photo ef93ac41-7e14-4320-928d-91b5bc3c9fa2_zpsatvrexvb.jpg photo e060c7aa-289a-4fb5-81e8-57bc942c6816_zpsvadwbjpo.jpg photo 63178b93-664e-4428-b177-4c3fa07d87c8_zpswatcakhd.jpg photo ae7eeaf4-443d-4302-9c2a-0ecbab61913a_zpszzbgyncm.jpg photo 6220d561-308a-4ab4-94b7-bfdc904d172c_zpsg6qjzyyd.jpg

Wednesday, 1 August 2018

SCHOOL CRUSH


BAB 1


SEMERBAK bau nasi goreng tomato memenuhi ruang dapur. Nasi goreng yang berada di atas pan di letakkan ke dalam mangkuk berbunga kecil. Usai mencuci peralatan memasak, aku  bergegas menuju ke bilik. “ Saf.. nasi goreng atas meja makan. Before 8’ o clock aku balik rumah tau” laungku sebelum pintu bilik ditutup rapat. 

Jam pada dinding dikerling sekilas oleh Safrina, tepat jarum panjang dan pendek menghala ke nombor 12. “Thank you, bik. Ni sayang kau lebih hehehe” jerit Safrina dari ruang tamu. Suaranya terpaksa dikuatkan supaya tidak tengelam dengan bunyi dari televisyen yang terpasang. Tumpuan Safrina kembali pada Korean variety show, 2 Days 1 Night. Memikirkan dirinya yang kemungkinan besar akan bosan apabila aku keluar berjumpa Dr. Hariz, terus dia melayan cerita yang boleh membuatkan dia gelak guling-guling. Bukan dirinya tidak mahu menemani aku menemui kekasih hati, Safrina berasa malas mahu keluar kerana dia baru sahaja pulang ke tanah air sehari yang lepas dari penebangannya ke Dubai.

  “Cantik tak aku, saf?” aku bertanya selepas berpusing-pusing beberapa kali di depan Safrina. Mahu pusing kepala aku. Sempat aku menayang gigi putih yang tersusun rapi minta si Safrina ini puji aku melambung-lambung. Aku mengenakan blouse biru muda bercorak abstrak dipadankan dengan palazzo putih serta shawl putih. Safrina meneliti penampilan aku melalui focus sign dari tangannya, gaya focus macam dalam kamera. Selesai berpuas hati dengan penampilan aku , terus Safrina bertepuk tangan memberi sokongan dan berpuas hati.

“Bravo..bravo.. kau la bibik paling cantik di alam semesta ini” jawab Safrina Bersama gelakkan, makin bergema suara Safrina apabila melihat aku yang tak puas hati dengan kutukan itu. Apa lagi, hati tengah panas tengok kera dok ketawa atas sofa, terus aku capai bantal kecil yang berada berdekatan dengan ku lalu membaling tepat ke muka Safrina.

“Pap” berhenti sesat ketawa Safrina. Tepat sasaran aku. Bantal kecil itu terguling di atas lantai.

“Eww geramnya aku, tak sabar nak tunggu hari besok! Our contract will end, and I don’t have to be your bibik. Penat tahu tak jadi bibik kau ni, No wonder kau punya bibik asyik bertukar orang jer” keluhku bersambut dengan ketawa si majikan bernama Safrina.  Mana tak penatnya, species Safrina ni kalau bershopping masuk shopping complex masa cuaca yang terang bederang and last sekali keluar dari tempat tu tengok-tengok dah gelap! Safrina ni bukan species majikan kuku besi yang suka-suka mengarah orang macam dalam drama, tapi kuku besi dia boleh tahanlah time nak bershopping tuh. Mahu tercabut segala tendon yang melekat dekat tulang!

“Kau sure ni tak nak ikut aku, nanti bosan duduk rumah sorang-sorang.”

“100% Sure. Aku rela bosan duduk rumah dari ikut korang berdating. Anyway, kau jumpa Hariz dekat mana?” betih jagung yang penuh ditangan disua ke dalam mulut. Matanya menghala ke skrin besar bertentangan dengannya.

“Dekat Pavilion. Kau ada apa-apa tak yang nak dikirim. Aku nak gerak dah ni”

“So far tak ada, kalau ada apa yang aku nak nanti aku rojer-rojer kau okey. Enjoy your date” lambai safrina lalu menghantar aku ke muka pintu.

“Alright then. Thank you” aku turut melambai.

“Drive safe tau. Ingat contract kau belum berakhir lagi” Pesan safrina mengingatkan aku.

“Ampun tuanku, beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Patik mahu mengundurkan diri bertemu sang jejaka hati. Titah perintah tuanku terjunjung di atas bahu jemala patik.” Sembah taat setia aku kepada Safrina, gaya laksamana bertemu sultan di dalam istana. Ceh!

“Baiklah, beta perkenankan permintaan laksamana menemui sang jejaka hati. Akan tetapi beta mahu mengingatkan laksamana agar tutup dulu pintu gate selepas mengundurkan kenderaan. Beta khuatir penderhaka-penderhaka mencerobohi istana beta” Titah Permaisuri Safrina.

“Patik akan melaksanakan segala titah tuanku dengan segera” usai berkata begitu, tersembur ketawa kami bedua. Berdekah-dekah ketawa masing-masing, geli hati melihat lakonan sendiri.

Pak Manaf yang memerhatikan kami sedari tadi turut sama-sama ketawa. Semput nafasnya!. Pada zaman sekarang ni, ramai sudah melupakan Bahasa istana. Hanya digunakan di istana sahaja.

“Cut.. Take 2, Action!” laung Pak Manaf selaku director drama tak berbayar di sebalik pagar dawai hijau yang memisahkan rumah dua tingkat itu. Aku dan Safrina yang mendengar arahan tersebut terus menjiwai watak masing-masing.

“Wahai tuan hamba, tuan hamba dari mana nak ke mana? Patik lihat banyak sekali juadah-juadah di tangan tuan hamba” tersengih-sengih aku melihat Pak Manaf yang berusia tetapi wajahnya tetap tak dimamah usia, orang kata awet mudalah katakan.

“Patik mahu menyerahkan juadah-juadah ni kepada laksamana untuk di santap bersama permaisuri Safrina. Juadah ini di siapkan oleh isteri patik. Katanya permaisuri Safrina berkenan menyantap juadah ini.” Pingan yang dipenuhi juadah bertukar tangan.

“Juadah apakah ini wahai tuan hamba?”

“Juadah ini namanya soto Johor. Enak di santap semasa masih panas.”

“Terima kasih wahai Pak Manaf, Beta akan bersantap dengan hati yang gembira” gembira Safrina kerana hajatnya untuk melatak soto johor sudah di penuhi oleh Pak Manaf dan isterinya Mak Munah.

“Yalah, kamu ni nak ke Mana Amira oii. Cantik-cantik macam ni?” perihatin Pak Manaf terhadap jiran yang dianggap seperti anaknya sendiri. Lama sudah kami berjiran.

Pak Manaf Mira je ke cantik, Saf cantik tak?” Gurau Safrina.

“Kamu tu bau busuk tahu tak, Jonney kat belakang rumah Pak Manaf lagi wangi.” Selamba Pak Manaf berkata begitu niat untuk mengenakan si Safrina. Muka Safrina dah cemberut seribu. Aku di sebelahnya menahan ketawanya. Jaga hati kawan baik. Geli hati membayangkan Jonney si kambing hitam tu lagi cantik dari Safrina. Buat rugi Safrina je beli make-up bertaraf artis international. Couple awet muda ni memang suka kenakan kitaorang. Maklumlah anak-anak sudah besar, ada yang masih belajar, bekerja dan menetap jauh. Kepada aku dan Safrina sahajalah mereka menumpang kasih.

“Kau ni kalau nak tahan ketawa pun agak-agaklah, muka dah merah menyala. Aku tak nak bertanggungjawab kalau kau sembelit seminggu.” Nada tak puas hati Safrina berkata. Mendengar green light dari Safrina terus aku menghemburkan segala ketawa. Tak cukup dengan tu! pagar berjaring besar itu ditepuk-tepuk beberapa kali. Pak Manaf yang melihat anak-anak gadis didepannya seorang cemberut sampai-sampai telinga mengeluarkan asap warning, seorang lagi ketawa dah macam takda suara. Pening kepala Pak Manaf mahu melayan teletah kami berdua.

“Pak Manaf ni ada samakan Saf dengan si Jonney tu.  Jonney tu lain saf lain laa Pak Manaf” renggek Safrina sambal mengelip-gelipkan mata minta simpati. Suruh Pak Manaf back-up dirinya yang tak sampai 5 minit sudah di cop busuk mengalahkan Jonney kesayangan Pak Manaf.

“Apa yang lainnya, kamu tu tak mandi lagi kan dah tengah hari buta ni nak oii, si Jonney kesayangan Pak Manaf tu dah mandi pagi-pagi lagi tahu tak!” teka Pak Manaf. Anak muda sekarang ni kalau belum masuk tengah hari memang kerjanya membuta macam burung hantu!.

“Nanti Saf mandi Pak Manaf bukannya Saf tak mandi terus” Safrina menyakinkan Pak Manaf.

“Yalah Saf, eh kamu ni Amira kata nak keluar?” Sedari tadi kitaorang bersembang sampai tak mengingat tujuan asal.

“Ha’ah la si Jonney punya pasal ni habis lupa nak keluar dengan Hariz.” Aku menyalahkan Jonney yang sedap makan rumput di belakang rumah Pak Manaf.

“Lah, Hariz balik dah ke? Bila Balik dari UK. Nanti kirim salam pada Dr. tu ya. Lama sudah tak berjumpa dengannya.” Pesan Pak Manaf.

“Baru balik Malaysia semalam Pak Manaf. InsyaAllah nanti Mira sampaikan salam Pak Manaf pada Hariz. Mira pergi dula ya Pak Manaf.” Pamit aku kepada mereka berdua.

“Baiklah, hati-hati memandu”


            “DALISA graduate from university of Italy. Major in Culinary and currently working as a chef at exclusive restaurant in Italy had been 4 years. After this, Lisa akan berkerja di hotel ini as a Top Chef. Aunty tak nak Lisa kerja dekat oversea, nanti aunty sunyi. Husband aunty asyik outstation. Kalau korang dah kahwin nanti, you all duduk dengan aunty je. Household semua bibik yang buat. Dari kecil lagi aunty tak bagi Lisa buat kerja rumah, nanti kasar kulit dia. You know she is my only precious daughter.”

Rayqal sudah tak ambil pusing apa yang wanita itu katakan. Lagi tadi asyik memuji anaknya. Ini kalau tak kerana mama yang beria-ria memujuknya supaya berjumpa dengan Dalisa, jangan harap dia nak pergi, baik dia lunch bersama Azhan. Kenyang pun, kenyang. Sudah hampir sejam, dia makan tiga jenis hidangan. Yang pertama, Cucumber Cups with Dill Cream and Smoke Salmon. Allahhu, Rayqal dahlah seorang yang anti dengan segala jenis cucumber. Terpaksa jugak dia telan timun 2 biji tu masuk tekak. Nak loya dibuatnya. Hidangan yang kedua Asparagi bianchi e Verdi (asparagus). Sampai je hidangan ke dua mahu menangis Raqyal dibuatnya. Hidangan yang last ni lagi haru biru, Panzanella lebih kurang salad la. Banyak gila kot timun dalam tu dia letak! ALLAHU mengucap panjang Rayqal dibuatnya.

            Aunty Bizah disebelahnya tak habis-habis puji masakan Dalisa. Katanya pandai Dalisa masak untung Rayqal kalau beristerikan Dalisa. Untuk pengetahuan semua. Hidangan pelik-pelik ni semua Dalisa yang masak! Gadis disebelah wantia itu diteliti, rambut panjang berwana coklat pekat, kulit mulus tanpa cacat cela macam yang di claim oleh maknya, Dalisa tak dibenarkan buat kerja rumah. Dress pendek yang dikenakan oleh Dalisa nampak elegant. Elegant tak elegant, kalau bawa jumpa Tuan Amirul, mahu bernanah telinga Dalisa. Haih tak boleh jadi ni! Panas punggung Rayqal. Lapar tak usah cakaplah.

            “Aunty, Rayqal rasa, Rayqal tak layak untuk Dalisa. Dalisa seorang yang elegant and cantik. She deserves someone better who truly love her. And one more thing, for your information I hate Cucumber! I think, boleh kurus Rayqal kalau makan hidangan lebih kurang macam ni setiap hari. You know I love Malaysian food. Tempoyak, Budu and Cincalok are the best.” Tak berkelip mata dua beranak tu. Terpaku dengan kata-kata pedas dari Rayqal.

            “Anyway, I have an urgent meeting and gotta go.  Thank you for the lunch.” Rayqal meninggalkan mereka semua di VVIP ROOM. Bergegas dia keluar dari hotel itu. Perut sudah bekeroncong, menyesal skip breakfast tadi!

            “Qal .. tunggu aunty kejap!!” laung aunty Bizah yang termengah-mengah mengejar langkah Rayqal. 
            “Kenapa Qal kata macam tu kat diaorang. Malu la aunty kalau macam ni. Tak baik tau buat orang tersinggung dengan kata-kata. Lagi pun Rayqal mana makan segala tempoyak budu semua tu. Before this, aunty dah kata pada Qal watch your mouth but Qal still sesedap cencaluk je hembur apa-apa yang Qal tak suka!” Marah aunty Bizah. Lelah dia melihat perangai si Rayqal. Penat sudah dia memberi amaran supaya Rayqal jaga mulut tapi tetap juga mulut anak kawan baiknya ini tak reti-reti nak beli insurance.

            “Aunty Bizah tak nampak ke mak Dalisa tu tadi cakap apa kat Qal. Dalisa tak dibenarkan buat kerja rumah. Everything will be done by bibik. Kalau Tok Ma tahu lunyai Dalisa tu dikejakan. Lagi yang buat Qal tak puas hati dengan aunty Bizah kenapa tadi beria-ria puji masakan Dalisa. Dok sedap..sedap tapi muka bekerut-kerut! You know kalau makan macam tu, habis tak lawa laa shape Rayqal. Lagi ditabur timun banyak-banyak macam cheese atas pizza buat apa. Nak menangis Rayqal rasa. Nak Loya. Seriously I hate cucumber!” Tegas Rayqal. Aunty Bizah Cuma tersenggih. Part timun tadi memang dia tak boleh buat apa-apa. Dalam hati hanya beristighfar supaya Rayqal tak meletuskan lava gunung berapi.

            “Qal on the way ke sini kan, tadi aunty ada nampak restoran. Kita pergi sana eh. Aunty lapar juga bukan Qal seorang je yang lapar. Pasal Dalisa anuty dah beres kan. Nanti aunty cari calon yang lain okey.” Pujuk aunty Bizah. Lapar sungguh perut dia, nak dekat habis waktu lunch nasib dia tak ada gastric.

            “On tak on” aunty Bizah main kedua-dua keningnya untuk provoke Rayqal.

            “ON!”  

            “Aik tadi kata ada urgent meeting” Sindir aunty Bizah.

            “Urgent meeting dengan makanan la aunty” dua-dua meletuskan ketawa.


            HOW’s your blind date man?” terjah Azhan tanpa ketukan di pintu. Sebaik sahaja pintu kayu itu ditolak, terpampang wajah mengcuka Rayqal yang baru sahaja selesai bercakap dengan seseorang melalui telefon. WRONG TIMING WOO! Orang kata masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak lah kalau tak nak kena ceramah sejam. Azhan duduk di hadapan Rayqal, berterabur kertas project di atas meja.

            “Kau ni main masuk je kan. Tak adanya nak bagi salam dulu ke ketuk pintu dulu ke. Tangan dah patah ke?” sinis Rayqan.

ROUND 1! Kan dah kata WRONG TIMING! Muka selamba tetap ditayang depan Rayqal. Semangat ingin tahu berkobar-kobar. Kena sinis tu apalah sangat. Tumpuan Rayqal kembali pada kertas project di Dubai.

“Cerita lah bro, tak sabar nak dengar ni. Aku rasa Dalisa tu calon ke dua belas untuk tahun ni. Jadi ke tak jadi ni?”

“kau ingat pilih calon isteri macam beli baju dekat mall ke? kalau tersalah beli saiz boleh tukar?” Sinis Rayqal lagi. Kali ini tumpuan Rayqal beralih kepada Azhan.

ROUND 2!. Tak boleh jadi ni. Kalau asyik kena counter-strike dengan si Rayqal mahu rosak ear drum Azhan. Tak pasal-pasal nanti Azhan jadi OCB! Orang Cacat Baru.

“Relax brother, jangan marah-marah. Ni kalau bapak singa tengok kau ni, dia pun boleh lari masuk gua balik. Seram!” komen Azhan.

“Mama kau bebel kan apa lagi. Nasib baik Rayyan dekat Russia tau. Selamat budak tu dari kena membebel pasal bila mama nak dapat menantu?” ajuk Azhan. Rayqan mengurut kepalanya. Pening kepala memikirkan bila lah masalah ni nak berakhir.

“Macam biasalah, bila mama nak dapat menantu kalau setiap kali blind date asyik reject. Lagi satu kau ingat Yan tu selamat ke? Setiap kali Skype, isu mama nak menantu tu muncullah. Sampai budak tu tak nak Skype dah dengan mama. Kau tahu mama dah siap buat list tau untuk Yan. Haaa hebat tak mama aku tu?” sekarang ni kepala Rayqal tengah serabut, nak fikir project pastu nak kena fikir mama nak menantu lagi.

            “Weh, aku rasa nak balik UK, sesak kepala aku setiap hari isu mama nak menantu” Rayqal panggung kepalanya. Putus asa.

            “Kau jangan cari pasal. Kau yang deal dengan syarikat dekat Dubai tahu tak. Jangan nak mengada-gada suruh aku yang handle. Project yang sedia ada ni pun dah buat aku lelah nak kejar submission date.”  Tak boleh bayangkan kalau Rayqal buat kerja gila. Cukuplah sekali tu je Azhan tolong Rayqal mahu naik menyampah dia dengan client mat saleh celup tu. Cerewet nak mampus! Sampai sekarang genjatan senjata tak surut-surut lagi. Nampak je kertas project client tu, terus si Azhan pangkah besar-besar. Memang tak lah dia nak deal dengan species yang cerewet.

            “Kau pun satu hal juga. Workaholic terlebih buat apa. Cer contohi aku ni. Slow and steady. Kerja siap on time jugak. Lagi pun mama kau tu sunyi. Kalau ada menantu, hilang la sunyi dia. Boleh mama kau heret isteri kau pergi spa, salon, shopping ke.” Azhan memberi pendapat.

            “Sebelum aku terlupa, aku nak inform kau ni, Dato Mahamud outstation sebulan, dia nak aku ingatkan kau untuk next week, IR dari Norwek Consultant akan kerja dekat sini sampai projek kita berjaya. Lastly, he hopes everything will goes as planned.”

            “Noted, thanks bro”

            “Lupakan pasal kerja sekejap, Aku nak tahu kenapa kau reject Dalisa?” soal Azhan teruja.
Dengar sahaja nama Dalisa, mengeluh sekejap Rayqal dibuatnya. Kawan dia yang sorang ni, memang pantang kalau dapat tahu Rayqal keluar blind date. Ada sahaja sifat menyibuk nak tahu.

            “Timun weh.” Rayqal buat muka. Azhan didepannya dah bantal gelak dulu sebelum Rayqal mula bercerita.  Sesi Pak cik membawang bermula!

Sunday, 20 May 2018

Ayam Berempah

Bahan-bahan:

1. Isi Ayam
2. Bawang merah,  putih dan halia dikisar lalu di tos air kisarnya.
3. Kari packet kecil
4. Serbuk kunyit
5. Garam secukup rasa
6. Cili boh

Cara memasak : campur ke semua bahan-bahan tersebut kemudian masak seperti biasa👐



Ayam Berempah Resepi Bonda😘

Friday, 10 February 2017

Puding Gula Terlajak Hanguss

Bahan-bahan

Bahan A
1) 7 biji telur
2) 1 tin susu cair - ideal/ saji/f&n
3) 3 sudu besar gula
4) 1 sudu besar kastard
5) 3/4 sudu besar air
6) 1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
1) 8 sudu besar gula - dicairkan  (guna senduk kayu)
2) 1/3 air

langkah-langkah
1) semua Bahan A diblander

2) untuk Bahan B , gula dicairkan

3) isi air dalam gula yang dicairkan - gaul

4) isi Bahan A  dalam gula yang hangus

5) kukuskan
 
6) tunggu sehingga masak puding gula terlajak hangus

Saturday, 3 September 2016

Bubur Ayam

Bahan-bahan

1. Isi ayam -dipotong dadu
2. Serai - 3 batang                   *
3. Bawang Besar - 2 biji         *
4. Bawang Putih - 5 ulas         *
5. Halia- 1 ibu jari                   *
6. Ketumbar - 1 sudu               *
7. Jintan manis- 1 sudu            *
8. Garam- secukup rasa
* di blander ( air paras bahan)(sikit)

9. Santan - suku santan
10. Beras - 3 cawan
11. Air secukupnya

Langkah

1. letak minyak sedikit +Tumis bahan yang di blander dalam periuk
2. dah naik bau letakkan ayam - di didih
3. letak beras bersama air ( air biar banyak )
4. letak garam
5. siap Bubur Ayam
 

Ayam Lemak Cili Padi

Bahan

1) sekor ayam
2) sebiji santan
3)  bawang putih    #blander#
4) bawang merah - 2/3 biji ##
5) halia- 1 ibu jari ##
6) cili padi - ikut suka ##
7) lengkuas- 2 biji ##
8) asam keping -ikut suka
9) 1 sudu camca serbuk kunyit
10) 2/3 batang serai
11) garam secukup rasa
12) daun kunyit- hiris

Langkah

1) rendam ayam dgn santan ( 1 ekor ayam = 1 santan (sebiji)) letak ats dapur
2) letak asam keping+ daun kunyit
3) msukkn bhn yng di blander biar kan skjp
4) msukkn serbuk kunyit biarkan skjp
5) masukkan batang serai
6) masukkn garam secukup rasa
7) siap  (Ayam Lemak Cili Padi)

Sunday, 28 August 2016

Pisang, Keledek, Cempedak & Ubi Kayu Goreng

This entry will note about how to prepare those ( pisang, keledek, Cempedak & ubi kayu goreng )

The ingredients is

1. pisang or keledek or ubi.kayu
2. tepung beras (secukupnya)
3. air (secukupnya)
4. garam (secukupnya)
6. kunyit (secukupnya)
7. kapur makan (satu sudu besar)
8. tepung jagung (1 sudu besar)
9. tepung gandum (1 sudu besar)
10. telur satu biji

The process

1. basuh bersih-bersih apa yang patut
2. sekalikan segala mak nenek tepung
3. tambah kapur makan and air (gaul)
4. masukan kunyit dan garam serta telur (gaul)
5. Goreng siapppp..



Saturday, 25 June 2016

Mee Curry hot3

Mee curry

Ingredients

1: minyak
2: bunga lawang
3: bunga cengkih
4: kayu manis
5: pelaga
6: fishcake
7: fishball

8: ikan bilis - secubit tangan
9: bawang putih - 5 ulas
10: bawang merah - 2 biji besar
11: halia
12: cili kering yang di rebus - 5 batang
- di blender -

13: seekor ayam
14: tahu kering
15: dua senduk serbuk kari ayam dan daging adabi
16: santan (1 biji kelapa)
17: daun kari
18: dua sudu kecil garam
19) satu sudu kecil gula
20: asam jawa extra adabi
21: rebus kerang atau udang. - masukkan di akhir masakan semasa tengah didih

Process

1) panaskan minyak sikit dalam kuali
2) tumiskan sekali bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis


3) naik bau masukkan fishball, fishcake- gaul sehingga masak
4) masukkan bahan yang di blender (ikan bilis, bawang putih, bawang merah, halia, cili kering yang di rebus) - tunggu didih
5) masukkan ayam - gaul-gaul
6) masukkan tahu kering
7) masukkan dua senduk serbuk kari dan daging adabi
8) masukkan santan ( 1 biji kelapa )
9) isi daun kari- tunggu didih sikit
10)  masukkan dua sudu kecil garam
11) masukkan satu kecil sudu gula
12) ##kalau pekat kuah, isi air sehingga paras ayam means nampak cair sikit
13) masukkan asam jawa extra adabi suku sudu kecil
14) didihkan dan siap

Sunday, 19 June 2016

Sotong goreng tepung

Next is sotong goreng tepung. Selamat berbuka puasa . <3

Ingredients

-1 bijiTelur
- Sotong
-Tepung jagung
- Tepung beras
- serbuk Kunyit sedikit
- Sebuk lada hitam
- Serbuk roti
- serbuk Maggi cukup rasa
- Garam secukupnya

Procedure
1) Gaul telur dengan sotong

2) bekas yang lain, isikan tepung jagung, tepung beras, serbuk lada hitam,  maggi cukup rasa, garam , kunyit sedikit - gaul

3) sotong + bahan yang di gaul bersama

4) sotong tersebut di gaul dengan telur sedikit sahaja + tambah serbuk roti

5) goreng dan siap yeayyy

Cucur udang awesome!!

   Next recipe ialah Cucur udang . Ohhhh!!! selamat hari bapa sedunia. Anyway, kitaorang cadang nak beli cake king untuk our dad but he refused because he didn't like cake. Jadinya terhasil la cucur udang.

P/s : kalau kitaorang beli cake tanpa pengetahuan dia, dia makan je . Hahaha. Happy father's day . Dad <3

Ingredients

- Udang
- Tepung gandum cap wau
- Daun kucai
- Garam secukup rasa
- Cili merah- hiris
- Bawang merah- hiris
- Togeh
- Air secukupnya- masukkan air sedikit2 sampai doh tepung tu tak cair sangat dan tak pekat sangat



Procedure

Gaul kesemua bahan tersebut dan masak dalam kuali mengikut kuantiti kesukaan


Done!! V(^_-)V