Cik Ketuat..
cakap pasal ketuat. Aku pernah kena ketuat. Apa itu ketuat atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Warts.
Apa itu Watrs atau Ketuat ?
Warts atau Ketuat adalah merupakan sejenis penyakit kulit di mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Warts atau Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.
info lanjut layari : https://wannuraterapi.wordpress.com/2012/08/21/warts-ketuat/
Aku kena ketuat ni dekat tapak ibu jari kaki kiri. Mula-mula tu aku ingat jerawat . Mesti korang kata aku pelik kan. Dah permukaan kulit tu , kalau sentuh , kita dapat rasa bawah lapisan kulit tu macam ada gelembung a.k.a jerawat. That why aku assume jerawat kut.Hahaha
Pada awal tu bila aku jalan tak sakit. Pastu tempat yang kena ketuat tu sakit bila hari berganti hari, bulan berganti bulan. ketuat tu jadi macam besar sikit dari saiz asal dan bergelembung di bawah permukaan kulit. Permukaan tu jugak rasa kasar. Kalau korang pecahkan ketuat yang bergelembung bawah permukaan kulit tu, tak keluar cecair apa-apa pun. menda tu macam isi kulit .
Jadi, aku ni jadilah doktor yang bertauliah, ketuat kat kaki tu, aku cubit-cubit a.k.a macam picit jerawat. Syokkan bila picit jerawat. Hahaha. Sengal betul aku ni. !
Jerawat bila kita picit , senang je kan nasi putih tu keluar. Ketuat ni dia lain pesen sikit. kau picit-picit , dia tak jadi apa-apa. Aku picit banyak kali, tak ada apa-apa perubahan pun, aku bengang lah. Aku pun ambil jarum , aku cucuk ketuat tu. Hahaha. Baru ada perubahan. Aku cungkil-cungkil ketuat tu. Masa tu tak sakit pun. Sebab permukaan kulit keras. Macam kulit mati.
Aku mengadulah sakit kat mak aku, bila aku berjalan, tapak ibu jari aku sakit. My mum pun ajak aku jumpa doctor . Pastu , Doctor handsome tu kata tu ketuat. Baru aku tahu itu ketuat. Doc tu kata , ketuat ni terjadi sebab kurang jaga kebesihan. Aku jaga kebersihan .. Okay! . Setelah puas perah otak, tang mana aku kurang titipkan kebersihan, baru aku mengaku. Hahaha. Aku ni jenis semua benda nak cepat. Jadi aku teringat lah, aku banyak kali pakai selipar atau kasut sambil berjalan sebab nak tutup pintu pagar rumah. Adik-adik aku, malas nak tutup pintu pagar. Jadi aku lah kena tutup. Doc tu bagi ubat sapu. Aku pun sapulah kat ketuat tu, hari-berganti hari. ketuat tu okay, tak sakit. Bila aku dah stop sapu ubat kat ketuat , dia kembali sakit . ketuat tu kembali mengelembung , bila terlangar sesuatu, kau akan rasa nak menjerit kuat .. sebab tersangat lah "SAKITTTTTT"
Last sekali, aku dapat iham.. Aku basuh bersih-bersih ketuat tu dengan air paip. Dah bersih tu, aku ambil tisu bersih aku pun, picit ketuat sekuat hati aku. Dan secara automatic la ketuat yang basah tu jadi kering sebab kena tisu kan. Dah puas aku picit sebab nak keringkan ketuat tu ( Guna tisu yang berlainan. Maksud aku, dah siap picit tu, ganti lah tisu kalau nak picit ketuat tu lagi ). kemudian aku pun sapu ubat yang doc tu bagi. Perasaan bila picit ketuat tu tersangatlah best...
banyak kali la ... aku buat macam tu bila aku nk masuk tidur. Hari berganti hari jugak .. ketuat tu tiba-tiba ... BERLUBANG....eeeeeee. Makin geram la aku. Sebelum ni ketuat tu tak berlubang sangat. ni semua berlubang dan DALAMMMMM !!!! Makin TENSION aku.
Macam tu lah gambar nya. tapi tu dah kering. waktu mula-mula .Lubang tu dalam gila. rasa bertambah gerammmmmm. Kalau korang perhatikan betul-betul dalam lubang tu, akan nampak benda warna hitam sikit.Tu ada lah nutrition bagi ketuat. Lupa pulak nak cakap ketuat ni suka merebak..
Aku dah tak buat picit ketuat sekuat hati, aku cuma bersihkan ketuat dalam lubang tu je. Aku pun teruskan lah usaha menyapu ubat. siap aku masukkan ubat tu dalam lubang lagi. aku tonyoh-tonyoh lubang tu dengan ubat. ( aku sapu ubat tu guna kapas korek telinga).
lepas tu , tahu tak?. Tak tahu kan. Ni nak bagitahu la ni ( kkk.. lawak hambar. hahaha) . YANG BERLUBANG tu dah makin tutup. aku pun apa lagi, aku keluar kan benda hitam yang dipanggil nutrition pada ketuat tu. pastu setiap malam aku sapu ubat tu...
Dan hasilnyaaaa... ALHAMDULILAH... ^^
Dah nak baik.. yeahh.. so tulah cara aku hapuskan ketuat..
Ni lah ubat sapu yang doc handsome bagi kat aku.
That All...
No comments:
Post a Comment