Ruang mesyuarat mula lengang. Semua jurutera pelbagai bahagian hadir dalam mesyuarat tergempar yang dijalankan hampir 3 jam. Ainaa mula mengemas file yang mengandungi kertas laporan dan projek yang berselerak di depannya.
“Amirah..esok I nak you pantau stesen di Pergau” arah Tuan Pengarah Zamril. Ainaa terlopong dua saat. Sesedap cool blog je dia bagitahu last minute .Hampeh betul laa orang tua ni, omel Ainaa dalam hati. Bengang aja dia rasa.
“ Humm.. esok ya tuan” tanya Ainaa untuk mendapat kepastian lagi.
“Esok pagi , you kena ada dekat sana, pantau mereka semua and after that give me a report. Eh Hasnil tak bagitahu you kah. Dia semalam dah pergi sana, tu yang muka dia tak ada meeting kali ni” ujar Tuan Pengarah Zamril. Ainaa senyum hambar. Kurang asam kau Hasnil. Mentang-mentang aku tolak kau , kau nak balas dendam la yek, gumam Ainaa sendirian.
“ Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu tuan”. Tuan Pengarah Zamril mengangguk. Ainaa melangkah longlai memasuki biliknya. File di tanggan dihempas ke meja. Laptop di buka sambil menaip booking tiket Air Asia di laman pencarian sambil mulutnya mengomel sesuatu.
5.00 a.m, Lapangan KLIA..
Sweater di tarik menutupi tubuhnya yang kesejukan. Bag roda ditarik menuju ke tempat duduk berhampiran dengan pintu pelepasan.Flight bakal berlepas pada pukul 5.45 a.m. . Baru sahaja Ainaa duduk di bangku itu, seorang pemuda turut duduk berhampiran dengan Ainaa. Sangat rapat hampir sahaja peha mereka bertemu. Ainaa yang tidak selasa akan situasi bergitu segera berganjak sedikit ke tepi, pemuda itu juga turut melakuakan perkara yang sama seperti Ainaa lakukan. Ainaa gelisah sendirian. Nak berganjak sedikit ke tepi memang tak boleh lah melainkan dia sanggup jatuh bedebuk macam nangka busuk memandangkan bangku yang mereka duduki itu adalah pendek. Hanya dua pilihan sahaja iaitu hanya stay situ sampai pengumuman masuk ataupun berdiri dekat belakang sehingga pengumuman dibuat. Ainaa memandang ke belakang, sekejap sahaja bangku yang kosong itu diduduki oleh orang lain.
“Nampaknya memang tak ada pilihan lain la” gumam Ainaa sambil menghela nafas pasrah. Perutnya mula berbunyi, Ainaa menyua roti yang dibeli sebentar tadi ke dalam mulutnya. Anak matanya mula membuat penilaian terhadap pemuda disebelahnya. “Ainaa tuan pengarah suruh kau buat penilain stesen Pergau lah bukan mamat sebelah kau ni bisik suatu suara baik.” Sebelah lagi bertentangan dengan suara itu. “ Ainaa.. kau tengok muka mamat ni.. handsome weh. Rugi gila kalau tak cuci mata. Badan dia sado okay”.
Ainaa segera menggeleng kepalanya untuk mengusir suara-suara itu. Tumpuannya beralih keatas roti yang dikunyahnya sambil membuka laman social wechat. Jari runcingnya menaip sesuatu di keypad “ Dia tak nak tegur aku ke?”. Beberapa saat kemudian, momentnya di like oleh beberapa rakannya.
Dalam perut pesawat Air Asia..
Selepas meletakkan bag rodanya dalam perut pesawat. Kerusi H011 dicari. Economic class sahaja yang tinggal kosong, fist class dah penuh jadi terpaksalah berhimpit-himpit. Setelah ditemui, Ainaa segera duduk dikerusinya. Kerusi disebelah kanannya diduduki oleh seorang nyonya tua. Manis sahaja mukanya. Nyonya tua itu tersenyum melihat Ainaa, Ainaa membalas senyuman wanita itu. Selang beberapa minit, Ainaa berasa kerusi disebelah kirinya diduduki seseorang. Segera dia berpaling untuk mengetahui siapakah gerangan itu, Sebaik sahaja dia berbuat demikian, jantung Ainaa keras membeku . Mana tidaknya muka Ainaa dan gerangan yang baru sahaja duduk disebelahnya hanya satu dengkal sahaja. Saling menghadap. Muka Ainaa berubah ton warna. Malu ya amat. Pemuda itu sempat melakar satu senyman manis sebelum mengalihkan mukanya dari berpandangan dengan Ainaa. Lagi Ainaa bertambah malu.
Ainaa terkelu seketika. "Husband". Nyonya tu sangka mamat sebelah ni husband aku. Ainaa ketandusan idea untuk membalas persoalan nyonya manis itu. Serba salah nak cakap. Kalau cakap bukan husband , nanti nyonya tu mula mengata aku, fikirnya sejenak.
Sudahnya hanya senyuman penganti suara..
" haiyaa.. you ni.. jangan malu-malu sama auntie. Nanti di Kelantan bulan madu puas-puas. Kalau dah dapat anak nanti susah lor nak bermanja dengan husband. Auntie mahu pesan sama you, lepas melahirkan, you kena jaga pantang loh. Kalau tak badan you tak cantik loh. Husbnad you banyak handsome. You kena jaga dia elok-elok" pesan nyonya itu dengan bersemangat. Ainaa serius tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Hanya senyum dan angguk. Dah la bahu sebelah kiri dia ni sakit menampung berat kepala mamat ni.
"Mamat ni pun satu hal. Tak ada tempat lain ke nak landing. Tak pasal dapat nasihat free. Omel Ainaa tak puas hati".
" ni lagi satu auntie mahu pesan, nyonya itu segera mendekati telinga Ainaa, membisik sesuatu disitu. Kalau waktu malam, you kena pakai itu baju nampak seksi loh, macam itu night gown , baru your husband tak lari sama betina lain" pesannya lagi. Muka Ainaa dah memerah habis . Telinga dan muka dia dah panas.
" thank you auntie." Ucap Ainaa sambil tersenyum hambar. Bertuah badan dapat dengar nasihat dalam flight ni. Si nyonya ni banyak cakap pulak laa. Sampai nasihat perkahwinan pyn dia bagi. Aku single lagi laa. Tak ada husband pun lagi .Aduh.. gumam Ainaa sendirian.
" awak...awak" kejut Ainaa sambil tangannya mencuit bahu pemuda di sebelahnya. Pemuda itu merengek sedikit. Ainaa mendongkol geram . " Hisyy mamat ni, dia ingat bahu aku ni pillow ke?. Sedap je tidur"
" awak.. ooo awak.. bangunlah " kejut Ainaa sekali lagi. Pemuda itu mula membuka mata dan tersedar dirinya melamapu terus membentulkan duduknya. " Sorry. I'm really sorry".pinta maafnya pada Ainaa. Ainaa mengangguk sahaja. Tak ada mood nak bercakap dengan mamat tak tahu nama ni.
Kelibat pemuda disebelahnya hilang sebentar, dan tak lama muncul pula. Dia mula mengangkat takbir lalu mulutnya mengalunkan kalimah ayat suci al-Quran. Walaupun suaranya slow, setiap alunan yang dibaca dapat didengari oleh Ainaa. Merdu sekali. Alhamdulillah , wujud juga lelaki seperti ni pada zaman teknologinya yang serba canggih.
Selesai solat, dia menadah tangan untuk berdoa , Ainaa juga turut melakukan benda yang sama. Menaminkan doa yang dibacanya.
Usai itu, pemuda itu mula berbual dengan Ainaa sehingga sampai ke destinasi mereka.
.............................................................
" Penatnya akak. Dah empat hari kita kat sini qila. Baru siap perbincangan tu" Omel Akak Fira yang tengah berbadan dua itu. Badan direbahkan perlahan-lahan , kemudian dia meliat sepuasnya di katil empuk itu.
"Hari ahad dah nak balik, tak sempat nak melancong " rungut Aqilah . Muncung itik dibibirnya turut terbentuk. Seketika kemudian terdengar deringan smartphone Akak Fira berhampirannya. Smartphone itu disambar lalu diserahkan kepada Akak Fira. Senyuman mengusik diberikan . "Husband akak call. Suka la tu.".
"Eh , mesti la. Akak rindu dia" ucap Akak Fira dengan muka berseri-seri. Sekejap sahaja deringan itu berjawab.
" Hello sayang. How are you there?" Tanya Akak Fira. Akak Fira diam seketika mungkin mendengar pertuturan suaminya.
"Sayang baru mandi. B tengah buat apa tu?" Soal Akak Fira kembali. Aqilah meloloskan dirinya kedalam kamar mandi. Gilirannya pula untuk mandi. Cadangnya nak mandi sebentar lagi tapi niat terpaksa dimatikan sebab nak bagi ruang dekat Akak Fira melepaskan rindunya dari Kota Dubai ini. Pintu kaca kamar mandi ditutup, hilang suara manja Akak Fira dari pendengarannya.
"Haihh.. Akak Fira berpisah sekejap dengan husband dia seminggu pun dah rasa rindu bagai. Kalau husband dia pilot mesti kena kerap berpisah. Macam mana yek rasanya?."soalnya pada diri sendiri. Tangan yang penuh dengan limpahan air sejuk dari pili air dibawa ke mukanya . Sejuk,nyaman, segar dapat dirasanya..
......................................................
10.45 a.m . Cafe Hotel .
"Akak ... first holiday kita ni. Kita nak kemana?" Tanya Aqilah sambil memasukkan roti yang dicicah dengan sup cendawan panas kedalam mulut.
"Kita pergi Burj Khalifa dulu la ye. Tapi Qila tahu tak jalan nak ke sana ?." Soal Akak Fira yang sedang menikmati Nasi Goreng Dubai.
" Qila first time datang sini, tak tahu selok belok dekat sini. Kita tengok langit aja lah. Kalau menara tinggi sekali tu burj Khalifa la tu. " selorohnya .
" sorry miss.. saya dengar you all nak pergi burj Khalifa right. Can I join you all?." Sampuk satu suara dari meja sebelah apabila terdengar perbualan Aqilah dan Akak Fira.
Wajah binggung Aqilah dan Akak Fira membuatkan Hakim tersengih. Aqilah dan Akak Fira berpandangan sesama sendiri. Pelik. Ya lah. Orang tengah bincang nak pergi mana. Tiba-tiba sampuk satu suara nak ikut sekali. Dahlah tak kenal dia tu siapa!
Sorry sorry. Saya Hakim dari Malaysia. Baru aja sampai sini semalam.Saya bercuti dekat sini. Travel alone so tak ada kawan. Agak boring kalau berjalan berseorangan. Saya terdengar you all nak pergi burj Khalifa, kebetulan tempat you all nak pergi , sama dengan tempat yang saya nak pergi. So can i join this travel with you all?" Beritahu Hakim panjang lebar. Senyuman terlakar di bibir.
"Mintak-Mintak lah diorang bagi. Aku bosan travel sorang-sorang ni." Bisiknya sendirian.
Aqilah dan Akak Fira berpandangan sekali lagi. Mereka mengerutkan muka .
"Jangan risau. Saya orang baik. Tak ada rekod jenayah. You all can trust me." Beritahunya lagi apabila melihat kerutan di wajah mereka berdua. Hakim menunggu jawapan dari mereka berdua. Tetapi tiada balasan daripada mereka. Terus ayat sedih dikeluarkan. " tak apa lah kalau you all tak bagi. Saya okay aja. Nampaknya kena travel sorang-sorang lagi la gamaknya" ucapnya lirih, muka kesian di buatnya.
" Eh, kitaorang tak kata apa-apa pun lagi . Memandangkan kitaorang tak tahu jalan nak pergi Burj Khalifa, jadi permintaan awak diterima ." Kata Akak Fira.
wajah Hakim berubah ceria. "Terima kasih, saya tahu jalan ke Burj tu. Nanti saya bawa you all pergi tempat menarik" beritahunya ceria.
"Awak biasa ke sini ke bila cuti?" Aqilah mula menyoal .
" iya. Biasanya hal kerja banyak ke Dubai" balasnya ramah.
" ohh. Kalau dah siap. Jomlah kita bertolak sekarang" Akak Fira mula bangun untuk beredar. Handbag disisi diambil.
" Oh, okay . Jom".
.....................................
"Burj Khalifa ni dekat jalan Sheikh Zayad. Dari hotel kita ni lebih kurang 45 minit. Yang uniknya Burj ni ialah lif dia. Lif tu terlaju didunia pada kelajuan 64 kilometer per jam atau yang mudahnya 18 meter per saat. Memang laju. Bila naik kita tak rasa apa-apa pun. Langsung tak bergoyang"Terang Hakim sambil membayar tiket masuk di Kaunter.
"You all tahu tak. Dalam Burj ni ada masjid tau. Masjid tertinggi didunia pada tingkat 158. Nanti kita solat Zohor disitu. Dalam ni juga macam-macam ada. Mall, Dubai Mall. Mall dia memang besar. Selain itu, aktiviti outdoor pun ada dekat sini " Terang hakim lagi. Hari ini Hakim jadi pembawa maklumat . Dari perjalanan sampai Burj ini , tak henti-henti dia bercerita. Sampai Akak Fira tak payah nak google apa yang ada di dalam Burj tu. Tanya sahaja pada Hakim. Pada Pagi ini sahaja banyak maklumat yang mereka dapati daripada cerita hakim.
Pagi itu , mereka melancong ke Burj Khalifa, sempat membeli belah di Dubai Mall. Barang dalam tu memang cantik. Rambang mata orang perempuan melihat barangan yang dijual disitu, seterusnya mereka solat zohor di masjid tingkat 158. Sangat cantik, luas, sejuk. Ramai pelancong menunaikan solat disitu. Pelbagai bangsa ada , sempat mereka berbual dengan pasangan warga emas dari Malaysia. Dubai Aquarium dan Underwater Zoo juga sempat dikunjungi mereka. Sempat mereka merakam gambar bersama jerung yan sedang berenang disitu. Moment yang sangat cantik itu tersimpan dalam smartphone Hakim.
Petang itu, mereka menaiki Water Taxi. Nama aja gempak tapi sebenarnya boat macam river cruise. Tengok bangunan lama di Dubai. Pemandangan yang sangat cantik dan indah. Struktur bangunan yang sangat indah dan dinamik. Spice Souq , Pasar Rempah Ratus. Dekat sini pelbagai rempah ratus dijual. Rempah yang tak pernah tengok di Malaysia pun ada dijual sekali. Dalam kawasan itu juga terdapat banyak kedai Souvenir. Harga memang membunuh pelanggan. Macam-macam ada dari pakaian , kasut, makanan, coklat , peralatan hiasan rumah dan lain-lain.Memang puas hati berbelanja disitu. Hakim banyak membantu Aqilah dan Akak Fira dalam menawarkan harga barang.
Selepas tangan penuh dengan barangan masing-masing, mereka melawat Masjid Sheikh Zayed. Dari Spice Souq ke masid ini mengambil masa 30 minit. Masjid ini terletak di Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu.
“Masjid ini dinamakan sempena Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pengasas dan presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga dikebumikan di sana dan merupakan masid ke tiga terbesar didunia.Karpet yang terbentang luas di masjid ini merupakan "karpet terbesar dunia" yang berukuran 5,627 meter persegi. Berat karpet tersebut ialah 47 tan - 35 tan kapas, dan 12 tan benang.Masjid ini juga mempunyai candelier (lampu lilin) terbesar dunia. Terdapat tujuh lampu lilin yang diimport dari Jerman dan kesemuanya adalah dari tembaga dan bersalut emas. Lampu lilin yang terbesar berdiameter 10 meter dan 15 meter tinggi.” Beritahu Hakim. Lensa kamera Aqilah mula merakam segenap bahagian masid. Sangat cantik. Masha’Allah.
“Sheikh Zayed Grand mosque ni antara destinasi wajib kalau pelancong berkunjung ke Abu Dhabi. Masjid yang pada saya sangat besar dan cantik. Senibina yang sangat highclass menggunakan material yang mewah. Diperbuat daripada marble putih. Cantik gila.” Hakim menyatakan pendapatnya pada Aqilah. Seketika kemudian, lensa kamera Hakim merakam keindahan dalam masjid itu.
“Selalu jugak tengok orang bergambar kat masjid ni tapi bila pergi dan lihat dengan mata sendiri, memang subhanallah the pictures doesn’t do any justice. Lihatkan ukiran kat dinding, finishing yang takde cacat cela, karpet, lampu, chandelier, glasswalls… nak nangis tengok cantik sangat. Sampaikan saya tak sabar nak melawat keliling masid ini. Huhu” Tutur Aqilah dengan muka yang ceria. Hakim tersenyum melihat Aqilah.
“Kenapa awak pandang saya?” soal Aqilah. Hairan dia tadi Hakim banyak sangat bercakap pastu senyap pulak!
“Eh, tak ada lah.. fakta menarik pasal masjid ni , dia ada 82 kubah yg diperbuat daripada white marble dgn Moroccan design.Karpet yang handmade, terbesar didunia direka oleh Iranian artist, Ali Khaliqi dan di-handmade oleh 1300 orang.Chandelier yang terbesar di dunia, made in German. Ada ribuan Kristal Swarovski. Glasswork dari Italy , memang marvellous.Bahan-bahan terdiri dari marble, batu2an warna warni, emas, kristal, seramik utk pembinaan masjid yang saya rasa paling mahal di dunia.Tempat persemadian presiden UAE, Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, di taman masjid ini dan design masjid ni diinspirasikan oleh this late president tapi hanya dapat direalisasikan oleh anak beliau setelah kemangkatan beliau” Cerita Hakim bagi menutup malu yang terbuku dihati. Aduh.. kim...kim tak jaga mata kau yek. Ummi tahu mampus kau kena gulai dengan dia!.
“oh.. menarik, awak mesti banyak baca buku kan. Semua fakta awak tahu. Sampai saya tak payah nak tanya miss google dah.”
Hakim tersengih. “Tak adalah juga . Cuma saya rajin melancong sorang-sorang. Tu yang banyak dapat info dari warga tempatan”
“Melancong sorang-sorang?” soal Aqilah
“ya. Sorang aja” Hakim sengih memandang raut muka Aqilah. Hakim kau memang la tak jaga mata. Dalam masjid pulak tu. haiyakkk!
“ kenapa sorang, tak ajak family, kawan ke? ” soal Aqilah.
“ Entahlah. Saya sendiri pun tak tahu. Tapi memang saya suka melancong sendiri.”
“Oh.. okay.”Aqilah mengangguk
“ Meh saya tunjukkan awak dan Akak Fira ruang solat wanita. Lagi pun kejap lagi azan. Kita solat sini ajalah. Sayang kalau melawat tapi tak solat dekat sini. Lepas itu baru saya bawa awak berdua melawat sekitar masjid” Cadang Hakim
“Orite. Okay jugak tu. memang saya dan Akak Fira pun nak solat dekat sini. Awak nampak Akak Fira Tak?. Saya tak nampak dia pun.” Aqilah bertanya kepada Hakim sekiranya Hakim ternampak Akak Fira.
“ Dekat sana tu, tengah bercakap dengan pelancong lain” Hakim menudingkan jarinya kearah sebuah bangku kecil yang terdapat diluar masjid.
“okay. Saya nak bagitahu dia” sebaik sahaja berkata begitu, Aqilah meninggalkan Hakim di ruang solat utama lalu dia mendekati Akak Fira untuk memberitahu cadangan Hakim.
................................................
“Jumeirah Beach adalah salah satu destinasi pantai terkenal di dunia yang berada di kota Dubai. Seperti yang kita tahu, Dubai terkenal dengan perkembangan pembangunan yang sangat pesat dengan hotel-hotel berbintang kelas dunia yang wajib dikunjungi bagi para traveller sejati. Jumeirah Beach adalah pantai yang wajib untuk dikunjungi.Pantai Jumeirah terletak di sepanjang teluk Arab dengan pasir berwarna putih dan pantulan cahaya air yang berwarna turquoise. Sangat cantik dan juga ekzotik! Di samping itu, banyak hotel berbintang, pusat perbelanjaan, resort, restoran mewah dan juga bar yang biasa ditemukan di sekitar pantai ini.” Hakim bercerita lagi sambil berjalan di pasir putih . cantik yang tak terkata. Air yang sangat-sangat jernih. Rasa macam tak nak balik pula.
“Akak Fira .. ambil gambar Qila berlatarkan Burj Al-Arab.”Pinta Aqilah kepada Akak Fira. Seketika kemudian bunyi flash kamera dari kamera Aqilah.
“Flash” bunyi flash kamera dari tepi. Segera Aqilah dan Akak Fira mencari bunyi flash itu.
“Nice picture” komen Hakim yang tersengih manis sambil melihat gambar yang baru sahaja diambil.
“Nak tengok” Pinta Aqilah sejurus berkata bergitu, dia mendekati Hakim untuk melihat gambar curi yang diambil oleh Hakim. Akak Fira tersenyum melihat moment yang bergitu cantik sekali. Idea mula muncul.
“Flash” bunyi yang perlahan keluar dari lensa kamera Aqilah, gambar Aqilah menundukkan mukanya melihat gambar di dalam kamera manakala Hakim merenung Aqilah. Wooww.. sangat cantik .. dengan berlatarkan Burj Al-Arab.
“Burj Al-Arab adalah sebuah hotel mewah dengan ketinggian 321 meter dan merupakan bangunan tertinggi yang sepenuhnya digunakan sebagai hotel. Bagi traveller macam kita ni. Kalau nak ambil gambar berlatarkan Burj Al-Arab boleh dilakukan di beberapa tempat seperti Jumeirah Public Beach dan Souq Madinat Al Jumeirah” Terang Hakim tanpa di pinta. Mereka mengabiskan masa petang di pantai itu bersama sehingga terbenam matahari. Beberapa keping gambar pemandangan senja berjaya dirakam. Masha’Allah. Hebat sungguh ciptaan Allah.
...............................................................................
Selepas makan dan menunaikan solat mghrib, Hakim membawa mereka melihat Fountain Show. Ya Allah, cantik sangat. Ralit sungguh mereka melihat pertunjukan itu.
“ Pertunjukan air pancut ni bukan sebarang show tau. Fountain show ni menari-nari mengikut rentak muzik yang dimainkan.Fountain Show ni kita dapat lihat seawal jam 6 petang sehingga 11 malam. Pertunjukan selama 15 minit untuk satu sesi dan setiap 30 minit akan ada show ini lagi. Nak tengok show free aja , just duduk kat tepi Dubai Mall” kata Hakim.
“ Setiap muzik lain irama air pancut tu eh” tanya Aqilah. Mata tepat memandang pertunjukan air pancut berirama. Akak Fira di sebelah ralit tak terkata melihat pertunjukan itu.
“Iya .. lain. Ketinggian air pancut ni mampu mencecah 150 meter. Tinggikan.”
“iya..” Aqilah menganggukan kepalanya. Bunyi riuh penonton bertambah kuat apabila secara tiba-tiba cahaya laser berwarna–wari turut ditunjukkan , di pancarkan ke bangunan Burj Khalifa. Masha’Allah. Cantik tak terkata.
“ Rezeki kita hari ini, dapat tengok cahaya laser pada burj Khalifa.” Ucap Hakim. Kamera masing-masing mula memainkan peranan merakan sudut indah bangunan itu dengan cahaya laser berserta pancutan air pancut berirama. Kegembiraan , keseronokan, dan kepuasan hati terlakar pada setiap muka yang melihat pertunjukan itu.
........................................................
Pintu bilik di buka , mereka meloloskan diri kedalamnya. Segera katil diterjah oleh mereka. Penghawa dingin yang terpasang membuatkan mereka terbaring dengan penuh nikmat di atas tilam yang empuk.
“arghh.. penatnya” Akak Fira mengeliat.
“ Penat tapi seronok kan akak” Aqilah mengubah posisi pembaringan. Kamera disisi disambar lalu dibuka untuk melihat gambar yang berjaya dirakam oleh lensa kameranya.
“ iya yunk.. nasib ada Hakim kan, tak sia-sia akak terima dia.hahaha” Akak Fira tergelak. Mengingatkan kejadian di cafe. Boleh pulak si Hakim tu offer nak jadi pembawa pelancong.
“A’ah kan.. nasib baik ada dia, tu pun banyak lagi tempat tak pergi.” Adunya..
“Qilaa.. kau tak rasa ke si Hakim tu handsome?” soal Akak Fira.
“boleh tahan la.. Akak.. jangan cari pasal ya, Abang Helmi nak campak mana?” usik Aqilah. Kemudian dia ketawa sendirian.
“Eh, kau ni .. kesitu pulak. Akak dah ada suami , kau lah pulak..Ambil Si Hakim tu. baik aja tau. Untung siapa jadi isteri dia.” Muka Akak Fira cemberut kerana di usik oleh Aqilah.
“Akak.. kita baru kenal Hakim tu tak sampai satu hari ,akak dah kata Hakim tu baik.. “
“ iyalaa.. baik apa, caring gila, pandai, berinfomasi, apa lagi ya. Hummm.... haaa tak kedekut. Tengok lah, semua tiket masuk dan makan, dia yang belanja. Untung siapa jadi isteri dia. Kau tak nak Qilaa” soal Akak Fira yang ingin bermain tali di pagi hari. Aqilah menggeleng kepala melihat Akak Fira.
“ Akak... akak... malas la Qila nak layan akak.. mandi lagi bagus.”Aqilah bangun, tuala yang tersedai di pintu almari diambil lalu masuk kedalam kamar mandi. Bunyi air pancut turun dari dalam, membuatkan Akak Fira mengambil kamera Aqilah, lalu mengeluarkan memori kamera . Memori tersebut dimasukkan ke dalam lappy yang di sleep kan. Seketika kemudian, skrin lappy penuh dengan gambar yang terakam hari ini. Segera dia mencari gambar ‘itu’. Setelah dijumpa, gambar ‘itu’ dismpan kedalam lappy nya. Muka kegembiraan terlakar apa bila melihat gambar ‘itu’.
Selepas itu, gambar ‘itu’ yang ada pada memori kamera dipadam. ‘ Are you sure to delete this picture?’. Kursor menekan ‘delete’.” Bibir melakar senyuman. “Done” ucap Akak Fira sepatah. Segera memori kamera dikeluarkan dari lappy lalu dimasukkan ke dalam kamera Aqilah semula.
“ Qila.. Akak yakin korang berjodoh la.. macam mana nak rapatkan korang berdua ya.. humm” Jari telunjuk bermain di dagu sambil memikirkan idea. Beberapa minit kemudian.. Haaaa.. I got it.. yess!.
................................................
“Hai..” sapa Hakim penuh ceria. Punyalah semangatnya si Hakim ni, tunggu 20 minit awal dari masa yang dijanjikan. Hakim.. Hakim..
“Hai.. lama dah tunggu” Tanya Aqilah yang cuba bermah mesra agar tidak kekok nanti.
“ humm.. tak ada lah lama mana. Baru aja sampai ni.” Tersengih sendirian dia dalam hati. Tipu sunat dimaafkan.! Ajaran mana entah kau belajar kim..bisiknya dalam hati. “ Akak Fira mana ”Tanya Hakim kerana lagi tadi dia tidak melihat batang hidung Akak Fira.
“Akak Fira tak boleh nak join . pengarah panggil dia sebab ada kerja sikit yang tak complete” Geram dia dengan Akak Fira.. tiba-tiba aja pagi tadi cakap tak boleh nak join sebab pengarah call ada kerja yang tak kena. Haihh.. Mula-mula Aqilah tak nak join trip pagi ini sebab berdua aja dengan Hakim tapi Akak Fira bantah habis-habisan.
“tak baik hampakan semangat orang! Hakim tu semalam beriakan nak ajak pergi Desert Safari. Qilah juga yang nak pergikan, kata nak luncur pasir”
“memanglah.. tapi masalahnya sekarang ni.. Qila dengan dia aja. Segan la. Lain la kalau ada akak ..”rungut Aqilah.
“buat apa nak segannya. Dia okay apa. Pergi la eh, kesian dia . semalam akak tengok muka dia ceria sangat nak pergi situ.boleh la eh.. alah hari ini aja. Pagi esok kita nak balik dah. Tak sempat nak pergi mana-mana. Nanti Qila juga yang bosan duduk hotel ni. Akak kejap lagi nak pergi Mubadala Development dengan semua yang terlibat dalam projek tu.”
“Qila kan terlibat jugak, tapi kenapa pengarah tak panggil Qila sekali” Aqilah mula pelik.
“ memanglah Qila oooiiii tapi kau bahagian lain kan” cantas Akak Fira . memang mereka pergi ke dubai dengan satu projek atas Petronas yang berkerjasama dengan Mubadala Development iaitu sebuah syarikat minyak terbesar di Abu Dhabi.
“Alah... akak boleh tak cancel”.
“Tak boleh. Pergi lah eh. Kesian dia. Kejap je pun. Jalan-jalan tengok dah petang.kejap aja. Boleh eh”pujuk Akak Fira.
“iyalah..”kata Aqilah yang tak puas hati. Muka dah cemberut kalah asam. Bibir muncung itik terbentuk. Trademark Aqilah.
Bila aja dengar Akak Fira tak join, makin gembira si Hakim ni. Thanks Akak Fira. Love you so much. Ucapan terima kasihnya dalam hati.
“Okay , sekarang ni kita nak makan dekat cafe ke dekat luar?” tanya Hakim.
“Mana-manalah. Ikut awak la”
“Kalau macam tu kita makn dekat luar . ada sebuah restoran ni ada jual masakkan Malaysia.”
“ohh.. kalau macam tu .. jom lah. Perut saya dah lapar dah ni”kata Aqilah.
“Okay..”
............................................................................................
“Sebagai museum utama di Dubai, tempat ini sangat tepat untuk melihat tradisi dan budaya penduduk Emirat Dubai di masa dahulu. Terletak di Benteng Al Fahidi yang dibangun pada tahun 1787 dan merupakan bangunan tertua di Dubai yang masih berdiri hingga saat ini.” Cerita Hakim . Aqilah mengangguk mendengar penjelasan Hakim .
Pertama memasuki benteng tua ini, akan terlihat hamparan pasir dengan beberapa koleksi perahu kayu tradisonal dan senjata pertahanan masa lalu.Museum yang sesungguhnya berada di ruang bawah tanah, yang menyajikan berbagai panorama tentang kehidupan seharian dan aktiviti perdagangan di masa lalu. Terdapat juga suasana berkebun kurma di padang pasir yang dilengkapi dengan sistem pengairan tradisional.
Selepas itu , mereka mengunjungi Sheikh Saeed Al Maktoum House. Bangunan bersejarah ini merupakan bekas kediaman Sheikh Saeed bin Maktoum yang terletak di tepi Dubai Creek di wilayah Al Shindaga. Didirikan sekitar tahun 1894 dan saat ini dijadikan sebagai museum yang berisi artifak dan gambar kota tua Dubai.
“Shindagha Heritage and Diving Village.Terletak di tepi Dubai Creek yang terdiri dari dua bangunan, aitu Heritage Village dan Diving Village. Kedua bangunan ini merupakan sebuah museum outdoor yang menyajikan gambaran kehidupan tradisional penduduk Dubai, terutama perkampungan nelayan dan penyelam mutiara. Di dalamnya terdapat perahu kayu, rumah tradisional, haiwan perliharaan, serta kedai cenderamata.” Kata Hakim yang mula memasuki sebuah kedai yang menjual cenderamata, Aqilah mengekor dari belakang.
Heritage House and Ahmadiya School Terletak di pesisir Dubai Creek di sebelah Deira, merupakan sebuah rumah tradisional dan sekolah dengan bergaya Arab. Kedua bangunan tua ini kini dijadikan sebagai museum. Heritage House menggambarkan tradisi Arab Emirati di masa dahulu melalui panorama yang ditempatkan di setiap ruangan. Sungguh unik.
“Ahmadiya School merupakan salah satu sekolah tertua di Dubai. Kini sudah tidak digunakan lagi sebagai sekolah, tetapi difungsikan sebagai museum. Museum ini menggambarkan suasana sekolah di masa lalu, bagaimana proses belajar mengajar dilakukan terlihat begitu nyata melalui diorama yang ditempatkan di ruang-ruang kelas.”
“ Naif Souq, Pasar tradisional ini menjual beraneka tekstil, terutama abaya dengan berbagai design . Terletak di daerah Deira, pasar ini memiliki sekitar 200 kedai dan dilengkapi dengan kafetaria.” Mereka melangkah menuju kesalah sebuah kedai yang menjual abaya.
............ ............................
“Lebih kurang 30 minit perjalanan dari Dubai kita akan melalui desert untuk aktiviti Dune Bashing....Dune Bashing tu la driver akan bawak kita pusing-pusing naik turun bukit kat tengah-tengah padang pasir..macam ala-ala rally Dhaka gitu..”Hakim memberitahu Aqilah semasa mereka dalam jeep. Laju pulak tu Guldip tu bawak confirm akan pening nya .Tapi jangan risau driver dorang ni memang profesional dan terlatih..memang best” kata Hakim lagi.
“Nampak tak kereta depan tu..Hummer tu..Nak naik hammer, kita kena bayar lebih sikit la..tapi ada satu driver ni cakap naik hammer tak berapa syok dan selesa kalau aktiviti dune bushing ni..Aktiviti dune bushing ni dorang akan bergerak secara konvoi dan beramai-ramai masuk ke padang pasir” Hakim menunjukkan hammer didepan kenderaan yang dinaiki mereka ini.
“oh..”kata Aqilah sepatah. Dia memang tengah pening rasa nak muntah pun ada. Hebat betul driver ni , aku yang takut, kalau jeep ni terbalik!”
“Ambil ni”Hakim menyerahkan air mineral yang baru sahaja dibelinya sebelum menaiki jeep ini.
“tak apa ke? Awak punya kan tu” soal Aqilah untuk mendapatkan kepastian.
“ no problem, saya punya air mineral banyak lagi. lagi pun saya dah biasa. Kesian tengok awak macam ni.”
“okay. Thanks”Aqilah menyambut huluran air mineral lalu diminum perlahan.Hakim tersenyum melihat muka Aqilah. Pucat Habis!
Satu bunyi bingit seakan-akan tayar pecah kedengaran,Nak dijadikan cerita tengah Guldip tu syok tengah lanyak 4x4 ni redah padang pasir tiba-tiba tayar depan 4x4 mereka ni pecah...terus stop kat tengah-tengah desert ni..tapi driver tu cool aje sebab mungkin dorang dah biasa. Dia terus call member-member dia yang kat depan tu sebab mereka paling last kena tinggal.Tak sampai 5 minit terus geng-geng dia sampai untuk tolong tukar tayar.
Sambil tunggu dorang ni tukar tayar mereka keluar la ambil kesempatan untuk bergambar. Kamera masing-masing mula lah gatal nak bergambar.
“Cantiknya padang pasir. Luas mata memandang.” Pening yang Aqilah rasai tadi mulai pergi. Sajian padang pasir dengan warna sedikit keemasan membuatkan dia rasa tenang. Walaupun redup tetapi terasa juga panasnya. Kasut ditanggalkan dan kakinya mula menguis-guis pasir halus yang keemasan. Mata jauh memandang kearah bukit pasir dihadapan.
“flash!” bunyi yang perlahan keluar dari lensa kamera Hakim. Tersenyum sendirian hamba Allah yang sorang itu. Banyak juga gambar curi yang diambil olehnya.
“lepas ni kita nak kemana?” tanya Aqilah sambil kakinya menyarung semula kasut yang di tanggalkan.
“lepas ni, kita pergi ke Camp. Kat sana la macam-macam aktiviti boleh buat . contohnya ski pasir, menungang unta, berehat, minum petang dekat situ, waktu malam pulak ada Belly Dancing” Beritahu Hakim. Botol Air dalam bag galasnya dikeluarkan lalu dia membilas mukanya yang agak kering. Padang pasirkan. Udara memang ada. Tetapi udara yang kering.
Dalam 20 minit kemudian, Guldip memanggil pelancong yang enak berselfie untuk meneruskan perjalanan. Perjalanan diteruskan. Seketika kemudian, semua jeep berhenti dan pemandu keluar dari jeep masing-masing. Semua pemandu membuang sedikit angin pada tayar kenderaan.
“Pengembaraan bermula”kata Guldip sepatah selepas dia melepaskan brek tangan.
“kenapa membuang angin pada tayar?” soal pelancong di sebelahnya.
“untuk memudahkan saya mengawal kenderaan”kata Guldip lalu tersenyum. Senyum macam ada maksud aja ni.
“Hakim.. kenapa Guldip tu senyum macam ada maksud lain aja” Soal Aqilah dengan polos. Dahinya mula dikerutkan sedikit. Takut barangkali.
“Sebab pengembaraan seterusnya ini lebih mencabar. Better awak pakai seat belt and pakai ni.” Beritahu Hakim sambil menghulurkan kain putih yang agak besar sedikit dari sapu tangan. Aqilah menjongkitkan sebelah keningnya minta penjelasan.
“baik awak ambil aja, then ikat dekat belakang ini ” kata Hakim sambil menunjukan cara ikatan dibelakang kepala yang menutup hidung dan mulut. “nanti awak tahu la apa yang akan jadi. Saya baru aja beli tadi . so don’t worries about it” sambungnya lagi. Dengan penuh musykil , Aqilah turut menyambut huluran kain putih itu lalu dia memakai seperti yang ditunjuk oleh Hakim.
Kereta menaiki bukit-bukit pasir yang tinggi dan rendah, yang curam dan berlekuk. Guldip membrek tiba-tiba. Kereta berpusing. Pasir berterbangan diluar.mereka di dalam ni apa lagi. Bergegar , berdebar , menjerit dan ketakutan. Rasanya seperti menaiki roller coster. Tak sangka pula begitu pengalaman yang mereka lalui.
Tetapi Aqilah gembira dan teruja. Dia menjerit bersama pelancong yang lain melepaskan segala ketakutan. Guldip tersenyum melihat pelancong yang ketakutan di sebelah.Dia menumpukan perhatian pada pemanduan. Begitu juga dengan kereta-kereta lain yang mengekori. Sesekali mereka manaiki bukit tinggi yang tak tahu apa ada dihadapan...tiba-tiba kereta meluncur laju. Macam nak terbalik, tetapi tidak. Guldip memang cekap. Bila kereta dibrek mengejut, sebelah tayar dah terangkat tetapi masih stabil.Bergerak semula. Pasir penuh memukul dinding kereta. mereka menjerit lagi. kemudian ketawa . Begitulah keadaan semua pelancong .Lebih setengah jam mereka begitu. Cukuplah. Akhirnya mereka bergerak di atas laluan biasa.
“How do you feel” Kata Guldip
“best, exciting, amazing, awesome, happy” macam-maca jawapan yang diberikan pada Guldip. Guldip tersenyum puas.
“so.. awak tahu kan apa fungsi kain putih ini.”
“ya.. i know. Thanks”Aqilah mengangguk .
Mereka berhenti sebentar menghilangkan kepenatan dan membuang segala kebimbangan. Selepas ini tiada lagi pemanduan begitu, Guldip menerangkan. Terus sahaja bergerak dan tiba diBedouin Campsite untuk makan malam ala kaum badwi.
Di luar campsite pula ada unta untuk ditunggang dengan sedikit bayaran. Kali pertama menaiki unta, rasa gayat kerana tinggi. Unta akan duduk supaya senang kita panjat kemudian perlahan-lahan mengangkat bahagian punggung dahulu menyebabkan kita rasa nak terjunam ke hadapan. Aqilah hampir terjatuh, tapi sempat ditahan oleh Hakim..
“Unta ni.. selamba badak aja dia bangun, tak bagi hit apa-apa pun” marah Aqilah untuk menutup malu. Nasiblah Hakim tahan dia tadi , kalau tak bersembam atas pasir ni. Hakim tergelak mendengar bebelan Aqilah.
“Cutelah awak ni. Unta mana tahu bagi hit ke apa ke. Yang dia tahu, bila aja penungang dah naik atas badan dia, dia pun bangun la.”Muka Aqilah mula panas. Ni sorang lagi selamba aja pergi puji orang depan-depan. Iya pun nak kata gitu, cakap dalam hati sudah la. Bisik hati Aqilah.
Selepas mereka menungang kuda, mereka bermain ski pasir pula. Sangat best. Ramai pelancong berlumba-lumba sesama sendiri bermain ski pasir. Selepas itu, mereka memasuki camp, melihat barang yang dijual disitu, setiap camp diterjah mereka. Aqilah turut mencuba memakai Henna. Cantik sangat corak dia. Dekat malaysia tak nak pakai.. kutuknya dalam Hati.hehehe. Hakim dalam pakaian kostum Arab. Sangat la handsome.
Habis sudah aktiviti conteng-menconteng tangan, mereka mengambil tempat duduk. Tiada kerusi hanya ada hamparan permaidani bersama meja rendah di susun dalam bentuk bulatan.Barbeque untuk dinner sedang disiapkan. Sementara menunggu, mereka menjamah kebab. Kalau yang berminat, boleh mencuba 'sheesha'. Minuman panas dan tin semuanya ada. Tak perlu bayar kerana dah termasuk dalam package. Hakim baik hati kerana menawarkan perkhidmatan layanan istimewa memandangkan tangan Aqilah penuh dengan inai. Agak susah untuk mengambil makanan dan minuman. semua makanan dia, Hakim yang tolong ambilkan, Dia Cuma cakap, nak itu, nak ini aja.
Hari semakin gelap bila semua orang beratur mengambil makanan . Sedap dan menyelerakan. Sebaik bersila, seorang wanita arab keluar dan menari di tengah-tengah menghiburkan semua pelancong yang sedang menjamah makanan . Nama aja negara Arab, tapi jangan lah tertipu dengan itu semua, Semua penari belly ya ampun.. seksi bangat sihh..Penari-penari ini keluar bila semua penonton baru nak jamah makanan. Agak-agak la kan.. mana tumpuan lebih diberikan?. Mestilah penari tersebut. Asyik berpusing aja dengan baju yang seksi. Hampir semua mata mat saleh tersembul keluar. SubahanaAllah. Yang mana muslim dan berkeluarga , suami sedar diri menundukan muka.Untung isteri dia. Tapi ada juga sorang dua lelaki yang dah berkeluarga sebulu dengan lelaki bujang melihat penari-penari yang kebabom. Aqilah yang tengok pun tak lalu nak makan. Dah gaya macam dalam pub pulak.. Adoii.. selepas beberapa minit berpusing entah apa-apa, keluar lagi pasangan penari belly . Kali ni perempuanya lagi seksi dan bergetah. Yang mana mata tersembul keluar tu lagi tersembul la anak mata. Riuh habis dengan siulan dan muzik .
Aqilah mengerutkan muka.. Hakim lagi tadi tunduk menjamah makanan. Lepas tu berkepit dengan phone, main game angry bird!. Muka dia tak tengok langsung belly dance. Yang buat Aqilah geram, belly dance tu mengada-gada pulak pergi pusing hampir dengan Hakim. Tapi hakim buat tak tahu, main game aja. Yang mana pelancong yang duduk dekat dengan Hakim, apa lagi bersorak lah.. sampai ada satu dua orang menari bersama.
“Kenapa?”soal Hakim pendek.Minuman disedut kemudian wajah Aqilah dipandang.
“tu haa.. padan muka kena cubit dengan girlfriend sebelah. Mata macam nak keluar dari soket aja” Kata Aqilah sambil memuncungkan mulutnya. Orang lelaki .. tak lari dengat sifat gatal walaupun dah ada bini dekat sebelah. Komen Aqilah.
Hakim memusingkan badannya untuk melihat pasangan yang dikatakan Aqilah. “Aduh..mesti sakit tu” ucap Hakim apabila melihat lelaki itu dicubit berterusan dengan wanita disebelah, bukan itu sahaja bahunya turut dipukul bertubi-tubi. Last sekali wanita itu keluar dari camp itu. Lelaki tersebut cepat mengekori wanita itu.Memujuk mungkin
“tapi Qilah.. tak semua lelaki gatal. Ada ajakan yang tak tengok belly dance tu. macam saya. Tapi saya straight”Komen Hakim yang ingin bermain tali. Aqilah ketawa mendengar komen Hakim..
“Sempat awak eh. Anyway awak selalu datang sini ke bila ke dubai?”
“Kadang-kadang aja bila rasa nak buat aktiviti lasak. Tapi makan dekat sini first time la sebab saya malas nak tengok belly dance.”Tab ditepi diambil dan menyambung kembali permainan angry bird.
“kenapa?. Bukan lelaki suka ke tengok perempuan seksi?” soal Aqilah lancar.
“orang lain saya tak tahu la. Tapi kalau saya , better kahwin, sebab lagi halal dan diberkati. Seksi dari tu pun boleh.” Hakim memberikan pendapatnya kemudian dia senyap meneruskan permainan game sampai aktiviti pada malam itu tamat.. Aqilah termalu sendiri dengan soalan dia. Hakim kuat betul iman dia, dari mula sehinga belly dance tu tamat langsung tak pandang. Betul kata Akak Fira, Hakim ni baik, untung siapa dapat jadi isteri dia.
...............................................
Kad bilik di masukkan kedalam tempat letak kad pada pintu bilik. Bunyi bip kedengaran selepas itu, Pintu bilik ditolak perlahan-lahan lalu Aqilah memboloskan dirinya ke dalam bilik. Pintu dikunci dari dalam.. segera dia meletakan kamera di sisi katil lalu merebahkan dirinya. Mata dipejam ,menghilangkan lelah .
Pintu bilik air terbuka dari dalam, tersembul muka Akak Fira disebalik pintu.
"Bila sampai?"soal Akak Fira. Maggi cup perisa tom yam yang berasap di atas meja kopi di ambil.
"Baru aja akak. Jap akak.. maggi cup mana dapat. Akak tak makan lagi ke?"soal Aqilah pula.
"Hehehe... Qilah.. akak lapar lagi tu yang cari makanan .cari-cari jumpa maggi Qilah, Akak pun ambil la. Nanti Akak ganti balik.. boleh eh. Alah.. tak kan Qilah tak tahu, orang pregnant kan selalu makan banyak.please" pujuk Akak Fira . Bulu mata dikedipkan beberapa kali.
"Ya la Akak ku sayang.Qila nak mandi pulak.Badan berlengas."kata Aqilah.
"Qilah.. how your day?"
"Exciting, seronok pergi desert safari.. mula-mula tu pergi museum. Tengok cara kehidupan dekat sana. Hakim kan akak tahu dia macam mana. Mulut dia tak pernah nak stop. Bercakap aja. Terang itu, terang ini. "Cerita Aqilah dengan muka yang ceria.
"Tak sia-sia akak rancang"Kata Akak Fira .Aduh.. terlepas cakap, mulut kau memang tak ada insurance. Marahnya dengan keterlanjuran kata-kata yang mamapu membuatkan Aqilah meletus marah padanya.
"Rancang?..rancang apa akak.?"
"Rancang apa.. dah-dah , kau pergi mandi. kemas bag, jap lagi nak balik dah. Flight pukul 3 pagi kan."Dalih Akak Fira..
"Haah.. ye la nak mandilah ni. Oh ya Akak .Hakim kata dia nak join sama pergi airport." Kata Aqilah sebelum masuk kedalam bilik Air.
"Huh.. nasib.. sikit lagi kantoi. Hakim nak join balik.. ada perkembangan positif mereka ni. Tak sia-sia aku rancang. Tak sia-sia juga usaha Encik Kumar. " ucapnya. Encik Kumar , pengarah operasi pun berbohong sunat seperti Fira. Apalah nak jadi dengan mereka ni ye. Kalabu Aqilah tahu. Berasap minah tu!
...................
"Hakim mana?"tanya Akak Fira. Semua staf sudah berkumpul. Batang hidung Hakim tak nampak-nampak. Kata nak join sekali.
"Ni , baru jap tadi dia call..kata dia kena pergi awal dekat airport. Qilah pun tak tahu kenapa." Handpone dimasukkan kedalam bag galas.
"Tak apa lah,kalau macam tu, jom balik..diaorang tengah tunggu kita tu". Akak Fira memasukkan bagasi ke dalam perut bus. Bus mula bergerak menuju ke airport .
.................
"Ladies and gentlemen , we has landed at the International Airport KL . For security purposes you must remain seated until the signal pairs seatbelt off and the plane stopped completely . Be careful when opening the storage space above . You may use the mobile phone after the signal seatbelts switched down. Local time now is 12 PM . To the citizens , we wish you a safe journey home and to our visitors welcome to Malaysia . Thank you for choosing A380". Pengumuman dibuat meny
...edarkan orang ramai daripada tidur. Seketika kemudian , lampu atas dinding airbus menyala. Akak Fira menguap kecil. Mata ditenyeh menghilangkan kantuk yang semakin menjadi-jadi. Sebahagian penumpang dari kelas pertama mula beransur keluar.
" Fira I balik dulu la. Kejut itu budak. Kalau tak sampai esok pagi dia tak bangun" kata Encik Kumar sambip menunjukkan jari telunjuknya kepada Aqilah
" baik bos. Nanti saya kejut dia."
"Okay la. I nak gerak dah ni. Jumpa hari rabu ya."katanya sebelum melangkah keluar .
" bye Fira.." kata Lily
"Bye Likyb. See you on wednesday"balas Akak Fira
"Orite dear" Lily melangkah keluar diikuti oleh Encik Ahmad, Encik Taufik, Sinti, Valiance , Meiyi, Tan dan Jumaidah.
"Qila..bangun la, tinggal kita dua orang aja kat sini" kejut Akak Fira.
Aqilah diam tak berkutik. Penat sangat gamaknya. Aqilah bangun la. Tidur dekat rumah pulak. Akak nak jumpa husband akak ni. Dia dah tunggu kat luar tu. Bangun la qila oiii" kejut Akak Fira, suaranya ditinggikan sedikit, tak cukup dengan itu tubuh Aqilah digoncang kuat.
Aqilah masih lagi senyap. Suara bising Akak Fira langsung tidak menyedarkan Aqilah.
"Ya Allah, Aqilah ... Akak nak balik la. Kenapa la liat sangat nak bangun ni" rungut Akak Fira. Pintu kabin dibuka dari dalam, keluar dua susuk tubuh yang tinggi, putih, handsome, dan berkarisma. Badan masing-masing tersarung dengan kemaja putih serta topi hitam tersemat di atas kepala. Sekali pandang, mata mesti terpegun habis!
Dua susuk tubuh itu melangkah kearah Akak Fira.
"Hakim" Akak Fira terperanjat. Hakim hanya tersengih.
"Ada apa-apa yang kami boleh bantu ke cik?" Soal Fahrim, rakan Hakim
...
"Tak ada. Cuma kawan saya ni liat nak bangun".
"Kau kenal ke kim" tanya Fahrim
"Kenal.. kawan aku kat dubai "katanya senada. Mata terancap pada Aqilah yang enak tidur.
"Oh, kalau macam tu, aku keluar dulu la. Minah ni kau cium aja , gerenti bangun" usik Fahrim kemudian ketawa. Langkahnya dibawa keluar dari airbus.
Mata Akak Fira membulat apabila mendengar statement Fahrim.
"Akak .. abaikan apa yang Fahrim cakap. Dia bergurau aja tu. Rindu isteri kat rumah la tu, maklumlah pengantin baru" Hakim membetulkan keadaan.
"Oh."Akak Fira mengangguk .
Hakim melutut berhampiran tempat duduk Aqilah, mukanya dibawa ke telinga Aqilah yang tertutup dengan tudung, lalu Hakim membisikan sesuatu.
"Bismilahirahmanirahim.Yassin. wal quran nil hakim. innakalaminalmursalim. Ala sirotimmustakim." Aqilah segera membuka matanya.
"Haa.. tahu pun bangun. "Akak Fira mula bising. Hakim berdiri semula. Ketawa dia melihat Akak Fira yang tengah bising memarahi Aqilah.
"Sampai dah ke akak" soal Aqilah polos, tangan mengonyoh mata yang kepedihan menahan kantuk, sebelah lagi menutup mulutnya yang ingin menguap.
"Kau buat Akak berapi lah Qilah oii,lagi tadi akak kejut, kau tak bangun jugak. Baca surah Yassin baru kau bangun ya. Reti pulak bangun. Hakim baru aja nak habiskan satu surah Yassin tu. Nasib kau bangun kalau tak tanam aja terus. Senang cerita."sindir Akak Fira.
"Aduh ... akak bising la. Jap-jap. Hakim baca surah Yassin. Mana ada Hakim, lagi tadi Qilah tak nampak pun dia" kata Aqilah yang masih lagi mamai.
"Eh budak ni, kau tengok sebelah kau"arah Akak Fira. Aqilah memandang sebelah kirinya, mata terpaku seketika.
"Tahulah saya ni handsome" kata Hakim lalu ketawa.
"Hishh, perasan. Eh awak pilot ke?"
"Dah-dah, jom keluar. Sekarang ni tinggal kita bertiga aja dalam ni. Airbus ni nak kena service. Sebarang pertanyaan sila tanya diluar ya" kata Hakim. Dia memberi laluan kepada Aqilah dan akak Fira dahulu untuk keluar dari perut airbus.
ILU_12