersedar sebaik sahaja tangannya digoncang lembut oleh Wan.
“
Maaf abang, Tiara mengelamun. Teringat kisah masa nenek pujuk mak” jujur Tiara
berkata.Wan hanya mengangguk.
“
Mak ambil keputusan untuk jumpa atuk. Tu pun ayah dah puas pujuk mak. Sampai
sana , semua sayu tengok atuk. Atuk dah tenat sangat. Mak bincang dengan ayah,
yang mak nak jaga atuk. Ayah setuju, jadi kami menetap dekat Malaysia sampai
sekarang.” Terang Tiara tanpa disuruh.
“
kebun ayah dekat sana . ayah jual ke?” sememangnya Wan tahu Pak Syapaei
mempunyai kebun yang luas kerana selalu dia menolong Pak Syapaei dikebun.
“
Humm.. taklah ayah uruskan dari jauh. Setiap bulan ayah turun sana pergi jenguk
kebun dia. Lepas atuk meninggal, peguam
bacakan amanatkan atuk. Dalam amanat itu Tiara yang uruskan hotel ini. Lagi dua
dekat Kelantan dan Johor. Dalam amanat itu juga Tiara kena berkahwin dengan
arwah Naj” Sayu dia berkata dihujung ayat. Wan yang perasan riak Tiara berubah
terus mengubah posisinya kepada duduk .
“
Tiara kita sedekahkan Al-Fatihah pada arwah Naj ya” Tiara mengangguk. Wan
mengetuai bacaan Al-fatihah itu. Selepas selesai Tiara menyambung kembali
ceritanya.
“
Tiara tak boleh buat apa. Tiara terpaksa berkahwin dengan arwah Naj. Tiara rasa
bersalah sangat pada arwah Naj. Tiara kesal. Tiara cuba untuk terima dia tapi
Tiara tak boleh.” Ucapnya lirih. Nafas ditarik sedalamnya membuang beban yang
tersemat didada. Air mata kian menitis tapi sempat diseka laju oleh Wan. Hari
ini banyak sungguh kilang air matanya keluar.
“Tiara..
Tiara tahu tak, hari ini banyak Tiara menitiskan air mata . Tak elok sayang”
Pujuk Wan lembut.
“
Tiara tak tahu. Dia tiba-tiba nak keluar” ucap Tiara spontan. Wan ketawa
mendengar ayat Tiara itu. Bunyi guruh yang kuat memaksakan Tiara memeluk kemas
badan Wan. Dia ketakutan. Wan yang terkejut dengan tindakan Tiara berasa sedikit
lega seketika. Ingatkan apalah rupanya takut guruh. Badan Tiara mengiggil. Baju Wan basah dek air
mata Tiara yang keluar.
“
Tiara sayang.. kenapa ni?” kalut Wan bertanya kepada Tiara. Tiba-tiba menangis.
Hairan menguasai diri. Wan menjarakkan tubuh Tiara dari badannya , tetapi enggan
dilepaskan Tiara. Kepalanya menggeleng di badan Wan.
“
Abang jangan tinggal Tiara. Tiara takut.” Pintanya pada Wan. Tangan Tiara
mengenggam kuat baju dibadan Wan. Seperti ada benda yang menganggu jiwa Tiara. Wan
menepuk perlahan belakang Tiara. Memujuknya supaya tenang.
“Tiara
selamat dengan abang. Abang tak tinggalkan sayang.” Pujuk Wan. Belakang Tiara
ditepuk berulang kali untuk membuangkan gusar dihati isterinya . Lantas Wan membaringkan Tiara. Comforter ditarik
menyelimuti tubuh mereka berdua. Tepukan dibelakang tidak dihentikan . Wan membaca
ayat pelindung diri, lalu meniupnya dikepala Tiara.Muka Tiara elok di dada Wan.
Dari tadi dia tidak melepaskan baju Wan. Semakin Wan menjarakkannya, semakin
kuat tangannya mengenggam baju yang dipakai oleh Wan.
Dengkuran
halus didengari oleh Wan. Baju yang basah dek air mata Tiara kering sebaik
sahaja hembusan panas nafas Tiara menampar badannya. Tangan Tiara yang
menggengam bajunya diuraikan. Kepala Tiara
diletakkan keatas bantal. Kesan tangisan dipipi isterinya diseka lembut.
Kepalanya mengeleng melihat keadaan Tiara. Adakah Tiara mempunyai trauma.
Tangisan tadi bukan dibuat-buat. Sepertinya ada perkara yangTiara tidak
ceritakan kepadanya lagi. Wan bangun menghampiri dinding kaca yang menampakkan
pemandangan luar. Seperti biasa walaupun jam menunjukkan hampir pukul tiga pagi, jalan raya tetap dilalui oleh
kereta. Berdesup lajunya. Langsir
ditutup kemas. Lampu dimalapkan. Selepas itu, Wan menghampiri bilik air untuk
mengambil wuduk.
Solat
sunat hajat didirikan oleh Wan. Dia memohon agar Tiara sentiasa tenang, jauh
dari gangguan manusia ataupun makhluk halus. Sesudah dia mengaminkan doanya,
Tiara merengek memanggil dirinya. Lantas sejadah dilipat lalu diletakkan diatas
meja kopi. Wan menghampiri Tiara . Tubuh Tiara dipeluknya sampai pagi menjelma.
..................................................
Ruang Cafe D’Hot lengang.
Kelihatan pertugas disitu sedang menghidangkan makanan. Puan Mirza selaku
pengurus disitu tersenyum hormat apabila terpandang kelibat Tiara. Tiara
membalas semula senyumannya. Wan dan Tiara menunggu ahli keluarganya yang lain
di sebuah meja menghadap dinding kaca. Kelihatan taman hijau yang dipernuhi
tumbuhan serta haiwan kecil seperti arnab menambahkan kecantikan suasana. Sesekali
ternampak dua ekor arnab berebut sebatang lobak. Comel sekali. Setelah beberapa
minit kemudian, ahli keluarganya mula menunjukkan muka. Mereka mula mengambil
tempat.
“
Yang lain mana?” soal Wan sebaik sahaja Kamil duduk berhadapan dengannya.
“
Jap lagi turunlah, Hazwan on the way” Haikal diletakkan di atas kerusi
bersebelahan dengannya. “ awal pengantin baru tunjuk muka hari ini?” Usik
Kamil. Senyuman nakal terbit dibibirnya.
“
Mana ada awal. Korang yang lambat”bidas Wan. “ tengok abang ngah pun lambat. Sekarang
siapa yang temati masa ni?” soal Wan kembali. Wajah Kamil dipandang menagih
jawapan.
“
Kenapa pula nama abang naik sekali ni”soal Hazwan apabila menyedari namanya
dikaitkan dalam perbualan dua beradik itu.
“
Tiara, jom kita ambil makanan dulu. Diaorang ni kalau berdebat alamatnya
laparlah kita”beritahu Sofia, isterinya Kamil. Kamil hanya tersengih memandang
isterinya.
“jom
Tiara” tangan Tiara ditarik oleh Julia. Tiara hanya mengikut.
“
Kal nak ikut mama” pinta Haikal yang sedang turun dari kerusi.Berlari dia
mendapatkan ibunya.
“
Boleh sayang, jom kita ambil makanan ya”Mereka berempat menuju ke meja buffet yang
tersedia di situ. Hidangan sarapan depan
mata membuka selera masing-masing.
..........................................................
Bunyi
hon dari kereta Hazwan semakin menjauh, mereka dalam perjalanan menuju ke Pulau
Pinang untuk menghadiri suatu majlis yang bertempat di sana.
“
Wan ..semua dah ada. Tak ada yang tertinggal barang” Puan Syadah bertanya.
“
rasanya tak ada ma” Wan mengangkat bagasi sederhana besar ke dalam kereta.
“
Wan berapa hari dekat sana?”Puan Syadah bertanya lagi.
“
Tiga hari aja ma.. papa bagi tiga hari je sebab lepas tu ada meeting lagi.
Tiara pun ada meeting ”Beritahu Wan.Puan Syadah hanya mengangguk.
“
ye lah. Guna masa itu baik-baik. Lepas ini sibuk memanjang. Nasib ada alas an kukuh.
Kalau tak mama suruh papa tambah lagi cuti. Memang meeting tu tak boleh
postpone ke?”Puan Syadah tidak berpuas hati. Pendek sangat cuti mereka.
“Puan
Syadah sayang oii.. banyak kali dah postpone. Mahu lingkup syarikat saya
sayang. Pelabur sana dah mengeluh, postpone aja”Bidas Encik Tajri. Encik
Syapaei dan Puan Haslina hanya ketawa mendengar perbualan mereka suami isteri.
Puan Syadah tersenggih sahaja.
“Mak
, ayah, mama, papa.. kitaorang gerak dulu ya” Pamit Wan selepas bersalaman
dengan orang tuanya.
“
Ialah.. baik-baik ya”pesan Puan Haslina.
“bawa
kereta jangan laju sangat”pesan Puan Syadah.
“Baik
mama, mak” balas Wan lalu tersenggih. Wan berjalan mendekati kereta. sesampainya
di pintu pemandu lehernya dipeluk oleh abang longnya. Kamil membisikkan
sesuatu.
“Wan..
balik itu pastikan abang dapat anak saudara ya” kening Kamil dijongketkan berulang
kali. Bibir melakar senyuman.
“Insya
Allah. Akan diusahakan. Doakan sekali”jawab Wan melayan pertanyaan abangnya.
Abang-abangnya semuanya senggal berlaka. Jawapan Wan membuatkan kamil ketawa
kuat tak cukup itu bahu Wan ditepuk kuat. Menyeringai hamba Allah yang satu
itu, lenguh bahunya kena tepuk macam itu sekali. Orang tua mereka hanya
tersenyum melihat mereka.
Wan dan Tiara masuk ke dalam kereta, perjalannan
mereka mengambil masa dua belas jam. Pulau Langkawi menjadi destinasi bulan
madu mereka. Tingkap diturunkan sedikit di sebelah Tiara.
“Ingat
akak pesan apa tadi” pesan Sofia. Tiara menunduk mukanya ke bawah .Segan nak
pandang sifu. Kepala diangguk berulang kali . Mukanya memerah. Malu menyelubungi
diri.
“akak
pesan apa dekat Tiara. Merah muka dia?” soal Wan kehairanan. Muka Tiara ditilik
. Merah pink, tak payah pakai blusher tak apa.Tiara tersipu malu.
“Adalah,
girl talks” balas Sofia pendek.Wan memandang Sofia tajam. Sofia hanya ketawa
kecil. Sofia ingin mengusik lagi Tiara tapi kasihan menerjah tangkai hati. Melihat
Tiara tersipu malu. Kalau usik lagi agaknya biru terus muka.
Wan memandang Kamil di sebalik
tingkap kereta. Tidak habis lagi keningnya dijongket-jongket. Dah gaya ulat
bulu aja. Tahulah kening cantik. Muka masam yang dibuat-buat ditunjukkan kepada
Kamil. Kamil ketawa besar tak cukup dengan itu Haikal yang didukung oleh
ayahnya juga ketawa. Lucu melihat wajah pak usunya berangkali.Sama aja anak
beranak ni gumamnya sendirian.
Hon
kereta dibunyikan, kereta Wan meninggalkan Hotel Empayar Royal.
“Akak sofia kata
apa?” soal Wan ingin tahu.
“emm... adalah. Akak
kata girl talks” balas Tiara pendek . tak sanggup dia nak beritahu Wan apa yang
akaknya itu pesan. Mahu biru muka dia tak cukup darah. Wan hanya mengangguk .
Tiara yang perasan riak Wan berubah terus mengambil tindakan. Lengan Wan
dipegang olehnya. Sofia pesan kalau suami merajuk, bila dia tenang sedikit,
terus peluk dia, minta maaf kalau itu salah kita terang padanya. Kata-kata
Sofia bermain di minda Tiara. Tapi tak akan Tiara nak peluk Wan waktu macam ni,
mahu dua-dua masuk ICU.
“ Abang marahkan
Tiara ke?” soalnya lembut. Wan memandang sekilas. Pandangan ditalakan ke atas
jalan raya.
“ Taklah sayang. Tak
marah pun”
“Betul.”Tiara
inginkan kepastian
“ Betul.” Wan mengangguk.
“Abang .. kalau
Tiara buat kerja ofis sikit boleh tak?
Ada e-mail yang masuk perlukan persetujuan Tiara” Terangnya lagi.
“Boleh sayang.Buatlah”
Wan bersuara.
“ Terima kasih ya
Abang. Kalau abang nak cakap dengan Tiara . Abang cakap aja ya”pesannya lembut.
Wan senyum kepada Tiara. Syukur dia kerana diberi isteri yang solehah. Ipad di
dikeluarkan dari handbag. Jari runcing Tiara mula bermain di dada skrin kaca
itu. Sesekali dahinya berkerut membaca e-mail yang panjang berjela.
Wan teringat akan
pesanan Puan Haslina semasa dia mengambil sarapan di meja buffet tadi.
“Wan.. semalam
guruhkan? Tiara macam mana?” soal Puan Haslina. Risau menyapa diri apabila
guruh kedengaran kuat semalam. Biasanya Tiara akan ketakutan dan menagis
keseorangan. Trauma yang dihadapi tidak baik sepenuhnya.
“ Tiara takut mak..
seperti ada yang menganggu minda dia. Ada apa-apa yang berlaku pada Tiara ke
sebelum ni?” soal Wan .Makanan sudah penuh diisi di dalam pinggan.
“Iya .. Tiara ada
trauma. Dia memang takut guruh. Bila guruh aja, mak mesti berlari dapatkan dia.
Kalau tak pujuk dia , pagi esok demam panaslah”
“ Trauma . Kenapa
mak?” Tanya Wan lagi.
“ Dulu dia kena
culik, Ada orang nak bunuh dia. Tapi dengan kecekapan polis , Tiara dapat
diselamatkan. Pembunuh tu dah ditangkap.” Cerita Puan Haslina lagi.
“ Waktu Tiara
hampir dibunuh , hujan ke” soal Wan ingin tahu. Anggukan Puan Haslina menjawab
persoalan di mindanya sejak semalam.
“ Mak minta pada
Wan jaga Tiara . Dia dalam Trauma lagi walaupun perkara itu dah lama berlaku.
Pujuk dia bila guruh” pesan Puan Haslina lagi.
“ Baik mak. Tiara
dah jadi tanggungjawab saya sekarang ini”
“ Mak berharap pada
kamu, Wan. Tolong dia hindari rasa takut apabila guruh. Hilangkan Truama dia ya”
“ Baik mak. Wan akan
usahakan”
“Abang.. Abang” Wan
memandang Tiara disebelah.
“kenapa”
“ Tiara nak pergi
tandas” pintanya.
“ Okay” kereta
membelok memasuki stesen minyak Petronas.
..............................................................
10 bulan kemudian...
Wan
mencari kelibat isterinya, bau harum di dapur membuatkan Wan menuju ke dapur.
Kelihatan Tiara sedang memasak. Gambar muffin di tengah apron yang dipakai oleh
Tiara nampak comel. Isterinya itu pakai apa sahaja tetap comel. Nak lagi
tummynya yang semakin membulat. Tampak lagi comel. Rambut perangnya disanggul
tinggi dan beberapa helaian rambut dilepas jatuh ke bahu. Anggun sekali
walaupun berbadan dua. Wan menghampiri Tiara lalu memeluk belakng Tiara. Tiara
sedikit tersentak.
“astaghfirullah”istighfar sekejap Tiara
dengan kelakuan suaminya.
“ Abang, terkejut Tiara. Nasib baik Tiara tak ketuk abang
dengan sudip ni. Kalau tak benjol dahi
abang. Bagilah salam dulu” marahnya manja. Tiara mengangkat ayam goreng lalu
diletakan kedalam pinggan. Api dapur dipadamkan. Kerja memasaknya sudah
selesai.
“ Abang dah bagi salamlah sayang.Anak papa lasak tak hari
ini. Buli mama tak?” Ucap Wan sambil tangannya mengusap lembut benjolan besar
di perut Tiara.
“waalaikumsalam. Tak dengarlah. Maaf” Tiara kegelian
apabila tangan sasa Wan mengusap lembut perutnya.” Hum.. anak papa hari ni
baik. Dia tak nakal. Dia faham mama sibuk . kan sayang” Ucap Tiara tersenyum,
tangannya mengusap perutnya. Wan menggeselkan hidungnya pada leher jinjang
Tiara. Putih melepak. Tiara kegelian lalu ketawa kecil.
“ Abang.. jangan gatal eh. Nak berbuka dah ni” Tiara
mengingatnya. Tapi Wan tidak mengendahkannaya.
“ Abang.. batal puasa nanti” Suara Tiara sedikit tegas.
“astaghfirullah hal’azim”istighfar Wan.
“ Sayang ni bahaya betullah sikit lagi nak batal puasa
abang” usik Wan lalu melepaskan Tiara.Tiara membulatkan matanya. Tangan
bercekak dipingangnya gaya memerahi anak kecil. Wan lantas mencubit pipi tembam
Tiara.
“comelnya” kata Wan sedikit geram.
“Abang sakitlah” menyeringai Tiara dek cubitan Wan Abdul
Rahman.
“ Abang naik atas dulu ya
sayang . Nak mandi. Kejap lagi abang turun. Ke sayang nak teman abang mandi.
bagus juga tu” pelawa Wan sambil mengusik Tiara. Tiara buat muka geram dengan
Wan. Wan ketawa kuat lalu menghilangkan diri ke tingkat atas. Tiara menggeleng
kepala melihat telatah suaminya. Semakin hari semakin manja. Penat macam ini
kalau baby sudah keluar kena layan perangai manja Wan dan anak mereka .Tiara
memandang kalendar, puasa hanya tinggal tiga hari lagi. Sedih kerana dia kurang
mengerjakan solat sunat tarawih dek keadaan yang tidak mengizinkan
.................................................................
“Mizah jemput sayang pukul berapa” Tanya Wan. Risau dia
membiarkan isterinya berjalan tanpa dia disisi.
“pukul 10” jawab Tiara tangan dihulurkan untuk bersalaman
dengan Wan. Selepas bersalaman Wan bertanya lagi.
“balik pukul berapa ni. Kalau sempat abang teman sekali”
“ sebelum pukul dua. Nanti nak pergi dan balik Tiara call
abang” beritahunya. Wan mengangguk tanda faham. Tapi berat sekali hatinya
membenarkan Tiara keluar tanpa dia. Dah sarat sangat takut berlaku apa-apa .
Mulanya dia tidak mengizinkan tapi Tiara pandai cairkan dia. Tiara buat muka
comel aja atau menangis dia dah mula
lembut hati.
“ Risau abang” ucap Wan sepatah.
“Abang jangan risau Mizah ada. Insya Allah tidak berlaku
apa-apa. Lagi pun due date bulan depan abang.” Tiara memeluk Wan agar risau
dihati Wan hilang.
“Iyalah sayang. Hati-hati tau. Nanti abang pesan dekat
Mizah.” Wan mengucup ubun-ubun Tiara. Tiara ketawa senang.
.....................................................................
Deringan telefon tidak
putus-putus sejak tadi. Hamizah mendegus geram. Dia tengah sakit perut nak
pergi tandas, ada pula orang yang mengacau. Telefon diatas katil disambar lalu
didekatkan ditelinganya.
“ Mizah.. Tiara..Tiara mana?” tanya seseorang dengan kuat
dan cemas. Hamizah menjarakkan telefon dari telinganya. Sempat dia mengutuk
seketika.“ tak reti cakap slow ke? Mahu pekak telinga aku” . Skrin telefon
dipandang tertera nama Wan.
“kenapa ni?” tanyanya lurus.
“Engkau ni tak dengar ke aku tanya Tiara dekat mana?”
soal Wan tegas.
“lah.. dekat rumahlah. Aku yang hantar dia masuk rumah
siap lambai-lambai tangan lagi” terang Hamizah . “kenapa ni” soalnya lagi.
“ Tiara tak ada sekarang ni tahu. Aku sampai aja , pintu
rumah dah terbuka. Aku cari dia seluruh rumah , dia tak ada juga” cemas Wan
memberitahu.
“ call lah dia” suruh Hamizah. Pelik dia. Tadi dialah
yang hantar Tiara masuk dalam rumah. Siap dipastikan lagi Tiara tu kunci pintu
utama.
“aku dah call banyak kali, tak berangkat telefon dia” Wan
mundar-mandir di ruang tamu.
“ Macam ini lah.kau tunggu je kat rumah. Kalau dia tak
balik lagi dalam masa 24 jam. Report polis ya. Bye, aku ada panggilan ni” Sebaik
sahaja berkata begitu perut Hamizah mengulas. Telefon segera dicampak ke sisi.
Bilik air diterjahnya pantas.
........................................................
“Aku nak kau jaga dia. Jangan sampai dia terlepas. Kau
tahu kan nasib kau macam mana”
“faham.. boss” Suara yang kuat itu membuatkan Tiara
sedikit terjaga. Kepalanya pening. Ingatannya mula menerjah saat dia hendak
buang sampah diluar, dia di pengsankan lalu pandangan menjadi hitam. Erangan
kecil Tiara membuatkan orang itu mendekatinya. Lalu jarum yang mengandungi
sejenis cecair disuntik pada lengan Tiara. Orang itu tersenyum sinis sebelum Tiara
melelapkan matanya.
.........................................................
“Mak.. Wan nak buat laporan polis” beritahu Wan , kunci
kereta di ambil lalu melangkah keluar menghampiri keretanya.
“ ayah ikut Wan” beritahu Encik Syapaei. Wan mengangguk. Kereta
dipecut laju meninggalkan perkarangan rumah.
“Mak rasa kes kali ini berkait dengan kes hari itu. Mak
harap tak ada apa-apa yang terjadi”Puan Salmah mengeluh. Walaupun pembunuh tempoh
hari dapat di berkas tetapi dalang kes itu masih dalam siasatan polis. Licik sungguh
orang itu.
“Harap-harap begitulah mak. Kita doakan supaya tiada
apa-apa berlaku pada Tiara” Puan Haslina bersuara. Jam menunjukkan angka 3
pagi. Tiara masih belum ditemui lagi.
Terkejutnya bukan kepalang apabila Wan menelefonnya
menyatakan bahawa Tiara hilang. Hampir lurut jantungnya. Telefon yang dipegang
jatuh ke bawah. Mujur suaminya ada bersama. Encik Syapaei lah yang berurusan
dengan Wan.
“Assalamualaikum..” Suara dari luar memberi salam. Puan
Haslina segera mendapatkan besannya.
“ Lina.. ”Ucap Puan Syadah lalu menerpa mendapatkan Puan
Haslina. Raut wajahnya risau memikirkan menantu dan cucunya itu.
..........................................................
"Oii.. bangun,
bangun"jerkah satu suara .Tak cukup itu tubuh Tiara disirami air. Tiara
terpinga-pinga sendirian. Dia basah kuyup. Pergelangan tangannya sakit diikat
kuat. Kakinya diikat pada kaki kerusi.
Tiara mencari suara yang ketawa itu, kedengaran suara perempuan. Sebaik sahaja
pandangan matanya memandang orang itu, betapa terkejutnya dia.
"Mak
ngah" terpacul perkataan dari mulut Tiara.
"Aku bukan mak ngah
kau" bidasnya . Senyuman sinis tersumbing dibibir.
"Mak
ngah kan. Tiara ingat ni mak ngah. Tapi kenapa.." suaranya separuh.
Setahunya anak nenek Salmah sudah meninggal dunia , tapi kenapa mak ngahnya ada
disini.
"Kenapa?.kau
ingat aku dah mati?"soalnya sebelum ketawa kuat. Tiara hanya diam, menanti
ucapan yang bakal keluar dari mulut Nadia.
"Bodoh
"
"Kenapa
mak ngah buat macam ni dekat Tiara"Lirih suara Tiara menanyakan. Tiara
memandang muka mak ngahnya.
"Kau tanya aku
kenapa?"soalnya. Pipi Tiara ditampar kuat. Darah mengalir keluar dari
hidung.Tiara menyeringai kesakitan."Sebab kau aku jadi macam ni . Tahu!!!"jerkahnya
kuat. Terhinjut kedua-dua bahu Tiara.
"Kalau
kau tak jumpa daddy aku. Dah semestinya hotel tu aku yang uruskan" Nadia
bercakap tanpa memandang Tiara . Kesempatan itu diguna Tiara untuk menghidupkan
telefonnya. Kurang cerdik juga orang yang mengikatnya ini. Tangannya tidak
diikat di belakang kerusi, tetapi diikat dihadapan.
"Sebab
kau juga aku bunuh daddy aku." Nadia menerpa ke arah Tiara. "Kau nak
tahu.. suami kau juga aku bunuh.Aku tak boleh biarkan kau hidup bahagia"
jerit Nadia tiba-tiba. Kewarasannya sudah hilang. Sudah dua kali dia membunuh
orang. Tiara mula menitiskan air mata.
"Dah
lama aku tunggu saat ini. Kau. Aku nak bunuh kau pula. Biar puas hati aku . Aku
tak dapat, kau tak boleh dapat jugak. Faham"wajah Nadia bengis memandang
Tiara.
"Mak
ngah nak apa?.mak ngah nak syarikat. Tiara boleh bagi semua pada mak ngah. Mak
ngah ambil lah semuanya. Tiara mohon mak ngah lepaskan Tiara" rayu Tiara
"Bodoh.. kau ingat
aku percaya" pistol dikeluarkan dari poket seluarnya."Hummm...
memandangkan kau ada baby.Apa kata bagi aku main dengan baby kau dulu"
Nadia ketawa kuat. Tiara terpana.
"Mak
ngah boleh buat apa saja pada Tiara tapi bukan baby"Tiara bersuara tegas.
"Aku peduli
apa?" Jawab Nadia lancar.
"Mak
ngah, Tiara mohon jangan usik baby Tiara. Tolong" jerit Tiara.
Nadia
ketawa besar."bodoh punya orang. Tak ada siapa dengar jeritan kaulah.
Bongok!"Marahnya.
Nadia
mengangkat pistol , menghala tepat ke perut Tiara. Tiara menagis disitu. “ Ya
Allah selamatkan baby aku. Wan tolong saya” doanya.
Saat
pincu pistol dibuka.Tiara mengucap dan beristighfar. “ Ya Allah selamatkan aku”
doanya dalam tersedu-sedan.
Kedengaran pincu pistol ditarik lalu sedas
tembakkan mengenai bahu Tiara. Cecair likat mula mengalir keluar. Baju
Tiara mula dibasahi oleh darah. Tiara
mengerang kesakitan.
“
Bawa mangsa keluar” arah satu suara. Kepalanya mula pening, Tiara terkulai
dalam pelukan paramedik.
...............................................................
Tiara sudah sedar, wan dicarinya.
“Sayang..
”Wan mendapatkan Tiara yang masih lemah.
‘Abang..”
ucap Tiara lalu menagis di dalam pelukan Wan.
“ Tiara selamat sekarang.” Pujuk Wan . Belakang Tiara diusap perlahan.
“
Abang .. baby” Soal Tiara pendek. Tangannya dibawa ke perut. Wajahnya berubah kerana perutnya kempis .
Wajah Wan dicari.
“
Abang.. baby mana?” soalnya . Air mata mula mengalir di pipi. Wan segera
menyeka air mata itu.
“Baby ada. Tiara dah selamat
lahirkan baby boy..sayang. Baby lahir tak cukup bulan. Sekarang baby ada dalam
rumah kaca.” Terang Wan.
“Abang, Tiara nak jumpa baby.” Pintanya.
Tiara
mengusap rumah kaca yang menempatkan bayinya. Bayinya lahir tidak cukup bulan. Kecil
sahaja bentuknya, mukanya merah pekat. Sayu Tiara melihat keadaan bayinya.
“Sayang..
baby selamat.” Ucap Wan sepatah. Tiara mengangguk lalu melakar senyuman kepada
Wan. Sayup-sayup takbir raya mula kedengaran, Ramadhan sudah pergi meninggalkan
mereka.
“
Sayang.. Selamat Hari Raya” Wan mengucup
ubun-ubun Tiara.
“Selamat
Hari Raya .. abang” Ucapnya sebelum tersenyum manis.
.............................................................
“Taqif
Rayyan.. papa kata apa?”tanya Wan sebaik sahaja memasuki bilik anak lelakinya.
Bersepah.
“
kena kemas bilik tidur lepas bangun” petah Taqif berkata
“So”
Wan soal pendek. Memandang anak terunanya yang sorang itu, teringat dia pada
Tiara. Bibir yang munggil serta rambut berwarna perang mengikut gen isterinya.
“
Baik papa” balas Taqif lalu mula mengemas biliknya yang bersepah.
“
lepas tu cepat siap. Kita nak jumpa uncle” arah Wan sebelum menghilangkan diri
dari bilik anaknya itu.
....................................
Kubur
arwah Naj dipandang dari jauh. Kelihatan Wan dan Taqif sedang berdoa. Senyuman
manis terukir dibibir. “ Terima kasih Naj. Awak sangat baik. Semoga Allah
menempatkan awak dikalangan orang yang patuh akan suruhannya. Amin” Doa Tiara
pendek.
“
Papa lepas ni pergi mana?”Lurus anak kecil itu bertanya. Wan meletakkan jari
telunjuknya dibibir. Memikir agaknya.
“
kita beraya rumah nenek dulu ya” Wan meminpin anaknya itu menuju ke kereta
“
yes.. dapat main dengan abang Haikal” soraknya kegembiraan. Tersenyum Tiara
melihat gelagat Taqif Rayyan Bin Wan Abdul Rahman.
“
Ya Allah terima kasih kerana kau melengkapkan keluarga ini dengan kehadiran
Taqif” Doa Tiara perlahan.
“
Lepas tu papa?” soal anaknya tidak henti.
“
Kita ziarah Tok Nadia ” Wan memandang Tiara. Tiara tersenyum bahagia. Sememangnya
Nadia ditempatkan di Hospital Sakit Mental . selepas kejadian itu , Semuanya terbongkar.
Rupanya Nadia mengalami sakit mental
selepas arwah Encik Ahmad meninggal ditangannya. Kejadian bunuh yang dihadapi
Tiara berkait rapat dengan kejadian tahun lepas. Nadia ingin membunuh Tiara
kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa Encik Ahmad menyerahkan semua
urusan syarikat kepada Tiara.Disebabkan harta Nadia membunuh dua orang yang tak
bersalah. Salahnya juga kerana suka memboros sehinggakan syarikat dibawah
pimpinan Nadia lingkup. Encik Ahmad tidak mempercayai Nadia lagi.
"sayang ..abang rasa Taqif nak adiklah"Wan memberitahu Tiara semasa dia berada dalam kereta.Enjin kereta dihidupkan meninggalkan perkarangan perkuburan.
"Taqif, do you want a baby"Wan bertanya kepada Taqif. Taqif yang berada diatas pangkuan Tiara tersenggih menampakkan gigi putih memanadang Wan. Wan mengusap kepala anaknya itu.
"Yes..i want it. I can play with baby. so i did not lonely at home" Lancar bibir kecil itu berkata.
"Baby boy or girl"soal Wan lagi.Wan menjeling lembut Tiara disebelah.
"Humm.. i want baby girl. Can i get soon papa"tanya Taqif polos. Wan memandang Tiara.
"Can we"tanya Wan pada Tiara. Tiara mengucup kepala Taqif.
"Akan dipertimbangkan"Tiara tersenggih anggun.
Wan tersenyum bahagia.. hidupnya sudah lengkap. "Terima kasih Ya Allah" bisiknya dalam hati
-Tamat-
p/s: Maaf ending yang tak berapa
menarik.
: please left comment , so i can improve my skill.
: thanks for reading my work.