photo ef93ac41-7e14-4320-928d-91b5bc3c9fa2_zpsatvrexvb.jpg photo e060c7aa-289a-4fb5-81e8-57bc942c6816_zpsvadwbjpo.jpg photo 63178b93-664e-4428-b177-4c3fa07d87c8_zpswatcakhd.jpg photo ae7eeaf4-443d-4302-9c2a-0ecbab61913a_zpszzbgyncm.jpg photo 6220d561-308a-4ab4-94b7-bfdc904d172c_zpsg6qjzyyd.jpg

Wednesday, 2 September 2015

Cinta Kita




                Samsung Galaxy A6 dikeluarkan dari handbag jenama CarloRino. Ikon mesej ditekan lalu  jari runcingnya galak mencari nama unknown. Scroll punya scroll baru jumpa nama si gerangan. Safrina Husna siapa tak kenal dia?.Sejak azali lagi dia memang malas dalam meng”clear”kan setiap conversation baik “Whatsapp, Facebook, Twitter, Wechat, Instagram, skype dan Telegeram”. Cukup sebulan baru dia meng”clear”kan!

                “awak dekat mana. Saya dah ada dalam café?”- Safrina Husna

                Ikon send ditekan , tidak sampai satu saat, dia menerima satu mesej.  “You don’t have insufficient credit. Please Reload your credit and try again!”.  Hampehh!!

                “hisyy.. tak penat ke asyik bagi mesej cinta ni?benda yang sama aja!” rungut Safrina. Kasut tiga inci dikemaskan lalu melangkah mencari tempat duduk . Safrina…. perangai tak berubah-ubah!. Dari zaman sekolah menengah, naik university, dah ada kerjaya. Dah ada duit sendiri masih lagi jarang dalam meng” top up credit”. Kalau dia membalas setiap mesej yang diterimanya, si penghantar perlu bersyukur kerana menerima balasan mesej. Nanpak macam terukkan. Tapi …itulah Safrina Husna! Kreditnya atas ihsan Puan Hasimah. Bukan dia tak nak meng” top up credit” tapi rasa membazir sebab zaman sekarang ni dah moden. Wi-fi di merata tempat. Apa yang susahnya? Mobile data dah habis pergilah restaurant Kentucky Fried Chicken, Starbuck, McDonalds, dan lain-lain. Jenuh nak senaraikan  segala restaurant yang ada wi-fi. Even kedai mamak pun, wi-fi ada tau. Jangan main-main noh!!.

                Tempat duduk yang mempunyai dua kerusi kayu , berhampiran cermin bersar lut sinar menjadi pilihan. Matanya merenung ke luar cermin itu seraya terpejam seketika, fikiran melalut ketempat lain, memikirkan cepatnya masa berlalu. Satu keluhan kecil keluar dari dua ulas bibir munggilnya.

                “Miss..Miss…”panggil seseorang. Safrina menoleh ke kanan , mencari suara itu. Seorang pelayan bertubuh kecil dengan rambut diikat kuda dipandang.  Senyuman turut diberikan.

                “Yes ..”sahut Safrina.

                “Can I take your order?” Si pelayan yang memakai tag nama Aliza mula menjalankan tugasnya sebagai pelayan Café Harmonie.

                “bagi saya fresh orange with chicken chop”

                “lagi cik..?” tanya Aliza sekiranya Safrina ingin menambah pesanan.

                “nope.. itu sahaja “ balas Safrina yakin!

                “okay. Tunggu sekejap ya cik..” Safrina menganguk.

                “Dik..tunggu jap” Gamit Safrina apabila Aliza ingin beredar. ” password wi-fi café ni apa ya?” Tanya Safrina. Aliza mula menulis sesuatu pada buku kecilnya ,lalu kertas itu dikoyakkan dan diberi kepada Safrina.

                “Terima kasih ya dik” Kata Safrina seraya tersenyum manis pada gadis didepannya

                “sama-sama akak” balas Aliza peramah, turut memberi senyuman kepada Safrina. Setelah memasukan kata laluan , Ikon whatsapp pula ditekan, mencari nama unknown.

                “awak dekat mana? saya dah ada dalam café, tempat hujung berhampiran cermin besar “-Safrina.

                Ikon kapal terbang kertas ditekan. Handphone  diletakkan disisi.

                “lah.. awak belakang ni aja”satu suara bergema di belakang Safrina. Safrina menoleh kebelakang, muncul sudah gerangan yang dicarinya. Gerangan itu mula mengambil tempat dihadapan safrina seraya membawa jus Apple bersamanya.

                “bila sampai?”Safrina memulakan perbualan setelah gerangan itu duduk dihadapannya.

                 Afzal Hasmi merenung jam ditangannya. Muka dikerutkan sedikit. Memikir agaknya. Adalah dalam 10 ke 15 minit. Kenapa?”Tanya Afzal kembali .

                “tak perasan pun awak dah sampai , saya baru sampai dalam 5 minit yang lepas?”

                “oh.. sorry , saya pergi restroom tadi. Tu yang awak tak perasan” terang Afzal.“eh ..dah order makanan?”  Tanya Afzal lagi.

                “sudah” Kata Safrina seraya menganguk. Afzal mengamit pelayan lelaki berhampirannya lalu segera memesan makanan. Sesudah itu, tumpuan diberikan pada gadis didepannya itu.

                “so how? “soal Afzal  dua sepatah.

                “what” soal Safrina kembali. Tidak faham dia dengan soalan si gerangan didepannya itu. Hari ni dia banyak blur , memikirkan hampirnya hari yang satu itu. Patutnya waktu malam macam ni dia dah melalut depan televisyen , tengok drama melayu.

                “our wedding” kata Afzal dua patah lagi.

                “so far okay cuma dress tak ambil lagi dekat butik … you?

“Cuma pelamin.. awak nak macam mana. Saya ikut sahaja.?”

”tak payah ada pelamin pun tak apa, saya tak nak bersanding. Tapi kalau boleh saya nak ada yang tempat untuk tetamu ambil gambar ”

“Oh.. photo booth?”

“yess.. “ balas Safrina sepatah. Makanan yang dipesan telah sampai, mereka berbincang perihal persediaan perkahwinan mereka sambil menikmati makan malam.

……………………………………………………………………………

“Awak… terima kasih belanja saya makan" dalam hati bersorak sebab jimat gila hari ni , makan malam ni dah melayang nak dekat RM 18 padahal fresh orange dengan chicken chop je. Kalau tahu dia nak belanja malam ni , mahu aku order mahal-mahal.HAHAHA… Idea jahat sudah mula timbul.

“sama-sama” Afzal tersenyum. “lepas ni awak nak pergi mana?”Tanya Afzal. Pada waktu ini, mereka sudah berada di tempat parking

“saya rasa.. saya balik rumah la kut. Malas nak melengcong tempat lain”jawap Safrina lurus.

“kalau macam tu, saya follow awak sampai balik rumah”

“eh.. kenapa pulak. Buat susah sahaja. Tak payahlah, saya boleh balik sendiri!” Safrina menolak cadangan Afzal.

“first.. sebab awak perempuan, second awak tunang saya, jadi apa-apa dekat awak saya yang kena bertanggungjawab, third  bahaya drive kereta malam-malam macam ni nak lagi nanti awak kena lalu kawasan hutan masa nak masuk kawasan perumahan awak.”

“lah tak apalah. Susahkan awak aja. InsyaAllah tak apa-apa. “ Safrina memberi alasan. Kenapa caring sangat mamat ni, runguntnya dalam hati. Oh hati, tolong jangan cepat tersentuh.. please, I bag you so much.

“tak susah pun, lagipun saya tak sedap hati. So tak salah kalau saya nak follow. Silap saya ajak awak keluar malam.”kata Afdal dengan kesal. Tak elok bawa keluar anak dara orang malam-malam. Nak lagi waktu nak dekat kahwin, orang kata tak manis sebab dua-dua darah tengah manis. Salah dia jugak sebab ajak keluar malam-malam. Tapi nak buat macam mana? Pagi dengan petang , dia sibuk meeting. Malam sahaja yang ada masa.

“tak apa, saya faham awak” Safrina tersenyum. “kalau macam tu, jom lah.. “ajak Safrina, Dia baru sahaja menghidupkan enjin Volkswagen Golf Gti warna putih. Tiba-tiba terlintas satu persoalan yang ingin ditanyanya pada Afzal.”

“hum.. awak..”panggil Safrina .Afzal berada selang sebuah kereta dari kereta Safrina , menoleh ke kiri memandang Safrina..

“ya..”

“awak jangan marah tau..”

“kenapa ni..”

“nama awak siapa ya” terangkat sebelah kening Afzal apabila soalan itu dilontarkan kepadanya. Terlopong dua saat.

“awak tak tahu nama saya?” soal Afzal meinginkan kepastian. Sudah hampir dua bulan bertunang, nama tunang sendiri pun tak ingat? Mahu makan pelempang Safrina ni. Tu lah akibat apabila enggan mendengar kata kedua ibu bapa . Encik Haslan dan Puan Hasimah suruh keluar bersama-sama tapi tak nak, pelbagai alasan si budak Safrina ni bagi. Buzylah, lazylah, nasib tak crazy!

“bukan tak tahu, Cuma lupa”

“tak ada beza pun, sama sahaja” sangkal Afzal.

“tak lah awak.. lain lah tak tahu dengan lupa. Lupa tu maksudnya sebelum ni ingat pastu lupa. Tak tahu pula.. tak tahu sebab tak didedahkan benda itu.faham tak?” bersungguh Safrina mengeluarkan hujahnya

“tetap sama je” cemberut Safrina apabila Afzal macam tak percaya dia aja. Muncung itik pun terbentuk.

“okaylah.. jangan merajuk ya sayang.. gurau aja” pujuk Afzal apabila muka Safrina kian memerah.

“Nama saya, Afzal Hasmi Bin Yusof, umur 29 tahun, status tunang Safrina Husna Binti Haslan, hari Sabtu depan , InsyaAllah akan berubah satus Suami kepada Safrina Husna. Kerja sebagai jurutera di syarikat Sime Darby . merupakan anak nombor dua dari tiga orang adik beradik.

Amboii dia.. aku nak tahu nama aja, ni siap bagitahu anak nombor berapa, kerja apa , kenapa tak bagitahu terus makanan dan minuman kegemaran apa dia? Omel    Safrina dalam diam “oh.. okay..  jom lah awak. Dah lewat ni”ajak Safrina segera sebelum dia kena sendir dengan encik tunang tersayang ini.

.......................................

          Jam menunjukkan angka 11 malam. Ni semua pasal jem . Apa pasallah  buat pasar malam dekat jalan utama. Tak pasal-pasal dia ikut jalan jauh!. Sudah lah jalan yang dia lalu ni sempit. Cuma dua lorong sahaja. Dah tu banyak lori pula. Sedang elok Safrina memandu, lori dari arah bertentangan sedang enak memotong kenderaan dihadapan lori tersebut . Pada waktu itu, kereta Safrina hampir sahaja bertembung dengan lori yang membawa sawit itu. Nasib Safrina tidak cepat gelabah, steering dipulas ke kiri dengan cepat. Hampir sahaja nyawanya diragut dalam beberapa saat. Afzal yang berada di belakang kereta Safrina sudah tidak senang duduk. Sedari tadi dia membunyikan hon keretanya. Handphone di ambil , lalu keypad nombor dua ditekan laju.

          "Sayang... sayang you call I. Sayang, I'm soo..." talian dimatikan dengan segera. Kepad dipandang sekali imbas, ikon contact ditekan, lalu nombor Safrina dicari. Setelah jumpa nombor tersebut ditekan laju. Bunyi bip kedengaran seketika sebelum suara cemas Safrina bergema di gegendang telinganya.

          "Helloo.." suara Safrina bergetar.

     "Berhentikan kereta sekarang!"Arah Afzal . Selepas berkata begitu, Safrina memberi signal ke kiri. Afzal segera memberhentikan keretanya dihadapan kereta Safrina.

      Safrina masih dalam keadaan terkejut. Tangannya mengeletar, dada berdegup kuat. Badannya lemah longlai. Dia diam tidak berkutik. Tenggelam dalam lamunannya yang hampir sahaja tadi meragut nyawanya.

      Bunyi ketukan di cermin tingkap sebelah pemandu, Safrina menekan butang untuk menurunkan cermin. Tetera wajah Afzal yang terkejut.

       "Saf.. awak tak apa-apa?" Soal Afzal. Separuh nyawanya melayang apabila trajedi itu berlaku didepan matanya sendiri. Tidak dapat dia bayangkan. Tadi Afzal seperti tak cukup nafas. Trajedi yang berlaku terlalu pantas. Hanya pada Allah dia berdoa dan berserah.

        "Taa...ak... takk apaaa-apaa"kata Safrina dengan lemah. Nafasnya turun naik . Mengah . Allah gerakan hatinya supaya cepat memulas steering. Kalau tidak, ibu bapanya hanya melihat mayat dia sahaja. Bersyukur dia pada Allah. Dalam hati dia tadi , hanya nama Allah yang disebut. Alhamdulillah dia selamat.

            "Alhamdulillah... awak duduk sebelah. Saya drive sampai rumah awak"keputusan sudah dibuat. Afzal tidak boleh biarkan Safrina memandu sendirian. Melihat mukanya yang pucat, pasti menganggu pemanduanya.


          Safrina segera, mengalihkan kan tubuhnya disebelah kerusi pemandu. Afzal mengambil tempat untuk memandu, sebelum itu , nombor adiknya dicari.

          "Azfar.. ambil kereta angah dekat area Beserah. Minta kunci kereta pada Along." Telefon ditutup.


          Sepanjang pejalanan pulang, Safrina membisu ditempatnya. Afzal hanya berdiam diri, memberi ruang untuk Safrina tenang.

           Sampai sahaja di rumah ibu bapa Safrina, Safrina melangkah longlai masuk ke dalam rumah. Puan Hasimah  pelik melihat keadaan anaknya sebegitu. Sebelum keluar, dia tidak seperti itu. Terus dia bertanya kepada Afzal. Afzal menceritakan kisahnya..

          "Allahuakbar... Saf... "  Puan Hasimah tekejut. Lantas kedua-dua tangannya menekup mulut. Pantas sedari tadi dirinya tidak keruan. Perasaannya resah. Rupanya resahnya berasas. "Terima kasih ya Allah." Puan Hasimah bersyukur.

          
I Phone 5S ditenung lama. Kecewa tidak terkata. Ternyata Afzal tidak mampu lagi  memaafkan dia. “Afzal , I sorry okay, I don’t mean to hurt your feeling.”Tangisnya  dalam tersedu sedan. Gembira tidak terkata apabila dia menerima panggilan daripada Afzal. Sudah lama dia menantikan panggilan yang satu itu. Tapi hatinya hancur lumat , semasa Afzal bertidak mematikan panggilan telefon. Air mata yang sekian lama ditahan , akhirnya mengalir tanpa sedar. Akhirnya dia tertidur tanpa sempat air matanya kering.

……………………………………………………………………………………………………………………..






Pintu bilik dikuak dari luar, Safrina melangkah masuk, diikuti oleh Afzal yang sedang menarik luggage.  Susunan bilik tampak kemas. Ton warna merah jambu lembut yang digunakan untuk dinding menambahkan lagi ketenangan bilik. Pada dinding terpampar kertas dinding bercorak bunga Sakura.  Luggage bertukar tangan, Safrina menarik lauggage suaminya kearah almari.

                Afzal mendekati isterinya. Berdiri berhadapan Safrina. Muka Afzal berkerut sedikit. Safrina memandang suaminya. “Dah kenapa mamat ni?. Berkerut aja mukanya”soalnya dalam diam.

                “Awak taklah pendek sangat. Tinggi paras bahu saya aja!” komen Afzal selamba. Afzal membuka almari baju kayu jati yang tinggi melangit, tuala warna biru lembut diambil. Lantas tuala biru itu, disangkutkan pada lehernya. Afzal mencangkung , luggage dibuka, pakaiannya diambil lalu disusun dalam almari. Safrina terlopong dua saat. Dia ingat suaminya nak kata apalah sampai berkerut dahi macam fikir masalah besar!.

                “Siapa kata saya pendek!”balasnya senada. Sedap aja kata aku pendek. Dia tu terlebih kalsium!.Kutuk Safrina dalam hati. Kecik besar kecik besar aja dia tengok Afzal ni. Dahlah ambil tuala aku tak minta izin!.

                “Saya nampak awak pakai heels. Sepanjang kita bertemu, saya asyik tengok awak pakai heels. That why I assume you are short!”. Selamba badak aja si Afzal bagi jawapan. Jawapan Afzal buat Safrina makin geram. Amboi.. sampai kasut pun dia  perhati aku pakai apa!. Memanglah lelaki. Tak lari dari sifat gatal!. Luah Safrina dengan geram  dalam hati.

                “Tinggi melambangkan keyakinan. Awak janganlah  assume kalau perempuan pakai heels aja mesti pendek!. That wrong!. Bila pakai heels, kita akan berasa lebih yakin. Keyakinan yang ada tu akan menyenangkan rutin harian kita. Kita akan rasa  rutin harian kita berjalan dengan smooth aja.” Bidas Safrina. Rambut yang terurai diikat lalu digulungkan dibelakang kepala, jarinya lantas menyepitkan rambut yang digulungkan itu dengan penyempit rambut. Safrina turut mencangkung dihadapan luggage bertentangan dengan Afzal. Menolong Afzal memindahkan baju ke dalam almari. Ni bawa baju macam tak nak balik Melaka aja!.

                “Kalau tak pakai heels tak yakin lah ye?” soal Afzal. Afzal merenung Safrina , menanti jawapan yang keluar dari bibir munggil isterinya. Pergerakan tangan Safrina terhenti, dia memandang Afzal sekejap. Mata dikelikkan sekejap, memikirkan idea untuk membidas soalan Afzal.

 

                “Taklah.. pada dasarnya yakin tu datang dari diri sendiri. Heels tu Cuma subjektif sahaja. Kalau pakai heels tapi tak yakin dengan diri sendiri , tak guna juga!. Setiap hari perlu ada perasaan yakin , kalau tak kita akan tampak lesu. Mulalah seharian tu kita rasa penat. Bila yakin, rasa penat pun malu nak datang!” bidas Safrina dengan yakin. Rasanya jawapan belakang dia tu macam tak betul, tapi yakin punya pasal di cakap juga. Kan tengah bahas topik yakin, kenalah yakin 100%!.Hahaha.

                “Hummm” tu jawapan Afzal. Punyalah si Safrina bagi jawapan panjang-panjang. Afzal boleh balas ‘hummm’ aja. Penat mungkin berlawan cakap dengan Safrina. Safrina diam, ingin meneruskan aktiviti menolong Afzal. Mata memandang luggage, bulat kejap mata dia, kosong!. Aik cepatnya habis. Dua persoalan aja yang terlayang di mindanya.Jari terlunjuk mengetuk lembut pucuk hidungnya yang mancung. Memikir sama ada Afzal cepat menyusun baju ataupun dia bebel panjang sangat sampai baju yang banyak dalam luggage  boleh kosong!. Setelah memastikan luggage kosong, Afzal memasukkan luggage miliknya kedalam almari pada tingkat atas, memandangkan almari dalam biik ini besar dan kebanyakkannya kosong.

                “Awak dah mandikan?” Tanya Afzal. Terangkat kening Safrina.

“ dah. Kenapa?” balasnya pantas. Afzal yang memandang isterinya mampu menahan gelak. Muka kemain takutnya.

“kalau belum, nak ajak mandi sekali. Jimat air” Afzal gelak apabila melihat muka isterinya berubah warna. Takut la tu.omelnya dalam hati.  Afzal menapak ke bilik air sambil ketawa. Dia bukan apa, kalau Safrina belum mandi, dia suruh Safrina mandi dulu. Kemudian baru dia mandi. Kesian dia tengok isterinya kena pakai dress labuh, make-up lagi. Mesti panas, dia yang tak  bertudung ni rasa berpeluh dan panas. Tu belum lagi campur penat dan sebagainya.

“Gatalnya.. urghh” kata Safrina dengan geram.

………………………………………………………………………………………………………

Bilik dalam keadaan senyap. Hanya kedengaran bunyi pendingin hawa. Sesekali terdengar suara suaminya menjerit “GOLL”. Bosan mula menerpa diri. Nak join Afzal tengok bola, memang taklah. Dia tak berapa nak minat pasukan bola Inggeris. Kalau Malaysia punya pasukan bola memang dah lama dia join sekaki. Mengantuk. Bolehlah dikatakan mengantuk tapi, Puan Hasimah ada pesan, jangan masuk tidur selagi suami belum tidur. Safrina memandang Afzal yang berada disebelahnya. Perghh… muka macam tu tak adanya tanda-tanda nak masuk tidur. Segar bugar.  Lepas mandi tadi, terus dia menghadap Tab dia. Ada juga Afzal ajak Safrina tengok bola, tapi tak sampai 5 minit Safrina tarik diri. Novel ditangan direnung tanpa peasaan. Kebanyakan jalan cerita hero dan heroin mesti kena kahwin paksa tak pun kena tangkap khalwat then ada orang ketiga kacau hubungan suami isteri tu. So cliché!

Afzal memerhati Safrina disebelahnya, hanya pandang cover depan novel. Takkan  Safrina boleh baca dengan hanya memandang cover depan sahaja. Hebat sungguh isterinya itu. Matanya tergerak melihat jam di dinding. Baru pukul 1 pagi!. Nak tidur rasanya awal lagi ni. Omelnya sendirian. Humm.. kalau dia ajak Safrina keluar, agak-agak isterinya itu nak tak?Afzal mencuba nasib.

                “Saf.. nak ikut saya keluar tak?” Tanya Afzal, berharap sangat Safrina sudi menemaninya keluar. Keluar sorang-sorang memang bosan nak lagi semua kawan-kawan dan adik-beradiknya dah pulang. Kalau Safrina tak nak,terpaksalah dia membatalkan hasratnya itu.

                Safrina menoleh kesebelah memandang suaminya, kemudian menoleh kearah jam.  Jari telunjuk bermain di hujung pucuk hidungnya. Kalau tak keluar bosan pula.Baik dia keluar dari duduk terperap dalam bilik. Sekurang-kurangnya mengantuknya hilang.

                “Boleh juga” kata Safrina dua patah. Novel diletakkan di atas  almari kecil berhampiran denganya. Cermin mata turut ditanggalkan, lalu diletak diatas novel.

                “kalau macam tu, cepatlah siap”arah Afzal. Safrina segera mencapai tudung yang elok tersangkut di dalam almari. Tak sampai 15 minit dia dah siap .Tak macam perempuan diluar sana kalau ber”make-up” sampai berjam-jam. Safrina ni dia jarang nak ber”make-up” bagai. Cuma bedak dan lip gloss. Itu sudah cukup memadai.

                “kunci kereta awak mana. Saya drive kereta awak ajalah , kereta saya dah bawa masuk bawah garaj, malas nak keluarkan” Kata Afzal.

                “okay” kunci kereta diatas meja solek  diambil, lalu diserahkan kepada Afzal. Mereka beriringan turun kebawah.

                “Abang ngah, Kak ngah, nak pergi mana pagi-pagi ni? Soal Irham  apabila terserempak mereka berdua di tangga.

                “lah, Am tak tidur lagi”Tanya Safrina.

                “nak masuk tidurlah ni. Tadi lepak dengan kawan-kawan. Pengantin baru nak pergi mana ni?” soal Irham untuk kali kedua. Selagi tak dapat jawapan selagi tulah dia akan bertanya.

                “Tadi Irham dah dating dengan kawan, sekarang giliran abang ngah dengan kak ngah la pula”kata Afzal . Bibir merahnya tersenyum dengan jawapan sendiri. Dating!. Tak pernah dia dating dengan perempuan. Ni kali pertama .

                “oww.. sweetnya. Jelous Am tau” balas Irham sambil tersenyum lebar. Safrina dibelakang Afzal menahan malu kerana disakat oleh adiknya.

                “okaylah Am, kami pergi dulu, jumpa esok pagi” Afzal berkata sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Salam bersambut. Mereka menghampiri pintu rumah.

                “kak ngah.. jangan lupa kunci pintu” laung Afzal semasa menaiki tangga.

                “baik bos” selepas pintu ditutup, Safrina mengunci pintu dari luar rumah. Dia berjalan mendekati keretanya, lantas masuk di tempat penumpang bahagian hadapan.

                “Kita nak pergi mana ni?”Tanya Safrina.

                “tempat mana yang masih ramai orang pergi pada waktu macam ni” soal Afzal

                “hum.. kalau mall dah tutup, pantai . pantai lah”cadang Safrina.

                “okay. Tunjuk jalan”

                “aik.. GPS ada . guna aja la abang  sayang” Kata Safrina tanpa sedar. Bibir Afzal merekah dengan senyuman. Gembira mendengar perkataan yang keluar dari mulut isterinya.

                “awak sayang saya eh?” perangkap Afzal.

Dahi Safrina sudah berkerut seribu. Tak kena langsung GPS dengan awak sayang saya!.

                “Hah. Saya tak faham..” Safrina berkata dengan polos. Sememangnya dia tak faham. Apa kaitan GPS dengan sayang suaminya itu.


                
“Awak ada kata tadi, guna GPS  lah abang sayang. So awak sayang saya lah ni. Betul tak?”Afzal mula menyakat. Dia memulakan perjalanan. Safrina disebelah dikerling kejap. Isterinya macam berperang dengan perasaan sendiri.

                “tak lah .awak salah dengar ni?” nafi Safrina. Dia tak menyangka telinga Afzal begitu tajam. Dan memang sejujurnya Safrina mula jatuh sayang pada Afzal Hasmi !. tapi dia tak nak mengaku, buatnya Afzal tak sayang dia. Perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta seperti pasangan yang lain tapi kerelaan hati apabila disuruh berkahwin. Dengar macam sedihkan?. Kalau orang tak tahu pangkal cerita memang orang anggap perkahwinan paksa.

                “okay” Afzal, masanya kan tiba, jangan risau nanti dia akan bagitahu juga. Pujuk hatinya.

Setelah 45 minit memandu, akhirnya mereka sampai ke destinasi. Teluk Cempedak! Angin yang sangat damai, tenang, cuaca yang sejuk. Pagi-pagi pun masih ramai orang di sini. Ada warung yang masih beroperasi, kedai menjual cenderamata, ahli musik jalanan dan sebagainya.

Ruginya aku tak bawa baju sejuk. Nanti mula demam. Omel Safrina . Angin sempoi membuat kan tudung Safrina kian beralun. Sejuk terasa sampai ke tulang hitam. Kedua-dua tangannya didekatkan, lalu digesel antara satu sama lain. Untuk menghasilkan haba. Afzal yang terlihat perlakuan isterinnya, segera menanggalkan sweater dari tubuhnya yang sedikit tegap. Sweater dipakaikan untuk isterinya.

                “eh.. awak. Tak payahlah. Saya okay”

                “okay apanya, kalau kulit dah sejuk macam ais”kata Afzal semasa menyentuh kulit muka Safrina. Safrina tergamam dengan perlakuan suaminya. Jantungnya berdegup kencang. Rasa mahu pecah!.

                “nanti awak sejuk” soal Safrina perihatin.

                “saya ada cara yang tersendiri nak hangatkan badan saya” Afzal kenyit mata sesudah dia habis berbicara. Safrina makin tak keruan.

                Afzal menghulurkan tangannya. Safrina teragak-agak untuk menyambut, tapi segera diusirkan rasa malu jauh-jauh. Akhirnya tangan kedua-dua pasangan ini bertaut. Mereka berjalan digigi air. Sesekali air memukul kaki mereka. Sejuknya!

                “awak.. dulu awak sambung belajar dekat mana ya?”Safrina memulakan bicara. Muka bersih Afzal dipandang. Kening yang hitam lebat, hidung yang mancung terletak, bibir yang merah, kulit yang putih, mata yang redup. Sempat Safrina menganalisis. Suaminya cukup pakej. Mesti ramai peminat ni!. Tiba-tiba dia rasa susah hati pula. Macam mana kalau ada orang rampas Afzal dari dia? Persoalan itu tergantung dengan sendirinya.

                “Saf sayang. Nak dengar tak ni?” soal Afzal . isterinya mengelamun. Pipi Safrina merah menahan malu.  Safrina segera mengangguk. Mata ditalakan pada suaminya. “ Abang sambung belajar diUnikl Micet. Ambil kos Chemical engineering technology (process). Abang kat situ 3 tahun sahaja. Lepas tu abang ditawarkan sambung deegre dan master dekat overseas. Sekarang ni abang buat Phd” beritahu Afzal. Pipi Safrina merah lagi. Perkataan abang yang keluar dari bibir suaminya menunjukkan bahawa dia perlu tukar panggilan.

                “Saf pun ex- micetians. Tapi Saf malas nak ambil master.”Bicara Safrina. Kagum dia dengan suaminya, masih lagi belajar walaupun dah ada kerja yang stabil.

                “Abang tahu Saf ex-micetians” balas Afzal pendek.

                “macam mana awak tahu. Saya tak pernah bagitahu awak pun” soal Safrina ingin tahu.

                “Saf ingat senang-senang ke abang nak terima sebarangan perempuan jadi isteri abang. Abang akan tapis perempauan tu macam mana dulu, baru abang setuju. Untuk pengetahuan Saf, abang pernah mengintip Saf tau.” Kata Afzal selamba. Dia berjalan laju meninggalkan isterinya kebelakang. Tak lah belakang sangat. Safrina terlopong mendengar perjelasan Afzal. Terkelip-kelip mata dia memandang Afzal yang jauh kedepan.

                “Sejak bila awak mengintip saya” Kata Safrina dengan kuat. Kaki membuka langkah yang besar untuk mengejar suaminya yang kedepan itu. Afzal ketawa kegembiraan , mengingati kisah yang satu itu. Peristiwa itu yang dia rasa kerja paling tak matang dia buat!

                “cerita lah bila awak start mengintip saya?” desak Safrina Tangan Afzal digoncang beberapa kali. Mendesak supaya suaminya membuka cerita.

                “Abang start buat kerja tu sebelum kita bertunang dan selepas bertunang smpailah sekarang ni.”Afzal senyum..

                “Hah.. awak biar betul” Tanya Safrina tak percaya. Afzal mengangguk mengiyakan.

                “ingat tak tayar kereta Saf pancit masa dekat Dataran Pahlawan.”Soal Afzal. Safrina mengangguk beria. Geram betul dia pada si pelaku itu. Sampai sekarang dia tak jumpa cari lagi. Di sebabkan si pelaku tu lah dia terpaksa tinggalkan keretanya disitu. Terpaksa dia menyusahkan Amar menghantar dia pulang.

                “sebenarnya abang yang buat”selamba Afzal beritahu. Rahang Safria kian jatuh. Terkejut sebenarnya.

                “kenapa buat macam tu, awak tahu tak disebabkan tayar pancit saya terpaksa tinggal kereta dekat situ dan  terpaksa susah kan Amar hantar saya pulang!”

                “siapa suruh buat abang jelous!”  Afzal tersengggih.

                “bila masa pulak saya buat awak jelous!”

                “Yang awak keluar dengan lelaki , kenapa? dah tu dia sorang pula perempuan.” Kata Afzal tak puas hati.

                “saya keluar bertigalah, Amar , saya dan Maya. Maya balik awal sebab ada hal.” Terang Safrina

                “tahu. Disebabkan rasa bersalah yang amat, abang keluar pukul 3 pagi, suruh makenik pam tayar kereta Saf tau.”

                “oh.. Patutlah.pagi tu, Saf rasa tayar macam ada orang pam. Rupanya awak” rungut Safrina tak puas hati.

                “anyway awak, tak payahlah jelous , Amar tu saya anggap dah macam adik sendiri je. Dia muda tiga tahun dari saya.”terang Safrina. Afzal mengangguk.

                “Saf awak pernah bercinta tak?” Tanya Afzal.Tangan dimasukkan kedalam poket seluar jeans nya. Mata memandang Safrina, inginkan jawapan.

                “Saya, hummm.. tak pernah. Malas nak bercinta.” Jawap Safrina. Afzal tersenyum sendirian. Maknanya isterinya rekod bersih sama seperti dirinya jugalah. Tak pernah bercinta!.

                “Awak pula?” Tanya Safrina. Mata memandang Suaminya.

                “nak tahu ke?” Tanya Afzal. Safrina mengangguk.

                “Boleh tapi ada syarat”

                “apa syarat tu” Safrina sudah termakan umpan.

                “Nampak tak pokok besar tu, siapa sampai dulu, dikira pemanang. Si kalah kena ikut cakap pemenang” Terang Afzal.

                “okay” sesudah berkata begitu, Sarfina terus berlari tanpa sempat Afzal mengira nombor untuk memulakan larian.

                “mana achi , main tipu!!” laung Afzal sambil mengejar isterinya yang sudah kedepan . Geram dia dengan Safrina.

                “Achi dekat india, mana ada dekat sini” Safrina mula berloyar buruk.

                 Sudah ternyata tenaga lelaki lebih kuat berbanding wanita, Afzal sampai dahulu di bawah pokok, dia menunggu isterinya berlari kearahnya. Safrina berlari sekuat mungkin kearah Afzal. Sampai sahaja didepan Afzal, tubuhnya dipeluk. Safrina kaku dalam pelukan suaminya. Dada tak usah cakap lah, memang kerjanya berdegup dengan kuat lah.

                “Abang tak pernah bercinta. Abang memang tanamkan niat nak bercinta dengan isteri abang” pelukan dilonggarkan sedikit. Wajah merah Safrina direnung penuh kasih.” I love you Safrina Husna,  Abang mengaku, abang cintakan Safrina. Sejak bila abang tak pasti, tapi bila Saf keluar dengan lelaki lain selain abang, abang rasa sangat cemburu. Sebab tu abang pancitkan tayar Saf. I’m sorry okay.” Luah Afzal. Safrina memandang mata redup suaminya. Mencari keikhlasan pada setiap bait yang diucapkan oleh Afzal. Dua mata saling merenung antara satu-sama lain.

                Tanpa sedar,  bibir Afzal menindih lembut bibir munggil Safrina. Sesekali Safrina membalas. Polos. Beberpa saat, pelukan dileraikan, Afzal tersenyum memandang isterinya yang malu. Merah muka Safrina. “Terima kasih sayang” bisik Afzal di telinga kanan Safrina. Safrina diam tidak berkutik.

                Safrina ditarik rapat kepadanya, tangannya memeluk bahu Safrina. Mereka berjalan menyesuri pantai. Kedua-duanya diam sepanjang perjalanan.  Afzal tersenyum kegembiraan.
 
 

No comments: